Episod 47

Romance Completed 26493

Malam yang di tunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Aku kini berada di dalam sebuah bilik persalinan betul-betul di belakang pentas. Aku dapat mendengar suara pengacara dan hiruk pikuk di dewan dengan jelas. Aku tidak tahu apa yang berlaku di atas pentas kerana sedari tadi aku hanya mendengar suara riuh para penonton dan tepukan gemuruh sahaja diselang-seli dengan sorakan penonton. Ah! Alangkah bagusnya jika aku nampak apa yang berlaku di atas pentas sekarang. Mesti seronok. Mengikut apa yang aku dengar dari Sharil, malam ini selain dari peragaan fesyen majlis juga ada raikan dengan nyanyian dan persembahan dari beberapa artis terkenal tanah air. Wah! Seronok betul. Untung Diana dan Alia sebab dapat saksikan semua dari awal hingga akhir.

Aku terasa bahu aku disentuh. Aku sekarang sudah siap lengkap berpakaian dan juga di tata rias oleh juru mekap professional yang disediakan oleh pihak penganjur. Aku sedang duduk di atas kerusi mengahadap cermin besar di hadapan aku. Aku memanggung kepala ke hadapan. Terlihat di sisi kanan aku Aina yang sedang tersenyum dan di sisi kiri pula Sharil yang segak berpakaian blazer warna sedondon dengan aku. Wah! Kalau di lihat dari jauh, kami tidak ubah seperti sepasang pasangan yang serasi pula.

Sangat segak dan macho pula aku lihat penampilan Sharil malam ini. Tidak terserlah sisi lembut dirinya. Yang aku nampak dia sebaris dengan lelaki-lelaki sejati di luar sana. Berbadan sado, berdada lebar, tegap.

"Relaks Mia. Kau nampak nervouse sangat,"

Aina cuba menenangkan aku. Nampak sangat ke?? Aku bertanya sendiri. Aku tidak tahu kenapa. Jantung aku sedari tadi memang berdetak hebat seperti gendang yang dipukul bertalu-talu. Seperti ingin terkeluar sahaja seluruh isinya. Sakit!

"Mia. Kau tahu tak. Muka kau sekarang macam patung Barbie aku tengok. Tapi versi muslimahlah,"

Aku tidak tahu ikhlas atau tak pujian Sharil. Namun aku akui, aku sendiri terpukau milihat solekan dan pakaian yang aku kenakan sekarang. Aku sendiri tidak kenal diri aku. Benar-benar berubah 360°.

Baju dress ball gown yang aku kenakan berwarna pastel, warna earth yang cantik dan sesuai untuk skin tone aku. Tenang hati tengok warna baju dan sejuk sahaja mata memandang. Ditambah pula dress tersebut penuh beaded lace, swarovski, batu, manik dan lining meleret sampai bawah ala princess cinderella gitu. Ball gown itu kombinasi kain songket dan lace yang cukup cantik. Walaupun nampak tebal tapi aku cukup selesa. Kain yang digunakan benar-benar dari material premium.

"Jom selfie. Aku nak bagi gambar kau kat Diana dengan Alia. Mesti diorang tak percaya tengok rupa kau ni,"

Begitu teruja pula Aina. Aku hanya mengikut sahaja. Dan beberapa keping gambar lagi di ambil menggunakan telefon bimbit aku sendiri untuk koleksi peribadi.

Ting!

Satu pesanan WhatsApp aku terima.

Alia - Beb! Kau ke ni? Lain doh! Aku dengan Diana hampir tak kenal tadi. Cantik sangatlah kau ni Mia. I is jelous!

Aku - Biasa je lah. Mana ada cantik. Kalau korang tengok orang-orang kat sini lagi vogue. Kalah aku tau. Macam-macam jenis orang dan fesyen.

Aku sekadar merendahkan diri. Sejujurnya aku sendiri tidak mahu moment ini berakhir. Cantik sangat!

"Okey guys! Boleh keluar sekarang ye. Sekejap lagi dah nak mula,"

Pembantu pentas sudah memanggil kami. Dada aku makin berdetak hebat di kala ini.

"Relaks Mia,"

Suara Aina kedengaran lembut sahaja. Aku hanya membalas dengan senyuman. Perlahan aku melangkah menuju ke barisan para model-model yang sudah siap sedia beratur mengikut angka giliran masing-masing. Aku mengambil tempat mengikut nombor yang diberi. Kaki, tangan dan seluruh tubuh aku terasa seram sejuk.

"Wow! You are so pretty like a baby doll,"

Seorang model yang berdiri di belakang aku menegur. Aku menoleh ke arahnya. Wanita yang tinggi lampai, berwajah putih mulus dengan rambut yang berwarna perang cantik disanggul membuat tatapan aku menjadi kaku.

"I'm pretty but you more prettier,"

Ucapku ikhlas. Benar wajah dihadapan aku ini memang cantik. Mungkin berdarah mat salleh kerana raut wajahnya bukan seperti raut wajah wanita Asia.

"Nope! You more prettier then me. Look gorgeous like a princess,"

Aku tidak terkata apabila di puji begitu. Aku hanya menunduk kepala tanda hormat. Kata-kata wanita tersebut tidak sedikit pun meredakan perasaan aku.

"Relax. You look nervous. Just relax. This is your first time right?"

Wanita itu bertanya kepada aku sekali lagi. Dan aku hanya membalas dengan senyuman dan anggukkan sahaja. Ya! Aku kena relaks seperti nasihat Sharil dan Aina. Jangan fikir apa-apa.

"Fokus dan ingat semua step yang aku ajar. Mesti hilang perasaan gugup kau. Jangan fikirkan orang lain. Bayangkan pakaian yang kau pakai adalah yang paling cantik malam ni. Mesti sikit-sikit perasaan tu akan hilang,"

Terngiang-ngiang nasihat Sharil dikepala aku. Sentiasa berputar-putar seperti rakaman audio yang sentiasa diputarkan berulang-ulang.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan aku hembusan keluar. Aku mengulangi beberapa kali hingga perasaan gemuruh itu sedikit menghilang.

"Okey. Fokus. Ingat step. Come on Damia. You can do it,"

Aku menitip semangat dalam diri aku.

"Okey pertunjukan fesyen akan bermula dalam kiraan...10....9...8,"

Kedengaran suara pembantu pentas sudah memberi isyarat.

Dap! Dap! Dap!

Jantung aku berdetak hebat.

"Fokus Damia!!!"

Aku menjerit dalam diam.

"3....2...1,"

Dan bermulalah sesi peragaan fesyen di pentas utama. Seorang demi seorang peragawati naik ke atas pentas. Setiap seorang dijarakkan dalam lima belas second supaya tidak terlalu sesak di atas pentas dan penonton boleh melihat peragaan fesyen satu persatu dengan lebih relaks dan santai.

Aku sudah bersedia. Kini tiba giliran aku. Aku ingat kembali satu persatu teknik yang di ajar Sharil. Aku menurunkan dagu aku sedikit seperti yang di ajarnya.

"Tetapi jangan sampai kepala seakan-akan digantung oleh seutas tali yang tak kelihatan sebab kedudukan kau di atas pentas peragaan bererti kedudukan kau di atas, penonton pula berada di bawah, maka bila dagu diturunkan penonton dapat melihat wajah kau dengan lebih jelas. Selain itu, bila dagu diturunkan sedikit akan menambah sudut pada wajah dan memberi sedikit watak yang berbeza"

"Jangan tersenyum, dan tutup mulut kau secara santai. Tujuannya adalah supaya perhatian penonton tetap ke pakaian yang kau peragakan, bukan senyuman kau. Tapi jangan keras sangat. Just santai dan maniskan muka sahaja,"

Perlahan langkah aku hanyunkan. Aku memulakan langkah dengan menaiki anak-anak tangga yang dibantu oleh pembantu pentas. Setiap step yang diajar Sharil sentiasa berputar-putar dan sedikit sebanyak dapat menghalau perasaan gemuruh itu pergi.

Sebaik kaki aku menjejakkan kaki di atas pentas, aku agak tersentak sedikit kerana paparan wajah aku penuh disetiap skrin besar di dalam dewan tersebut. Tidak tahu pula dewan ini ada skrin sebesar ini. Raut wajah aku nampak begitu jelas di setiap skrin yang di paparkan. Dewan juga sudah penuh dengan penonton dan persekitarannya juga sudah berubah tidak sama seperti semasa rehearsal. Sangat-sangat elegant dan mewah!

"Fokuskan mata kau pada sesuatu di depan. Untuk menampilkan ekspresi wajah supermodel yang baik, tekanannya adalah pada mata dan alis. Fokuskan mata kau pada satu titik dan mata kau jangan melilau melihat sana-sini. Pusatkan konsentrasi pada tujuan di depan kau dan jalan dengan penuh berhati-hati dan fokus. Fokus pada sesuatu benda macam lampu ke, dinding ke apa-apa je yang kau boleh tengok satu arah,"

Terngiang-ngiang suara Sharil memberi tunjuk ajar dan aku sedang praktikkan apa yang di ajarinya sekarang. Aku menyusun langkah satu persatu. Pandangan mata aku, aku fokuskan pada pintu utama dewan. Walaupun tidak nampak keseluruhan itu sahajalah objek yang aku boleh nampak dari jarak ini dan kedudukan muka dan dagu aku tidak nampak seperti tergantung tanpa tali.

"Tetapi kau kena ingat! Kadang-kadang ada juga terjadi kau didorong oleh sesuatu untuk membuat kontak mata dengan seseorang di antara penonton. Ingat walau apa pun yang terjadi, jagalah ekspresi wajah dan hindari eye-contact dengan penonton terlalu lama,"

"Dan ingat! Hati-hati jangan sampai tersandung ketika berjalan. Kau boleh melihat langkah kau sesekali untuk memastikan keseimbangan dan untuk keyakinan diri,"

"Berjalanlah dengan irama, dan kekalkan irama tersebut dengan konsisten dalam setiap langkah. Irama tersebut mungkin boleh datang dari high heels yang kau pakai. Cuba fokus pada watak yang ingin kau tampilkan, dan pertahankan karakter itu selama kau melangkah. Jika kau dapat memasukkan irama dan karakter dalam langkah kau, gaya jalan kau akan hidup dan memancarkan energi supermodel yang fantastik. Walah!"

Aku berjalan penuh yakin. Setiap langkah aku, aku kawal dan aku jaga. Benar! Apa yang di ajar Sharil aku ikut satu persatu tanpa culas.

Langkah aku semakin hampir di hujung pentas. Tiba saat menghasilkan post.

"Sebaik sahaja tiba di hujung pentas, tunggu satu ketukan, dan sengetkan tubuh kau ke satu sisi pinggul dengan penuh yakin dan anggun. Di sini kau boleh melihat ke bawah ke arah penonton dan mengalihkan fokus untuk sesaat. Kau tak perlu menggerakkan kepala terlalu banyak cukup sekadar anak mata sahaja yang melirik. Kemudian kembalikan posisi dengan ekspresi wajah yang sama dan teruskan langkah seperti sebelumnya untuk kembali ke belakang pentas,"

Sebaik aku membuat post tersebut, satu dewan memberi aku satu tepukan yang hebat. Lain benar yang aku rasakan. Kenapa aku sahaja yang diberikan tepukan gemuruh oleh penonton? Model-model sebelum aku tidak pula dilayan sebegini....ke....aku sahaja yang tidak dengar kerana sedari tadi hanya suara Sharil sahaja yang terngiang-ngiang di telinga aku. Huh! Lantaklah. Yang penting aku sudah hampir selesaikan tugas aku di atas pentas peragaan ini.

Dan akhirnya aku mampu menarik nafas lega. Aku menuruni anak tangga dibelakang pentas dengan penuh berhati-hati dan dibantu oleh pembantu pentas lagi sekali.

"Wow! Aku bangga dengan kau beb. Cantik and superb!"

Tidak habis-habis Sharil memuji aku. Muka aku terasa panas pula.

"Ini first and last aku buat kerja gila macam ni okey!"

Aku benar-benar serik. Jika tidak kerana fikirkan Sharil kawan aku, walau diberikan segunung emas sekalipun, pasti aku menolak dengan tegas. Tidak pernah seumur hidup aku buat kerja gila macam ni!

Sharil hanya senyum sahaja.

"Tunggu. Nanti tiba giliran kita naik atas pentas,"

Aku hampir terlupa. Laju sahaja kaki aku mahu melangkah meninggalkan Sharil di situ. Aina tiada. Mungkin sudah berada di dalam dewan bersama-sama Alia dan Diana serta penonton yang lain kerana sebaik sahaja sesi peragaan bermula, dia tidak diperlukan lagi untuk berada di situ. Aku, Sharil dan semua yang terlibat juga akan berada di dalam di dewan setelah selesai sesi peragaan di atas pentas ini nanti. Bergabung bersama-sama penonton yang lain.

"Kau tahu tak. Dalam ramai-ramai model tadi. Kau je yang dapat tepukan gemuruh. Perh! Bangga betul aku,"

Jadi, tidak salahlah perkiraan aku tadi. Hanya aku sahaja yang diberikan tepukan gemuruh.

"Kenapa ea?"

Aku bertanya pelik. Namun hanya jungkitan bahu sahaja aku dapat sebagai jawapan. Ye ke Sharil tidak tahu. Ke lelaki itu ada sorokkan sesuatu.

cantik kan Damia.... fuhhh... MH boleh imagine rupa paras Damia. korang dapat tak? hurmmm... Kenapa ea layanan Damia istimewa? korang boleh teka? next chapter.. kena tunggu ye.. sabar tau! love korang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience