Episod 44

Romance Completed 26493

Waktu itu aku sedang mengemas barang-barang photoshoot. Aku merasa seperti dihampiri seseorang. Aku berpaling. Wanita tadi menghampiri aku. Dia senyum ke arah aku.

"Thanks...,"

Ucapnya. Aku senyum memandangnya.

"No problem. Dah tugas saya,"

Selesai ayat aku, tubuh aku diraih dan dipeluk. Di berbisik di telinga aku.

"Sorry pasal tadi,"

Aku faham maksudnya hanya membiarkan. Small matter. Tubuh aku direnggangkan semula.

"He's so hot. Bertuah you. I doakan you alls kekal till Jannah. Kalau I tak kawin lagi, mesti dah tergoda,"

Dia ketawa lepas. Begitu juga aku. Aku nampak wanita itu mencuri pandang abang Danish yang sedang membantu aku mengemas studio photo milik Sharil. Aku tidak memintanya. Dia sendiri dengan rela hati ringan tulang. Aku hanya biarkan sahaja.

Aku akui abang Danish ada daya tarikan sendiri. Dia memang handsome tahap paling tinggi aku rasa. Jika nak digandingkan dengan diri aku, seperti langit dengan bumi. Susuk tubuhnya sahaja seperti ahli bina badan. Badan tegap, kekar, berotot dan sado. Tingginya juga seperti model. Raut wajah yang sedikit berkumis dan berkulit putih bersih membuat sesiapa sahaja memandang pasti tertawan. Harumannya juga, usah di cakap. Satu studio berbau wangi dek penangan haruman pewangi yang dipakainya. Tidak menyesakkan namun menenangkan. Rambutnya ikal dan hitam keperangan sedikit panjang membuat pesona wajah itu bertambah kacak.

"Thanks...,"
Aku menjawab sepatah. Dan akhirnya wanita itu meninggalkan aku dan berlalu pergi. Aku meneruskan kerja aku.

"Ngata abang ea tadi,"

Suara itu kedengaran dekat. Aku hanya membiarkan sahaja. Malas membalas. Aku meneruskan kerja aku yang terbengkalai tadi.

"Tadi bukan main peluk-peluk abang. Sekarang buat silent mode pula,"

Aku tahu jarak kami begitu rapat kerana aku dapat merasa hangat tubuhnya sesekali ketika aku tak sengaja melanggar tubuh itu.

"Tadi tu terpaksa. Bukan rela okey. Awak jangan fikir bukan-bukan,"

Aku sudah siap mengemas dan ingin pulang segera ke rumah. Sudah agak lewat aku rasa. Baru sahaja kaki aku mengorak langkah lengan aku disentuh.

"Balik dengan abang,"

"Buat lawak ke apa? Saya drive sendiri okey,"

"Kereta tinggal je kat sini,"

"Nope! Sini kawasan bahaya. Kalau apa-apa jadi kat kereta saya awak nak tanggung?"

"Boleh je,"

Ucap lelaki itu bersahaja. Ye! Aku tahu dia mampu. Tengok sahajalah kenderaan yang dia pandu. Bukan kenderaan biasa-biasa. Kereta yang mempunyai empat cincin itu hanya orang ada-ada sahaja boleh memilikinya. Aku? Kereta Myvi sahajalah dari dulu kini dan mungkin selamanya.

"Huh!"

Aku melangkah juga meninggalkan lelaki itu.

"Beb! Aku balik dulu,"

Aku menghampiri Sharil yang ketika itu sedang berkemas juga. Menyimpan segala alatan make-upnya serta baju-baju persalinan.

"Mia! Aku nak pinjam kereta kau boleh?"

"Ha???"

*****

Aku tidak pasti ini sudah dirancang ataupun kebetulan. Aku duduk mencuka di sebelah abang Danish. Tidak sampai hati pula menolak permintaan Sharil tadi. Katanya keretanya rosak dan sedang dibaiki di bengkel. Tadi dia datang hanya menaiki grab. Betul ke? Tapi memang dari awal aku sampai, tidak nampak kenderaan lelaki itu di parking kereta.

"Mulut tu macam dah boleh sangkut baju,"

Aku tidak tahu mahu ketawa atau tidak mendengar ayat itu. Puaslah hatinya kerana kemenangan berada di pihaknya kerana aku kini berada di dalam kereta besar itu berdua dengan dia. Abang Danish memandu santai. Gayanya saja boleh buat sesiapa sahaja memandang boleh cair beb. Lelaki macho itu tidak pernah gagal membuat hati aku goyah berkali-kali. Kau kena kuat Damia.

"Sukalah ea,"

"Ish! Siapa tak suka. Berdua dengan tunang lagi. Orang yang paling abang sayang,"

Wajah aku merona merah mendengar ayat lelaki itu.

"Jom teman abang makan,"

"Tak nak. Saya nak balik!"

Kataku tegas. Aku tidak suka berlama-lama dengan lelaki itu. Tambahan perjalanan yang memakan masa berjam-jam itu sudah cukup menyesakkan dada aku.

"Jomlah...,"

Seperti merengek pula nadanya. Kalau bukan kerana aku masih berjauh hati mahu sahaja aku cubit-cubit pipi itu. Awat comel sangat ni!

"Hari nak Maghrib lah. Saya tak solat lagi ni,"

"Okey. Kalau macam tu kita singgah mana-mana. Solat dulu. Lepastu teman abang makan ye. Sayang pun mesti lapar. Tak makan kan dari tadi?"

Betul tekaan lelaki itu. Sebetulnya aku memang sedang kelaparan. Sesi photoshoot tadi mengambil masa berjam-jam tanpa sebutir makanan pun masuk ke dalam perut aku. Kerana terlalu fokus, perasaan lapar pun tidak sempat menyinggah. Baru kini terasa lapar yang menggila.

Aku hanya menurut sahaja memandang perut aku sudah betul-betul sedang kelaparan. Perempuan kalau dah lapar fikiran seperti tidak boleh berfungsi dengan baik. Betul ke?

"Esok abang dah balik KL,"

Ucap lelaki itu sebaik aku mahu menjamah makanan. Sedikit sebanyak terusik juga perasaan aku. Manakan tidak. Walaupun tidak sampai beberapa hari, kehadiran abang Danish sedikit sebanyak merubah warna hidup aku yang sudah biasa sibuk. Dunia aku hanya kerjaya sahaja sampai nak uruskan diri sendiri pun kadang-kadang aku lupa.

"Okey,"

Aku jawab sepatah walaupun perkataan itu antara dengar dan tidak sahaja. Sepertinya tercekik di kerongkong.

"Sayang tak nak ikut?"

Mahu tercekik saat aku dengar ayat itu. Aku hanya menggeleng.

"Hurmm.. usaha abang nak pujuk sayang sia-sia je ea. Kesian abang. Lagi kesian orang-orang kat kampung yang sedang tunggu sayang,"

Aku hanya membiarkan. Aku meneruskan suapan tanpa menghiraukan setiap ayat yang keluar dari bibir lelaki dihadapan aku ini.

"Baby Ikh...,"

"Kalau awak nak saya tinggalkan awak sekarang awak teruskanlah ayat awak tu,"

Terus sahaja aku memintas kata-katanya saat lelaki itu menyebut nama anak kecil yang sentiasa aku rindui.

"Sorry...tapi...,"

Aku terus sahaja meletakkan kedua sudu dan garfu kemudian aku bingkas ingin bangkit namun cepat sahaja abang Danish menahan.

"Okey..okey. sorry. Abang tak sebut dah,"

Aku terus sahaja duduk semula dan memulakan suapan kembali.

"Keras juga hati sayang abang ni,"

"Boleh tak makan tu senyap je. Banyak mulut betullah dia ni,"

Aku mengerutkan dahi. Dan suasana menjadi hening. Kami makan tanpa ada sesiapa yang bersuara. Bagus! Dengar cakap.

*****

Sudah beberapa minggu abang Danish balik ke Kuala Lumpur. Ini membuat hati aku sedikit terusik. Egokah aku? Benarkah kehadiran lelaki itu semata-mata ingin memujuk aku? Sanggup dia meredah beberapa jam perjalanan semata-mata ingin berjumpa dan memujuk aku namun kepulangan lelaki itu membawa harapan hampa. Bukan hanya dia tetapi juga keluarga aku. Jahatkah aku? Bagaimana reaksi ibu? Maafkan adik ibu. Berikan adik masa.

Waktu itu aku berada di rumah. Membuat kerja-kerja editing seperti biasa. Mood aku seakan hilang pula. Bermacam-macam aku buat untuk idea datang namun hampa.

Alunan lagu yang keluar dari telefon bimbit aku menandakan ada pemanggil di hujung talian. Aku mencapai telefon aku tanpa melihat gerangan pemanggil.

"Beb!"

Aku menjarakkan sedikit telefon dari telinga aku. Suara nyaring itu benar-benar mampu membuat gegendang telinga aku pecah.

"Kau kenapa terjerit-jerit ni. Pekak telinga aku ni woii!"

Aku sedang tak ada mood tiba-tiba di serang begitu, benar-benar mencari hal.

"Opss! Sorry-sorry Mia. Aku excited sangat,"

"Itu sebab aku ajar. Call orang beri salam. Jangan main terjah sahaja. Sekurangnya kau tahu nak kawal intonasi suara kau bila kau beri salam,"

Nak sangat dengar nasihatkan.

"Assalamualaikum...,"

Akhirnya Sharil mengalah juga dan menurut kata.

"Waalaikumsalam. Hurm kenapa? Apa yang buat kau excited tak tentu arah ni?"

"Tak...,"

Aku dengar dia menarik nafas Kemudian menghembusnya keluar. Mungkin mahu menenangkan perasaannya.

"Kau tahukan aku join pertandingan wedding dress hari tu?"

"Aah..tau. So?

"Aku terpilih beb!"

Aku tahu dia ingin menjerit namun dikawal intonasi suaranya.

"Antara 200 peserta seluruh Malaysia, aku antara 50 orang yang tercalon. Itu buat aku excited sangat ni...,"

"Waahh! Betul ke? Itulah aku cakap. Design kau cantik. Kau tak percaya,"

Terbayang di minda aku design baju pengantin yang direka khas Sharil semata-mata untuk menyertai pertandingan tersebut. Walaupun nampak klasik namun ada beberapa elimen yang dimodenkan.

Baju pengantin jenis songket menjadi pilihan Sharil untuk di pertandingkan. Corak songketnya berbunga penuh dengan gabungan potongan kain mermaid dan dress songket di bahagian luar seperti potongan gaun yang kembang di bahagian pinggang menghasilkan ilusi rekaan songket yang menawan seperti gaun ala Inggeris.

Rekaannya yang memanjang labuh ke belakang dan kembang, sesuai bagi tema berkonsepkan ‘fairytale‘ yang menerapkan konsep baju pengantin melayu.

"Itulah. Tapi aku ada masalah sikit,"

"Masalah apa pula?"

Aku mengeluh. Apa lagilah si lembut ni.

"Untuk semi final tu akan diadakan di Kuala Lumpur dan...,"

Dia menghentikan ayatnya.

"Dan...?"

Aku pula bertanya.

"Dan setiap pereka perlu membuat rekaan baru berdasarkan tema.. dan..,"

"Haa... Dan lagi? Berapa banyak dan daaa,"

Aku dengar dia ketawa di hujung talian. Jika tidak melihat wajahnya, pasti orang ingat Sharil ni seorang yang macho dan sado. Suaranya terasa berlainan pula apabila didengari melalui talian telefon.

"Perlu ada model juga untuk menggayakan baju tersebut,"

"So. Apa masalah? Kau kan banyak model freelance tu. Pilih je lah yang mana satu,"

Apalah yang di susahkan. Tapi.. jangan-jangan..

"Woii!"

Aku tertempik tiba-tiba.

"Kau jangan cakap kau nak aku yang jadi model kau,"

"Please Mia,"

"Alamak kau ni. Kenapa aku? Kau kan banyak model lagi yang berpengalaman tu,"

"Huh! Tak sama dengan kau. Lagi pun kos Mia. Kau kena faham. Untuk hasilkan rekaan yang eksklusif aku perlu keluarkan modal yang bukan sedikit. Lepastu nak kena bayar model-model tu lagi. Duit minyak. Tol pergi sana. Macam-macam kos Mia. Aku mana ada duit. Tapi kalau kau tolong aku, aku bayarlah kau sikit nanti. Please Mia,"

Aku dengar dia merayu.

"Ish kau ni. Tu kau mampu bayar aku,"

Aku cuba mencari alasan. Sebetulnya mendengar perkataan Kuala Lumpur sahaja membuat jiwa aku bergetar.

"Bayaran kau dengan diorang mana sama. Diorang ada harga mereka. Mahal beb! Kalau kau, harga kawan-kawan boleh kan?"

"Huh! Kenapalah aku,"

"Lagipun pihak sana nak kau gayakan dress aku,"

"What's???"

Aku terjerit sekali lagi.

"Apa maksud kau ni,"

Aku bertanya dalam resah.

"Kau ingat tak aku ada upload gambar kau kat Fac aku, masa kita makan-makan steamboat hari tu. So masa aku sertai pertandingan ni, secara tak sengaja aku upload juga gambar dress yang aku design tu dekat wall aku. Tak tahu pula penganjur tu salah satu follower aku. Dan diorang request kau untuk gayakan dress aku nanti. Please Mia,"

Baru aku faham. Sejak kejadian video viral, ramai juga yang meminta aku untuk menjadi model. Bermacam-macam jenis tawaran aku dapat. Ada yang menawarkan aku untuk model tudung, baju kurung, dan beberapa jenis pakaian tidak kurang juga ada yang menawarkan aku model yang tak masuk akal. Huh! Sangat memalukan untuk diceritakan. Namun kesemuanya aku tolak. Aku lebih suka membuat sesuatu yang aku minat. Bukan untuk mengejar populariti semata-mata.

ada yang rindu ke tu?? yeahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience