Hari ini, hari Isnin. Hari ini merupakan hari cuti aku. Waktu cuti-cuti begini aku lebih suka duduk di rumah sahaja. Keluar pintu je dah duit. Duduk rumah. Selamat duit aku. Aku ketawa sendiri dengan ayat aku.
Duduk di bandar JB mengajar aku erti jimat cermat. Selagi boleh jimat, kita jimat. Mungkin kerana JB berdekatan dengan Singapura, taraf hidup di sini agak tinggi juga. Entahlah tapi ramai yang berkata begitu.
Di JB ini aku duduk menyewa dengan seorang kawan bernama Aina. Aina seorang pekerja kilang. Mempunyai kenderaan sendiri. Sebab itu dia tidak tinggal di asrama yang telah di sediakan pihak kilang. Aina bekerja sebagai assistant planner di salah satu kilang area Senai. Dari Skudai ke Senai tidaklah terlalu jauh. Perjalanan mengambil masa setengah jam sahaja.
Hari ini aku keseorangan di rumah kerana Aina tiada kerana keluar bekerja. Aku dan Aina jarang berjumpa namun bukan bermaksud kami tidak rapat. Aku kenal Aina melalui aplikasi Fac setahun yang lalu sewaktu aku mahu berpindah ke JB. Waktu itu Aina ada iklankan untuk mencari house-mate kerana house-mate yang sedia ada mahu berpindah. Segala kelengkapan tuan rumah sudah sediakan. Penyewa hanya tinggal cuci kaki sahaja.
Kadar sewaan di area Skudai bagi aku tidaklah terlalu tinggi. Di sini segala fasiliti lengkap dan banyak kemudahan. Mall dekat, kedai runcit juga dekat, berdekatan sekolah dan masjid malah bazar Ramadhan juga tidak jauh dari rumah sewa aku. Jalan kaki pun boleh.
Aku sedang duduk santai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Terasa sunyi pula walaupun bunyi dari television sedari tadi hingar-bingar.
Aku mencapai telefon bimbit aku. Folder galeri aku buka. Dan aku scroll hingga ke bawah. Gambar-gambar setahun yang lalu masih elok tersimpan dalam telefon bimbit aku.
Satu persatu gambar aku lihat. Gambar baby Ikhwan bertukar silih berganti setiap kali skrin telefon diseret. Aku senyum. Rindunya. Macam manalah keadaan baby Ikhwan sekarang. Mesti sudah bahagia kerana ada papa dan mama. Pasti kakak dan Encik Rafiq sedang hidup bahagiakan.
Hmmm.. aku tidak tahu perkhabaran keluarga aku selepas aku tekad untuk pergi jauh. Aku juga turut menukar nombor telefon kerana tidak mahu di ganggu mereka. Biarlah. Apa pun mereka fikir, aku sudah tidak mahu ambil peduli.
Namun rindu yang kuat kadang-kala datang menerjah hingga menyesakkan dada. Sakit! Ada beberapa kali juga dengan sengaja aku menghubungi nombor ibu. Setiap kali talian di sambungkan, aku hanya diam membisu. Rindunya. Walaupun hanya mendengar suara itu sepatah dua, namun sedikit sebanyak terubat juga rindu yang sakit mencengkam. Egokah aku? Huh!
Hari ini. Nombor yang sama aku dail.
Tut... Tutt..
Penuh debaran aku menanti.
Tutt... Tutt.
Talian di sambungkan..
Uhukkk!! Uhukkk!
Aku tergamam. Ibu tak sihatkah?
"Hello...,"
Aku diam..
Sekali lagi.
Uhukkk!! Uhukkk!! Uhuk!
"Siapa ni,"
Diam. Air mata usah di cakap. Sudah turun dengan sangat lebat ketika ini. Mungkin naluri ibu sangat kuat.
"Adik...,"
Lembut suara itu memanggil.
Sunyi. Lama. Aku memandang skrin telefon. Talian masih disambungkan tetapi kenapa senyap sahaja.
Aku dengar suara ibu sudah bertukar sedikit. Adakah ibu juga menangis seperti aku? Ya Allah! Berdosanya aku!
"Adik... Adik..,"
Sekali lagi ibu memanggil aku. Namun aku tetap diam membisu. Aku rindu dengan suara itu.
"Ibu tau ni adikkan. Tak apalah. Mungkin adik tak nak lagi cakap dengan ibu,"
Suaranya tetap lemah lembut seperti selalu.
Aku di talian hanya menjadi pendengar. Aku perlahan bangkit membawa langkah menuju ke bilik. Aku duduk bersandar di kepala katil. Satu bantal aku peluk dan satu bantal kecil aku letakkan rapat ke bibir. Aku tak mahu tangisan aku bakal kedengaran.
"Lama betul ibu tak dengar suara anak ibu ni. Kenapa jauh sangat adik bawa diri? Adik masih merajuk lagi?"
Mata aku, aku buntangkan. Aikk! Ibu tahu ke aku sekarang di mana? Soalan demi soalan keluar dari bibir ibu, namun tiada satu pun yang aku jawab. Jika sebelum ini, setiap kali menelefon aku akan membiarkan selama beberapa detik, kemudian talian aku matikan kemudian. Tetapi hari ini, aku hanya membiarkan. Mungkin kerana terdengar ibu terbatuk-batuk sebentar tadi. Jiwa aku sedikit terusik.
"Adik sihat? Adik tau tak. Ibu rindu adik. Kakak.. abang.... Rindu adik.. Dahlia juga rindu adik..,"
Senyap.
"Baby Ikhwan makin comel dan tembam. Dah pandai berjalan. Gigi pun dah makin banyak tumbuh,"
Aku dengar sedikit tertawa riang. Mungkin ibu sedang memancing perbualan.
"Baby Ikhwan dah pandai cakap. Walaupun pelat sedikit tapi ayatnya jelas. Pandai dia. Pandai adik didik dia,"
Senyap lagi.
"Kakak tak pernah tak cerita pasal adik dekat baby Ikhwan tau. Adakalanya kadang-kadang ibu nampak baby Ikhwan seperti mencari sesuatu. Mesti baby Ikhwan cari adik. Sebab walaupun kakak ada dekat sebelah, baby Ikhwan tetap tercari-cari sesuatu,"
"Baliklah adik. Kami semua rindu aaa..."
Aku tak sanggup lagi mendengar ayat seterusnya. Talian terus aku matikan. Akhirnya, tangisan pecah juga. Terhinjut-hinjut bahu aku.
Arghhhh!!! Aku menjerit kuat. Bergema satu bilik dengan suara aku.
Benar! Rindu ini sangat berat. Semakin lama, makin berat. Tak tertanggung rasa. Aku benci! Makin aku tapis. Makin kuat! Aahhh!!
*****
"Beb! Kau punya model ni memang bermasalah betullah. Dia memang selalu macam ni ke?"
Aku sudah semakin panas hati. Minggu lepas photoshoots terpaksa dibatalkan gara-gara model itu tidak dapat dihubungi. Esoknya, tetap sama.
Dan hari ini. Perkara yang sama terjadi sekali lagi.
"First time jadi macam ni. Haih! Penatlah macam ni. Aku betul-betul minta maaf. Attitude dia kali ni memang betul-betul buat aku malu,"
"Kau tak ada model-model freelance yang lain? Try lah. Lagi pun hari ni bukan weekend. Mesti ramai yang free,"
"Dah... Aku dah try cari back-up tapi tak ada. Haih! Penatlah macam ni,"
Aku waktu itu memang betul-betul mengharapkan Sharil kerana dia sahaja yang mempunyai studio photo yang lengkap dengan peragawati. Walaupun hanya peragawati sambilan. Client aku kali ini tidak menyediakan peragawati untuk menggayakan busananya, maka aku sendiri kena cari inisiatif sendiri.
"Kau guna patung lilin je lah beb!"
Aku memandang lelaki itu tajam. Sudah beratus kali aku beritahu, patung lilin tak sama dengan orang. Kenapalah susah sangat nak faham lelaki sotong ni. Ishhh!!
