"Damia!!"
Sunyi..
"Damia,"
Terasa badan aku di goyang-goyangkan. Berkerut sedikit dahi. Aku bermimpi ke? Namun tiada niat untuk membuka mata.
"Damia..."
Terasa pipi pula di sentuh oleh tangan yang sejuk dan lembut.
"Hmmm..."
Hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku ketika ini. Terasa perit di tekak.
"Lega aku.. bangunlah.. badan kau panas ni,"
Aku dengan kepayahan membuka sedikit mata. Kepala terasa berat. Sakit!! Dahi aku.. aku kerutkan..
"Uishhh.. sakitnya,"
"Kau demam ni...,"
"Hurmmm...tak lah.. aku kurang rehat ni. Sekejap lagi okey lah ni. Baby Ikhwan mana?"
Hanya itu di minda aku.
"Kau sakit ni. Jom aku bawa kau pergi klinik,"
"Tak apa... Sikit je ni. Aku telan penadol nanti okeylah ni,"
Dengan kepayahan aku bangkit dari pembaringan. Aku duduk tegak. Selimut yang menutupi badan aku, aku tolak ke tepi. Dahlia memberi ruang kepada aku.
"Dah pukul berapa ni? Baby Ikhwan mana? Aku tak dengar pun suara dia,"
"Dah pukul 10.30 pagi. Baby Ikhwan ada kat bawah dengan Mummy..Daddy,"
"Apa?? Mummy dengan daddy kau ada kat sini? Kenapa tak bagitahu. Ishh kau ni kan.."
Bingkas aku bangkit. Kepala yang sedikit berpusing aku lawan. Namun kudrat aku yang masih lemah akhirnya membuat tubuh aku jatuh ke atas lantai. Dan perlahan air mata menitis kembali..
"Mummy!!"
Laung Dahlia. Dan aku semakin kuat meraung. Aku pasrah.
Aku sebenarnya masih belum boleh terima apa yang berlaku dalam hidup aku. Sekelip mata aku hilang segalanya. Aku hilang ibu. Aku hilang kakak. Aku hilang abang dan aku juga telah lama kehilangan ayah.
Apa yang aku ada sekarang. Cuma kesakitan. Berbaloikah??
*****
Flash back!!
Dahlia yang sedari tadi berdiri di balik pintu bilik aku akhirnya keluar bersama dengan baby Ikhwan di dukungannya. Sebelah tangan ada sehelai tuala. Dia datang menghampiri aku. Rambut aku di tutup dengan tuala. Kemudian tubuh aku dipeluk. Dia turut menangis melihat keadaan aku ketika itu.
"Abang Danish!!"
Suara abang Shah terkejut. Kakak dan ibu juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Bagaimana dia ada di situ, mesti kerja Dahlia. Aku pasti.
Abang Danish memegang kejap tali pinggang yang hampir sahaja menjamah tubuh aku.
"Abang akan bertanggujawab atas Damia...."
Wajah itu aku renung. Mata kami bertaut namun pandangan mata itu kosong. Aku kembali menatap lantai.
Malam itu saksi segalanya. Perjanjian tentang masa depan aku dan baby Ikhwan yang dibuat abang Danish dan abang Shah disaksikan aku, Dahlia, ibu dan juga kakak. Pada awalnya abang Shah serta ahli keluarga aku tidak setuju dengan cadangan abang Danish untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Namun abang Danish berkeras dan dek kerana keluarga aku telah lama mengenali keluarga abang Danish, maka sebulat suara mereka menerima.
Abang Shah serahkan aku adik kandungnya bulat-bulat kepada Abang Danish. Dia tidak mahu tahu apa-apa tentang aku lagi. Dia akan jalankan tanggungjawab sebagai wali. Titik. Noktah. Hanya setakat itu sahaja. Yang lain. Semua dia serahkan kepada abang Danish.
Sampai begitu sekali layanan abang Shah terhadap aku. Ibu pula hanya diam membisu. Dan aku tidak berani membantah. Aku ikut sahaja. Dan malam itu juga aku sah menjadi tunangan abang Shah. Semua berlaku terlalu singkat. Aku sendiri seperti sedang bermimpi.
Malam itu juga aku dihalau abang Shah. Walaupun tidak secara terang-terangan tetapi jika ayat ini yang keluar dari mulut abang...
"Adik... Orang kampung belum tahu lagi kisah ni. Orang kampung belum pun nampak baby tu... Dan abang minta sangat-sangat kepada kau, tolong balik rumah kau malam ni juga...demi jaga air muka ibu dan keluarga kita. Jangan jejak kaki ke sini sehingga kau sah jadi isteri abang Danish. Faham??"
"Kalau ada yang tanyakan kau. Pandai-pandai lah nanti abang beri alasan,"
"Sebelum orang lain tahu, sebelum berita ini tersebar lebih baik.....,"
Dan abang terus meninggalkan aku. Aku faham maksudnya.
Malam itu juga, dengan begitu kepayahan dan linangan air mata aku keluar dari rumah yang banyak meninggalkan aku memori dan kenangan.
"Ayah.... Adik terpaksa pergi....maafkan adik,"
Luluh hati aku. Diursir keluar oleh keluarga sendiri.
Ibu hanya memandang aku sepi. Aku ingin memeluk tubuh tua itu, namun kakak menghalang. Sampai hati kakak! Kakak memang kejam!
"Kenapa ayah pergi awal sangat... Kalau tak.. mesti adik tak jadi macam ni. Kakak buli adik teruk....,"
Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati. Dan dalam kepekatan malam beserta linangan air mata, rumah itu aku tinggalkan. Abang Danish memandu di belakang. Aku malas memikirkannya kerana di saat ini, aku sendiri sedang bertarung teruk dengan perasaan aku sendiri. Berbaloikah pengorbanan aku ini?? Wajah baby Ikhwan yang masih nyenyak tidur di ribaan Dahlia aku kerling.
Perlahan jari jemari aku yang elok menggenggam stereng di sentuh Dahlia. Dia juga turut berlinangan air mata. Dia mengangguk perlahan kepalanya. Mungkin ingin mengalirkan kekuatan ke tubuh aku. Aku senyum hambar. Pandangan aku beralih ke hadapan. Fokus pada pemanduan sehingga sampai ke rumah aku. Maksudnya rumah kakak.
Flash back End!
*****
Aku melihat Dahlia merapati pintu bilik aku. Pintu bilik di buka sedikit sahaja mungkin ingin menjaga auratku. Ya lah. Waktu gawat sebegitu mesti abang Danish dan ayah Dahlia juga datang setelah mendengar jeritan Dahlia tadi.
"Panas badan ni. Jom ikut mummy pergi klinik,"
Aku hanya menggelengkan kepala. Kepala sedikit terasa denyut. Wajah abang Danish di muka pintu aku pandang. Pandangan kosong.
Sebentar tadi Dahlia dan ibunya membantu aku bangun berdiri dan merebahkan badan aku ke katil semula. Tudung sarung juga di pakaikan ke kepala aku kemudian barulah pintu bilik aku di buka.
"Damia macam mana?"
Sapa satu suara yang sudah tentunya datang dari ayah Dahlia. Abang Danish?? Sedari tadi hanya diam membisu. Pendangannya juga kosong menatap aku. Tiada debaran. Tiada sebarang perasaan yang timbul walaupun kini kami adalah tunangan.
Aku hanya senyum. Wajah ayah Dahlia aku pandang redup. Begitukah ayah jika ayah masih hidup? Sentiasa bersama aku walau dalam keadaan apa sekali pun. Rindunya aku!
"Tak apalah. Mummy turun bawah buatkan bubur untuk Damia ye. Perut kosong ni kot. Tu yang lemah sahaja. Nanti petang kalau masih tak okey. Jangan degil! Mesti ikut mummy pergi klinik,"
Ibu Dahlia mengusap kepala aku. Kemudian dahi aku di kucup lembut. Air mata tanpa sengaja keluar melalui tubir mata aku. Aku rindu ibu! Aku juga rindu ayah!
"Ssshhhh... Jangan nangis sayang,"
Suara ibu Dahlia juga kedengaran lain. Mungkin sedang menahan sebak di dada.
Aku pasti ayah dan ibu Dahlia sudah mengetahui tentang aku. Memandangkan mereka sudah pun bertemu baby Ikhwan. Tetapi sejauh mana? Itu aku tidak pasti.
"Ibu turun bawah dulu ea. Nanti lambat pula siap bubur,"
Ibu Dahlia turun ke bawah. Diikuti ayah Dahlia. Yang tinggal aku, Dahlia dan abang Danish sahaja. Lelaki itu masih seperti tadi. Merenung aku. Tapi aku tidak dapat baca maksud renungan itu.
Aku mencuit Dahlia supaya merapati aku. Tekak aku terasa pahit namun aku gagahkan juga untuk bersuara. Dahlia merapatkan telinganya ke bibir aku.
"Kau suruhlah abang Danish turun. Aku segan dia ada kat situ,"
Perlahan kata-kata itu aku bisikkan ke telinga Dahlia. Dahlia mengangguk tanda faham.
Dia bangun dan menghampiri abang Danish. Tidak tahu apa yang diucap, abang Danish terus sahaja pergi tanpa bantahan.
Kemudian Dahlia datang menghampiri aku kembali. Aku tiada niat untuk bertanya memandangkan tubuh aku sangat lemah. Ingin bersuara pun amat payah.
"Kau nak air? Aku boleh ambilkan,"
Aku mengangguk dan mempamerkan senyuman tanda terima kasih.
"Sekejap ea,"
Dahlia turun dan aku ambil kesempatan itu untuk memejamkan mataku sebentar.
Aku tidak tahu berapa lama aku memejamkan mata. Niat hati ingin memejam sebentar sahaja namun sebaik aku pejamkan mata terus aku tidak ingat apa-apa.
Namun aku tersedar apabila hidung aku menangkap satu aroma yang sangat lazat yang membuat perut aku berkeroncong lapar. Perlahan aku bukakan mata. Aku melihat ibu Dahlia sudah duduk di sisi aku sambil tersenyum. Sungguh aku benar-benar tidak sedar.
"Tak sampai hati mummy nak kejut. Ni.. mummy dah siapkan bubur. Mari makan. Mummy suap ye,"
Ibu Dahlia membantu aku untuk duduk tegak. Setelah melihat aku selesa perlahan satu suapan demi satu suapan di berikan kepada aku. Sedap! Sungguh. Dan habis satu mangkuk aku makan bubur yang di buat ibu Dahlia. Dia tersenyum. Badan aku juga terasa sedikit segar.
"Nak lagi?"
Aku hanya menggelengkan kepala dan satu senyuman aku hadiahkan kepada ibu Dahlia kerana telah membuatkan aku bubur yang sedap. Biasanya orang sakit, deria rasanya seakan mati. Tapi aku? Tak. Malah makan juga penuh selera.
"Ni. Makan ubat,"
Aku hanya menurut. Dalam waktu begini bersyukur ada juga yang sudi menjaga dan merawat aku. Jadi tidak perlu mengada-ngada. Turut sahaja apa juga arahan asalkan untuk kebaikan.
"Nanti petang. Kalau Damia dah sihat sikit. Ikut mummy balik rumah mummy ea. Mummy tak sanggup tinggalkan Damia dengan baby Ikh berdua,"
Aku mengerutkan dahi. Baby Ikh?? Dahlia yang perasan tersenyum ke arah aku.
"Baby Ikhwan lah. Mummy cakap nak panggil baby Ikhwan macam panjang sangat. Jadi mummy sebutlah baby Ikh. Kau tak kisahkan?"
Oh! Baru aku faham. Aku senyum dan gelengkan kepala menandakan aku okey sahaja dengan panggilan tersebut.
"Damia rehatlah. Tentang baby Ikh jangan risau. Mummy dengan daddy ada. Dahlia dan Danish pun ada boleh tengok-tengokkan. Yang penting Damia rehat dan cepat sembuh ye,"
"Jom sayang. Kita turun. Jangan ganggu Damia. Biar dia rehat,"
Aku melihat kedua tubuh itu keluar dari bilik aku. Kemudian pintu bilik aku juga di tutup rapat. Aku yang sebetulnya masih lagi letih dan sakit kepala dengan mudah terus sahaja lena setelah mata aku terpejam. Mungkin kesan ubat sedang bertindak balas di dalam badan aku. Dan aku tidak ingat apa-apa selepas itu.
Share this novel