Episod 49

Romance Completed 26493

Satu lagi sport light dihalakan di atas pentas. Susuk tubuh seseorang yang sangat-sangat aku kenal.

"Adik....,"

Sekali lagi suara itu kedengaran. Lembut sahaja dia menyapa. Mata kami bertaut.

Aku tersenyum hambar. Linangan air mata tidak berhenti sedari tadi. Paparan skrin terbahagi kepada dua ketika ini memaparkan wajah aku dan juga wajah Abang Shah. Aku cuba mengukir segaris senyuman. Namun payah.

"Maafkan abang.. maafkan kealpaan abang.. abang menghukum adik tanpa usul periksa...,"

Ada sendu disebalik kata-katanya.

"Malam ini. Bersaksikan mereka, abang tak malu mengaku akan segala kesalahan abang,"

Aku nampak dia memandang aku. Kemudian pandangan di alih ke arah tangannya. Dia merenung lama.

"Maafkan tangan ini, yang pernah singgah di tubuh adik. Maafkan segala kekasaran abang,"

"Abang bukan tidak perasan ada luka di bibir adik akibat tindakan abang, namun waktu itu... Emosi abang di kawal oleh ego dan nafsu amarah. Abang tidak berfikiran secara rasional,"

"Maafkan abang....,"

"Abang gagal jadi abang yang baik untuk adik. Abang gagal pertahankan adik. Abang gagal berada di sisi adik ketika adik benar-benar memerlukan abang.... maafkan abang adik... hukumlah abang... abang terima.,"

"Abang jenis apakah abang ni, sanggup biarkan adik menderita sorang-sorang di luar sana tanpa ehsan keluarga sendiri. Abang gagal adik!!"

Aku nampak abang Shah sudah jatuh melutut di atas pentas. Wajahnya ditundukkan.

Tiba-tiba aku rasakan bahu kanan aku di sentuh lembut. Aku menoleh ke sisi.

"Dahlia.....,"

Antara dengar dan tidak suara aku ketika ini. Aku tergamam. Dahlia memeluk aku erat. Perlahan aku membalas pelukannya. Lalu tanpa paksa air mata aku pecah juga akhirnya. Benteng yang sedari tadi teguh menahan air mata yang sudah penuh akhirnya pecah juga membuat pipi aku kebasahan lencun dek air mata yang turun tanpa henti. Aku rindu dia! Sahabat aku. Maafkan aku...

Sedang aku memeluk tubuh itu, aku perasan ada tubuh lain yang berdiri di belakang Dahlia. Aku nampak hujung kakinya sahaja kerana ketika itu wajah aku aku tundukkan memandang lantai.

Perlahan wajah aku, aku naikkan. Dari kaki, pandangan aku terus naik hingga nampak wajah yang sedang berdiri di belakang Dahlia.

"Kakak.....,"

Aku nampak kakak tersenyum memandang aku. Kakak mengusap tangan aku. Pelukan Dahlia aku lepaskan. Jari-jemari Dahlia dan kakak aku pegang erat. Keduanya terus merapatkan diri di kanan dan kiri aku. Mereka memeluk lengan aku erat.

"Jom naik atas pentas...,"

Kakak berbisik. Aku tidak tahu kenapa, kaki aku ringan sahaja melangkah mengikut langkah mereka. Aku di pimpin seperti seorang permaisuri yang ingin menaiki takhta. Aku melangkah dengan penuh berhati-hati. Sorotan sport light mengiringi langkah kaki kami. Menjadi penyuluh di dalam dewan yang masih gelap gelita.

Baru aku perasan melalui paparan skrin di hadapan, Kakak dan Dahlia mengenakan pakaian sedondon. Cantik. Kebaya nyonya dan berkain songket. Seperti dayang-dayang yang sedang melakukan tugas melayan permaisuri pula. Ahhh! Jauh benar fikiran aku pergi.

Sampai di atas pentas aku melangkah perlahan menghampiri abang Shah. Aku berdiri betul-betul di hadapan abang Shah yang masih lagi duduk melutut. Bahunya aku sentuh. Dan perlahan abang Shah mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah aku. Aku senyum. Abang Shah turut senyum. Abang Shah bangkit. Kini aku benar-benar berada di hadapan abang Shah.

Tangan abang Shah aku ambil. Dan aku cium perlahan. Lama. Kemudian aku merasa ubun-ubunku di sentuh lembut.

"Maafkan abang....,"

Ucapnya. Aku masih menunduk dan tangan itu sudah basah dengan linangan air mata aku. Aku mengangkat wajah aku memandang tepat ke arah anak matanya.

"Tuan-tuan, Puan-puan dan semua yang berada di dalam majlis ini. Kami perkenalkan. Arissa Damia!"

Seluruh dewan bergema dengan tepukan serta sorakkan yang sesekali kedengaran. Suara garau seorang lelaki yang datang dari belakang pentas menghampiri kami. Haruman itu. Ya! Aku sangat kenal akan haruman ini.

Ribuan manusia di hadapanku, aku pandang sepi. Semua yang ada di dalam dewan berdiri meraikan aku. Kilauan dari cahaya lensa kamera silih berganti kadang-kala menyilaukan mataku. Sesekali mataku tekerdip-kerdip. Mungkin ketika ini, jika dirakam mata hitamku pasti terlihat ianya sekejap kecil dan sekejap besar kerana kerlipan lensa kamera di sana di sini membuat mataku sedikit berpinar. Suasana ketika itu riuh rendah kerana meraikan diriku dan dia. Apakah mungkin...

Ya! Dia yang perkenalkan aku kepada umum. Siapa lagi kalau bukan sosok tubuh yang sentiasa membuat tubuh dan jiwa aku tidak keruan. Abang Danish!

Tidak pernah dalam seumur hidup aku bermimpi atau memasang impian untuk diraikan seperti ini. Ya! Tidak pernah.

Tetapi siapa aku untuk menolak takdir. Jika ini yang sudah tertulis untuk aku, siapa aku untuk menolaknya.

Tidak sangka. Begitu hebat takdir yang tertulis untuk aku. Aku redha. Malah aku sangat bersyukur dengan takdir diriku. Mengeluh? Ya! Memang pernah. Berputus asa? Juga pernah. Malah kadang-kala lebih dari itu.

Tetapi aku percaya dengan kata-kata ini. Jika Allah mampu merubah malam menjadi siang, nescaya Allah juga mampu merubah lelahmu menjadi barakah. Ya! Aku tahu. Setiap makhluk dibumi sentiasa di uji. Termasuk aku. Ya. Aku juga diuji. Ujian ini aku rasakan begitu hebat untuk yang bergelar aku, Arissa Damia.

Di saat langkah aku semakin lemah dan hampir menyerah, dia hadir. Ya! Dia yang sedang berdiri di sisiku. Aku menoleh sisi kananku. Dia memang tampan. Segak. Aku tidak pernah mengimpikan yang akan Allah hadirkan seseorang tempat untuk aku berpaut. Kerana jiwa ini sudah lama kosong. Jiwa sudah lama sepi. Jiwaku juga sudah lama rapuh. Malah jiwaku ini juga sudah acap kali jatuh dan rebah.

Di sisi lelaki itu ada tubuh kecil yang elok memegang jarinya. Perlahan jari itu dilepaskan dan langkah di atur menghampiri aku dan tanpa disuruh laju sahaja tangan kecil itu menggenggam jari telunjuk aku. Aku benar terkesima dengan tindakan anak kecil itu.

Dan aku menoleh ke sisi kiriku mengikut gerak anak kecil itu.

Anak kecil yang tidak tahu apa-apa sedang elok menggenggam erat jari telunjukku. Hanya satu jari yang mampu digenggam oleh tangan comel itu. Elok tersenyum. Perlahan air mata menitis. Satu persatu. Adakah akan ada cahaya terang yang akan menerangi setiap perjalananku selepas ini? Aku tidak tahu. Kuatkah lagi aku? Aku juga tiada jawapan untuk itu.

Ya! Dia memang sangat kecil saat aku tinggalkannya dahulu. Kini anak kecil itu sudah mampu berjalan dengan dua kakinya, malah terlihat sangat comel mengenakan pakaian lengkap beserta blazer kanak-kanak dan dilengkapi bootie.

Kakak, Dahlia dan abang Shah sudah menjarakkan diri dan memberi ruang untuk aku, abang Danish serta baby Ikhwan pula.

Suasana dewan kembali cerah dan semua penonton akhirnya duduk kembali.

"Semua okey?"

Lagi satu suara garau muncul dari arah belakang pentas. Aku menoleh. Encik Rafiq!

"Okey!!!"

Suara hadirian bergema satu dewan.

"Maafkan kami kerana menyediakan sedikit selingan dan membuat anda mengalirkan air mata... sesekali. mata perlu juga dicuci dengan air alami,"

Seluruh dewan bergema dengan gelak tawa penonton.

"Okey. Saya perkenalkan diri saya. Saya Rafiq. Yang tahu, tahulah...,"

Sekali lagi kedengaran hilai tawa seluruh dewan.

"Saya lah orang yang bertanggujawab menganjurkan malam gala fesyen kita malam ini...,"

Suara lelaki itu bergema satu dewan. Para tetamu aku lihat sangat-sangat memberikan sepenuh perhatian pada setiap ucapannya.

"Dan saya selitkan sedikit selingan iklan jejak kasih. Mungkin ada antara kalian terkesan dengan ini. Mungkin ada yang menganggap ini sekadar gimik tetapi sebenarnya tidak. Malam yang indah ini menyatukan kita dan bertambah indah apabila ia menyatukan sebuah hubungan yang sudah lama terpisah,"

"Untuk pengetahuan semua. Yang berada di atas pentas ketika ini adalah keluarga saya. Dari kiri saya perkenalkan isteri saya Darina Farihah, Dahlia, Sharil, yang comel kecil ni anak saya Ikhwan Hafiz, Damia Arissa dan tunangannya, Danish Iskandar,"

Semua bertepuk tangan gemuruh setelah diperkenalkan seorang demi seorang kepada penonton.

"Untuk Damia Arissa. Bukan ini sahaja kejutan buat anda,"

Aku bingung dengan kata-kata Encik Rafiq.

"Okey kamera. Sila halakan kamera dan fokus pada meja yang berada di sisi kiri ini,"

Kamera dan skrin bergerak mengikut arahan yang di beri. Dan melalui paparan skrin yang besar aku benar-benar terpegun melihat sosok tubuh yang benar-benar buat aku rindu. Tidur malam aku tidak lena.

"Ibu!"

Aku nampak jelas wajah ibu. Wajah yang sudah di mamah usia terpapar besar pada skrin dan aku nampak ada linangan air mata di pipi ibu.

"Krew! Tolong saya bawa mertua saya naik atas pentas,"

Encik Rafiq mengarah. Dan aku pula tidak henti-henti memandang ke arah tubuh itu. Mata aku tidak lepas dari memandang tubuh itu yang sudah mula bergerak. Aku ingin memeluknya.

Aku nampak ibu di pimpin oleh krew untuk naik ke atas pentas. Seperti Dahlia dan kakak, ibu juga turut mengenakan baju yang sedondon dengan mereka. Sampai sahaja ibu di atas pentas, dengan pantas aku menghampiri ibu dan tubuh itu aku peluk erat. Aku terlupa yang ketika ini aku mengenakan kasut setinggi tujuh inchi. Nasib baik tidak jadi apa-apa. Mungkin aku sudah terbiasa.

"Ehem... Okey. Kita biarkan Damia Arissa melepaskan rindunya terlebih dahulu. Kepada yang nak menangis boleh teruskan. Anda masih ada masa,"

Sekali lagi derai tawa penonton kedengaran dan aku juga turut tertawa. Tubuh ibu aku peluk erat dan wajah ibu aku cium bertalu-talu.

"Cantiknya adik. Ibu macam bermimpi je dapat tengok adik. Macam bidadari,"

Ibu berbisik ditelinga aku.

"Okey Damia Arissa! Anda inginkan lagi kejutan?"

Aku masih terkejut.

"Ada lagi??"

Encik Rafiq membalas dengan anggukkan.

"Okey! Penonton.... Anda sudah sedia?!"

"Dahhhh!!!"

Semua bersorak.

"Kamera. Sila paparkan pandangan di hujung dewan,"

Sekali lagi Encik Rafiq memberi arahan dan kamera serta paparan di skrin bergerak seperti yang di arahkan.

"Damia Arissa! Awak kenal siapa mereka?"

Aku menggelengkan kepala. Sungguh aku tidak kenal wajah-wajah yang ada di paparan skrin.

"Okey. Untuk awak Damia Arissa kami bawakan secara eksklusif murid-murid darjah enam yang pernah satu kelas dengan awak dan juga kawan-kawan satu sekolah semasa sekolah rendah,"

Aku benar-benar sudah hilang kata-kata ketika ini. Aku benar-benar tergamam.

"Dan... Di hujung sebelah kanan.. belakang dewan... Kamera. Tolong bantu saya sekali lagi,"

Dan paparan skrin berubah kedudukan.

"Ini pula pelajar-pelajar sekolah yang pernah satu kelas dengan awak sepanjang awak sekolah menengah. Alhamdulillah. Walaupun tidak semua dapat hadirkan diri kerana pelbagai masalah dan kekangan masa, ini saya rasa sudah cukup membuktikan mereka hadirkan diri pada malam ini semata-mata untuk awak Damia Arissa. Kelas! Betul tak?"

Dan dewan bergema dengan begitu gemuruh apabila mereka semua serentak berkata "ya".

Aku benar-benar terharu. Air mata sedari tadi tidak henti-henti mengalir.

"Dan last but not least... Kamera. Sekali lagi bantu saya untuk berada di hadapan dewan bahagian VVIP,"

Paparan skrin bergerak ke arah yang di tunjukkan.

"Sekali lagi. Untuk awak Damia Arissa kami bawakan khas untuk anda barisan-barisan guru-guru yang pernah mengajar awak dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Dan merekalah tetamu VVIP saya pada malam ini,"

"What?!!"

Aku benar-benar sudah mati kata. Benar-benar tak terluah perasaan aku ketika ini. Dan lagi bertambah terharu apabila kesemua tetamu VVIP bangkit dari duduk mereka dan mereka memberi aku tanda hormat dengan menundukkan kepala sedikit serta tangan kanan di bawa ke dada mereka. Dan aku juga membalas dengan gaya yang sama.

siapa tengah tunggu bahagian PROLOG?? ini khas untuk anda... haaa.... sape yang teka dengan tepat?? mini love untuk korang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience