Episod 22

Romance Completed 26493

Baby Ikhwan sedikit bergerak. Tubuh comel itu aku tepuk perlahan.

"Sshhhh... Shhhh,"

Baby Ikhwan tidur semula. Aku nampak mata kakak memandang tubuh kecil itu. Aku berdiri. Tubuh kakak yang masih tegak berdiri aku hampiri. Aku nampak dia sedikit mengundur kebelakang. Huh! Tahu takut! Dia belum nampak sisi lain diri aku. Aku merapatkan wajah aku ke telinga kakak. Dan aku bisik kepadanya.

"Baiklah. Kalau tu yang kakak nak. Adik akan jaga dia. Adik akan jaga dia macam mana adik jaga diri adik. Adik akan sayang dia macam mana adik sayang keluarga kita. Adik buat ni semua bukan untuk kakak. Tapi untuk keluarga kita,"

Aku menjarakkan tubuh aku. Aku nampak kakak tersenyum sinis.

"Biarlah orang nak pandang hina adik. Biarlah orang cemuh adik. Adik akan telan. Sekurangnya, baby Ikhwan bersama darah dagingnya sendiri walaupun bukan bersama ibu kandungnya. Adik akan bagi semua yang baby Ikhwan tak pernah rasa iaitu kasih seorang ibu. Dan kakak ingat satu perkara. Jangan pernah sekali-kali kakak lupa tanggungjawab kakak terhadap baby Ikhwan ye. Kalau kakak gagal adik akan bagi tahu siapa baby Ikhwan. Dan apa hubungan kakak dengan baby Ikhwan. Ingat! Surat yang kakak tulis. Adik ada simpan. Pengakuan kakak jelas dan nyata ada dalam surat tu,"

Kakak terpana! Yes! Aku berjaya membuat dia terpaku. Dia ingat aku bodoh! Dia belum nampak sisi lain diri aku. Memang sebelum ni aku tidak mahu melawannya. Bukan kerana aku lemah. Tapi hormat dia sebagai kakak aku. Orang yang perlu aku hormati. Namun bila dia sendiri meletakkan diri aku jauh ke bawah hingga ke tapak kakinya, untuk apa lagi perasaan hormat itu.

Aku sapu air mata aku yang gugur. Kau kena kuat Damia!! Aku melangkah pergi meninggalkan kakak di dalam bilik. Aku tidak tahu apa perasaan kakak ketika ini. Ahhh! Lantaklah.

*****

Malam itu keluarga aku berkumpul. Ada abang, kakak, ibu dan Dahlia. Dahlia membantu aku menjaga baby Ikhwan sementara waktu di dalam bilik. Aku kecut perut melihat wajah abang yang bengis.

Aku terperanjat melihat kemunculan abang yang muncul secara tiba-tiba tepat pukul 10 malam. Mesti ini kerja kakak. Mesti kakak menceritakan sesuatu kepada abang sehingga abang tidak sabar tunggu hari esok untuk pulang ke rumah ibu.

Waktu ibu pulang dari kedai petang tadi, ibu terkejut melihat aku dan Dahlia berada di rumah itu. Lagi ibu terkejut dengan kehadiran baby Ikhwan. Ibu tidak banyak tanya. Ibu layan baby Ikhwan dengan baik. Malah, ibu juga menggelarkan dirinya nenek terhadap baby Ikhwan. Aku sayu melihat penerimaan ibu. Benar. Hati seorang ibu. Walaupun aku bukan ibu, tapi aku faham apa yang ibu rasa. Mungkin ada sebab kenapa ibu tidak bertanya apa-apa. Aku tidak tahu.

Namun sekarang, aku kecut perut melihat wajah bengis di hadapan aku ini. Kakak sedari tadi hanya tersenyum sinis memandang aku. Mungkin dia sudah rasa kemenangan berpihak kepada dirinya apabila melihat reaksi abang terhadap aku.

"Anak siapa tu? Cuba kau bagi tahu aku! Siapa jantan yang dah buntingkan kau! Aku nak dia bertanggujawab,"

Aku sudah kecut perut. Aku hendak meraih simpati ibu. Tetapi ibu hanya diam membisu. Ibu juga tidak percaya aku?? Bagaimana ibu mahu percaya sedangkan aku tidak cerita apa-apa kepadanya. Ibu tidak boleh dipersalahkan.

"Sudahlah abang! Cukuplah tu. Kita bantu je adik mana-mana yang dia perlukan,"

Wajah ibu aku pandang sayu. Luluh hati aku mendengar rintihan ibu.

"Patutlah lama kau tak balik! Sebab ni ke? Sebab budak tu? Kau malu? Perut kau besar? Habis! Masa kau buat benda terkutuk tu.. kau tak malu pulak!!"

Abang menempik aku kuat. Sudah meremang segala bulu roma aku hingga ke tengkuk. Aku menundukkan sahaja wajah aku.

"Oiii! Kau pekak ke? Dari tadi aku tanya. Kau buat bodoh je!"

Aku terperanjat. Terjengkit sedikit tubuh aku menerima tempikkan itu. Air mata yang sedari tadi turun tanpa henti makin laju pula menitis membasahi pakaian aku. Aku keseorangan. Tiada siapa yang sudi menegakkan kebenaran bagi pihak aku. Dahlia? Tidak!! Dia tidak boleh masuk campur. Pasti teruk dia kena nanti!!

Aku bertambah kecut perut bila abang tiba-tiba berdiri menghampiri aku. Wajah aku masih menunduk. Tidak berani menatap wajah bengis itu.

"Abang! Dah la..." Suara kakak pula kedengaran.

"Kau kenapa nak bela dia sangat. Apa yang dia bagi kat kau sampai kau kena bela dia?"

Rambut aku di cengkam abang.

"Kalau ikutkan hati aku! Aku bunuh kau malam ni,"

"Astaghfirullah al a'zim. Abang!" Ibu menjerit mendengar kata-kata abang.

"Abang shah! Adik minta ampun. Minta maaf,"

Aku mengongoi. Namun tidak sedikit pun abang melepaskan cengkaman di kepala aku.

"Abang!!! Sakit!"

"Oh! Tau kau sakit! Hati aku sakit! Hati ibu sakit! Hati kakak sakit! Pernah kau fikir. Aku tanya kau sekali lagi. Siapa lelaki yang dah buntingkan kau,"

Tubuh aku di tolak tanpa belas kasihan. Aku jatuh tersungkur dari sofa dan tersungkur di atas lantai. Dan tiada siapa pun membantu aku. Mahu mempertahankam aku. Aku sedih. Sungguh sedih!!! Siku aku luka. Lutut aku juga terluka. Perit! Pedih! Bersatu dengan perasaan aku.

"Tak!! Adik tak tahu,"

Itu sahaja yang mampu aku jawab. Benar!! Aku tidak tahu.

"Kau tak tahu?? Mana boleh kau tak tahu. Lelaki tu dah sentuh kau. Dan kau boleh cakap tak tahu,"

Kepala aku sekali lagi di tarik ke atas. Terdongak aku memandang wajah abang. Wajah aku sudah basah dek kerana air mata yang tidak berhenti menangis. Aku mohon simpati abang.

"Abang! Sakit! Kasihankanlah adik!"

Aku berkata dalam susah payah. Wajah aku di lempang abang. Terpercik darah dari bibir aku.

"Argghhh!!!" Aku terjerit kecil.

"Abang. Maafkan adik,"

Kaki abang aku paut. Aku sudah berjanji dengan kakak. Aku tak akan bocorkan rahsianya selagi kakak menjalankan tanggungjawab. Biarlah aku mati malam ini sekalipun, aku tidak akan mungkiri janji aku. Biarlah tubuh aku sakit. Sekurangnya baby Ikhwan mendapat pembelaan. Baby Ikhwan tidak salah. Dia tidak tahu apa-apa. Sekurangnya baby Ikhwan tidak di halau dari rumah ini, aku sudah cukup bersyukur.

Abang tendang tubuh aku yang masih berpaut pada kakinya. Sekali lagi aku tersungkur. Darah yang keluar dari bibir aku, aku biarkan sahaja. Mungkin ini kesakitan yang perlu aku hadap untuk menerima kebahagiaan di kemudian hari. Jika hujan adalah kesulitan, matahari pula adalah kebahagiaan maka kita memerlukan keduanya untuk melihat pelangi yang indah. Aku pasrah! Jika kesakitan ini adalah harga yang perlu aku bayar demi masa depan baby Ikhwan. Aku sanggup! Bergadai nyawa pun tidak mengapa! Siapa lagi ingin pertahankan baby Ikhwan kalau bukan aku, darah dagingnya sendiri!

"Kau tak payah sentuh aku lah. Aku jijik! Kau sebolah- boleh nak selindung siapa lelaki bangsat tu ea! Hebat sangat ke dia?? Sampai kau tak nak bagi tahu,"

"Betul!! Adik tak tahu,"

"Issshhh! Kau ingat aku bodoh ke? Kau nak bodoh-bodohkan aku ea?"

Tali pinggang yang melilit pinggang abang pula abang buka. Aku sudah mengesot ke belakang. Aku menggeleng-gelengkan kepala aku. Aku tidak mahu tali pinggang itu menjamah tubuh aku. Ibu dan kakak tidak mampu menghalang abang yang sudah semakin hilang kewarasan.

"Kalau arwah ayah masih hidup. Kau rasa dia bahagia ke tengok kau macam ni?!"

Aku sudah tersedu sedan. Tubuh aku semakin rapat ke dinding. Dan tiada lagi ruang untuk aku lari. Aku nampak separuh tali pinggang itu sudah melilit di telapak tangan abang. Tunggu masa untuk di hayun dan menjamah tubuh aku. Aku memejam mata. Aku tidak tahu ke mana lagi harus aku lari. Aku memejam mata aku rapat-rapat. Tubuh aku sudah menggigil dan bersedia untuk terima hukuman atas perbuatan yang bukan aku lakukan. Aku menangis. Air mata aku sudah tidak berguna dihadapan mata abang lagi.

"Aku tanya kau untuk kali yang terakhir. Siapa lelaki yang dah buntingkan kau. Jawab!!! Kalau tidak, tali pinggang aku ni, aku hayun ke badan kau! Jawab!!"

Tubuh aku menggigil. Mata aku memandang tepat wajah abang. Memohon simpati. Dan aku menundukkan kembali wajah aku. Tidak sanggup melihat wajah bengis yang penuh kebencian. Aku hanya menggeleng sebagai jawapan kepada soalan abang Shah.

"Oh! Kau degil ea,"

Aku nampak tangan abang sudah ke belakang bersama-sama tali pinggang. Serentak dengan itu mata aku terpejam kembali untuk menerima hayunan tali pinggang.

"Biar saya yang bertanggujawab!"

Aku terkejut. Lantas mata aku terbuka luas. Aku berpaling ke arah suara tersebut yang berdiri di belakang abang Shah sambil memegang tali pinggang yang sudah hampir di hayun abang Shah. Tubuh aku semakin menggigil saat mata aku dan matanya bersatu.

saja nak buat korang suspen!!! ayohhh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience