Episod 27

Romance Completed 26493

Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Majlis pertunangan aku dan juga abang Danish. Walaupun cuma majlis yang sederhana namun nampak meriah.

Majlis diadakan di kediaman ibu dan ayah Dahlia seperti yang sudah dirancang. Aku tidak tahu sama ada keluarga aku ada bersama atau tidak. Aku ada juga cuba hubungi abang, kakak dan juga ibu. Namun panggilan tidak pernah bersambung. Adakah mereka sudah membuang aku jauh? Tetapi benarkah? Takkan ibu tergamak buat aku begitu. Aku tahu. Mungkin ibu terpaksa. Ibu di bawah tanggungjawab kakak dan abang. Tentu ibu mahu menjaga perasaan mereka. Hmmm.. Tidak boleh buruk sangka. Jika betul itu sudah di kira mengumpat. Jika ianya salah. Dapat pula dosa memfitnah. Astaghfirullah al a'zim.

Ramai sanak-saudara ibu dan ayah Dahlia di jemput hadir. Pada hari itu aku ditatarias dengan cantik oleh Cahaya selaku wedding planner merangkap Mak Andam. Hasil tangannya memang tidak mengecewakan. Rupa paras aku sedikit berubah walaupun dengan hanya solekan nipis sahaja. Kata Cahaya, untuk majlis pertunangan tidak perlu solekan yang berat dan tebal. Cukup solekan nipis dan natural. Lagipun wajah aku yang bersih tidak perlu di touch-up lebih. Miss Asian lah katakan! Itu sahaja usikan yang aku terima berkali-kali. Ini kalau lebih 40 kali boleh jadi makbul doanya. Betulkan? Cakap itukan suatu doa juga. Aaaminnn. Aku ketawa sendiri. Sempat pula kau mengaminkan ye? Tak sedar diri Damia!

Aku duduk di atas mini pelamin yang sudah pun di bina di dalam rumah ibu dan ayah Dahlia. Mini pelamin terletak di bahagian ruang tamu yang cukup luas. Wajah aku, aku maniskan dengan senyuman. Dahlia seperti biasa sentiasa menemani aku. Dia duduk tidak jauh dari mini pelamin di mana aku sedang duduk sekarang. Sebagai bakal bridesmaid, ada satu kerusi khas yanh disediakan untuknya. Wow kan!

Aku membuang pandang ke seluruh ruang, melihat jika ada raut wajah yang aku kenal. Namun hampa. Tidakkah mereka di jemput sama? Kenapa mereka tidak sudi hadirk ke? Ibu Dahlia ada memberitahu aku. Keluarga aku telah pun di beritahu dua minggu sebelum majlis ini diadakan. Aku menundukkan wajahku. Kelopak mataku tiba-tiba digenanangi air.

Tisu yang sentiasa berada digenggaman aku, aku dap-dapkan di bahagian bawah mata perlahan. Kemudian nafas aku tarik perlahan memenuhi segenap dadaku dan aku lepaskan.

Tiba majlis menyarungkan cincin pula oleh ibu Dahlia bakal ibu mertua aku. Aku begitu terpesona dengan keayuan ibu Dahlia yang mengenakan baju kurung moden berwarna soft pink. Kena pula dengan kulitnya yang putih bersih. Baju Dahlia juga sedondon dengan ibunya. Dua beranak itu aku lihat begitu anggun mengalahkan aku yang diraikan.

Cincin pertunangan ini, abang Danish sendiri yang pilih selepas kami tempah baju dan pelamin di butik Cahaya tempoh hari. Aku malas membantah. Jika ada ayat yang keluar dari mulut aku, pasti abang Danish akan balas dengan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan aku. Lebih baik aku senyap dan diam membisu.

Sebaik sahaja jari manis aku elok tersarung cincin belah rotan itu, aku terus menyalami kedua tangan ibu Dahlia dan aku mengucup lembut. Photografer yang sudah siap sedia untuk memulakan tugas mereka. Beberapa keping gambar aku dan ibu Dahlia di ambil. Aku seperti biasa, mempamerkan wajah yang sehabis manis walaupun di dalam dadaku sesak dengan awan mendung.

Ibu Dahlia memeluk aku kemudian. Dia mengusap-ngusap lembut belakang badan aku, sepertinya faham perasaan aku ketika itu.

"Keluarga Damia ada kat luar. Jangan risau. Mereka ada datang majlis ni. Mummy nak Damia senyum je ye. Mummy tak nak tengok Damia sedih lagi. Ini majlis Damia. Damia kena happy,"

Dahlia juga turut merapati aku. Tubuh aku dipeluk erat. Dan sekali lagi beberapa keping gambar kami di ambil. Aku tersenyum bahagia. Ada juga yang prihatin dengan keadaan aku.

Aku tersenyum memandang lensa kamera. Aku menarik nafas lega. Sambil-sambil itu mata aku liar memerhati suasana sekeliling dan tiba-tiba mata aku terhenti pada susuk tubuh yang tegak berdiri di balik pintu utama.

Itu ibu! Ya ibu. Aku yakin. Tetapi.. kenapa ibu tak nak masuk lihat aku? Aku nampak ibu seperti mencuri-curi pandang aku dan mata kami bersatu. Lama. Ada kesuraman di tubir mata itu. Aku tidak tahu. Aku tidak dapat membaca riak mata itu.

Photografer menghampiri ibu Dahlia dan berbisik. Aku dapat melihat ibu Dahlia seakan mengangguk sedikit wajahnya. Photografer kemudiannya menjarakkan sedikit kedudukan mereka. Kemudian dia berjalan ke arah pintu masuk.

"Family sebelah lelaki ada ke?"

Aku kaku. Pasti photografer ingin mengabadikan gambar untuk pihak disebelah aku pula. Adakah mereka sudi bergambar dengan aku??

Ada riak senyuman di wajah lelaki itu. Apakah makna senyuman itu?

Dan aku lihat susuk tubuh yang aku kenali melangkah memasuki rumah dan menghampiri aku yang sedang duduk di atas mini pelamin.

Dahlia dan ibunya memberi ruang pula. Mereka turun dan berganti dengan susuk-susuk tubuh yang ada dihadapanku. Walaupun tiada riak senyuman yang dipamerkan sekurangnya ada kenangan yang sudi mereka abadikan. Aku memaniskan muka.

Klik! Klik!

Beberapa keping gambar berjaya di ambil. Setelah siap pantas sahaja mereka berlalu meninggalkan aku. Tanpa sentuhan. Tanpa pamitan. Dan aku hanya memandang kaku.

*****

Malam itu..

Aku rasakan suasana begitu sunyi. Sememangnya setiap malam waktu semestinya sunyi. Namun malam itu aku rasakan sedikit berlainan. Angin bertiup seperti sepoi-sepoi bahasa. Sepertinya aku sedang beristirehat di tepian pantai. Angin lembut menampar-nampar pipi aku menyebabkan aku gagahkan ke dua kelopak mata untu terbuka luas.

Bantal yang menjadi alas kepala aku juga terasa lain. Sangat selesa.

Perlahan kelopak mata aku buka perlahan-lahan. Aku lihat suasana sekeliling. Dunia yang luas. Langit biru terbentang. Desiran ombak pantai menampar pendengaran aku. Aku sedang berbaring secara mengiring dan perlahan aku pusingkan badan aku. Aku di mana? Bukankah tadi aku di bilik? Mana baby Ikhwan? Aku melihat sekeliling namun tiada. Tubuh badan aku pula sepertinya tiada daya dan kuasa untuk duduk tegak. Hanya baring sahaja yang aku mampu. Dan mata aku terhenti pada wajah itu.

Merenung tepat ke arah aku. Aku sedang berbaring di ribaannya. Manakala tangannya perlahan mengusap lembut rambut aku. Mata aku, aku kerlipkan berkali-kali. Seperti tidak percaya. Wajah yang aku rindui ada dihadapan aku.

"Ayah....."

Suara aku seperti bergema.

"Ayah..."

Aku sebut lagi nama itu. Perlahan bibir itu mengukir senyuman yang membuat seluruh penat lelah aku terbang hilang entah ke mana.

Tangan aku yang terasa berat aku gagahkan untuk menyentuh pipinya namun hampa. Seperti seluruh kudratku hilang.

Bibir ayah tidak lekang dengan senyuman. Mata redupnya aku renung. Tepat dan dalam.

Aku mendengar suara itu berbisik.

"Ssshhh.... Adik tidurlah. Ayah akan jaga adik,"

Mata aku, aku kedipkan. Betulkah apa yang aku nampak. Apa yang aku lihat. Sekali lagi aku cuba mengangkat tangan aku yang terasa berat seperti di himpap sesuatu namun sekali lagi aku hampa. Seluruh air mata aku keluar. Mengalir laju.

"Ssshhhh... Jangan menangis...,"

Lama aku tidak merasa di pujuk begitu. Aku rindu. Benar-benar rindu.

"Adik tak bermimpikan? Ayah betul ada depan adik?"

Aku lihat ayah hanya menggelengkan kepala dan senyuman terus terukir indah.

"Ayah tahu apa yang berlaku. Dan ayah tahu adik kuat,"

Tangan aku ayah capai. Di genggam tangan aku erat sepertinya mahu mengalirkan kekuatan ke seluruh pelosok tubuh aku.

Aku pula hanya mampu menangis. Ingin ku peluk tubuh itu, namun sepertinya daya dan tenaga aku hilang.

"Ayah sentiasa akan beri kekuatan kepada adik. Ayah sentiasa ada bersama adik. Adik jangan rasakan yang adik keseorangan. Tidak! Adik ada ayah. Seperti dulu. Dan sekarang ini tetap sama,"

Air mata yang mengalir jatuh ayah kesat. Hangat sentuhan itu. Sentuhan yang sudah lama aku rindukan.

Bertambah syahdu perasaan aku ketika itu. Perlahan aku pejamkan mata. Menarik segala kekuatan agar kembali. Dan sebaik sahaja mata aku terbuka, aku lihat ayah sudah tiada.

"Ayah....,"

Sepi.

"Ayah...,"

Tidak juga bersahut.

"Ayah....,"

Aku pusingkan badan aku. Dan kemudian aku tersedar.

Peluh membasahi tubuh aku. Dahi berkeringat. Rambut aku juga terasa lembab. Aku bemimpi ke? Aku sentuh pipi, kemudian kepala. Aku lihat sekeliling. Dan mata aku terhenti pada baby cot berhampiran katil aku. Astaghfirullah al a'zim. Rasa macam realiti. Dan aku menangis lagi.

Ayah hadir dalam mimpi aku malam itu. Memberikan aku satu kekuatan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu ungkapkan.

Aku bangkit. Selimut yang menutupi seluruh tubuh aku. Aku alihkan ketepi. Baby cot aku hampiri. Melihat tubuh kecil itu sedang tidur nyenyak membuai seluruh perasaan aku. Tiada niat untuk mengganggu lenanya namun tubuh kecil itu aku angkat dan aku baringkan di atas katil. Terasa ingin tidur sambil memeluknya.

"Malam ni. Baby Ikh tidur dengan mama ye sayang,"

Aku mencium pipi gebunya dan dia bergerak sedikit. Mungkin terganggu dengan kucupan di pipinya. Aku senyum. Aku kembali berbaring. Dan mengiring mengahadap tubuh kecil itu. Tidak puas rasa mengucup pipinya. Legi sekali pipi gebu itu aku kucup. Bau harum membuat aku begitu ketagih untuk terus mengucupnya. Ahhh! Wanginya baby Ikh ni kan..

Pipinya aku sentuh. Terasa lembut sehalus kulit bayi. Tentulah! Baby Ikhwankan masih bayi. Dan mata aku terhenti pada sesuatu yang elok tersarung di jari manis. Seperti bermimpi. Sudah seminggu semuanya berlaku. Aku sudah pun mejadi tunang abang Danish secara rasmi.

Umur aku sekarang 21 tahun. Sebaya Dahlia. Abang Danish pula 29 tahun. Jarak kami lapan tahun.

Seperi yang dimaklumkan, aku dan abang Danish akan disatukan setelah setahun ikatan pertunangan ini. Orang tua-tua cakap ikat hidup. Maknanya boleh jadi tarikh pernikahan dipercepatkan atau setelah genap setahun ataupun akan di lanjutkan tempoh sehingga satu tarikh yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Perasaan aku ketika ini? Sudah tentulah aku gembira. Aku dari sekolah rendah memang sudah jatuh hati pandang pertama terhadap abang Danish. Dan aku juga pernah berangan-angan untuk menjadi kekasihnya tetapi sekarang bukan setakat kekasih. Malah lebih dari itu. Tunangan kemudian isteri. Ahhh! Tak pernah terfikir. Semua ini gara-gara baby Ikhwan. Terima kasih baby Ikhwan. Walaupun pada mulanya kehadiran baby Ikhwan dalam hidup aku, aku rasakan seperti ujian terbesar namun satu persatu Allah permudahkan. Malah baby Ikhwan sekarang juga menjadi anak angkat kepada ibu Dahlia.

Tidak terasa berat tanggungjawab ini apabila ada yang prihatin akan nasib kami.

Aku menarik nafas perlahan. Memikirkan bagaimana untuk aku meneruskan hubungan aku dengan abang Danish. Lelaki itu sepertinya menerima aku dengan ikhlas. Tetapi kadang-kala nampak seperti terpaksa pula. Aku pun kurang pasti akan hal itu. Macam mana nak tahu perasaan dia yang sebenar? Aku pun tidak pernah tahu sama ada abang Danish ada kekasih ataupun tidak. Tidak pernah aku bertanya. Macam mana nak tanya. Setiap kali berjumpa, ada sahaja yang kami gaduhkan. Ada sahaja perkataan yang keluar dari bibir lelaki itu membuat hati aku sakit. Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience