Episod 30

Romance Completed 26493

"Sweet je aku tengok kau dengan abang Danish,"

Waktu itu aku dan Dahlia sudah pun berada di dalam bilik tidurnya.

"Hmm.. biasa je,"

Aku tak tahu mana datangnya 'sweet'. Bagi aku itu semua kebetulan sahaja.

"Kau kenapa?"

Dia merenung aku. Aku pula yang pelik. Waktu itu aku duduk bersandar di kepala katil manakala Dahlia pula sedang baring meniarap beralaskan bantal kecil di bahagian dada sambil menatap laptopnya.

Dia menoleh ke arah aku.

"Kenapa apa?"

Pertanyaan di jawab dengan pertanyaan.

"Tak lah. Aku tengok kau pelik je. Ada apa-apa yang kau nak share,"

Haaa... Ini memang satu kelebihan Dahlia. Eh! Tak. Banyak lagi sebenarnya kelebihan dia. Tapi yang ni salah satu. Jelas sangat ke dekat raut wajah aku, yang aku sedang dalam masalah atau lebih tepat dilema. Sampaikan Dahlia boleh baca.
Ke Dahlia ni ada pakai jampi serapah. Itu sebab dia boleh baca naluri hati aku.

Sepi.

Aku mencapai telefon bimbit aku. Tiada niat untuk membalas soalan Dahlia. Telefon bimbit aku buka dan aku menatap skrin dengan pandangan kosong.

Mungkin Dahlia memberi ruang untuk aku berfikir. Dia tidak memaksa aku. Dia kembali menatap skrin laptopnya semula. Entah apa yang di lihat dari tadi, aku sendiri kurang pasti.

Suasana hening seketika. Yang kedengaran hanya suara angin aircond dan sesekali bunyi tik..tik.. papan kekunci laptop yang di tekan Dahlia.

Aku pula tidak tahan dengan perasaan yang sedang menghimpit. Terasa sesak dada. Kepala pula menjadi berat.

"Errmmmm.. esok ape plan kau,"

Aku sekadar berbasi-basi memecah kesunyian yang menghimpit.

"Tak ada. Belum rancang lagi. Kenapa? Kau ada apa-apa plan?"

Matanya masih tertumpu di skrin laptop. Itu lebih menyenangkan aku dari dia menatap wajah aku ketika ini.

"Aku pun tak ada apa-apa plan. Tak tau nak buat apa,"

Sepi semula.

Selang beberapa minit...

"Kau tidur lambat lagi ke?"

Aku sengaja ingin memancingnya untuk berbual. Aku lihat Dahlia ketika itu sedang ralit dengan laptopnya.

"Kenapa? Kau dah mengantuk?"

Dia memandang tepat ke arah anak mata aku. Aku kembali menatap telefon bimbit aku. Sungguh. Berat pula rasa hati.

Dari hujung anak mata aku, aku dapat lihat Dahlia sedang mengemas laptopnya. Dan dia bangkit dan duduk di sisi aku. Dia menyentuh bahu aku.

"Kau ada masalah ke? Nak share dengan aku?"

Dia sudah memperbetulkan kedudukan punggungnya agar lebih selesa. Melihat tindakannya itu, aku menarik nafas dalam dan aku lepaskan perlahan.

Telefon bimbit aku, aku letak di tepi meja katil.

"Aku sebenarnya ada sesuatu nak beritahu kau. Tapi aku harap kau tak judge aku,"

Seperti biasa dia mengangkat tangan kanannya tinggi separas bahu seperti orang sedang membaca ikrar.

"Ya. Aku janji,"

Aku mengambil bear yang berada berdekatan kepala katil dan aku peluk rapat ke dada. Aku duduk bersila ketika itu. Dan comfirter aku perbetulkan kedudukan atas ribaan aku untuk menghalang aircond menyentuh jari jemari kaki aku yang tidak ditutupi apa-apa.

Rambut aku yang panjang juga aku perbetulkan kedudukan. Betul-betul ambil mood.

"Okey sedia,"

Aku tegakkan tubuh aku bersandar di kepala katil. Dahlia seperti tadi hanya jadi pemerhati.

"Aku rasa nak putuskan pertunangan aku dengan abang Danish,"

"What??! Tapi kenapa?"

Benar seperti yang aku jangka. Dia terperanjat beruk.

"Entahlah Dahlia. Aku rasa, hubungan ni tak kan kemana-mana,"

"Maksud kau?"

"Biar aku terus terang. Mungkin kau tengok aku dengan abang Danish okey. Hubungan ni tak ada apa-apa masalah. Tapi aku yang hadap Dahlia dan aku dapat rasa abang Danish terpaksa terima aku. Mungkin dia terima aku sebab terpaksa. Ye lah. Sudah tersasulkan malam tu buat perjanjian dengan keluarga aku. Aku dapat rasakan dia tertekan,"

"Aa..,"

Dahlia sudah mahu mengeluarkan hujahnya.

"Jap. Aku belum habis lagi,"

Terus aku memotong ayatnya. Tangan aku menunjukkan isyarat stop.

"Aku nampak Dahlia. Cara abang Danish layan aku dah lain. Tak sama macam dulu,"

"Jap!"

Aku masih lagi menunjukkan isyarat stop ke arah Dahlia setelah aku lihat dirinya seakan ingin mengucapkan sesuatu.

"Ye aku tahu. Kau akan cakap mestilah lain sebab dulu tak ada apa-apa. Sekarang dah jadi tunang. Mestilah layanan tu lain sikit. Betul tak? Tu yang kau nak cakap?"

Aku nampak Dahlia senyap. Angguk tidak. Geleng pun tidak.

"Yang paling penting Dahlia. Aku nampak dia tak boleh terima baby Ikh. Macam mana kitorang nak hidup bersama,"

"Lagi pun masa tu maksud aku lepas nikah, kalau abang Danish tahu aku masih ...., Macam mana? Mesti... Hmmm.. aku pun tak mampu nak bayangkan,"

Aku senyap.

"Dah?"

Dia pula menyoal aku. Dan aku hanya mengangguk lemah. Segala apa yang bermain di fikiran aku, habis aku luahkan.

"Biar aku pula cakap ea. Kau dengar,"

Dahlia pula memperbetulkan kedudukannya. Dia menarik nafas panjang kemudian dia lepaskan perlahan.

"Sebenarnya aku dah tahu semua. Aku tahu macam mana abang Danish layan kau,"

Aku terkejut. Tapi bagaimana? Aku memandang tepat ke wajah Dahlia dengan dahi berkerut. Benar-benar seribu satu persoalan bermain di minda aku ketika ini.

"Sorry. Aku bukan nak pasang telinga. Tapi aku ter..,"

Dia mengenyitkan matanya mungkin tahu dia melakukan salah.

Aku sudah merembeskan air mata. Dengan Dahlia, memang mudah sahaja air jernih itu keluar.

"Aku memang susah nak sorokkan apa-apa dari kau kan?"

Aku ketawa dalam tangisan dan Dahlia memeluk aku dari sisi.

"Aku tak halang kalau kau nak putuskan hubungan kau dengan abang Danish sebab aku rasa, kau lebih tahu. Tapi aku juga tak ada halangan kalau kau nak teruskan hubungan ni. Semua terserah pada kau,"

"Tapi...,"

Dia memandang aku lama. Mencari anak mata aku.

"Kenapa kau tak nak berterus-terang dengan abang Danish, dengan family aku. Cerita hal yang sebenar. Aku rasa time tu semua akan berubah,"

"Tak semudah itu Dahlia jika ianya melibatkan maruah keluarga aku,"

"Lagi pun. Aku nak abang Danish terima aku seikhlasnya tanpa persoalkan kisah hitam aku. Terima aku seadanya,"

Aku dengar Dahlia mengeluh berat. Seperti dia pula yang memikul beban ini.

Ting!

Telefon Dahlia berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

"Abang Danish mesej,"

Aku buat muka biasa namun dalam hati sudah berdetak hebat.

"Dia nak nombor kau,"

Dahlia memandang aku pelik. Aku pula mengangkat kening tidak faham.

"Seriuslah? Jangan cakap kau pun tak ada nombor abang Danish,"

Aku hanya menjungkit bahu. Ingat apalah tadi. Setakat nombor telefon. Tiada apa yang penting untuk aku mengambil tahu nombor telefonnya. Dengan layanan dia yang dingin beku, lagi aku tidak ingin.

"So? Nak bagi ke tak?"

Aku jungkit bahu.

"Suka hatilah,"

"Okey,"

Ting.

Lagi sekali telefonnya berbunyi.

"Esok mak long nak datang satu family,"

"Mak Long?"

"Oh! Lupa. Kakak sulung mummy nak datang esok. Satu family,"

Dahlia menunjukkan mesej dari mummynya.

"Kau belum kenal. Sebab masa kenduri hari tu, mak long tak dapat datang. Ada hal katanya,"

Dia menyimpan semula telefon bimbitnya dan dia memandang aku.

"Tentang keputusan kau tu. Aku rasa kau beri peluang dulu dekat abang Danish. Mana tau, esok lusa dia berubah. Makin sayang dekat kau,"

Aku hanya menyepikan diri. Huh! Nampaknya aku harus menimbang semula keputusan aku.

*****

Keesokan harinya...

Awal pagi itu aku menuruni tangga. Aku melihat sekeliling. Sunyi. Sepertinya semua orang telah keluar.

Selepas bersarapan tadi, aku terus masuk semula ke bilik. Seperti tiada apa-apa yang perlu aku lakukan pada pagi itu. Kebetulan daddy dan mummy Dahlia ingin keluar ke pasar katanya. Membeli sedikit barang keperluan untuk menjamu tetamu yang bakal tiba tidak lama lagi.

Aku memandang sekeliling. Waktu ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Dahlia, selepas sahaja bersarapan dia terus sambung tidur semula kerana malam tadi agak lewat juga kami tidur. Sudah lama tidak berjumpa, maka pelbagai cerita yang keluar. Malam tadi juga baru aku tahu, Dahlia sedang menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang. Namanya dirahsiakan. Aku tersenyum sendiri apabila teringat keletah Dahlia yang malu-malu kucing bercerita tentang rahsianya itu. Nampak sangat yang sahabatnya itu sedang asyik dilamun cinta.

"Damia! Kenapa tercegat dekat situ?"

Tegur satu suara. Mungkin ini agaknya mak long Dahlia. Aku tersenyum memandang ke arah tubuh itu. Anggun, bergaya dan berkulit putih bersih sama seperti mummy Dahlia. Cuma wanita di hadapannya free hair. Warna rambutnya yang berwarna mocha sangat cantik pada pandangan mata aku. Kena pula dengan kulitnya yang cerah. Seperti minah salleh pula.

Tanganku hulur dan dia menyambut sambil tersenyum.

"Cantik tuan badan ni. Patutlah Danish tak pandang yang lain ye?"

Aku tidak faham namun aku tetap memaniskan muka.

"Dahlia mana?"

Mummy Dahlia baru sahaja keluar dari dapur bersuara pula. Di tangannya ada dulang yang sudah berisi teko dan cawan.

"Tidur lagi,"

Jawabku. Aku melangkah ke dapur. Melihat jika ada apa-apa lagi yang perlu di bawa ke hadapan. Seperti yang aku duga, terdapat kek dan beberapa kuih muih yang sudah elok terhidang di letakkan di dalam dulang. Tanpa berlengah dulang itu aku angkat dan bawa ke hadapan.

"Untung kamu bakal dapat menantu cantik, lemah lembut, sopan pula tu. Ringan tulang lagi. Budak zaman sekarang, susah nak ke dapur. Tolong orang tua angkat hidangan pun kadang-kadang kena bersuruh,"

Aku yang baru mahu meletakkan hidangan di atas meja kopi hanya mampu tersenyum. Aku bukan tidak suka di puji begitu, namun aku takut. Aku terlalu lalai dengan pujian hingga mendongak ke langit. Itu yang aku seboleh-bolehnya ingin elakkan.

Air di dalam cawan aku tuang satu persatu memandangkan cawan-cawan tersebut masih kosong.

"Jemput minum mummy. Mak long," ajakku sambil aku hulurkan satu persatu cawan yang sudah dilapik piring ke arah mereka.

Aku tidak berniat ingin berlama-lama di situ. Dulang yang sudah kosong aku angkat dan bawa ke dapur.

"Baik betul. Tahu je apa nak di buat. Tak perlu bersuruh,"

Walaupun aku sudah agak jauh ke dapur namun aku masih mampu mendengar pujian itu. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Jika ada pahala di setiap pujian ini, aku sedekahkan untuk ibu dan arwah ayahku kerana mereka lebih berhak atas pujian ini. Jika tidak kerana didikan mereka, pasti aku tidak layak dipuji sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience