Aku memandang wajah Dahlia. Tak faham. Aku perasan kedua makhluk di hadapan aku juga sedang merenung aku.
"Dah kenapa dua beradik ni?" Hati aku berbisik.
"Dah-dah. Jangan kamu mengusik Damia tu baby. Kesian mummy tengok. Tu muka Damia. Dah macam udang kena bakar dah,"
Aku memandang wajah ibu Dahlia yang sedang duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu.
"Korang ni memang sweet couple kan,"
Lengan aku di peluk. Abang Danish sudah hilang entah ke mana.
"Kenapa?"
"Hurmm. Kau tak perasan ke?"
Aku hanya menjungkit bahu.
"Dari korang start jadi tunang aku dah perasan,"
Aku memandang Dahlia pelik. Aku mengikut langkahnya menghala ke arah sofa.
"Korang suka pakai baju sama warna kan? Dah janji ea?"
Pantas sahaja aku melihat tubuh aku. Hari itu aku mengenakan baju t-shirt berwarna biru navy. Seluar pula jenis cotton slack berwarna putih. Selendang pula berwarna krim. Jenis kain premium cotton dan iron less. Kain lembut dan mudah di bentuk. Itu adalah keselesaan aku. Sejak ada baby Ikhwan, apa sahaja pakaian yang jenis iron less semua aku beli. Dari seluar hinggalah ke tudung.
Aku lebih selesa mengenakan seluar berbanding skirt kerana mudah untuk bergerak dan menguruskan baby Ikhwan.
"Tak ada maknanya berjanji. Ni namanya sehati sejiwa,"
Suara garau itu menyentak aku. Tadi hilang sekarang entah dari mana pula muncul. Aku terpaku. Betul! Dia juga mengenakan baju biru navy dan seluar juga cotton slack berwarna putih. Macam mana boleh sama? Tapi aku rasa baju yang abang Danish kenakan lagi berjenama kerana lihat sahaja design dan jenis kainnya. Lembut sahaja. Mesti premium kualiti.
"Uweekkk! Ye ke? Ke korang dah mesej-mesej dulu. Pakai baju apa. Seluar warna apa. Entah-entah dalam pun sama,"
Aku mencubit Dahlia. Dahlia ni kadang-kadang guraunya melampau juga.
"Tak payah lah sampai macam tu. Malu lah aku,"
Walaupun aku sudah lama kenal keluarga Dahlia, tidak bermakna aku tidak merasa malu lagi. Malah segala tindak-tanduk serta tingkah laku aku juga aku sentiasa jaga kerana aku tahu, ke mana sahaja aku pergi aku bukan sahaja bawa diri aku tetapi nama keluarga aku juga terpikul di bahu aku. Aku tidak mahu jika salah laku yang aku buat, keluarga aku juga terpalit sama.
Satu bantal kecil yang di baling abang Danish tepat mengena kepala Dahlia.
"Aduh! Mana aci dua lawan satu,"
Kepala dan lengan di gosok sambil memandang wajah aku masam. Padan muka! Usik aku tak bertempat. Kalau ye pun. Janganlah over sangat.
Ibu Dahlia hanya memandang kami sambil tersenyum. Aku pula membalas senyuman ibu Dahlia ketika mata kami bertembung. Baby Ikhwan sedari tadi tak henti ketawa apabila sentiasa di agah-agah ibu Dahlia. Ayah Dahlia pula entah ke mana hilang. Betul tak? Like father like son. Tiba-tiba hilang. Dan tiba-tiba juga muncul.
"Tidur sini ye malam ni,"
Soalan di tujukan kepada aku. Ye lah. Takkan untuk Dahlia ataupun abang Danish. Dah tentu-tentu mereka anak-anaknya.
Aku senyum sahaja. Faham akan kerinduan family itu terhadap tubuh kecil itu. Sekejap sahaja sudah besar dan pandai pula mengambil hati. Baby Ikhwan!
"Budak comel ni. Malam ni tidur dengan nek mummy ye. Beri mama mia rehat pula,"
Mama Mia? Macam-macam nama pula ibu Dahlia ni beri. Aku hanya senyum sahaja. Tidak membantah. Apa-apa sahajalah janji jangan mumia sudah!
"Kalau macamtu malam ni kau boleh tidur bilik aku. Kita overnight nak malam ni. Lama kan kita tak borak-borak,"
Wajah ceria di samping aku, aku pandang. Aku serba salah sebenarnya.
"Boleh je. Tapi mummy tak kisah ke jaga baby Ikh. Kesian mummy nanti. Damia boleh je jaga baby Ikh macam biasa,"
"Eh! Tak apalah. Daddy pun ada. Boleh tolong mummy. Lagipun mummy tak sabar nak pegang anak kecil. Nak dapat cucu tak tahu bila. Dapat cucu ekpress macam ni pun tak apa. Kan baby Ikh,"
Baby Ikhwan sedari tadi hanya senyum dan sesekali ketawa comel membuat kami sekeluarga juga turut tersenyum melihat keletahnya.
"Nanti barang-barang baby Ikh Damia letak depan pintu bilik mummy ye. Eh! Ni barang-barang dah keluarkan ke belum?"
Aku hanya menggelengkan kepala tanda menjawab soalan ibu Dahlia.
"Danish. Pergi tolong Damia. Mesti banyak barang dia bawa. Ye lah. Ada anak kecil ni. Kalau boleh satu rumah nak bawa. Kan Damia,"
Aku hanya senyum sahaja. Aku memandang tepat wajah abang Danish. Memberi isyarat mata ke arahnya. Namun dia buat-buat tidak faham pula.
"Nantilah mummy. Penat ni,"
"Eh! Eh! Mana boleh nanti. Sekejap lagi baby Ikh ni berak, nak pakaikan apa? Takkan nak pakaikan boxer kamu tu?"
Aku dan Dahlia ketawa serentak. Muka abang Danish nampak berubah sedikit apabila di usik ibu Dahlia.
Aku memandang wajah abang Danish yang duduk berhadapan dengan aku. Aku nampak dia memberi isyarat mata. Dia bangkit dan berlalu meninggalkan aku, Dahlia dan ibunya serta baby Ikhwan.
"Damia. Mummy pergi bawa baby Ikhwan masuk bilik ya. Nanti Damia letak je barang-barang baby Ikh depan pintu,"
Aku hanya mengangguk tanda faham. Dahlia juga mahu masuk ke biliknya. Dia mahu mengemas bilik katanya. Dan aku tinggal seorang di ruang tamu itu.
Aku bangkit. Mencari kelibat abang Danish. Aku menuju ke pintu utama. Dan aku membuang pandang ke kawasan parking, apakah dia ada di sekitar kereta aku. Namun tiada. Kosong sahaja kawasan itu.
"Mana pula dia ni pergi. Kalau ye pun nak pergi mana-mana berilah kunci kereta aku dulu," aku membebel.
Aku mula mencari-cari. Di dapur tak ada. Di ruang tamu. Lagi tak ada. Dekat kolam kot. Aku mengorak langkah menuju ke kolam renang. Betul tekaan aku. Aku melihat tubuh itu sedang duduk santai di satu kerusi.
Di tepi kolam renang, ada beberapa kerusi serta meja kopi untuk ahli keluarga beristirehat ketika bersantai-santai di waktu lapang.
Aku menghampiri abang Danish. Aku tahu dia perasan akan kehadiran aku kerana aku nampak dia menoleh sedikit ke arahku kemudian wajahnya berpaling semula menghadap kolam renang. Dia sedang bermain-main dengan telefon bimbitnya. Apa yang dia buat. Aku malas ambil tahu.
"Awak. Bagi kunci kereta saya,"
Aku sudah berdiri di sisinya.
Sepi.
Aku cuba lagi sekali. Aku yakin dia dengar. Namun dia masih lagi membeku.
"Awak dengarkan?"
Masih sepi. Aku sudah tidak boleh sabar.
"Awaa..." kata-kata aku terhenti apabila dia dengan tiba-tiba tegak berdiri di sebelah aku.
"Bila masa aku ambil kunci kereta kau?"
Mukanya seperti biasa. Masam. Tiada senyum. Matanya tajam merenung aku.
"Janganlah main-main. Tadi awak yang pegangkan?"
Aku nampak dia tersenyum sinis.
"Mana?"
"Ada. Tu dalam seluar awak,"
Dia memusingkan badannya menghadap aku. Dan tubuh aku dan dia sangat rapat. Dia meletakkan kedua tangannya di pinggang.
"Kalau berani ambillah,"
Ish! Dia ni kan.
"Awak cabar saya?"
"Ambillah kalau berani,"
Dia tersenyum sumbing ke arah aku. Demi baby Ikhwan aku mengumpul segala kekuatan. Dia cabar aku kan? Dia ingat aku tak berani.
Aku nampak dia memasukkan kunci di poket seluar bahagian kanan.
Dengan segala kekuatan aku seluk poket seluarnya. Dan dengan pantas kunci aku tarik keluar dan aku tayangkan di hadapan mukanya. Wajah senyuman sinis aku pamerkan di hadapannya. Aku nampak perubahan riak wajahnya. Mesti terkejutlah tu kan? Ingat aku tak berani.
Aku terus melangkah meninggalkan dia sendirian dengan wajahnya yang aku sendiri malas nak fikir.
Kereta aku, aku auto unlock. Dan bonet kereta aku buka. Beg pakaian serta beberapa beg kecil yang lain milik baby Ikhwan aku keluarkan dulu. Itu perlu diutamakan terlebih dahulu. Beg aku nanti-nanti boleh ambil.
Aku perasan dia menghampiri aku kerana aku mendengar derap kaki serta haruman yang menjadi igauan aku menerejah rongga hidung.
"Kau tak malukan?"
Aku senyap sahaja. Malas nak bertekak dengannya. Beg-beg baby Ikhwan aku letak di bawah terlebih dahulu.
"Aku cakap dengan kau ni,"
Huh! Aku mengeluh. Wajah dia aku tatap.
"Awak ni kenapa. Dah tadi awak cabar saya. Awak ingat saya tak berani?"
Huh!
Itu yang keluar dari bibir lelaki itu.
Kemudian aku meneruskan kerja aku.
"Dah biasakan buat benda-benda macam tu. Betul tak?"
Ni yang paling aku geram. Kenapa dia tak habis-habis nak sakitkan hati aku.
"Awak kalau rasa datang sini semata-mata nak sakitkan hati saya, baik awak masuk je kat dalam rumah. Beg-beg ini tak apa. Saya masih ada tenaga untuk angkat," Sebolehnya aku cuba kawal nada suara aku yang terasa sebak.
Aku menutup pintu bonet kereta aku kuat tanda protes dengan kata-katanya tadi. Kemudian beg-beg yang sudah aku keluarkan aku angkat satu persatu. Tidak terlalu besar, makanya aku boleh membawa kesemuanya sekali.
Langkah aku terhenti. Dia block jalan aku. Aku ke kiri, dia ke kiri. Aku ke kanan dia juga ke kanan. Aku memandang wajahnya tajam.
"Ke tepi boleh tak?"
Dia juga merenung aku.
"Sini.. aku tolong,"
Dia cuba mengambil semua barang-barang yang ada pada aku.
"Tak payah. Saya boleh bawa,"
"Sini. Jangan degil,"
Dia memaksa aku dan aku tetap berkeras. Dan akhirnya aku mengalah apabila seluruh beg sudah pun beralih tangan.
"Huh! Mentang-mentanglah badan besar," aku berkata sendirian kerana ketika itu dia sudah pun berlalu meninggalkan aku.
Aku berpatah semula ke kereta kerana barang-barang aku belum lagi aku keluarkan.
"Sini..."
Hampir sahaja gugur jantung aku.
"Apa lagi?"
Kali ini. Nada aku sedikit keras. Bapak laju dia jalan. Rasanya baru tadi dia pergi hantar barang-barang baby Ikhwan. Sekarang sudah tercegat berdiri sebelah aku.
"Tak apa. Biar aku tolong angkat barang-barang kau ni,"
"Tak apa. Bukan banyak pun. Dah... Awak pergilah masuk,"
"Kau ni memang degilkan? Aku nak tolong. Tak bagi. Jual mahal. Jangan sebab kau nanti aku kena marah dengan mummy!"
Jari telunjuknya tegak terarah ke muka aku.
Glurrppphhh! Rasa perit pula tiba-tiba saat air liur melalui anak tekak.
Terasa beg di tangan aku, di rampas kasar.
Ouchhh!!
Beg kecil tu pun nak beria nak angkat sekali? Angkat yang besar je dah la..hanya mampu terluah di dalam hati.
Belakang badannya aku pandang sepi kerana ketika itu abang Danish sudah pun berlalu sambil membawa beg-beg aku.
"Apa lagi tercegat tu! Tutup pintu kereta tu. Lepastu kunci. Kau nak tidur kat luar ni ke?"
Bagai baru tersedar, aku cepat-cepat menutup pintu kereta dan menguncinya kembali.
Share this novel