Episod 15

Romance Completed 26493

Hampir pukul 3.30pm baru aku tiba di rumah kakak. Banyak barang yang kakak beli. Dan ada juga barang untuk aku yang kakak belanja. Orang tua-tua kata, baik ada makna. Betul ke? Aku memang ada perasaan tidak enak pada kakak namun aku cuba fikir positif.

Rumah kakak seperti dahulu. Tidak banyak berubah. Set perabot yang lengkap. Ada televisyen. Ada meja makan. Ada peti ais. Ada mesin basuh. Set sofa juga ada. Bak kata lengkap semua ada. Dan susun aturnya juga tidak berubah seperti dahulu. Tidak banyak beza.

Aku sudah biasa di rumah kakak. Malah aku tahu di mana bilik aku jika aku bermalam di rumah kakak. Tanpa di suruh, bilik ke dua di rumah kakak aku tuju. Semua barang-barang aku, aku letakkan di situ. Rumah kakak, rumah sewa dua tingkat. Ada empat bilik ke semuanya dan ada tiga bilik air.

Bilik aku bersebelahan bilik kakak. Dan bilik kami lenkap dengan bilik mandi. Lagi dua bilik ada di bawah. Satu bilik kakak buat bilik stor, lagi satu untuk bilik tetamu. Bilik stor dan bilik tetamu berkongsi bilik air.

Aku menyusun semua barang-barang aku di dalam almari yang sudah disediakan. Malah dalam bilik aku juga sudah kakak siapkan meja belajar untuk aku.

"Hurmmm. Makin pelik kakak ni. Dulu tak macam ni pun. Nak sediakan barang keperluan aku punyalah susah. Walaupun dia mampu. Sekarang siap sediakan meja belajar lagi. Nampaknya kakak seperti merancang sesuatu,"

Diam-diam aku terfikir juga tentang perubahan kakak yang agak ketara.

Aku yang baru sahaja selesai solat zuhur, sengaja bermalas-malasan di atas katil. Telefon bimbit di sisi aku capai dan aku buka. Aplikasi Fac aku buka. Namun tiada satu apa pun yang menarik minat aku.

"Nak tidur... Tak boleh.. sekejap lagi sudah masuk waktu Asar. Nak buat apa ea," aku berfikir.

Akhirnya aku memutuskan untuk turun ke bawah menonton televisyen. Namun baru sahaja sampai ke anak tangga pertama aku mematikan langkah. Aku seperti terdengar sesuatu di bawah. Kakak sedang berbual di telefon.

"Ya. Aku tahu apa aku buat,"- kakak.

Arwah ayah memang tidak benarkan aku atau mana-mana anaknya memasang telinga mendengar perbualan orang terutama orang tua-tua. Namun kali ini tapak kaki aku bagai di gam. Nak tak nak aku terpaksa memasang telinga. Tangan dan kaki aku sudah seram sejuk. Ya lah. Pertama kali aku melanggar arahan arwah ayah.

"Tak apa. Aku tahu dia takkan tolak. Ye lah. Aku yakin. Kau jangan risau,"

"Ini semua salah kau. Kalau kau tak kenalkan aku dengan jantan tak guna tu, aku takkan jadi camni?"

Aku semakin cuak. Apa yang sedang berlaku. Kakak cakap dengan siapa? Siapa 'dia' yang dimaksudkan kakak. Aku mulai gelisah dan aku semakin tidak kuat mendengar perbualan seterusnya. Tubuh badan aku lemah dan menggigil. Dengan perlahan aku memusingkan badanku dan melangkah terus ke bilik. Pintu bilik aku tutup rapat secara perlahan-lahan tanpa ada satu bunyi pun keluar.

Peluh jantan satu persatu terbit di dahi aku. Kenapa aku berdebar semacam ni? Padahal tadi bukan dengar benda pelik pun. Duhai hati. Boleh tak kau tenang. Aku memegang dada sebelah kiri aku. Detak jantung kuat sehingga aku boleh rasa dengan telapak tangan aku. Ya Allah, apa yang cuba engkau tunjukkan kepada aku? Ya Allah kau jauhkan lah aku dari sebarang musibah atau apa sahaja perkara yang boleh membinasakan aku. Aaminn.

*****

Setelah selesai solat Isyak, aku turun ke bawah. Aku rasakan rumah kakak sedikit sunyi.

"Kakak keluar ke?"

Lampu di dalam rumah terang benderang. Namun tubuh kakak tidak juga aku lihat. Aku mengintai di balik langsir sliding yang sudah tertutup. Melihat kalau-kalau kereta kakak tiada. Jika tiada maknanya kakak sudah keluar. Benar tekaan aku. Kereta kakak tiada di parking. Maknanya kakak sudah pun keluar. Ke mana? Aku pun tidak tahu. Hurmmm. Nasib kau lah Damia. Duduk rumah besar sorang-sorang.

Tit!

Bunyi dari telefon bimbit aku. Aku buka. Satu mesej dari kakak.

Kakak : Salam. Adik. Kakak dah keluar tau. Kakak tak balik malam ni. Sekejap lagi akan ada rider hantar makanan. Kakak dah bayar. Adik makan je okey. Kunci rumah ada kakak letak sebelah televisyen. Jaga diri. Kakak sayang adik.

Aku mengerutkan dahi aku. Yang ni lagi pelik. Kakak tak pernah bagi salam setiap kali mesej aku apatah lagi kalau telefon. Sekarang siap cakap sayang aku lagi. Ishhh!! Apa hantu yang dah rasuk kakak ni. Aku semakin pening.

Beberapa minit kemudian, bunyi hon di depan menandakan makanan yang kakak pesan sudah tiba. Aku yang sedang menonton TV cepat-cepat berlari anak membuka pintu.

"Okey. Terima kasih," setelah plastik yang berisi makanan bungkus tersebut bertukar tangan.

Aku kemudian terus masuk ke dalam rumah. Pintu aku kunci siap-siap. Kemudian langsir aku tarik menutup sliding betul-betul. Setelah semuanya aku pastikan dalam keadaan baik, aku terus sahaja melangkah ke meja makan. Melihat apa sahaja isi makanan yang kakak pesan.

"Wah! Nasi Goreng U.S.A daging. Favourites aku ni,"

Aku senyum sampai ke telinga melihat makanan yang ada di hadapan aku. Perut yang sudah kelaparan minta di isi. Aku melangkah ke dapur mengambil sudu, pinggan dan juga mangkuk. Selain Nasi Goreng U.S.A kakak juga ada oderkan aku sup tulang. Juga favourite aku beserta air tembikai laici. Semuanya memang makanan kegemaran aku. Aku malas berfikir negatif tentang kakak. Perut aku lapar. Anak cacing sudah menangis di dalam perut aku.

Selesai makan, aku mengemas sentula meja makan dan membasuh semua perlatan yang telah aku gunakan. Kemudian aku duduk bersantai di depan televisyen memberi ruang untuk segala isi di dalam perut aku hadam sebelum aku beradu membuat tahi mata.

*****

Waktu itu aku sedang membuat ulangkaji Matematik 3. Ya! Kos aku ada juga subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Ini subjek teras yang aku wajib ambil selain subjek-subjek Multimedia.

Walaupun subjek Matematik ini mudah bagi aku, aku tetap juga membuat ulangkaji.

Aku terdengar pintu bilik aku di ketuk dari luar.

"Ya kak! Masuk je lah. Pintu tu tak kunci pun,"

Aku hanya menjerit dari meja belajar. Malas untuk bangun semata-mata untuk bukakan pintu untuk kakak. Pandai-pandai lah. Ni kan rumah dia. Cop! Rumah sewa dia. Aku hanya menoleh sebentar melihat kakak masuk ke dalam bilik aku. Aku lihat dia seperti serba salah.

Aku menghentikan segala perbuatanku yang sedang membuat kira-kira. Aku memusingkan seluruh badan aku menghadap dia yang sudah pun duduk di hujung katil. Kening aku, aku jengketkan menandakan aku bertanya mahu apa?

"Dik sini kejap,"

Kakak memanggil aku supaya duduk di sisinya. Aku dengan malas, bangun dan duduk di sisi kakak di hujung katil.

"Ermmm. Nak apa?"

"Nah,"

Saru kotak di berikan kepada aku. Aku ingat ada lagi hadiah untuk aku. Aku senyum. Aku buka kotak dan senyuman aku tiba-tiba mati melihat isi di dalam kotak tersebut. Malah kotak tersebut juga aku campak.

Kakak yang melihat perbuatan aku mulai berubah air mukanya. Namun bukan perubahan untuk memarahi aku tetapi lebih kepada sedih. Tidak tahulah sama ada di buat-buat atau apa. Aku ketika itu tidak boleh berfikir. Fikiran aku kosong. Kakak mengambil semula kotak yang aku buang. Malah isinya juga sudah terpelanting keluar kakak kutip dan memasukkan kembali di dalam kotak.

"Apa maksud tu kak,"

Aku menyoal kemudian.

"Kakak minta maaf dik!"

"Tak... Adik tak faham. Cuba kakak jelaskan,"

Seluruh angggota badan aku sudah mengigil. Aku bukan tidak faham maksud tanda dua itu. Namun aku mahukan penjelasan. Ya! Kakak menunjukkan aku test kid ujian UPTnya kepada aku. Seperti dalam drama televisyen, seorang isteri menunjukkan ujian UPTnya. Dan keputusannya adalah positif dengan dua garisan merah yang jelas kelihatan. Itu jika ditunjukkan pada suami. Tetapi sekarang di tunjukkan kepada aku. Apa reaksi yang perlu aku berikan? Gembira? Kerana aku bakal jadi mak saudara? Dan ibu bakal jadi nenek?

Tidak!!! Itu semestinya tidak sama sekali kerana kakak belum lagi bernikah. Manakan boleh aku bergembira dengan apa yang aku lihat sekarang. Patutlah tubuh itu berisi dan kakak memakai pakaian yang besar-besar malah lebih besar dari tubuhnya semata-mata ingin menutup perut yang kian membulat. Astaghfirullah al a'zim. Aku meraup seluruh mukaku dengan tapak tangan.

"Apa dah jadi kak!!! Kenapa boleh jadi macam ni?"

"Kakak tak sedar! Kakak kena perangkap," luahnya.

Air mata makin laju keluar.

"Kalau ibu tau macam mana?"

Kakak pantas memandang aku. Dia merenung aku dengan tajam.

"Kalau ibu tau, ni semua dari mulut celupar kau!"

Tiba-tiba nadanya keras.

Senyap... Mungkin tersedar kekasarannya.

"Maafkan kakak dik!"

Kakak menggenggam seluruh jari-jemari aku.

"Jangan bagi tahu ibu. Kakak tak nak ibu sakit..."

Kakak menangis. Aku pula? Fikiran aku kosong. Jika di depan aku ini adalah adik aku, sudah lama tubuh itu aku heret pergi ke rumah perlindungan. Malah mungkin juga tubuh itu aku pukul sekuat tenaga aku. Namun di depan mata aku ini adalah kakak aku. Kakak yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik untuk aku. Namun sebaliknya pula terjadi.

Aku menarik nafas dan kemudian melepaskannya keras. Sesak dada aku.

"Patutlah kakak dah lama tak balik rumah ibu. Sebab ni ke?"

Aku sebolehnya mahu mengawal emosi aku. Dengan kakak jika aku tidak mengalah mahu perang dunia.

Kakak menunduk memandang lantai. Perlahan aku nampak dia menganggukkan kepalanya.

"Aduh!! Kak! Kenapa boleh jadi macam ni.. dah berapa bulan? Kenapa kakak tak gugurkan je,"

Astaghfirullah al a'zim. Kenapa soalan itu yang keluar dari mulut aku?

"Sudah 7 bulan. Dah tak boleh gugurkan sebab kakak dapat tahu pun masa usia kandungan masuk empat bulan. Risiko pada kakak dan baby kalau kakak gugurkan. Mungkin salah seorang akan mati atau keduanya sekali,"

Kakak menjelaskan kepada aku sehingga aku faham. Tubuh itu aku pandang. Jelas sudah perutnya yang semakin membulat.

"Siapa lelaki itu? Kenapa kakak tak suruh dia bertanggujawab,"

Serta merta kakak menangis tersedu-sedan mendengar soalan aku. Akhirnya tubuh itu aku peluk. Kakak juga membalas pelukan aku. Aku pelik. Kenapa aku tidak menangis. Satu air mata pun tidak sudi keluar dari kelopak mataku.

terjawab sudah. tapi kenapa damia tak nangis ea? pelik tak?? ha.. untuk korang yang selalu support karya MH. selalu respon. terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience