Episod 20

Romance Completed 26493

Aku menangis tersedu sedan. Nombor telefon kakak sekali lagi aku dail dan seperti tadi, talian tidak berjaya di sambung.

"Eeeee!!! Kakak!!! Apa kakak dah buat?? Kenapa kenakan adik sampai macam ni,"

Aku menarik nafas kemudian air mata aku kesat kasar. Entah-entah kakak keluar beli barang je kot. Dengan pantas aku berlari semula ke bilik kakak. Almari pakaiannya aku buka.

"Ya Allah!!!"

Aku terduduk meraung. Aku benar-benar tidak sangka. Almari kakak sudah kosong. Segala pakaiannya juga sudah tiada.

"Kakak!!! Adik benci kakak!!! Apa salah adik?? Kenapa kakak buat adik macam ni??"

Aku meraung semahunya. Aku benar-benar tidak sangka darah daging aku sendiri tergamak buat aku macam ni. Patutlah baik semacam dengan aku. Dia dah plan semuanya dan aku pula bodoh! Ikut sahaja!

Kepala aku, aku ketuk!

"Kenapalah kau ni bodoh sangat ha? Dah terang-terang kau nampak perangai dia lain, tapi kau tetap nak layan dia baik-baik,"

"Dia tak pernah pun hargai kau tau tak,"

Peha aku, aku pukul seperti memukul diri kakak. Ya! Aku yang sakit. Tapi hati aku lagi sakit!

"Ya Allah!! Tolonglah aku ya Allah. Kenapa kau uji aku dengan cara macam ni,"

Aku sudah tersedu-sedan. Aku duduk sambil kedua-dua kaki aku rapatkan ke dada. Kepala aku, aku tundukkan. Kedua tangan aku, aku peluk kaki supaya lebih rapat ke dada.

Lama aku berkeadaan seperi itu. Mencari idea. Mencari kekuatan. Ternyata hari ini, aku benar-benar lemah. Jika dulu aku di pijak kawan-kawan. Kali ini aku di pijak kakak sendiri secara halus.

Ya! Memang halus 'permainannya' sehingga aku sendiri tidak sedar.

"Bodohnya kau Damia!"

Aku ketuk kepala aku yang masih menunduk. Menyesal sekarang pun sudak tidak berguna. Wajah aku, aku naikkan. Seluruh bilik aku pandang sayu. Bilik yang sudah kosong. Namun mata aku terhenti pada sesuatu di atas almari make-up. Seperti ada kertas berlipat.

Aku bangkit dari duduk. Perlahan aku melangkah. Air mata yang masih bersisa aku biarkan turun. Kertas tersebut aku ambil. Di atasnya tertulis Damia Farhana!

Ya! Nama aku.

Aku membuka lembaran kertas yang sudah berlipat kemas. Ini tulisan kakak. Aku kenal tulisannya yang bulat dan gemuk. Tetapi cantik dan kemas.

Untuk adikku Damia!

Maafkan kakak. Sewaktu adik baca surat ini, kakak telah pun berpindah. Maafkan kakak dik! Kakak terpaksa.

"Huh! Terpaksa tahi kucing! Padahal kau dah rancang semua ni dari awal"

Aku benar-benar sudah bencikan kakak. Ingin sahaja aku menamatkan pembacaanku tetapi mata aku gatal. Tetap juga mahu teruskan pembacaan.

Tolong jagakan baby kakak seperti adik jaga diri adik. Kakak memang kakak tak guna. Jika selepas ini adik membenci kakak, kakak terima. Kakak sayang adik dan baby.

"Huh! Sayang konon. Kau tak pernah pun peluk anak kau. Belai lagilah jauh!"

Hati aku semakin sakit bila baca surat ini. Namun aku tetap teruskan pembacaan.

Adik jangan risau. Segala belanja adik dan baby kakak akan tanggung. Kakak akan masukkan ke dalam akaun adik setiap bulan rm5k dengan syarat tolong rahsiakan perkara ini. Jika ada yang bertanya tentang bayi ini, jangan adik sesekali beritahu mereka yang ini bayi kakak. Tolong ya dik. Janji dengan kakak. Adik berilah apa alasan sekalipun. Kakak tidak kisah asalkan jangan adik beritahu perkara sebenar. Janji ya!

Kakak tahu adik kuat dan adik boleh jaga baby kakak. Kakak dapat lihat dan kakak nampak betapa adik sayang baby kakak. Setiap malam kakak tengok adik tidur dengan baby kakak. Kakak sayu. Kakak sedih sebab kakak tak boleh jaga dia seperti adik jaga dia. Kakak tak boleh sayang dia seperti adik sayang dia. Walaupun itu bukan anak adik tapi kakak nampak adik sayang dia lebih dari nyawa adik. Adik besarkanlah dia ya. Jadikan dia anak yang soleh.

Untuk permulaan. Kakak sudahpun memasukkan rm5k dalam akaun adik. Dan barang-barang keperluan baby kakak, ada di dalam store.

Sepekara lagi. Ini permintaan kakak. Dan harap adik boleh tunaikan. Rumah ini adalah rumah kakak. Kakak sudah beli dan kakak beri adik duduk di rumah ini tanpa perlu bayar apa-apa. Tolong jangan pindah ye dik! Supaya senang kakak nak hantar semua barang keperluan bayi. Adik jangan risau. Kakak tetap akan jalankan tanggungjawab kakak cuma kakak tidak boleh menjaganya. Berilah dia kasih sayang yang tidak boleh kakak beri...

Maafkan kakak sekali lagi.

Yang benar
Darina Fariha.

Setelah habis baca seluruh isi surat, kertas itu aku ronyokkan seperti aku ronyok seluruh tubuh kakak.

"Aku bukan nak duit kaulah bodoh! Kau ingat aku ni mata duitan ke ha?"

Sekali lagi aku menangis. Aku tersedu- sedu.

Apa perlu aku buat? Aku bukan ibu kepada baby Ikhwan tetapi aku perlu menjaganya mulai sekarang seperti anak aku sendiri. Kuat kah aku?? Jika orang sekeliling bertanya. Apa yang perlu aku beritahu?? Aku pernah di pandang jijik satu ketika dahulu. Mungkin kah kini perkara tersebut akan berulang lagi??

"Ayah...." Aku merintih sayu.

"Aaa...aaa...aaa..aayaaahh,"

Aku tersedu sedu memanggil orang yang sudah lama pergi tinggalkan aku.

"Aaa..aaa...ishk!!ishkk!!aaa..aayahh. tee..teng tengoklah .. apa yang ka...kaaa...kakak dah buat pada aa...aaa..adik,"

aku mengongoi seperti tubuh tua itu ada dihadapan aku.

"Kenapa semua ni berlaku pada adik? Orang kat luar sana hidup gembira je. Tapi kenapa adik susah betul nak rasa bahagia?"

Aku mendengar suara baby Ikhwan menangis di bawah. Aku bangkit. Aku turun ke bawah perlahan-lahan. Mengutip sisa-sisa kekuatan jika ada.

Perlahan aku menghampiri baby cot yang menempatkan baby Ikhwan dan aku berpaut pada baby cot tersebut. Aku hampir rebah.

Wajah dan tubuh kecil yang sedang menangis aku tatap. Dia yang tidak mengerti apa-apa sudah di uji begini. Kejam! Baby Ikhwan tidak pernah merasa belaian seorang ibu, jauh sekali belaian seorang bapa dan kini dia di tinggalkan pergi begitu sahaja. Tergamaknya dirimu di buang begitu sahaja. Tidak kesiankah kakak pada tubuh kecil dan comel ini? Baby Ikhwan tidak bersalah. Dan jika di tanya dan baby Ikhwan boleh menjawab pasti tubuh kecil itu menolak untuk dirinya dilahirkan dalam keadaan begitu.

Baby Ikhwan yang makin kuat menangis aku ambil dan aku dakap. Cuba menenangkannya. Baby Ikhwan seperti tahu dirinya sudah ditinggalkan oleh ibu sendiri.

"Shhh.. sayang.. jangan nangis.. ssshhhh.. emm..emmm...ishhhkk..isskkkhh," aku juga seperti Baby Ikhwan. Tersedu-sedan dalam tangisan.

Dan akhirnya tangisan kami bersatu. Ya Allah! Aku tak kuat. Bagaimana aku ingin berdepan dengan masyarakat? Adakah tubuh aku ini sekali lagi akan di hina. Di keji bersama-sama anak kecil yang tidak mengerti apa-apa?

Mendengar tangisan Baby Ikhwan yang seperti tiada penghujung akhirnya aku mengalah. Tangisan aku, aku hentikan. Mata yang sudah bengkak dan sembab aku biarkan. Hidung yang sudah kemerahan aku sapu dengan tisu. Aku buang segala lendiran.

Perlahan aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Hah!" Aku melepaskan sekuat hati aku seperti menolak pergi segala apa yang bermain difikiran aku ketika ini.

"Kenapa baby nangis syayang? Mak shu kan ada ni. Okey.. okey.. nak shushu?"

Lebihan susu yang masih lagi bersisa aku suapkan dan dengan lahap baby Ikhwan menghisap.

"Kesian baby. Hanya dapat rasa sekejap je nikmat susu ibu ye? Sekarang bukan nikmat sahaja, mama baby pun dah tak ada sayang. Tak apa sayang. Kita kena kuat. Mak Shu akan cari jalan,"

Namun aku sendiri buntu. Akhirnya baby Ikhwan tertidur di ribaan aku. Aku dakap baby Ikhwan. Wangian harum yang terbit dari tubuh kecil itu benar-benar menenangkan aku. Perlahan aku pejamkan mata. Menikmati aroma tersebut. Aku dakap baby Ikhwan erat. Ubun-ubunnya yang masih lembut aku kucup.

"Jika mama baby Ikhwan tak nak jaga baby, tak apa. Mak Shu ada. Mak Shu akan jaga sayang. Mak Shu akan bagi kasih sayang Mak Shu pada baby sampai baby tidak perlukan lagi kasih seorang ibu yang lain,"

Pipi gebunya pula aku kucup. Lama. Namun tidak sedikit pun mengganggu lena si kecil. Setelah puas, aku meletakkan kembali tubuh kecil itu di dalam baby cot. Aku bedung tubuh itu supaya lenanya lebih lama.

Aku naik ke atas. Mencari kembali telefon bimbit yang entah mana aku letak. Dan tiba-tiba aku terdengar bunyi dari telefon bimbit tersebut menandakan ada pemanggil di talian. Bilik kakak aku masuk kerana bunyi itu datangnya dari bilik itu. Ya! Kali terakhir aku menggunakan telefon tersebut di bilik ini sewaktu menelefon kakak namun talian tidak bersambung.

Bunyi deringan berhenti menandakan talian telah pun di putuskan. Mungkin juga masuk ke peti simpanan suara kerana agak lama juga telefon itu berdering. Dan akhirnya telefon aku telah aku temui. Betul-betul di atas lantai di tepi katil berdekatan dinding. Tempat aku duduk tadi.

Telefon aku ambil kemudian aku duduk di sisi katil. Telefon aku pandang dan aku buka, melihat gerangan siapa yang menghubungi aku.

"Dahlia?"

Di saat ujian ini datang Allah telah hadirkan seseorang. Ya! Seseorang yang selalu ada di sisi aku tidak kira dalam apa juga situasi.

Sekali lagi telefon itu berdering dan aku tidak berfikir panjang. Aku terus sahaja mengangkat panggilan itu. Mungkin Allah sedang membantu aku dengan menghadirkan seseorang disaat aku sedang terkapai-kapai.

"Assalamualaikum Dahlia,"

Aku menangis kembali. Entah untuk kali ke berapa aku pun tidak pasti. Berapa banyak air mata itu tumpah aku pun tidak tahu. Yang pasti aku perlukan Dahlia.

"Damia?? Kau nangis ke? Kenapa?"

Suara cemas di hujung talian.

"Tolong aku Dahlia,"

Aku mengongoi seperti seorang kanak-kanak yang sedang meminta perhatian seorang ibu supaya di belikan sebatang ice-cream.

"Kau kat mana sekarang? Send aku location. Aku datang sekarang,"

"Kau jangan matikan telefon. Aku nak kau cakap je dengan aku. Kau send location sekarang,"

Aku dengar suara Dahlia cemas. Pasti dia takut aku melakukan apa-apa di luar jangkaan dalam emosi aku yang tidak berapa stabil ini. Location aku send melalui aplikasi WhatsApp. Dan Dahlia masih lagi di talian.

"Okey aku dah dapat. Lebih kurang lima belas minit aku sampai. Kau sabar tau. Tunggu aku datang,"

"Jangan matikan telefon. Ingat. Jangan letak. Kau cakap je apa-apa,"

Sedari tadi hanya suara itu sahaja yang kedengaran di hujung talian. Aku masih membisu dengan tangisan yang semakin surut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience