Episod 13

Romance Completed 26493

Minggu silih berganti. Keadaan kesihatan ayah semakin baik. Namun aku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Keadaan ayah yang makin baik mungkin petanda lain yang Allah ingin tunjukkan kepada kami. Kami di uji lagi.

Ayah hampir sahaja boleh berjalan, namun takdir tuhan siapa menduga. Di kaki kanan ayah yang sukar untuk ayah gerakkan timbul biji seperti jerawat. Namun ibu kata itu bisul. Ibu membuat rawatan sendiri di rumah memandangkan bisul itu tidak terlalu besar. Ibu cuci dan ibu sapu ubat gamat setiap hari. Namun kaki ayah makin membengkak. Dan suhu badan ayah makin meningkat. Ayah terkena demam panas. Mungkin darahnya sudah terkena jangkitan.

Akhirnya sekali lagi ibu memohon bantuan penduduk kampung untuk membantu. Ayah sekali lagi dikejarkan ke hospital dengan ambulan.

Setelah lima hari ayah di hospital dan pelbagai usaha pihak hospital lakukan akhirnya ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya Allah! Ketika itu aku rasakan seluruh duniaku gelap dan aku juga rasakan bumi seakan terhenti berputar. Fikiran aku kosong. Betul ke ayah sudah tiada??

Sudah kering air mata aku. Tiada lagi tangisan yang keluar. Aku pasrah. Andai ini takdir Allah. Tenanglah ayah di sana. Tiada lagi kesakitan yang akan ayah rasa. Kami doakan semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa Ayah dan meletakkan ayah dikalangan para solihin.

Jenazah ayah di bawa pulang kira-kira pukul 11 malam mengikut procedure hospital. Abang yang masih di kampus telah dimaklumkan dan akan sampai esok pagi kerana tiket bas tiada pada waktu begini.

Seluruh rumah menjadi sayu. Aku melihat ibu hanya duduk termenung. Tiada linangan air mata di pipinya. Ibu aku tengok sangat tabah. Ya! Aku tahu. Ibu cuba untuk redha. Redha atas ujian Allah ini. Suami yang selalu menemaninya sudah di jemput Illahi. Jika aku sedih. Ibu lagilah berganda perasaannya. Teman sebilik, sekatil. Sudah tiada. Teman tempat bergantung sudah dipanggil Illahi.

Perlahan aku menghampiri ibu yang sedang duduk bersandar didi dinding di sisi jasad kaku ayah. Ibu baru sahaja menghabiskan bacaan surah Yassin yang aku tidak tahu berapa kali sudah diulang baca. Nada suaranya yang tenggelam timbul ketika membaca surah tersebut membuat dada aku sebak.

Tubuh itu aku peluk. Mungkin untuk berinya semangat. Pelukan aku ibu balas. Aku merapatkan kepalaku di dadanya. Kepalaku diusap perlahan. Dan aku dapat rasakan ada manik-manik jatuh di atas kepalaku. Aku hanya biarkan. Mungkin itu sahaja cara untuk dia meluahkan segalanya. Aku juga turut menitiskan air mata. Esakan kecil dari bibir aku terkeluar juga akhirnya.

Dan aku lihat kakak juga menghampiri kami. Kakak juga turut memeluk ibu.

"Anak-anak ibu kena kuat ya. Pandai bawa diri lepas ni. Ayah dah tak ada untuk jaga kita," sayu sahaja suaranya.

Dia mengulangi ayat.

"Ayah sudah tiada," dan manik-manik yang jatuh di kepalaku aku rasakan makin deras. Aku kuatkan lagi perlukan aku.

Dan tidak aku sedar, bila aku tertidur di ribaan ibu.

"Kakak. Adik. Bangun. Dah subuh ni,"

Ibu kejutkan aku. Aku ingat aku bermimpi. Namun apabila melihat jasad ayah yang kaku dan diselimut kain batik lepas, akhirnya aku pasrah. Ujian yang perlu kami sekeluarga redha. Perlahan aku bangkit dan terus mengambil wudhuk.

Doa aku di pagi yang syahdu cukup panjang bersama air mata yang tidak henti mengalir.

Selepas Zuhur, selesaikan di mandi dan di kafankan. Kami adik beradik dibenarkan menatap wajah ayah buat kali terakhir. Dahi ayah aku kucup perlahan. Tenanglah ayah. Hilang sudah kesakitan ayah. Aku kuatkan diri aku untuk ibu.

Jenazah ayah kemudiannya di bawa ke masjid. Urusan jenazah pengebumian ayah di bantu abang, ayah Dahlia dan juga beberapa penduduk kampung. Abang sampai di rumah pada pukul 10 pagi. Dia menaiki bas paling awal pagi itu.

Aku, Ibu dan kakak turut sama solat jenazah untuk arwah ayah buat kali terakhir. Selesai solat jenazah, ayah di bawa ke tanah perkuburan. Inilah perjalanan terakhir ayah di muka bumi ini. Ibu tidak turut serta kerana ibu sudah pun berada dalam tempoh iddah. Ibu tidak mahu timbul fitnah. Hanya aku, kakak dan abang menemani perjalanan terakhir ayah.

Tidak sanggup rasanya menatap jenazah ayah buat kali terakhir diturunkan ke liang lahat. Air mata yang sedari tadi mengalir semakin deras dan mencurah-curah. Kini aku sedar. Inilah kali terakhir akan aku lihat tubuh itu. Itulah kali terakhir. Subgguyaku tidak kuat. Hilang sudah tempat aku bergantung dan tempat aku bermanja. Linangan air mata makin deras hingga mengaburi penglihatanku. Aku tersedu sedan dalam tangisan. Ya Allah kuatkanlah aku!

*****

Sudah dua minggu ayah pergi meninggalkan kami. Hanya baju ayah menjadi pengubat rindu aku. Ibu pula, sesekali aku lihat dia termenung jauh. Pemergian ayah bagai satu batu besar yang menghempap dirinya. Rasanya, semua bagai terlalu cepat terjadi. Kami tidak bersedia apa-apa. Jika aku sakit, ibu lagi terasa sakit. Ya! Aku tahu itu.

Hari itu aku bersekolah seperti biasa. Pihak sekolah ada membuat kutipan derma untuk aku sekeluarga. Sumbangan telah pun di serahkan kepada ibu.

"Damia. Nanti waktu rehat Cikgu Fairus nak jumpa awak. Dekat bilik guru," -Dahlia.

"Kenapa?"

"Entah. Cikgu cuma suruh saya sampaikan pesan dekat awak,"

"Okey. Nanti awak teman saya ea,"

"Okey,"

Setelah tiba waktu rehat aku dan Dahlia ke bilik guru.

"Assalamualaikum cikgu. Cikgu nak jumpa saya?"

"Ya. Kamu macam mana? Okey?" - Cikgu Fairus.

"Alhamdulillah cikgu," aku hanya senyum.

"Begini. Cikgu- cikgu ada yang ingin memberi sumbangan secara peribadi untuk kamu. Kamu kan tak lama lagi nak menghadapi ujian PMR - Penilaian Menengah Rendah. Jadi bolehlah kamu gunakan duit itu untuk membeli buku dan apa-apa barang keperluan,"

Cikgu Fairus memberikan aku sampul surat bewarna coklat. Aku tidak tahu berapa isi kandungannya.

Berat untuk aku terima tetapi kerana fikir PMR yang makin hampir aku ambil juga.

"Kalau ada lebih boleh buat perbelanjaan harian," sambung Cikgu Fairus lagi.

"Terima kasih cikgu," Terasa syahdu perasaan aku ketika itu.

Kemudian perlahan aku melangkah pergi.

Setelah habis waktu rehat aku dan semua kelasku pergi ke makmal sains. Kerana waktu itu adalah waktu PNP Cikgu Saat.

"Minggu depan saya akan adakan ujian latih tubi untuk kamu semua. Sila siap sedia,"

"Bab apa yang masuk cikgu?" Soalan yang biasa disoal.

"Kamu semua baca dari bab 1 hingga 8,"

Dan PNP berjalan seperti biasa.

Sebulan berlalu...

"Damia tunggu sebentar," Cikgu Saat memanggil aku.

Waktu itu kami satu kelas baru sahaja habis waktu PNP bagi Subjek Sains di makmal sains.

"Ya, Cikgu,"

"Yang lain boleh masuk kelas. Dahlia ketika itu teragak-agak untuk menemani aku.

"Dahlia. Kamu juga masuk ke kelas. Saya tak akan culik kawan kamu. Kamu jangan risau," - Cikgu Saat berseloroh.

Dahlia tersenyum kambing sambil beralu meninggalkan aku berdua dengan cikgu saat. Aku yang dari tadi sudah mengemas barang perkakasan duduk semula di kerusi makmal.

"Ada apa cikgu nak jumpa saya,"

Jantung aku tiba-tiba berdebar.

Cikgu Saat menghampiri meja makmal. Kami bertentang mata. Jarak antara kami di pisahkan oleh meja makmal. Satu keping kertas di berikan kepada aku. Aku mengambil perlahan. Oh! Ni kertas ujian latih tubi. Dan aku hanya mendapat 42 per 100. Aku menunduk.

"Damia. Cikgu tahu kamu bukan seorang yang macam ni. Cikgu sentiasa perhatikan markah kamu. Kamu antara pelajar terbaik saya. Namun dengan markah yang kamu perolehi, saya rasa sungguh dukacita,"

Aku sudah menunduk. Ya. Sains adalah subjek kegemaran aku. Setiap kali ujian dan peperiksaan markah aku antara markah yang tertinggi. Namun kali ini markah yang aku perolehi sangat-sangat teruk.

"Saya tahu kamu baru sahaja kehilangan ayah kamu,"

Waktu ini air mata aku sudah menitis keluar dari kelopak mata. Merembes membasahi pipi.

"Saya tahu. Kamu masih sedih. Cikgu faham. Tapi jangan jadikan itu sebab untuk kamu patah semangat. Jika ayah kamu ada, pasti dia juga sedih,"

Aku sudah tersedu sedan.

Cikgu Saat menghulurkan aku satu beg.

"Ini saya ada buku-buku latihan dan modul untuk kamu ulang kaji. Jika kamu perlukan bahan bantu, cakap sahaja dengan cikgu. Cikgu pun ada anak sebaya kamu. Anggap sahaja cikgu seperti ayah kamu ye. Apa-apa sahaja yang kamu perlukan boleh terus berjumpa cikgu,"

"Maaf. Cikgu sudah buat kamu sedih. Cikgu cuma tak nak kamu patah semangat. PMR semakin dekat. Jangan sia-siakan usaha kamu. Saya yakin kamu mampu. Ya,"

Aku mengangguk. Perlahan Cikgu Saat menghulurkan aku tisu.

"Awak boleh masuk kelas,"

Aku mengambil beg yang diberikan Cikgu Saat.

"Terima kasih cikgu," aku berlalu pergi.

Tempat pertama yang aku tuju ialaj tandas. Aku menangis semahunya di dalam tandas. Aku tersedu-sedan. Aku meluahkan semua yang terbuku di hati.

"Ayah.... Adik rindu... Adik tak kuat. Kenapa ayah pergi cepat sangat. Kenapa tak bawa adik sekali," aku terduduk di atas mangkuk tandas. Aku memangis semahunya.

ada yang nangis ke tu?? yang pernah rasa kehilangan je yang tahu perasaannya macam mana. maaf masih pendek lagi chapter ni. untk next chapter mungkin makan masa sikit. ilham sudah hilang. penat cari. kalau sape-sape jumpa suruh dia balik ea... hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience