Episod 8

Romance Completed 26493

Tepat pukul 8 aku dan keluarga Dahlia bertolak. Aku sangat-sangat teruja. Pertama kali aku berjalan-jalan. Tetapi ada juga terdetik rasa sedih kerana aku berjalan sendirian tanpa ibu dan ayah.

Hari itu aku mengenakan skirt labuh jenis denim dan baju t-shirt ropol-ropol di bahu berwarna putih sama dengan dahlia cuma baju dahlia berwarna soft pink. Kami sudah seperti kembar. Rambut aku yang panjang ibu Dahlia tocangkan dua kemudian dia meletakkan klip berbentuk bunga di antara ikatan getah di rambutku. Dahlia pula ibu Dahlia membuat tocang lipan satu. Di hujung rambutnya ibu Dahlia juga meletakkan klip bunga. Sungguh cantik. Aku suka. Pertama kali aku berdandan sebegitu.

Aku hanya tersenyum dari tadi. Tidak puas rasanya melihat wajah aku di cermin. Comel sangat! Ah! Puji diri sendiri.

"Abang awak belajar di UTM mana?" tanya aku kepada Dahlia.

Di tangan aku dan Dahlia ada seekor teady bear yang sangat gebu dan lembut. Boleh di katakan sejak aku berada di dalam keluarga Dahlia, segala barang kepunyaan Dahlia, Dahlia berkongsi dengan aku. Apa yang dia ada. Pasti aku juga ada. 'Kami persis kembar sepusat sepusing, mak bapak asing-asing' itulah yang diberitahu ibu Dahlia. Aku tersenyum bila teringat kembali kata-kata itu.

"Dekat Kuala Lumpur," ujar Dahlia.

Sesekali ibu Dahlia yang duduk di bahagia kerusi penumpang hadapa menoleh kami di belakang. Dia tersenyum pada aku. Dan aku membalas senyumannya.

Kereta MPV Toyota Estima itu sangat besar, luas dan selesa. Penghawa dingin terasa nyaman. Dengan aroma wangian dari wangian kereta benar-benar memberi ketenangan kepada aku. Rasa segar sahaja.

"Damia happy tak dapat pergi jalan-jalan?" Ayah dia bertanya kepada aku sambil melihat cermin pandang belakang.

Aku juga memandang cermin itu dan tersenyum.

"Seronok sangat, uncle...auntie. Terima kasih bawa Damia jalan-jalan. Damia tak pernah pergi berjalan-jalan," aku mula berceloteh.

Betul tak? Aku mula akan berinteraksi dengan orang yang benar-benar rapat dengan aku sahaja. Yang aku selesa.

"Ooo iya? Tak apa. Lepasni Damia ikut mana sahaja auntie dan uncle pergi ye," wajah ibu Dahlia pula menjadi sasaran mataku.

Sungguh aku terharu dengan layanan keluarga Dahlia. Aku berjanji akan menjaga segala tingkah laku aku supaya tidak menyakiti hati kedua orang tua Dahlia. Mereka sangat baik. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga mereka. Doaku di dalam hati.

Kami singgah di hentian R&R air keruh. Ayah Dahlia kata, di sini banyak pilihan makanan. Kami semua keluar setelah ayah Dahlia dapat parking.

Aku an Dahlia jalan berpimpin tangan.

"Ada sesiapa nak pergi tandas?" Ibu Dahlia bertanya.

Aku menggeleng. Dahlia juga begitu. Aku lihat ayah Dahlia memaut bahu ibu Dahlia sambil berjalan. Waaahh! Sweetnya.

Wah! Banyaknya restoran. Restoran mana satu nak pilih ni? Aku berbisik. Kami duduk di satu meja kosong.

"Baby nak makan apa?" tanya ayah Dahlia.

"Ermm. Nak nasi lemak ayam. Awak nak tak?"

"Boleh juga," jawabku. Sebenarnya aku tidak tahu apa menu yang ada di situ. Jadi aku mengikut sahaja. Itu lebih mudah.

"Air?"

"Milo," aku dan Dahlia berkata serentak. Kami akhirnya ketawa.

"Assalamualaikum Tuan!" satu suara garau menyapa ayah Dahlia. Kami menoleh.

"Waalaikumsalam. Hei Rafiq! Buat apa kat sini?"

"Main bola Tuan," Rafiq berseloroh.

Terdengar mereka ketawa. Ibu Dahlia setia di sisi ayah Dahlia.

"Saya nak bawa keluarga jalan-jalan. Sambil tu singgah sini. Lapar. Isi minyak dulu," - Rafiq.

"Eh! Twin? Tuan ada anak kembar? Setahu saya..." sambungnya.

"Ini anak sahabat saya. Saja bawa jalan-jalan. Temankan Dahlia," ayah Dahlia berkata.

"Okeylah Tuan. Saya gerak dulu. Bising pula orang rumah nanti saya lama-lama," Rafiq dan ayah Dahlia bersalaman.

"Okey. Tadi nak nasi lemak ayam dengan air milo kan?"

Kami berdua mengangguk. Ayah Dahlia dengan pantas berjalan meninggalkan kami kemudian berhenti di salah satu restoran. Ibu Dahlia pula duduk di sisi Dahlia. Menemani kami. Suasana di situ memang sesak dengan ramai orang. Risau jika mereka meninggalkan kami, ada sesuatu berlaku. Jadi salah seorang dari orang dewasa perlu menjaga kami dan seorang lagi membeli makanan. Itu lebih baik.

"Saya suka tengok awak happy," Dahlia memegang tangan aku.

Aku tersenyum padanya. Ya! Aku memang happy. Dan sangat-sangat happy. Macam-macam perkara aku dan Dahlia bualkan. Perbualan budak-budak. Ibu Dahlia di sisi hanya memerhati dan sekali-sekala turut sama-sama tertawa mendengar celoteh kami yang mencuit hati.

Selang beberapa minit, menu yang dipesan berada di atas meja di hadapan kami. Ibu dan ayah Dahlia memesan mee hun dan mee sup. Ayah Dahlia memesan air kopi manakala ibu Dahlia air teh tarik.

Aku dan Dahlia mula menjamu selera. Ibu dan ayah Dahlia pun sama. Kami makan tanpa banyak bicara. Mungkin semua sedang kelaparan. Perlahan poket yang ada di skirt labuh itu aku seluk. Mencari sesuatu.

"Uncle nah! Ibu suruh beri pada uncle untuk bayar makanan Damia jika uncle bawa Damia jalan-jalan,"

Hampir tersedak ayah Dahlia apabila aku menghulurkan sekeping not rm50 yang sudah aku lipat kecil. Itu adalah pesanan dari ibu. Aku hanya menurut sahaja. Dia tidak mahu aku terlalu terhutang budi.

"Eh! Tak apa Damia. Uncle belanja semua. Duit tu Damia simpan. Masuk tabung. Okey,"

Aku teragak-agak. Perlahan ayah Dahlia mengambil duit itu. Kemudian meletakkan dalam genggaman tangan aku.

"Okey. Macam ni. Apa kata hari ini. Damia jadi anak uncle dengan auntie," aku sudah tercengang. Begitu sekali layanan mereka terhadap aku.

Aku hanya senyum. Air mata hampir menitis.

"Yeayy!" Dahlia memeluk aku erat.

"Terima kasih uncle.. auntie,"
Ibu Dahlia memandang aku dengan pandangan pelik. Aku pun membalas dengan pandangan pelik. Aku salah cakap ke??

"Apa pula uncle..auntie. Mummy dengan Daddylah. Damiakan anak kami," ibu Dahlia besuara.

Aku? Betul-betul tidak tahu nak kata apa. Semua diluar jangkaan aku.

"Jadi. Kami kembarlahkan mummy... daddy. Sebab umur kita sama," Dahlia merapatkan pipinya ke pipi aku.

Jika dilihat sekali imbas. Kami memang seperti adik beradik kembar. Kulit kami seakan sama. Rupa kami juga, ada iras-iras. Dan yang paling penting nama pun dekat-dekat. Dahlia! Damia! Sungguh indah perancangan Allah.

Beberapa minit perjalan.

Mata aku semakin memberat. Dahlia di sisi sudah lama di buai mimpi. Aku pula, tidak mahu terlepas dari melihat keindahan sepanjang perjalanan itu. Namun mata tidak mahu beri kerjasama. Beberapa kali aku tersengguk-sengguk.

Ibu Dahlia menoleh aku.

"Damia tidurlah sayang. Nanti dah sampai mummy kejut ye. Dekat tepi seat tu ada button. Damia tekan je. Nanti kerusi turun,"- ibu Dahlia.

Aku hanya menurut. Akhirnya. Pemandangan aku menjadi gelap. Ahhh! Selesanya.

*****

"Damia... Bangun.. Damia..," terasa pipiku disentuh oleh sesuatu yang sejuk.

Perlahan kelopak mataku terbuka. Aku mengelip-ngelipkan mataku. Melihat sekeliling. Ibu Dahlia memandang aku sambil tersenyum.

"Lena tidur ye. Ermm.. kita dah sampai. Jom,"

Ibu Dahlia menghulurkan tangannya lalu aku sambut. Aku meloncat turun dari kereta. Ibu Dahlia ketawa melihat telatahku. Aku melihat di hadapan. Dahlia sudah berada di depan rupanya sambil dipimpin ayah Dahlia. Ibu Dahlia menutup pintu kereta kemudian remote di tangan di tekan.

Puinkk!! Bunyi kereta tanda sudah di lock.

Aku berjalan sambil tangan kecilku masih di dalam genggaman ibu Dahlia. Aku cukup senang. Lagak seperti bersama ibuku sendiri.

Perlahan kami mendapatkan ayah Dahlia dan Dahlia. Ramai orang pada hari itu. Rata-rata ingin menjemput anak-anak mereka pulang.

"Danish Iskandar bin Azmi," ayah Dahlia berkata kepada pegawai di hadapan kuanter.

Untuk mengambil anak-anak pulang, setiap ibubapa harus mendaftar keluar pelajar terlebih dahulu. Ada beberapa borang perlu diisi oleh ibubapa. Dahlia mendapatkan aku dan ibunya yang sedang duduk di kerusi menunggu.

Mungkin proses tersebut mengambil masa sedikit.

Kringg! Kringg! Telefon bimbit ibu Dahlia berbunyi dan minta di angkat.

"Assalamualaikum...," - Ibu Dahlia.

"Haah. Mummy dengan Daddy ada kat bawah ni,"

"Banyak ke barang?

"Okey. Tunggu daddy isi borang. Nanti kami naik,"

"Okey. Bye!" Telefon bimbit di matikan.

"Siapa mummy," Dahlia yang duduk diribaan ibunya, bertanya sambil menoleh. Wajah ibunya di tatap.

"Abang Danish. Dia minta kita naik. Ada beberapa barang dia nak bawa balik katanya,"

"Oooo," Dahlia hanya mengangguk.

Selang beberapa minit, ayah Dahlia mendapatkan kami.

"Okey settle," ayah Dahlia bersuara.

"Biy! Abang suruh naik. Ada barang nak bawa balik katanya," -ibu Dahlia.

"Oh! Okey jom Dahlia. Damia," ayah Dahlia pula memimpin tangan aku dan Dahlia.

Kami berjalan ke kereta semula. Ayah Dahlia memandu memasuki perkarangan fakulti. Jauh ke dalam. Aku dapat melihat suasana di dalam falkulit tersebut. Ada banyak bangunan. Aku teruja. Nanti aku pun nak sambung belajar! Azamku.

Selang beberapa minit kami tiba di satu bangunan. Tidak jauh dari situ ada seorang lelaki yang tinggi lampai melambai ke arah kami.

"Haaa... Itu abang Danish! Dahlia,"bersuara kemudian.

"Oh! Itu abang awak,"

Kereta berhenti betul-betul di hadapan Danish Iskandar. Aku dapat melihat di sisinya ada beberapa beg dan kotak. Banyak juga barang.

"Abang! Rindu abang," Dahlia memeluk abangnya sebaik sahaja dia turun dari kereta.

Aku dapat melihat betapa akrabnya hubungan mereka. Pelukan Dahlia, Danish balas. Dia mencubit manja pipi Dahlia.

"Abang pun rindu baby! Siap nanti abang nak buli baby cukup-cukup," sengaja mengusik.

Aku juga turun dari kereta. Abang Dahlia memandang aku dengan wajah pelik. Perlahan dia tundukkan wajahnya. Kemudian berbisik di telinga Dahlia.

"Sejak bila baby ade kembar?"

Nampak je berbisik. Tapi aku boleh dengar apa yang dia cakap. Kelakar betul!

"Kawan baby! Damia,"

Dia memandang aku atas bawah.

"Comel! Macam baby," ucapnya.

"Okey jom. Barang dah simpan. Abang Danish duduk belakang. Biar princess-princess duduk depan," ayah Dahlia bersuara.

"Ai..ai cip!"

Abang Dahlia tunjuk hormat pada ayah Dahlia. Mereka semua ketawa termasuk aku. Keluarga bahagia!

siap je terus update. hai guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience