Malam gilang gemilang malam ini benar-benar bakal mencatat memori indah dalam hidup aku. Aku tak nak memori seperti ini cepat berlalu pergi. Aku melihat semua para tetamu yang hadir pada malam ini. Wajah mereka satu persatu aku pandang. Benarkah mereka hadir semata-mata untuk aku?? Jika benar, ini benar-benar sebuah penghormatan untuk aku.
Acara malam itu berlangsung dengan penuh meriah. Habis sahaja majlis semua yang ada di dalam dewan tersebut mengambil peluang untuk bergambar dengan aku. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah, ada yang mengambil kesempatan memohon maaf dan macam-macam lagi. Dan paling aku tak sangka, Sharil antara lima belas peserta yang berpeluang maju ke peringkat akhir bagi acara gala fesyen. Apa lagi, lelaki itu sangat-sangat gembira bukan kepalang. Aku juga turut gembira dengan keputusan itu.
Pengundian tidak berat sebelah kerana yang di jemput menjadi juri pada malam itu, bukan calang-calang orang. Semua mempunyai pengalaman besar dalam bidang fesyen dan peragaan. Aku sangat-sangat tenang dan mampu menarik nafas lega. Dan malam majlis itu berakhir tepat pukul 12 tengah malam. Macam cerita Cinderella pula. Kini, aku mampu tersenyum bahagia.
*****
Dua bulan...
Angin bayu laut cina selatan menghembus lembut tubuh aku. Menampar-nampar lembut pipi aku. Aku memandang laut biru yang terbentang luas. Nyamannya.
Kata bijak pandai...Jadilah seperti angin, tidak perlu dilihat namun mampu merobohkan. Tidak harus selalu munculkan diri walaupun sebenarnya selalu ada kerana untuk memberi manfaat tidak harus jadi yang paling terlihat.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Memenuhi segenap ruang dadaku. Dan aku menghembusnya perlahan-lahan keluar.
Biarlah segala kedukaan ini hilang di bawa angin yang datang dari kejauhan.
Benar-benar cantik pemandangan di hadapan mata aku ini. SubhanAllah. Maha Suci Allah, telah mencipta segala keindahan untuk hambamu melihat dan mampu memberi satu perasaan yang damai.
Ramai yang kata Pantai Desaru adalah pantai yang tercantik di Johor, yang ini aku memang tak sangkal. Keindahan pantai di sini mampu membuat kita terlupa akan masalah dan bebanan buat seketika. Pantai yang dihiasi dengan deretan pokok rhu sepanjang 25 km serta pasir putih luas terhampar di persisiran pantai ini menjanjikan sebuah pemandangan yang cukup memukau. Benar! Tenang...damai...
Diulik pula dengan deruan ombak yang memukul gigi air dan bayu petang yang menampar lembut pipi ternyata omongan ini bukanlah omongan kosong. Maka tak hairanlah jika pada musim cuti sekolah Pantai Desaru menjadi target lokasi keluarga untuk bersantai-santai.
Aku senyum lepas. Waktu ini, pengunjung tidak terlalu ramai.
"Senyum sorang-sorang nampak,"
Aku menoleh ke sisi. Memandang tubuh itu seketika kemudian pandangan aku kalihkan ke hadapan semula. Tidak puas rasanya menikmati keindahan yang cantik di depan mata.
"Apa yang kau fikir?"
Sekali lagi suara itu menyapa halwa telinga aku.
"Kosong,"
Aku jawab tenang. Perhatian aku sasarkan pula terhadap sekumpulan burung-burung yang bebas berterbangan. Dia juga turut memerhati burung-burung yang sedang terbang bebas.
"Dalam hidup jangan bersikap seperti murai, banyak cakap tapi tak dapat terbang tinggi tetapi jadilah seperti helang.. pendiam tetapi mempunyai kekuatan menggapai langit,"
Aku ketawa.
"Dah pandai berfalsafah sekarang,"
Aku memandang dirinya. Dia senyum. Tatapan mata redupnya memerhatikan aku. Perlahan senyuman juga terukir indah di bibirnya.
"Seekor burung yang sedang duduk di atas sebatang dahan tidak pernah takut dahan itu patah kerana kepercayaan bukan pada dahan tetapi pada sayapnya sendiri,"
Sekali lagi kata-kata mutiara keluar dari bibir mungilnya.
"Bila kau nak balik?"
Pertanyaan itu menyentak urat sarafku.
"Dah dua bulan Damia....,"
Aku memeluk tubuhku. Terasa dingin pula tubuhku tiba-tiba sebaik sahaja kata-kata itu keluar.
"Hmmm,"
Aku hanya mengeluh. Untuk apa? Aku pun tidak tahu. Ya! Sudah dua bulan sejak malam itu. Aku bukan masih berjauh hati. Tidak! Malah perasaan itu semakin pudar dan hilang sejak malam aku naik ke atas pentas lagi.
Aku cuma minta di beri masa untuk aku berfikir tentang hubungan aku dengan abang Danish. Dan kerana itu juga aku tinggalkan semua. Kejamkah?
"Kau tunggu apa lagi?"
Dia masih lagi setia di situ. Menanti jawapan aku walaupun sedari tadi tiada banyak patah perkataan yang keluar dari mulut aku.
"Kau kena ingat! Abang aku tu bukan makin muda...,"
Ada tawa di hujung kata-katanya.
"Kita pun makin berusia... Semakin tua, jumlah sel telur seorang wanita akan semakin sedikit. Haaa yang ni fakta,"
Dia memandang aku lama.
"Aku takut Dahlia...,"
Akhirnya kata-kata itu lepas juga. Sekian lama ianya dipendamkan.
"Apa yang kau takut?"
"Aku takut. Aku teringat-teringat kisah dulu. Masa abang kau hampir-hampir je lepaskan...,"
Aku diam. Aku harap Dahlia faham.
"Macam mana aku nak percaya dia... Percaya yang dia tak akan sakitkan hati aku.. tubuh aku.. aku takut.... Kau tahu Dahlia. Sepanjang arwah ayah aku hidup. Aku tak pernah nampak arwah ayah marah ibu aku. Berkasar langsung tak ada,"
Aku menoleh Dahlia. Aku nampak dia hanya diam. Mungkin sedang menghadam setiap kata-kata aku tadi. Kemudian aku menyambung semula kata-kata aku.
"Tapi.... Bila apa yang abang Shah dan abang Danish buat kat aku tu, aku jadi macam trauma. Susah nak percaya lelaki dah,"
Dahlia merapati aku. Tangan aku dia genggam. Air mata aku sudah merembes keluar.
"Aku bukan nak back-up abang aku. Tapi abang aku yang aku kenal sekarang dah banyak-banyak berubah. Dulu... Dia jadi macam tu sebab dia kecewa. Sangat-sangat kecewa sebab tak dapat nak jadi pelindung terbaik untuk kau. Dia nak sangat tahu siapa lelaki yang buat kau macam tu,"
"Kau tahu. Berkali-kali dia ulang-alik ke rumah kau semata-mata nak jumpa abang Shah dan family kau. Nak tahu kebenaran. Yang penting nak tahu siapa lelaki yang menyebabkan keadaan kau jadi macam tu,"
Aku menelan air liur perlahan. Terasa kesat. Betul ke?
"Dia tak ada niat pun nak berkasar dengan kau sebenarnya. Cuma hari tu dia tertekan sangat. Sebab dia cuba cari punca kau jadi macam tu, tapi tak jumpa. Dia rasa sangat-sangat tercabar. Kalau kau kata abang Danish tak terima baby Ikhwan kau silap. Abang Danish sayang sangat-sangat baby Ikhwan tu tau. Masa kau keluar dulu. Abang Danishlah yang tolong jagakan baby Ikhwan. Bagi baby Ikhwan makan. Mandikan. Main-main dengan baby Ikhwan. Tapi dia tak nak tunjuk semua tu depan kau. Aku pun tak tahu kenapa,"
Dia menarik nafas lagi.
"Kau ingat tak masa Kak Nel dengan mama dia datang rumah aku tu. Kan abang Danish ada tanya kau, kenapa lambat turun betul tak? Sebenarnya abang Danish memang nak kau selamat dia dari Kak Nel. Nak kau datang dekat dengan dia. Abang Danish tak pernah suka apa yang Kak Nel tu buat tapi terpaksa biarkan sebab nak jaga air muka mummy aku je. Kau tahukan Kak Nel tu gedik dia macam mana. Kalau abang Danish tak layan dia, macam-macam nanti dia mengadu kat mama dia,"
Bahu aku di paut.
"Abang aku tu....orang dia bukan macam yang kau nampak ataupun apa yang kau fikir. Aku adik dia. Aku tahulah,"
Dahlia meninggalkan aku. Berjalan perlahan, di persisiran pantai. Aku mengikut langkahnya. Sekali-sekala dia memperbetulkan kedudukan rambutnya yang sesekali di tiup bayu laut. Aku menyayingi langkahnya. Dia senyum memandang aku. Kemudian dia menghala pandangannya ke hadapan semula.
"Masa kau hilang dulu Damia, abang Danish dah macam orang mati bini. Hidup dia dah tak terurus kau tahu,"
Betul ke? Aku memandang wajah Dahlia dari sisi.
"Kau mesti tak percayakan? Kau tahu... Dia bukan macam apa yang kita nampak sekarang. Lain sangat-sangat. Sampai mummy dan daddy aku risau tau,"
Dia menghentikan langkahnya. Aku turut menghentikan langkah aku. Seluruh tumpuan aku, aku berikan pada Dahlia. Perasaan bersalah mula bersarang.
"Ni kau tengok,"
Aku melihat skrin telefon Dahlia.
"Siapa ni?"
Aku bertanya pelik. Aku nampak Dahlia ketawa sedikit. Telefon bimbit Dahlia beralih tangan.
"Kau sendiri tak kenalkan?"
Aku memandang kembali skrin di depan mata aku. Wajah lelaki dengan penuh bulu di sekitar wajahnya aku tatap kembali. Rambut yang panjang tidak terurus aku tatap. Aku mengerutkan dahi.
"Abang Danish,"
Kata-kataku di sambut anggukkan oleh Dahlia.
"Aku snap sorok-sorok. Time tu aku balik rumah mummy. Time tu sunyi je rumah mummy. Bila aku masuk, aku tengok abang Danish tengah tidur atas sofa. Aku senyap-senyap ambil phone aku, aku snap gambar dia. Kau jangan bagitahu abang aku tau. Mati aku kalau dia tahu aku simpan gambar ni,"
Dahlia tersengeh. Aku juga turut tersenyum namun hambar.
"Sayang...,"
Kami berdua berpaling sebaik mendengar panggilan itu.
"Aku tahu kau rindu dia... Kan...,"
Dahlia sudah melangkah meninggalkan aku sendirian lalu mendapatkan Hafiz yang tiba-tiba muncul di belakang kami. Huh! Aku bingung. Benarkah aku rindu?
Aku kembali menghadap pantai. Melihat pemandangan yang indah sambil memeluk tubuh.
"Sayang...,"
Aku tidak mahu tertipu lagi. Mungkin panggilan itu bukan untuk diri aku. Aku membiarkan sahaja.
"Sayang....,"
Sekali lagi suara itu kedengaran. Huh! Mengganggu betul. Namun aku tetap seperti tadi. Berdiri kaku.
"Arissa Damia!! Seorang yang berhati batu barangkali,"
Lelaki itu berdiri betul-betul di sisi aku. Aku menoleh ke sisi. Jauh benar perbezaan diri lelaki itu ketika ini dengan wajah yang ada di dalam telefon Dahlia. Seperti ada dua watak yang berbeza.
"Puas pandang?"
Aku kembali ke alam realiti. Jauh benar fikiranku menerawang.
Cis! Otak seperti sudah berpaling tadah. Jauh benar fikiranku pergi sampai sudah tidak mampu aku kawal lagi.
"Abang ajak kawin... Jual mahal. Kalau tak, bukan takat pandang je...,"
Dia berjeda. Aku pula sudah menekup kedua telinga aku.
Hahahaha. Ketawa dari mulut lelaki itu, lepas juga akhirnya. Apa yang kelakar?!
"Stop it!"
Aku memandang wajahnya dingin.
"Tak payah nak buat cerita 'kuning' kat sini ye,"
"What? Apa salah abang.. abang just nak beritahu je.. sayang yang salah tafsir... Ke.. otak sayang yang kuning,"
Lagi sekali aku dengar lelaki itu ketawa. Namun tidak sekuat tadi. Aku pula yang malu sendiri.
Abang Danish memang lelaki yang segak. Tampan. Tengok sahajalah ketika ini. Walaupun aku berdiri di sisinya, ada sahaja pandangan gatal dari wanita yang lalu lalang. Bukan setakat itu sahaja, ada yang tanpa segan-silu mempamerkan aksi yang kurang senang. Ishh! Dunia sudah terbalik ea? Hilang sudah sifat malu seorang wanita gamaknya. Aku yang sedang berdiri di sisi lelaki itu seakan-akan tidak wujud pula kerana tanpa segan silu wanita-wanita tersebut mempamirkan aksi-aksi yang aku sendiri malu nak ungkapkan.
Abang Danish pula, sepertinya tidak tertarik. Sedikit pun perhatian lelaki itu tidak terganggu. Tajam menatap pandangan yang indah di hadapannya. Tiada senyum. Hanya kaku.
"Jom kawin...,"
Jika dahulu...ayat ini yang pernah keluar dari mulut lelaki itu. Tetapi hari ini, sudah terbalik. Dan sebaris kata-kata yang meluncur laju dari bibir aku mampu membuat bibir lelaki itu mengukir senyuman lebar. Ahhh!
"Apa? Ulang sekali lagi...,"
Aku berpaling. Malas mahu melayan. Aku tahu lelaki itu mendengar. Jika tidak, tak mungkin senyuman lebar itu masih terukir. Malah semakin mekar pula senyuman itu di wajahnya.
Memori itu seperti sejarah..Kerana setiap memori juga mempunyai kenangan, kenangan tentang sebuah kisah yang pernah ada. Tidak kira sama ada kisah suka ataupun duka. Setiap satu kisahnya terselit pembelajaran. Terselit juga pengajaran. Baik dan buruk terukir di setiap sudutnya. Setiap detik mengingati... Hanya terasa sakit... Sentiasa berharap bahawa memori hanya sekadar kata tanpa terwujud nyata.
Pertemuan dan perpisahan memang begitu cepat terjadi... namun perasaan dan 'memori' itu selalu menetap lama dalam hati.
Abang Danish menyayingi langkah kaki aku. Aku pula tersenyum memandangnya. Begitu setia lelaki itu di sisi aku selama ini. Aku pasrah.
Memori duka!
Biarlah ia menjadi satu kenangan.. walaupun pahit untuk ditelan kadang-kala pahit itulah ubat segala rasa. Mungkin dia takdir untuk aku. Jodoh yang sudah tertulis.
-TAMAT-
akhir dah....
Share this novel