Seperti yang di janjikan petang itu keluarga Dahlia datang ke rumah aku. Ibu dan ayah yang sudah aku maklumkan sabar menuggu. Ayah mengambil kerja separuh hari semata-mata untuk menyambut kedatangan keluarga Dahlia. Aku pula berasa sedikit segan. Maklumlah dengan ke adaan rumah aku yang sedikit uzur dan usang. Takut-takut jika Dahlia dan keluarganya tidak selesa. Petang itu ibu menggoreng sedikit cempedak yang sudah masak ranum di ambil belakang rumah. Bukan itu sahaja, ibu juga menggoreng sedikit pisang untuk di jamu kepada keluarga Dahlia.
Ibu dan ayah memang suka mengalu-alukan kedatangan tetamu. Ayah pernah berpesan kepada aku, tetamu ni akan bawa dua kegembiraan. Yang pertama rezeki yang kedua hati kita akan rasa lapang dan gembira menyambutnya.
Tepat pukul 5 petang keluarga Dahlia sampai diperkarangan rumah aku. Mereka menaiki kereta MPV Toyota Estima. Wahh! Kereta pun dah besar. Bisikku di dalam hati. Biasa ketika sekolah, aku melihat bapanya menghantar dan menjemput Dahlia dengan kereta Toyota Vios. Tetapi sekarang mereka menaiki kereta yang berlainan. Timbul perasaan malu untuk berhadapan dengan keluarga Dahlia.
"Assalamualaikum," dari jauh ayah Dahlia sudah memberi salam.
"Waalaikumsalam," ayah pula menjawab salam seperti sudah lama kenal.
Terlihat wajah ayah Dahlia tersenyum lebar melihat kami anak-beranak menyambut kedatangan mereka satu family.
Pintu di bahagian penumpang hadapan di buka. Dan keluar seorang wanita yang anggun memakai blause dan berseluar Palazzo serta berselendang. Itu tentu ibu kepala Dahlia. Pintu bahagian belakang pula di buka. Dan terpacul wajah Dahlia yang sedang tersenyum gembira ke arah aku. Dia memakai sekuar jeans berwarna biru dan t-shirt bewarna putih. Rambutnya yang panjang di ikat tocang satu. Sangat cantik pada pandangan mata aku.
Ayah mendapatkan tubuh ayah Dahlia dan mereka bersalaman. Ayah menunduk kepala ke arah isteri iaitu ibu Dahlia.
"Jemput masuk Tuan. Rumah biasa sahaja," ayah melayan tetamu.
"Eh. Tak perlu bertuan-tuan dengan saya. Panggil Azmi sahaja pun sudah cukup. Ni saya perkenalkan isteri saya Ummi Kalthum dan anak perempuan saya Dahlia satu sekolah dengan anak encik kan?"
"Azmi pun tak perlu berencik-encik dengan saya. Saya Hussin dan ini isteri saya, Suraya dan anak perempuan saya, Damia," mereka saling memperkenalkan ahli keluarga masing-masing.
"Eh! Mari jemput masuk. Takkan nak berbual di luar sahaja. Panas ni," ibu pula bersuara.
Ibu hanya memakai kain batik dan baju t-shirt serta tudung sarung. Aku pula hanya mengenakan seluar tracksuit dan baju t-shirt biru. Rambutku yang panjang dan lebat aku ikat satu.
Aku dapat melihat keluarga Dahlia sempat melihat sekitar rumah aku. Dahlia juga begitu. Aku jadi begitu segan dengan mereka. Namun aku tahan sahaja. Ayah cakap kita perlu meraikan tetamu.
Petang itu rumah aku sedikit riuh. Ada sahaja perbualan yang membuat mereka tertawa. Aku pula membawa Dahlia duduk di bawah pokok rambutan. Ayah berpesan kepada aku, budak kecil tidak elok mendengar perbualan orang tua.
"Seronoknya rumah awk. Banyak pokok-pokok buah-buahan," Dahlia melihat sekelilinh.
"Udara pun nyaman je walaupun tengah panas," sambungnya lagi.
"Ooo ye ke. Gembira saya awak seronok. Saya takut awak dan keluarga awak tak selesa," aku menundukkan kepala.
Malu dan segan apabila Dahlia sudah tahu latar belakang keluarga aku. Aku takut dia akan menjauhkan diri dari aku.
"Eh! Tak adalah keluarga saya okey. Awak jangan risau,"
Aku tersenyum padanya. Aku juga membawa Dahlia berjalan disekitar kawasan rumah aku.
"Saya ni datang kerana nak minta izin dari abang dan kakak. Nak pinjam Damia sehari dua. Dahlia ada beritahu saya, nak ajak Damia datang ke rumah. Nak jadikan kawan. Dia bosan sorang-sorang katanya," -Tuan Azmi.
