-Tahun 2008-
Suasana riuh-rendah di dalam kelas 6 Bestari tidak sedikit pun mempengaruhi aku yang duduk keseorangan di hujung kelas. Aku duduk berhampiran pintu belakang dan berdekatan tingkap. Maksudnya, jika aku menoleh sahaja ke belakang, sudah nampak ada pintu di situ.
Waktu ini umurku baru sahaja masuk 12 tahun. Aku sorang yang pendiam. Selalu kena buli? Ya. Tetapi bukan dari segi fizikal. Tetapi emosi. Aku bukanlah pelajar yang pintar dan tidak juga bodoh. Antara enam kelas di sekolah itu, aku menduduki kelas yang pertama. Hebatkan? Meja dan kerusi di susun berpasangan. Dua.. dua. Disebelah aku adalah kawan sekampung aku, Fatihah Husna. Walaupun dia kawan sekampung, namun dia bukan kawan rapat aku.
Aku disekolah tiada kawan. Sebab itu aku pendiam. Tiada siapa mahu berbual dengan aku. Mungkin kerana latar belakang keluarga aku yang serba sederhana bagi diri aku mungkin tetapi tidak untuk kawan-kawanku, aku selalu dipinggirkan kawan-kawan. Mereka menganggap keluarga aku miskin kerana tidak mempunyai kereta. Ayah hanya mampu membeli motorsikal itupun dibayar bulanan. Pakaian sekolah juga, jarang berganti jika masih elok. Kasut sekolah pula, selagi tidak terkeluar mana-mana jari kaki memang tiada kasut baru.
Tetapi aku tidak kisah itu semua. Aku tidak kisah apa juga pandangan kawan-kawan aku terhadap aku. Kerana dirumah aku mempunyai ayah yang penyayang. Dan ibu yang sentiasa memahami diri aku. Aku kuat kerana mereka. Biarlah aku pendiam di sekolah, namun di rumah aku seorang yang ceria.
Aku merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Aku mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Keduanya menuntut di sekolah menengah. Abang sulungku tingkatan empat. Kakakku pula di tingkatan dua.
Hubungan aku dengan adik beradikku biasa-biasa sahaja. Jika disekolah aku dibuli kawan-kawan. Di rumah pula aku selalu di buli oleh kakak dan abang. Itulah nasib anak bongsu.
"Oiiii! Cikgu Jasmin datang. Semua duduk kat tempat masing," arah Suraya selaku ketua kelas.
"Bangun!" Semua murid di dalam kelas 6 Bestari bangun.
"Selamat pagi Cikgu Jasmin," - Suraya.
"Selamat pagi Cikgu Jasmin,"- kelas.
"Okey. Selamat pagi. Semua boleh duduk,"
Cikgu Jasmin tersenyum memandang semua pelajar di hadapannya.
"Okey. Kerja sekolah yang cikgu beri semalam, sudah siap?"
Riuh sebentar kelas.
"Alamak cikgu! Buku saya tertinggal. Dah siap. Cuma lupa bawa," Azlan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kamu ni kan Azlan. Setiap kali cikgu beri kerja sekolah, setiap kali itulah buku kamu tertinggal ye," masak benar dengan perangai Azlan. Ada sahaja alasan.
"Okey! Mana yang dah siap, buku tu letak kat bucu meja. Yang duduk di kanan saya, buku letak di bucu kiri. Yang duduk di kiri saya, buku letak di bucu kanan. Faham?"
"Faham cikgu," semua murid.
"Suraya kamu kutip semua buku dan letak atas meja cikgu sekarang,"
"Baik," Suraya bingkas bangun apabila mendengar arahan dari Cikgu Jasmin.
Riuh dengan pelbagai bunyi.
"Dah. Dah. Semua senyap. Cikgu tak suruh pun kamu bising. Yang cikgu nak dengar hanya tapak kasut Suraya sahaja,"
Sunyi sepi.
Plappp! Plaappp! Bunyi tapak kasut Suraya.
Cikgu Jasmin memang terkenal dengan sifat garangnya. Semua murid takut padanya. Sekarang cikgu itu sedang hamil. Tapi tida tahu berapa bulan. Terlihat perutnya sedikit bulat ke depan.
Orang cakap, emosi orang mengandung ini sentiasa bertukar-tukar. Tapi bagi aku dan murid yang lain. Cikgu Jasmin tetap sama. Sentiasa garang dan jarang tersenyum.
Suraya kembali semula di tempat duduknya setelah dia selesai mengutip semua buku.
"Okey. Subjek Bahasa Melayu hari ini, cikgu nak kamu buat beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan mesti ada empat orang,"
"Cikgu. Boleh campur tak lelaki perempuan?" Hafiz selaku penolong ketua kelas bertanya.
"Boleh,"
"Okey. Kamu boleh bergerak sekarang. Duduk di dalam kumpulan masing-masing. Saya tak nak bunyi bising. Semua tutup mulut. Yang jalan hanya kaki. Okey! Bukan mulut,"
Okey. Antara perkara yang paling aku tidak suka apabila ada aktiviti berkumpulan seperti ini. Seperti biasa, aku memang tiada kumpulan. Tiada seorang pun mahu mengambil aku jadi ahli kumpulan mereka. Waktu ni. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan aku. Nak nangis wehhh!!!
Aku cuba masuk kumpulan Azlan, di tolak mentah-mentah. Cuba masuk kumpulan Suraya pula, dan-dan ahli kumpulan sudah cukup. Masuk kumpulan lain pun sama. Ada sahaja alasan. Dan akhirnya aku duduk di tempat aku sorang-sorang.
"Eh! Damia. Kamu tidak faham ke apa cikgu cakap?"
Semua murid memandang aku dengan pandangan sinis. Aku waktu tu rasa macam nak lari keluar dan pulang ke rumah. Hanya rumah sahaja satu tempat yang aku rasa tenang.
"Errr... Se..se..semua kumpulan dah cukup ahli cikugu," aku menjawab perlahan.
Kepala menunduk memandang bucu meja. Air mataku terasa ingin jatuh. Cepat aku sapu.
"Ni. Masuk kumpulan Nabila ni,"
Aku mengangkat wajahku. Kumpulan Nabila aku pandang. Ya. Ahli kumpulannya hanya ada tiga orang. Aku mengangguk. Kerusi aku, aku angkat dan bawa ke arah kumpulan itu.
Muka aku sudah merah dan pucat. Aku malu berada di dalam kumpulan itu kerana rata-rata ahli kumpulan itu antara top 5 di dalam kelas. Tidak layak rasanya diri aku berada di dalam kumpulan itu.
"Itulah. Aku dah cakap. Ambil je Suraya tu. Tapi kau degil. Tak pasal-pasal dia ni, masuk kumpulan kita,"
Terdengar Diana berbisik di telinga Nabila. Nabila pula memandang aku macam nak telan. Glurrrppp! Aku menelan air liur.
"Ishh! Aku dah panggil dia tadi. Dia yang tak nak." Nabila jeling aku.
Aku tunduk.
"Dah. Dah. Tak payah bising. Nanti cikgu marah," Emy meredakan kedua sahabat itu.
Emy turut menjeling aku. Dan dia tersenyum sinis. Di dalam kumpulan tersebut hanya Emy sahaja lelaki.
"Okey semua dah ada kumpulan ye,"
"Dah cikgu," -semua murid.
"Untuk aktiviti kumpulan hari saya nak kamu buat karangan tetang pencemaran. Satu kumpulan pilih satu jenis pencemaran kemudian bincangkan. Kemudian buat satu karangan dan bentangkan di hadapan kelas,"
Bising.
"Okey. Boleh mula sekarang. Cikgu bagi masa setengah jam untuk kamu buat dan hari ni cikgu nak dua kumpulan buat pembentangan. Boleh kan?"
"Ha?" Semua terkejut. Tidak kurang juga ada yang merungut.
"Boleh tak kelas?"
Senyap...
"Boleh tak? Saya tak dengar suara pun,"
"Boleh cikgu!" beberapa murid.
"Apa? Saya tak dengar,"
"Boleh cikgu!" semua murid.
"Bagus! Macam tu lah. Semangat sahut cabaran cikgu. Setiap kumpulankan ada empat orang. Maknanya setiap kumpulan ada empat otak. Jadi, mesti kamu boleh buat,"
Sinis sahaja Cikgu Jasmin. Minta-minta tiada siapalah yang mendoakan yang tidak baik untuk kandungannya. Cikgu Jasmin memang garang di dalam kelas. Tetapi bila di luar kelas, dia seorang yang peramah dan juga baik hati. Dia pernah beberapa kali memberi aku duit untuk aku buat belanja. Dia macam tahu-tahu sahaja ada waktu aku tiada duit dan hanya bawa bekal roti kosong sahaja.
Untuk aku itu sudah perkara biasa. Kerana kebiasaanya selepas pulang dari sekolah, ibu sudah siap masak untuk kami sekeluarga. Jadi aku tidak kisah sangat jika di sekolah tidak dapat berbelanja.
"Wei! Kita nak buat pencemaran apa ni? Pening lah. Cepat lah bagi idea," Emy mula bising.
Kaki ku yang memakai kasut lusuh di bawah meja ditendang-tendang. Tidaklah terlalu kuat tapi cukup buat aku tidak selesa.
"Kita buat pencemaran bunyi. Nak?" Soal Nabila.
"Tapi takut kumpulan lain dah buat," balas Diana.
Nabila mengangkat tangan tanda ingin bertanya.
"Ya Nabila," Cikgu Jasmin yang sedang duduk sambil mengusap perut di meja guru di dalam kelas, memandang wajah Nabila. Mungkin tadi Cikgu Jasmin sedang berbual dengan kandungnya. Itu yang aku selalu tengok di dalam drama.
"Cikgu boleh ke kalau tajuk sama dengan kumpulan lain,"
"Bagus soalan kamu. Cikgu pun ternanti-nanti soalan ni,"
Cikgu Jasmin bangun dari kerusi. Sedikit payah aku lihat dia bangun.
"Okey kelas. Saya nak tanya. Sila berhenti sekejap,"
Semua murid memandang ke hadapan. Cikgu Jasmin merapati papan hitam. Dan di tangannya ada kapur.
"Siapa tahu pencemaran ada berapa?"
"Empat," - Anita.
"Lima," - Dewi.
"Tujuh," Diana.
"Erm. Betul tujuh. Tapi yang biasa kita dengar ada empat sahaja," Cikgu Jasmin menulis nombor satu sampai empat di papan hitam.
"Boleh siapa jawab pencemaran yang pertama apa? Damia!" Aku tersentak bila namaku di panggil.
"Padan muka. Tu lah berangan je," Emy bersuara perlahan sambil menolak kaki aku kasar di bawah meja. Apa yang dia tidak puas hati aku pun tidak tahu dan malas ambil tahu.
Diana dan Nabila hanya tersenyum sinis memandang aku.
Aku bangun berdiri sebagai tanda hormat apabila di soal.
"Air cikgu," jawabku.
"Okey. Betul," Cikgu Jasmin menulis di papan hitam.
Aku pula kemudian duduk di kerusi.
"Lagi?"
"Udara," Dewi.
"Tanah," Anita.
"Bunyi," Fatiha.
"Okey. Bagus. Semua tahu. Kamu semua ada lapan kumpulan. Jadinya dua kumpulan akan ada tajuk yang sama. Okey. Siapa nak buat pencemaran tanah?"
Cikgu Jasmin memilih dan setiap kumpulan di tulis di hadapan. Kumpulan aku memilih pencemaran air. Setelah selesai.
"Okey. Semua boleh sambung semula,"
Dan keadaan kelas kembali bising. Masing-masing berbincang antara satu sama lain. Aku? Masih seperti tadi. Senyap. Bukan tidak beri idea. Ahli kumpulan aku seperti tidak mengendahkan aku. Setiap idea yang aku beri, semua seperti angin lalu. Mereka buat-buat tidak dengar. Akhirnya aku hanya jadi pemerhati.
"Okey. Ada sepuluh minit lagi. Dah boleh buat isi penutup," Cikgu Jasmin bersuara.
Semua semakin rancak berbincang. Bising masih seperti tadi.
"Okey! Masa dah time," terdengar ada suara halus ketawa. Ya. Murid-murid takut untuk ketawa walaupun kadang-kala Cikgu Jasmin ada juga cuba buat jenaka.
"Untuk hari ni. Saya nak pilih...."
Lama Cikgu Jasmin memerhati setiap murid-muridnya.
"Haaa... Kumpulan Azlan dan Damia,"
Aku tersentak. Sekali lagi nama aku di sebut. Berdebar usah cakap. Dengan kawan-kawan aku perli lagi.
"Kita orang yang susah-susah cari idea, nama kau juga cikgu sebut ea," Diana berkata sinis.
"Siapa nak mulakan dulu?"
"Kumpulan Azlan cikgu!" - sesetengah murid.
"Baik. Semua ahli kumpulan ke depan. Tapi hanya seorang sahaja yang bentang,"
Semua ahli kumpulan Azlan bangkit dan perlahan melangkah menuju ke hadapan kelas.
"Uuuuuu...," Semua bersorak.
"Okey dipersilakan," - Cikgu Jasmin.
Ahli kumpulan Azlan terdiri daripada Fatiha Husna, Azlan, Hafiz dan Zubaidah. Mereka memilih untuk membuat pencemaran udara.
"Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera," ucap Zubaidah.
Ahli kumpulan Azlan memilih Zubaidah untuk membuat perbentangan.
"Waalaikumsalam,"
"Isu pencemaran udara.... Bla..bla..blaa,"
"Disebabkan cikgu dah petik nama kau. Nanti kau yang buat perbentangan ni," Diana bersuara kasar.
Dia menolak sekeping kertas yang sudah lengkap terisi di hadapan aku. Aku mula berdebar. Tidak pernah seumur hidup aku berucap di hadapan ramai orang. Aku tiba-tiba menggigil.
"Errr.. tak kan aku. Aku mana tau,"
"Tak tahu benda. Benda dah tulis ni. Kau baca je lah. Isshhh! Nyusah betul," Emy menempelak dengan suara sedikit dingin namun direndahkan ton suaranya.
"Ye lah. Kau baca je kot. Bukan susah mana," Nabila pula bersuara.
"Kita orang yang penat-penat fikir, kau juga yang cikgu nampak," sambungnya lagi.
Pappp! Pappp! Tepukan gemuruh satu kelas menghentikan perbualan mereka.
"Okey. Bagus. Isi yang padat. Dan susun atur ayat pun bagus," Cikgu Jasmin memuji.
"Kumpulan Damia. Sila ke depan,"
Aku dan ahli kumpulan yang lain bangun dan menuju ke hadapan kelas.
"Kau buat betul-betul ea," keras sahaja suara Nabila di telinga aku.
Kertas putih saiz a4 aku pegang. Sedikit bergegar. Aku betul-betul gemuruh.
"Baik. Boleh mulakan,"
"Ehemmm," aku tertunduk. Malu melihat ke hadapan. Pakaian aku yang sedikit lusuh dan berkedut seribu membuat keyakinan diri aku berkurang. Tambahan pula, apabila ahli kumpulan aku mengugut dan menyindir aku.
Aaarrgghhh!!! Aku menjerit di dalam hati.
jom.. Komen haiii...kalau korang suka. taip mini love... bagi MH semangat sikit.. plsss..
Share this novel