"Awak janganlah malu. Anggap je ni sebagai tanda perkenalan kita," sungguh lembut percakapannya.
Dia nampak aku teragak-agak untuk mengambil, pantas sahaja dia memasukkan seketul ayam di dalam bekas makanan aku.
Memang aku benar-benar tidak boleh menolak. Aku hanya menunduk. Semasa suap makanan pun mukaku hanya memandang bekal yang aku bawa.
"Awak memang bawa bekal ea hari-hari?"
Dia nak ajak aku berbual lah tu. Aku sebenarnya memang teruja. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku ni. Yelah. Aku tak pernah ada kawan di sekolah ini. Tidak pernah berborak panjang dengan mana-mana murid melainkan jika ada yang nak bertanya sesuatu. Itu sahaja. Tapi Dahlia ni lain. Siap boleh duduk depan aku lagi. Dia tu dah la wangi. Cantik. Aku ni. Hmmmm. Aku bermonolog sendiri.
Aku hanya mengangguk sebagai tanda membalas jawapannya.
"Macam best je bawa bekalkan. Tak payah nak beratur panjang. Esok saya pun nak bawa bekal lah. Macam awak. Ada geng,"
Aku hanya senyum. Sebenarnya aku malu nak jawab apa. Tetapi Dahlia memang jenis tak berputus asa. Ada sahaja benda yang dia nak cerita. Dan kadang tercuit juga hati aku dengan cerita-cerita dia.
Sedari tadi hanya dia sahaja yang bercakap. Aku kadang-kadang hanya mengangguk, menggeleng sebagai tanda menjawab setiap pertanyaan. Aku benar-benar kekok.
Aku menarik nafas panjang kemudian aku lepaskan. Wajah dihadapan aku pandang.
"Errr. Saya nak tanya. Awak jangan marah ea," aku memandang tepat ke anak matanya. Melihat reaksi dia.
"Ermm. Tanyalah," dia menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Kenapa awak tak join Suraya? Tadikan awak dengan dia," akhirnya terkeluar juga soalan itu.
Aku sedar, sedari tadi Suraya, Diana, Nabila asyik memandang ke arahku dengan pandangan sinis. Menjeling usah dicakap. Setiap kali mata aku dan mata mereka bertembung, setiap kali itu jelingan tajam aku dapat.
"Entah. Sebab saya nampak awak sorang-sorang. Jadi saya rasa nak teman awak. Kenapa? Tak boleh ke?" Kini dia pula memandang aku tepat ke anak mata.
Aku jadi malu dah serba salah. Aku hanya menggelengkan kepala kemudian. Makanan yang masih berbaki aku suap ke mulut.
"Awak tak ada kawan?" Sungguh berterus-terang.
Aku tidak terkejut dengan soalan itu. Mana-mana orang yang nampak aku, pasti tau aku tak ada kawan.
Lagi sekali aku hanya menggelengkan kepala.
"Hmmm. Tak apa. Lepasni, saya jadi kawan awak," tangan aku disentuh lembut. Sungguh aku terharu.
Seperti biasa, selepas makan. Aku mencuci bekas makanan di sinki kantin. Dahlia setia menjadi peneman aku.
Kemudian kami beriringan menuju ke pondok wacana. Menghabiskan sisa-sisa waktu rehat yang berbaki beberapa minit. Aku tahu, ada beberapa pasang mata sibuk memerhatikan aku. Mana tidaknya. Sebelum ini aku hanya berseorangan. Namun hari ini aku dah ada kawan. Dan aku harap, dia akan terus jadi kawan aku.
Hari itu aku rasa waktu pantas berlalu. Sekejap sahaja sudah tiba waktu untuk pulang.
"Bye," aku melambai Dahlia yang sudah menaiki kereta.
Dan kereta itu aku pandang sehingga hilang dari pandangan mata aku. Tidak berapa lama ayah pun tiba.
Tiba di rumah macam biasa ibu akan tunggu aku depan pintu. Dan hari ini bukan hari Jumaat maka setelah menghantar aku pulang ayah terus pergi kerja semula.
"Assalamualaikum ibu," aku datang peluk ibu setelah kasut aku letak di rak kasut.
Beg sekolah yang berat aku bawa masuk namun ibu terlebih dahulu mengambilnya dari tangan aku.
"Hai. Ceria je ibu tengok anak ibu ni. Ada apa-apa ke?" Ibu duduk di sebelah aku.
Aku waktu itu sedang mengeluarkan bekal makanan dari dalam beg.
"Adik ada kawan baru bu. Dia baru masuk tadi," aku mula bercerita.
Seperti biasa ibu begitu teruja mendengar cerita aku. Aku nampak raut wajah ibu senang dan gembira dengar cerita aku.
"Dia pun nak bawa bekal macam adik," luahku.
"Ibu tak rasa adik busuk ke?" Sempat pula aku mengusik ibu.
Biasa ibu jarang nak berbual dengan aku bila pulang dari sekolah. Tetapi hari ini, dia layan sahaja kerenah aku.
"Ada bau juga. Tu lah ibu baru nak tegur. Tapi adik dah sedar. Baguslah," ibu dan aku ketawa serentak.
Aku tahu ibu hanya bergurau.
*****
Esoknya aku pergi sekolah sangat bersemangat. Aku dah ada kawan. Aki asa gembira sangat sehingga ibu perasan akan perubahan aku.
"Wahhh! Ceria anak ibu pagi ni. Macam ni lah bagus. Ini tidak. Asyik muncung je mulut tu. Kalah muncung itik," ibu menegur aku sewaktu sarapan pagi.
Hari ini ibu menyediakan lempeng kemudian di cicah dengan gula. Sedap. Ada juga sambal tetapi aku lebih suka cicah gula. Manis.
Sampai di sekolah, aku terus masuk ke dalam kelas untuk menghantar beg. Aku pelik. Semalam ada tiga meja. Hari ini cuma ada dua meja. Hati aku berdebar. Aku rasa ingin menangis. Aku sudah memikirkan yang bukan-bukan. Lama aku termenung di situ.
"Oii!," Aku terkejut. Diana menyergah aku.
Dia tersengeh memandang aku. Aku pula mengurut dada kerana terkejut.
"Kau ni pagi-pagi dah berangan ea?"
Diana bersama Suraya dan juga Fatiha Husna.
"Ermm. Ni aku nak beritahu. Aku dah alihkan meja aku kat sana. Tak ingin aku duduk dengan kau lagi. Nasib baik ada Si Dahlia tu. Kalau tak. Tak tahu sampai bila aku kena duduk sebelah kau yang busuk ni," tajam kata-katanya. Fatihah Husna tersenyum pada aku. Senyuman yang penuh kebencian.
Aku malas nak berlama-lama di situ. Aku terus sahaja keluar dari kelas tanpa mempedulikan mereka.
Pada waktu pagi, murid-murid tidak di benarkan berada di dalam kelas kecuali hanya untuk meletakkan beg di meja. Kemudian semua murid-murid perlu berada di Dewan Munsyi. Di sana murid-murid perlu membaca apa-apa sahaja bahan bentuk bacaan. Ini peraturan sekolah. Guru Besar tidak mahu murid-muridnya menghabiskan masa dengan berbual kosong sahaja.
Dewan Munsyi juga digunakan sebagai tapak perhimpunan. Sedang aku leka membaca buku, aku terbau satu aroma wangian yang aku cukup kenal.
"Hai," sapa Dahlia.
"Hai," balas aku.
Dia tersenyum pada aku dan melabuhkan punggung rapat di sebelah aku.
"Awak baca buku apa?" Dia menjeling pada buku di tangan aku.
"Buku ni," aku menunjukkan buku kisah dongeg rakyat itu padanya.
Buku itu sudah beberapa kali aku ulang baca. Sehingga aku boleh hafal kesemuanya. Aku tiada buku lain untuk di buat bahan bacaan.
"Nah," dia menghulurkan aku satu buku dongeng rakyat juga tapi berlainan siri.
Aku senyum. Aku suka. Hari ini aku ada buku baru yang boleh aku baca.
"Buku awak saya baca. Kita tukar, okey?"
Aku hanya mengikut sahaja.
Dan hari itu cepat berlalu. Sekejap sahaja aku rasa sudah tiba waktu untuk pulang. Masa benar-benar mencemburui aku. Mungkin sekarang aku semakin happy. Jadinya aku tidak perasaan akan masa yang bergerak pantas.
Tiba waktu rehat.
Aku melihat Dahlia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Aku tersenyum apabila melihat dia mengeluarkan bekal bewarna merah. Di atas bekas ada kartun Mini Mouse. Pasti mahal bekas makanan itu.
"Saya pun bawa bekal. Sama macam awak. Jom," dia senyum pada aku.
Selama aku berkawan dengan Dahlia, aku nampak dia benar-benar ikhlas berkawan dengan aku. Tidak nampak seperti terpaksa. Setiap senyum dan gelak tawanya tidak di buat-buat. Aku sangat-sangat rasa di hargai.
Hari ini ibu bekalkan aku lempeng yang ibu buat untuk sarapan pagi tadi. Aku malu mahu menunjukkan bekal aku pada Dahlia.
Dahlia pula membawa bekal mee goreng. Nampak sangat menyelerakan. Ada sayur, udang, fish cake. Sangat lengkap.
"Wahhh. Lempeng. Nak satu boleh? Saya dah lama tak makan lempeng," ujarnya.
Aku pelik dengan Dahlia. Dia tak ada rasa segan dan malu berkawan dengan aku. Aku yakin, murid-murid lain pasti memandangnya dengan pandangan lain. Ye lah. Dahlia kemas orangnya. Pakaiannya cantik. Bergosok. Wangi pula tu. Aku? Macam langit dengan bumi. Pakaian aku sudah lusuh dan bewarna kuning. Kasut pula tunggu masa jari kaki hendak keluar. Tudung aku, besar kerana aku pakai tudung kakak. Ibu cakap tudung kakak masih boleh diguna lagi. Aku hanya menurut sahaja.
Pakaian aku juga tidak bergosok. Di rumah aku tidak mempunyai sterika ataupun iron baju. Kakak dan abang iron baju mereka menggunakan iron yang di pinjam pada jiran. Aku segan untuk meminta kakak ironkan baju aku. Pernah sekali aku memintanya, namun aku kena herdik. Jadi, saat itu aku tidak lagi memintanya. Nak minta tolong pada abang. Dia punya banyak alasan. Dia cakap pakaian sekolah budak perempuan sangat leceh untuk di gosok. Aku hanya menurut sahaja.
"Sedapnya. Siapa masak?" Dia bertanya sebaik lempeng berada di dalam mulutnya dan dikunyah.
"Ibu saya masak," jawabku jujur.
"Awak nak rasa mee goreng saya? Rasalah," dia menolak bekal di hadapanku.
Aku teragak-agak untuk merasa. Perlahan garfu aku pegang dan aku mengambil sedikit mee dan aku suap ke dalam mulutku.
Hmmmm. Memang sedap. Aku menilak kembali bekal itu dihadapanya.
"Kenapa sikit sangat awak rasa. Ambillah banyak-banyak. Ni ada udang. Fish cake. Awak makan lah," dia menyuruh ku sekali lagi.
Aku hanya menurut sebab mee goreng itu memang terlalu sedap. Aku rasa ingin makan kesemuanya.
Lempeng yang masih berbaki aku habiskan. Dan dia juga menghabiskan sisa mee gorengnya.
Seperti biasa aku mencuci bekal aku. Dan dia juga turut mencuci bekalnya. Habis lengan bajunya basah. Nampak sangat dia tidak pernah mencuci pinggan mangkuk. Tekaku.
"Lepas ni biar saya saja tolong cucikan bekal awk. Tengok habis basah baju awak," dia hanya tersengeh.
Dahlia hanya tersengeh.
Hari pantas berlalu dan sekarang sudah hari Jumaat. Biasa hari ini aku sangat gembira. Hari yang aku tunggu-tunggu kerana esok dan Ahad cuti sekolah. Namun sekarang aku berasa sedikit sedih kerana sudah tentulah aku tidak dapat berjumpa Dahlia.
Sejak Dahlia menjadi kawan aku, Suraya and the geng sudah jarang mengganggu aku. Mungkin kerana latar belakang Dahlia membuat mereka takut mendekati aku. Dahlia merupakan anak kepada Ketua Balai Polis di daerah tempat aku tinggal. Dia dan kaluarganya berpindah ke sini dari Johor Bahru kerana ibunya yang merupakan seorang suri rumah perlu menjaga neneknya di sini yang sudah uzur.
"Esok dan lusa cuti sekolah. Biasa kalau cuti sekolah awak buat apa?" Dahlia bertanya.
Waktu itu aku sedang menulis nota Ustaz Nasir di papan hitam. Ustaz Nasir adalah cikgu yang mengajar aku subjek Pendidikan Islam.
"Ermmm. Biasa saya bantu ibu dekat rumah. Kalau ada kerje sekolah. Saya buat kerja sekolah. Itu je," aku membalas bersahaja.
"Kalau saya ajak awak datang rumah saya, awak nak tak?"
Aku sedikit terkejut. Tidak sangka dia akan menawarkan aku begitu.
"Betul ke? Nak buat apa," Aku pula bertanya untuk kepastian.
"Awak nak tak? Rasa-rasa ibu dan ayah awak bagi tak?" Soalan masih di jawab dengan soalan.
Aku hanya menjungkit bahu.
"Nanti saya cuba tanya ibu dan ayah saya. Harap-harap mereka bagi. Tapi nak buat apa pergi rumah awak?" Tanyaku sekali lagi.
"Awak teman saya. Saya bosan duduk rumah. Tak ada kawan," ucapnya.
"Ermmm. Apa kata awak beri saya alamat rumah awak. Petang nanti saya minta ibu dan ayah saya datang jumpa ibu dan ayah awak. Minta kebenaran," dia bersungguh-sungguh.
Aku pula benar-benar tidak menduga Dahlia akan mengajak aku ke rumahnya. Aku sudah tentu sangat teruja namun perlu juga kebenaran ibu dan ayah terlebih dahulu.
Share this novel