"Ooo. Tentang itu. Damia juga ada beritahu saya. Saya tidak kisah, cuma saya takut Ummi dan Azmi tidak selesa, kerana Damia budak lagi. Takut dia nakal. Tak pandai jaga diri. Lagi pun dia tak pernah beranggang dengan kami," Ayah.
"Oh! Itu tak jadi halangan. Saya pasti dapat menjaganya dengan baik. Nakal budak, biasalah. Dahlia pun nakal juga," -Ummi Kalthum.
"Err.. Puan tak ada anak lain ke?" Ibu pula bertanya.
"Oh! Ada. Tapi besar dah. Tengah menuntut di UTM. Anak kami tak ramai. Dua orang je. Atas Dahlia lelaki. Tu yang dia cakap sunyi. Tak ada kawan. Saya pula kadang-kadang busy. Tak terlayan si Dahlia tu,"
Ibu dan ayah mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Wajah keduanya ceria.
"Errr.. kakak dan abang ada berapa orang anak?" Sambungnya lagi.
"Kami ada tiga. Dua perempuan satu lelaki. Damia tu yang bongsu. Jadi dia manja sikit. Nombor dua perempuan. Nombor satu lelaki. Sekolah lagi dua-dua tu. Ni mereka tak ada. Pergi main dengan kawan-kawan. Damia tu je lain. Suka duduk rumah,"
"Macam mana? Boleh tak kami nak pinjam anak kakak dan abang. Nanti ahad petang, saya hantar semula,"
Ibu dan ayah berfikir sejenak.
"Nak ambil bila tu? Hari ni ke esok?"- ayah.
"Kalau abang dan kakak izinkan dan alang-alang kami di sini, hari ini boleh?"
"Ha?" Ibu dan ayah terkejut.
*****
Ibu membantu aku packing pakaian aku untuk di masukkan di dalam beg. Dahlia juga ada bersama aku di dalam bilik. Aku bertambah-tambah segan. Tapi aku lihat Dahlia, biasa sahaja. Tiada riak tidak selesa atau apa-apa. Aku nampak keikhlasan dimatanya. Dia lagi beria dan seronok melihat aku sudah packing pakaian.
"Damia. Awak bawalah baju untuk berjalan sekali. Mana tau, ibu dan ayah saya nak bawa pergi jalan-jalan ke nanti,"
Aku memandang wajah ibu. Wajah ibu sunggul.
"Err.. Dahlia. Saya tak ada baju untuk jalan-jalan. Tapi tak apa. Saya banyak seluar tracksuit yang masih elok,"
Aku nampak Dahlia seperti sayu memandang wajah aku.
"Oh! Kalau macamtu tak apalah. Awak bawa je baju apa-apa. Janji awak selesa,"
Aku senyum dan Dahlia membalas senyuman aku.
Lebih kurang pukul 6.30 petang aku sudah berada di dalam perut kereta MPV Toyota Estima milik keluarga Dahlia.
Aku melambai tangan ke arah ibu dan ayah. Pertama kali aku berpisah dengan mereka. Pertama kali juga aku bakal tidur dirumah orang lain. Aku teruja dan aku juga berasa takut. Takut mereka tidak selesa dengan aku. Aku pula tidak pandai membawa diri.
Teringat pesan ibu.
"Jangan nakal-nakal kat rumah orang. Ringan tulang. Jangan buat sepah. Jaga diri. Dan yang penting solat jangan tinggal," banyak pesanan ibu.
Ibu mana yang tidak risau. Tambahan aku perempuan dan tidak pernah berpisah dengan ibu dan ayah.
"Okey. Kita dah sampai," kata-kata Dahlia mengembalikan aku ke dunia realiti.
Aku memandang sekeliling. Rumah banglo setingkat itu aku renung. Cantik rumah keluarga Dahlia. Jauh beza dengan rumah aku. Di tepi rumah banyak pokok bunga dengan pelbagai warna yang di tanam di dalam pasu. Ada pelbagai saiz. Ada besar. Kecil. Memang cantik. Tidak jauh dari situ ada sangkar. Aku tidak pasti sangkar apa. Seperti sangkar kucing. Dan di tepi rumah terbentang rumpur karpet asli. Memang cantik. Macam rumah orang kaya.
"Jom Damia. Masuk," ibu Dahlia menjemput aku.
Beg pakaian aku, ayah Dahlia tolong angkatkan. Dia membawa masuk dan terus di letakkan di dalam bilik tetamu. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara Dahlia.
"Errrr.. Daddy. Boleh tak Damia duduk sekali dalam bilik baby," ucap Dahlia manja. Lengan papanya di paut.
"Betul baby tak kisah?"
Dahlia menggelengkan kepalanya.
"Okey," Ayah Dahlia memusingkan badan dan terus sahaja membawa beg pakaian aku masuk ke dalam bilik Dahlia.
"Yes!" Wajah Dahlia nampak begitu gembira. Lengan aku di paut.
"Jom. Saya tunjuk bilik saya," Dahlia menarik tangan aku supaya mengikutnya.
Pintu bilik di buka.
"Daddy. Thank you," ucap Dahlia. Aki dapat lihat kemesraan dua beranak itu.
Kepala Dahlia diusap lembut oleh ayahnya.
"Jom masuk,"
Aku hampir ternganga melihat keseluruhan bilik itu. Bilik itu agak besar. Dua kali ganda besar dari bilik aku. Warna pink purple yang soft sangat memikat hati aku.
Di dalam bilik itu terdapat katil yang besar dan tilam yang tebal di lapik dengan comfirter berwarna krim pink. Sangat sejuk mata memandang. Betul-betul bilik perempuan. Kemas dan teratur. Tidak jauh dari situ juga terdapat meja belajar yang lengkap dengan lampu belajar. Tidak jauh dari situ ada almari kayu berwarna putih yang besar. Di sebelah almari kayu, ada pintu. Aku tidak pasti pintu apa.
Tidak seperti bilik aku. Sempit malah bersepah dengan barang-barang kakak. Kadang-kadang aku naik geram dengan perangai kakak yang suka menyepahkan barang-barangnya sesuka hati. Bila aku kemas, mengamuk pula. Tapi jika tidak di kemas, setahun kemudian belum tentu kakak akan mengemas barang-barangnya.
"Cantik bilik awak. Beruntung awak," aku tersenyum memandang Dahlia.
"Tak apa. Mulai malam ini, bilik ni jadi bilik awak juga," Dahlia memegang jari-jemari aku.
Aku berasa sangat-sangat terharu atas layanan Dahlia dan keluarganya. Aku tidak pernah bermimpi untuk merasa diraikan begitu.
Perlahan satu persatu manik jatuh membasahi pipi aku. Tiba-tiba tangisan kecil kekuar dari mulut aku. Segala kesakitan yang aku pendam akhirnya terluah di hadapan Dahlia melalui air mata yang gugur.
Sungguh! Sungguh aku tak sangka masih ada orang yang baik dalam dunia ini. Boleh terima aku. Boleh terima kekurangan keluarga aku. Aku tahu Dahlia datang dari keluarga yang kaya dan bajagia. Namun dia tidak pernah sombong dan mendongak langit. Dia layan aku dan kawan-kawan yang lain sama rata.
Aku terduduk di hujung katil. Tilam yang sangat empuk dan lembut. Bahu aku di peluk Dahlia dari sisi.
"Te... Te..terima kasih Dahlia. Aaaww... Aww..awak layan saya baik sangat. Walaupun kita baru je kenal. Ta..taapi awak baik betul de..de..dengan saya. Kawan-kawan yang lain, yang dah lama kenal saya pun..iskh! Ishk! Ishkk," aku tersedu-sedan.
"Tak layan saya sebaik awak," aku menyapu air mata yang laju mengalir dengan tangan.
"Hari-hari mereka sindir-sindir saya. Sakitkan hati saya. Tapi awak tak pun," aku memandang wajah Dahlia.
Dia juga turut menangis. Mungkin dia dapat rasakan apa yang aku rasa kerana dia pernah beberapa kali terserempak dengan aku ketika Suraya and the geng mahu membuli aku. Namun nampak sahaja Dahlia, mereka semua cabut lari.
"Ssshhhh....," Dia cuba memujuk aku. Dia juga tersedu-sedan.
"In shaa Allah. Selagi saya ada.. saya akan jadi kawan awak. Saya akan selalu doa semoga Allah tak tarik perasaan saya ni," akhirnya kami berpelukan. Seperti seorang adik memeluk kakak. Masing-masing mengusap belakang badan masing-masing.
Hidung aku sudah kemerahan akibat menangis. Begitu juga Dahlia.
"Dah cukup. Nanti kalau mummy dengan daddy nampak, diorang risau pula," Dahlia menyapu lebihan air mata aku. Aku juga begitu.
"Awak suka kucing?"
"Suka. Tapi ibu tak bagi bela. Sebab ibu alergik. Nanti badan ibu naik gatal-gatal,"
"Okey jom. Saya tunjuk awak kucing-kucing saya,"
Aku terus mengikut Dahlia. Hari itu aku benar-benar happy.
siap terus update. mood mengarang ON. boss kecik sedang ketiduran. jadi kita gunakan masa yang ada sebaiknya.. hello gaisss! nangis ke tue???
Share this novel