Semua mata tertumpu ke arah aku dan abang Danish. Kami semua berada di ruang tamu. Duduk saling berhadapan di atas sofa. Seperti menunggu hakim menjauhkan hukuman gayanya.
Aku hanya menunduk begitu juga abang Danish. Di hadapan aku ada ibu dan ayah Dahlia. Aku bersyukur juga kerana Dahlia tiada ketika itu. Jika sahabatnya itu ada, pasti keadaan lagi kacau.
Aku tahu Dahlia tidak akan duduk diam jika dia nampak dengan matanya sendiri apa yang terjadi. Teringat waktu di sekolah rendah dulu bagaimana Dahlia bersusah payah melawan geng-geng Suraya yang cuba untuk membuli aku hinggakan mahu bertumbuk mereka ketika itu. Jika tidak di kenangkan di mana mereka berada pasti sudah teruk geng-geng Suraya dikerjakannya. Empat orang lawan satu. Berani betul Dahlia.
Dan kini jika keadaan seperti ini dapat dilihat Dahlia lagi sekali, aku pasti teruk abang Danish kena dengan adiknya itu. Abang tak abang. Benda tak betul, tetap tak betul. Dahlia seorang yang suka menegakkan keadilan.
"Kalau tak kerana bibik call mummy tadi, mesti mummy tak tahu apa yang berlaku dan mummy tak tahu benda sudah seteruk ini,"
Sepi.
Aku dan abang Danish tidak berani bersuara. Untuk aku membuka cerita, itu bukan aku. Aku lebih rela dipersalahkan supaya keadaan kembali seperti sedia kala.
"Mummy tak pernah ajar anak-anak mummy berkasar dengan orang tambahan dengan wanita. Dayus tahu tak?"
Ayah Dahlia juga turut senyap. Hanya sesekali aku nampak ayah Dahlia menggosok-gosok belakang badan isterinya. Pasti untuk mententeramkan isteri kesayangannya.
"Ini baru bertunang. Belum lagi sah jadi suami, isteri kamu dah berkasar. Kalau macam inilah. Mummy dah tak sanggup nak teruskan. Biarlah orang nak kata apa. Mummy tak nak nanti anak mummy berkasar dengan isteri pula kemudian hari,"
"Damia..."
Aku menegakkan kepala aku tepat memandang wajah ibu Dahlia. Air mata yang sedari tadi mengalir keluar aku kesat dengan hujung jari sahaja. Tiada tangisan. Tiada sendu. Entah kenapa air jernih ini tidak mahu berhenti sedari tadi.
"Mummy minta maaf bagi pihak Danish. Mummy ingat dia sayang sangat dekat kamu sampai tak nak cari teman hidup yang lain. Sanggup tunggu kamu,"
"Mummy..." Abang Danish bersuara.
"Kenapa? Kamu jangan ingat mummy tak tahu yang kamu dah lama sukakan Damia kan? Sejak Damia sekolah rendah lagi,"
"Mummy janganlah. Please,"
Aku pada waktu itu tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan aku. Suka? Gembira? Malu? Semua bersatu menjadi satu. Sesuatu yang tidak aku jangka sama sekali. Abang Danish sukakan aku?
"Kenapa? Kamu malu? Habis apa yang kamu buat tadi tak malu? Biar Damia tahu. Mummy nak Damia tahu semua hari ini,"
"Semua perempuan yang mummy mahu jodohkan dengan kamu, semua kamu tolak? Kenapa? Semua sebab Damia? Betul?"
Diam.
Aku juga menunggu jawapan dari lelaki itu.
"Kenapa kamu diam? Betul tak apa yang mummy cakap?"
Perlahan aku nampak dia menganggukkan kepala perlahan. Apa?? Aku tak salah pandangkan?
"Jadi kenapa kamu buat semua tadi tu? Kalau arwah ayah Damia masih hidup, kamu rasa apa tindakan arwah bila dia nampak apa yang kamu lakukan kepada anaknya?"
Aku dapat rasakan ketegangan pada nada suara ibu Dahlia.
"Mummy tak tahulah apa yang sudah rasuk kepala kamu tu sampai ambil tindakan macam tu. Kenapa tak bincang elok-elok?"
"Lagi satu.... Mummy rasa yang patut marah bukan kamu. Tapi Damia. Kamu jangan ingat mummy tak tahu apa yang sudah kamu lakukan. Bermesra-mesra dengan Nel"
"Huh! Dengan Nel bukan main kamu ye. Kamu layan dia baik-baik tetapi dengan tunang kamu, bakal isteri kamu ni kamu buat macam tu pula ya?"
"Kamu tahukan Nel tu dah lama sukakan kamu. Tapi kamu tetap layan dia macam bagi harapan pula. Tapi dengan Damia kamu sakitkan dia. Adil ke macam tu?"
Nada suaranya sudah naik satu tone. Terasa bahang suasana ketika itu. Aku berasa gerun. Tidak pernah aku nampak mummy Dahlia naik berang seperti itu. Wanita yang penuh kelembutan, sentiasa murah dengan senyuman bertukar karakter.
"Damia ni sudah cukup sabar dengan perangai kamu tahu. Mummy tahu, jika tidak kerana nak jaga maruah, muka kamu pun dia tak nak pandang. Damia ni cantik, pandai, lemah lembut, sopan, ramai lagi lelaki yang lagi baik dia boleh dapat. Setakat kamu ni, stok simpanan dia je,"
Amboi ibu Dahlia ni. Bukan main lagi. Aku mahu ketawa mendengar ayat yang last namun aku tahan sahaja.
"Assalamualaikum...,"
Suara yang aku cukup kenal berada di muka pintu utama. Jiwa aku bergetar.
"Mummy daddy.. kenapa ni?"
Dahlia sudah muncul. Aku rasa tidak sedap hati. Dia menghampiri mummy dan daddynya lalu menyalami mereka. Dia lalu duduk di sisi aku.
"Bibik call Dahlia cemas. Kenapa? Ada apa-apa berlaku ke?"
Seperti biasa dia menatap wajah aku. Kesan air mata yang jatuh masih lagi bersisa diwajah aku.
"Kenapa Damia?"
Tiada balasan dari aku.
"Kenapa abang?"
Namun abang Danish juga turut senyap.
"Mummy daddy? Please someone tell me,"
"Hmmm..." Ibu Dahlia mengeluh.
"Abang kamu ni dah gila agaknya. Kalau mummy dengan daddy lambat sikit tadi, rasanya kita jumpa Damia di hospital agaknya sekarang,"
"What's! Abang?"
Suara Dahlia sudah naik satu tone.
"Apa yang dah rasuk dia, mummy pun tak tahu. Mummy dengan daddy sempat dengar dia cakap yang tak baik kepada Damia. Mummy pun tak sanggup nak ulang. Yang paling mummy terkejut dan marah ni, abang nak naik tangan dengan Damia. Dengar ye. Kamu tu bukan siapa-siapa. Sekadar tunang sahaja. Sudah berani nak naik tangan,"
"Oh maigad! Abang! Really?"
Aku nampak dada Dahlia sudah turun naik. Mungkin sedang menahan amarahnya. Dia kemudian berlari naik ke atas dan turun semula setelah beberapa saat.
"Sorry Damia. Aku rasa aku dah tak sanggup tengok kau di hina lagi. Cukuplah Damia apa yang kau dah tanggung. Lagi-lagi bila abang aku sendiri yang buat kau macam ni. Sorry Damia,"
"Dahlia...,"
Aku sudah mengongoi sambil menggelengkan kepala namun apa daya aku. Aku juga sudah tidak sanggup menanggung beban ini.
Satu persatu wajah di hadapan aku pandang. Bolehkah mereka terima aku setelah apa yang aku buat.
Dahlia menghulurkan sesuatu kepada mummy. Aku yakin, itu pastinya surat kakak. Aku dapat lihat wajah ibu dan ayah Dahlia berubah. Dan dengan pantas ibu Dahlia terus datang memeluk aku erat. Ubun-ubun aku dicium berkali-kali.
Aku nampak abang Danish pula membaca surat yang tertulis. Dan raut wajahnya juga turut berubah.
"Kalau sebab baby Ikhwan abang layan Damia macam ni. Huh! Baby rasa abang dah silap besar,"
"Sekarang abang dah fahamkan? Damia ni semulia orang yang baby kenal. Sanggup dihina, dipijak-pijak oleh orang sekeliling termasuk darah daging sendiri semata-mata dua sebab. Satu maruah kedua tanggungjawab. Baby rasa abang tak layak pun untuk Damia sebab dia terlalu mulia untuk orang seperti abang,"
"Dengan orang lain, abang boleh layan baik-baik. Siap peluk. Pegang. Senyum. Ketawa. Dengan Damia? Ber 'kau'... 'aku'. Huh!"
Abang Danish memandang Dahlia tajam.
"Maaf abang kalau hari ni baby terpaksa tinggikan suara baby demi Damia. Sebab Damia yang baby kenal macam ni lah,"
Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah aku.
"Lemah. Pasrah. Redha. Hati dia sentiasa dirobek-robek tapi dia biarkan. Luka tu berdarah dan makin berdarah tanpa sempat untuk sembuh tapi dia tahan. Untuk apa? Untuk lihat orang sekeliling dia bahagia,"
"Abang ingat dia tak cemburu bila lihat abang dengan Kak Nel? Tapi apa yang dia dapat? Abang tetap salahkan dia,"
"Cukuplah. Damia sudah cukup terseksa. Baby sendiri nampak segala macam pengorbanan dia tapi tetap tak di hargai,"
"Damia...."
Dahlia menghampiri aku.
"Aku tak ralat sikit pun jika kau tak dapat jadi kakak ipar aku. Tapi aku lagi ralat kalau aku tak dapat nak pertahankan kau sebagai sahabat aku. Maafkan aku Damia,"
Bergetar seluruh ayatnya. Aku tahu dia juga sedang menahan perasaan.
Dia memegang jari-jemari aku. Kemudian cincin yang elok tersarung di jari manis aku dia tanggalkan. Dia memegang cincin itu dan bangkit menghampiri abang Danish.
"Nah! Abang ambillah cincin ni dan beri pada sesiapa sahaja yang abang berkenan. Jangan sakiti Damia lagi. Baby dah tak sanggup nak tengok dia menangis dalam diam,"
Sempat juga dia mengambil surat yang ada pada tangan abang Danish dan dia datang menghampiri aku.
"Jom Damia,"
Aku hanya menurut sahaja.
*****
2 bulan berlalu.
Sejak peristiwa itu, aku tidak lagi bertemu abang Danish mahupun keluarganya. Hanya sesekali sahaja Dahlia dan ibunya menelefon aku untuk bertanya khabar.
Aku juga tidak tahu penghujung hubungan aku dengan abang Danish. Adakah aku masih tunangannya ataupun tidak kerana keluarga aku belum dimaklumkan lagi selepas kejadian itu. Itu aku cukup pasti kerana jika tidak, pasti kakak atau abang sudah pun mencari aku. Ini keduanya masih lagi senyap.
Sudah sebulan aku mengupah orang untuk membantu aku atau lebih tepat lagi pengasuh untuk baby Ikhwan. Namanya Nana. Nana akan datang setiap pagi seawal pukul 8 pagi dan akan pulang tepat pukul 6.30 petang. Job scopnya hanya menjaga segala keperluan baby Ikhwan dan yang lain, aku yang uruskan. Makan dan minum juga aku sediakan. Aku juga menyediakan kemudahan kepadanya satu bilik di bahagian bawah untuk dia bersolat atau mandi jika perlu. Dan segala keperluan yang dia perlukan sepanjang menjaga baby Ikhwan telah aku sediakan secukupnya dan aku letakkan di bilik bawah juga.
Untuk permulaan, selama sebulan Nana akan training dibawah pengawasan aku. Tidak susah sebenarnya kerana Nana mempunyai pengalaman selama tiga tahun bekerja di Taska. Jadi sudah pasti Nana sudah mahir dalam pengurusan kanak-kanak dan bayi.
Tujuan aku mengambil Nana jadi pengasuh baby Ikhwan kerana bulan depan aku ada kursus di luar negeri. Oleh yang demikian aku tidak boleh membawa baby Ikhwan bersama-sama.
Aku suka cara Nana. Dia tidak banyak bertanya soal personal life aku. Dia hanya bertanya tentang baby Ikhwan sahaja. Itu yang aku suka. Dan dia juga tidak memilih makanan. Apa yang aku masak dan apa yang aku sediakan semua dia telan sahaja tanpa ada banyak bantahan.
Hari ini bermakna masuk bulan ke dua Nana sah menjadi pengasuh baby Ikhwan.
"Ermm.. Nana. Saya kena keluar sekejap. Ada client nak jumpa saya. Awak boleh tolong jagakan baby Ikh?"
"Apa soalan lah Kak Mia ni. Kan dah memang tugas saya jaga baby Ikh. Tak apa. Kak Mia pergilah. Kalau ada apa-apa nanti saya call je Kak Mia,"
Sebenarnya tanpa pengetahuan Nana, aku ada pasangkan mini CCTV untuk pengawasan di beberapa tempat. Ini kerana jika ada apa berlaku boleh dijadikan bahan bukti. Bukan aku tidak percayakan Nana, namun apa-apa perlu juga berjaga-jaga. Betul tak?
Aku tersenyum memandang Nana yang ketika itu sedang memberi makan kepada baby Ikhwan. Baby Ikhwan ni kalau dengan orang lain, behave sangat. Makan pun tak main-main. Kalau dengan aku, habis dah comot satu badannya. Tangan, kaki tak reti duduk diam. Ada sahaja tempat nak dipegang dan disentuh.
"Okey. Kak Mia keluar tak lama. Mungkin petang sebelum pukul lima Kak Miadah sampai rumah. Kak Mia pergi siap kejap ea,"
"Okey," jawabnya ringkas.
Aku bangkit dan terus berlalu meninggalkan baby Ikhwan dengan Nana di bawah.
so? ada yang nangis ke tu??? geram?? lega tak rahsia makin terbongkar...
Share this novel