"Kan aku dah cakap...,"
"Aah.. tak nampak natural. Bla..blaa..bla,"
Dia mengajuk cakap aku yang lepas-lepas. Ish! Mahu sahaja aku tunjal kepalanya ketika ini. Boleh pula bergurau.
Suasana sepi tiba-tiba.
Aku pelik. Lantas aku berpaling merenungnya yang sedang tegak berdiri merenung aku. Waktu itu aku sedang set-up camera untuk sesi photoshoot yang aku tidak pasti ada ataupun tidak hari ni. Apa-apa pun perlu juga bersedia.
"Kau dah kenapa?"
Seram pula tiba-tiba aku melihat riaksi mamat itu. Walaupun perwatakannya sedikit lembut namun dia juga lelaki. Ya! Aku tahu itu. Nafsu tetap sama. Bulu roma aku tiba-tiba tegak berdiri. Seram wei!
"Due date kau bila?"
"Aaa?" Aku blur tiba-tiba. Mau tidak jika direnung seperti itu.
"Client kau nak tengok 10% hasil kerja kau bila?"
Ooo. Ingat apalah tadi.
"Lagi tiga minggu macam tu,"
"Oh! Ada masa lagi. Apa kata kau je jadi model. Penatlah aku nak kena cari sana sini?"
"What's?? Aku?"
Aku nampak Sharil mengangguk-anggukan kepalanya.
"Siapa lagi yang layak. Takkan aku?"
Berderai ketawa aku saat dengar jawapan lelaki itu.
"Aku ni dah cukup-cukup banyak kerja. Takkan nak tambah lagi satu pula. Tak nak lah aku,"
"Dah tu. Aku tak tahu idea apa lagi yang bagus. Aku suruh guna patung lilin, kau tak nak. Nak tunggu model-model tu? Entah bila diorang free. Lagi pun...,"
Dia datang menghampiri aku. Berjalan mengelilingi aku perlahan-lahan sambil membuat gaya lensa menggunakan jari-jemarinya.
"Kau bolehlah. Cukup pakej ni. Tinggi. Tak gemuk. Bertudung lagi. Pakej lengkap ni. Lagipun okey apa. Kau tak perlu keluarkan banyak modalkan. Ala, anggap je kau buat kerja amal untuk projek kau ni. Gitew!"
"Huh! Kalau aku jadi model. Siapa nak shoot? Kau? Kau tahukan taste aku tinggi. Mata kau dengan mata aku tak sama. Alah! Malaslah aku,"
"Ceh! Terang-terang kau kutuk aku ea?"
"Aku bukan kutuk. Aku nak kau tahu, pereka grafik macam aku ni memerlukan sentuhan kreativiti dan nilai artistik untuk menghasilkan sesuatu rekaan. Jangan ingat kerja aku ni senang tau kerana setiap hasil rekaan aku perlu mempunyai nilai estetik, dekoratif dan nilai komersial! Ish! Kalau aku terangkan kat kau panjang lebar pun, kau bukan faham. Walaupun kita sama bidang tetapi peranan kita lain-lain. Kau fotografi je, aku ni. Fotografi merangkap designer dan mungkin tak lama lagi jadi model pula,"
"Huh! Aku tahu. Aku bagi cadangan je. Sebab aku kesian. Dari kita habis-habis waktu macam ni, baik kita cari alternatif lain. Budak tu aku tak tahu datang ke tak hari ni. Hmm,"
"Hmm... Lagi satu. Kalau kau takut hasil tak sama macam yang kau harapkan, aku ada idea. Kau setup semua cantik-cantik, aku shoot. Lepastu kau tengoklah. Okey atau tak. Yang lain biar aku handle. Makeup kau ke. Apa semua tu, aku belanja. Apa macam?"
Aku senyap. Sedang memikirkan apa yang diperkatakan Sharil. Betul juga. Tapi akan penat sedikit sebab nak kena post lepastu tengok kamera. Kalau tak ok. Buat lagi. Huh! Tapi tak apalah kan. Penat yang berbaloi.
Share this novel