Hari ini merupakan hari Sabtu. Aku dan family aku biasa akan solat subuh sama-sama. Tetapi hari itu kakak tidak sertai solat subuh kerana dia sedang uzur. Allah Bagi Cuti - ABC.
Aku belum lagi dianugerahkan 'pingat' itu. Ibu cakap setiap orang tak sama. Tak apa, satu hari pasti masa itu akan tiba.
Kakak bangun lewat hari itu. Aku pula sejak dari subuh membantu ibu di rumah. Aku membantu ibu mengemas rumah sementara ibu menyediakan sarapan. Ibu beritahu dia teringin membuat nasi lemak. Aku begitu teruja. Nasi Lemak ibu memang tiada tandingannya.
"Kak! Bangunlah. Ibu suruh bangun. Matahari dah naik ni," aku mengejutkan kakak.
Namun tiada tindak balas. Aku cuba lagi. Kali ini bahunya aku goyangkan. Dia bergerak sedikit. Rambut yang menutupi seluruh wajahnya aku pandang.
"Dah macam hantu Kak Limah," bisik ku. Aku tersengeh sendiri.
Dia masih seperti tadi. Dengkuran halus kedengaran.
"Huh! Tidur mengalahkan orang lelaki," cuma mampu berkata dalam hati.
Jika ayat ni terluah, mahu perang dunia aku dengan kakak. Kakak memang pantang aku tegur atau usik. Dia mudah berangin. Namun jika abang atau sesiapa selain aku, dia okey sahaja. Aku pun tidak tahu kenapa.
"Kak! Bangunlah. Nanti ibu bising," pipinya aku tampar manja.
"Kakak tak bangun lagi?" Terdengar suara garau ayah dari luar.
Pantas sahaja kakak duduk tegak. Aku hampir sahaja menghamburkan tawa. Namun cepat mulutku, aku tekup dengan kedua belah tangan bertindih.
Aku melangkah keluar bilik setelah yakin kakak akan bangun sebentar nanti.
Aku terus sahaj ke dapur. Membantu ibu hidangkan makanan. Kami hanya duduk di atas tikar mengkuang. Hanya itu yang mampu. Tapi aku tidak kisah. Keluarga aku pun tidak pernah mengeluh. Kami bersyukur dengan apa yang ada.
Kami duduk menghadap makanan. Aku duduk di sebelah kanan ibu. Sebelah kiri ibu ada ayah dan juga abang.
"Mana kakak?" Ayah menyoal aku.
"Aaa.." belum sempat aku bersuara kakak sudah duduk di sebelah aku.
"Hmmm ada ni,"
Perhhh! Mulut busuknya menusuk hidung aku. Aku memicit hidung.
"Eh! Kot ya pun. Pergilah cuci muka. Gosok gigi. Anak dara apa ni," ibu mula mengeluarkan ayat berdas-das seperti peluru.
Kakak memasamkan muka namun dia tetap bangkit. Terdengar air di dalam bilik air berkocak.
"Hmmm dah," dia bersuara rapat ke muka aku.
"Kakak! Apa buat adik macam tu,"
"Alahh bu. Gurau je. Pun tak boleh,"
Pinggan yang sudah terisi dengan nasi lemak di hulur dan kakak sambut dengan senyum lebar.
"Waahhh! Nasi lemak. Nyami,"
"Tambah lagi Shah?" Abang hanya menggeleng.
"Abang nak lagi?" Ibu menyoal ayah pula.
"Sikit," sambit menunjukkan isyarat sikit menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.
"Su, nanti awak bekalkan abang nasi lemak ni ye. Nak bawa pergi kerja. Sedap. Takut nanti balik dah habis. Tau lah mereka ni. Semua hantu nasi lemak," ayah berpesan pada ibu.
"Baik abang," wajah ibu sudah kemerahan. Pasti ibu suka dipuji begitu.
Selesai sarapan aku duduk di laman rumah. Di hadapan rumah aku terdapat pokok rambutan dan di bawahnya terdapat bangku yang di buat oleh ayah. Bangku itu di perbuat dari susunan lebihan batu bata di kiri dan kanan. Kemudian papannya ayah ambil papan yang tebal untuk dijadikan tempat duduk. Ketika waktu petang, aku suka santai di sini. Redup dan nyaman.
Di bawah pokok tersebut terdapat banyak daun-daun mati yang sudah gugur. Bersepah sana sini. Aku mengambil penyalu lidi. Niat ingin membersihkan halaman rumah.
Aku nampak ayah keluar dari rumah. Siap-siap untuk pergi kerja. Ayah meletakkan satu plastik di dalam bakul motor. Mungkin itu bekal makanan yang ibu sudah siapkan.
Aku nampak ayah menghampiri aku. Aku berhenti menyapu. Aku pandang tubuh tua itu yang semakin menghampiri.
"Rajin adik. Terima kasih. Ayah nak pergi kerja dah ni. Jagakan ibu untuk ayah ea," ubun-ubun aku ayah sentuh.
Aku mengambil tangan ayah yang berurat, dan aku salam dan aku cium.
"Ayah hati-hati bawa motor ye. Jangan laju-laju. Ingatlah orang tersayang. Tubuh itu aku peluk," kepala aku ayah usap lagi.
"Ye. Baiklah. Ayah ingat pesan anak ayah ni,"
Tidak lama kemudian motor ayah aku pandang sampai tubuh itu hilang dari pandangan mata aku. Aku meneruskan kerja aku yang tertangguh.
"Pandai kau bodek ayah ea. Tunjuk rajin," sinis sahaja kakak menyindir aku. Sejak bila dia ada bangku itu, aku pun tidak pasti.
"Bodek apanya kakak ni," aku meneruskan sahaja tanpa mempedulikannya.
"Ye lah. Pagi tadi kemas rumah. Lepastu tolong ibu. Sekarang kemas laman pula. Tunjuk rajin lah tu,"
"Oh! Kakak tahu adik buat semua tu. Dah tu kenapa tak tolong?" Saja aku melayankannya. Dari aku senyap sahaja, ada juga teman untuk berbual.
"Ah! Tak kuasa aku. Kau dah buat kan? Buat apa aku nak buat," nada kakak seperti marah.
"Dari kakak bebel baik tolong adik kutip sampah-sampah ni, buang kat tempat sampah tu. Nanti boleh bakar,"
Aku sudah mengumpul daun-daun di beberapa tempat. Kerana pokok rambutan itu besar dan daunnya merimbun maka banyaklah daun yang jatuh.
"Aah Kak. Tolong lah dik tu. Dari kau tengok je. Tu aku tengok. Babat kau dah bertambah," suara abang pula kedengaran dari arah pintu rumah.
Dia tersenyum memandang aku. Aku membalas senyuman abang. Abang adalah orang yang sentiasa menjadi penyelamat antara aku dengan kakak, jika kakak tiba-tiba berang dengan aku.
"Kau nak cakap aku dah gemuk?" Kakak mula menyinga.
"Aku tak cakap pun. Tapi kalau kau rasa macam dah gemuk, baik kau tolong adik tu. Dah la tadi ko makan nasi lemak ibu tu berpinggan,"
Aku sudah tertawa dengan ayat-ayat abang.
Kakak bangkit. Dia turut sahaja apa yang abang arahkan. Kalau aku suruh, memang perang dunia lah jawabnya.
Aku tersenyum dan menunjukkan isyarat thumb up dekat abang. Abang masuk ke dalam rumah. Mungkin membantu ibu mengemas bekas-bekas makanan sarapan pagi tadi. Dalam banyak-banyak kerja rumah, aku paling tidak suka membasuh pinggan mangkuk. Dan abang tahu itu. Bagi aku cuci pinggan mangkuk sangat leceh.
Setelah siap semuanya kakak mula membakar sampah. Api yang mula-mula kecil semakin marak apabila mengena daun-daun kering. Aku dan kakak suka main asap. Duduk di dalam asap yang bergumpal itu satu keseronokkan. Nanti habis semua baju bau asap.
*****
Rasa seperti baru semalam sahaja Sabtu. Mengapa hari semakin cepat berlalu. Aku kini berada di dalam kelas. Hari ini merupakan hari Isnin. Huh! Ada lagi empat hari lagi sebelum hari Sabtu. Lamanya.
Aku bukan tidak suka sekolah. Cuma tidak suka menghadap kawan-kawan sekolah aku. Ada sahaja idea nakal mereka nak sakitkan hati aku walaupun aku tidak pernah mengganggu mereka.
Semasa perhimpunan dia perasan seperti ada kelibat murid baru bersama ibubapanya. Dia tidak dapat mengagak umur murid itu. Mungkin satu umur dengannya. Mungkin juga bawah.
"Class. Stand-up! Good morning Teacher Hayati,"
"Good morning Teacher Hayati,"- semua.
Teacher Hayati merupakan guru kelas aku. Dia mengajar subjek Bahasa Inggeris.
"Okey. Semua boleh duduk," arahnya.
Aku perasan di sisi Teacher Hayati ada murid perempuan sedang berdiri. Oh! Tu murid yang aku nampak semasa perhimpunan tadi.
"Okey semua. Saya perkenalkan murid baru. Nama dia Dahlia. Okey Dahlia. Can you introduce yourself,"
"Okey. Thank you teacher. Hai everyone. My name is Nur Dahlia Natasha binti Azmi. You alls can called me Dahlia. I am from Johor Bahru but my family moved here," -Dahlia.
Aku teruja. Kemudian masuk beberapa pengawas sambil membawa meja dan kerusi. Itu tentulah untuk Murid baru itu.
"Okey. Awak letak dekat bahagian belakang,"
Arah Teacher Natasha. Dah sudah tentulah meja itu diletakkan sebaris dengan meja aku.
"Okey. Dahlia. There your place. You can go to your place now,"
Dahlia mengatur langkah menuju ke arah aku, lebih tepat ke arah meja hujung bersebelahan Fatihah Husna. Aku memberi senyuman ke arahnya. Sebelum duduk dia menghulurkan tangannya ke arah Fatihah Husna dan kemudian aku.
Fuh! Lembut dan sejuk sungguh tangan dia. Bau dia juga harum. Aku tersenyum lebar.
Sebelum tibanya waktu rehat adalah PNP bagi subjek Bahasa Melayu. Namun hari ini, Cikgu Jasmin mengambil cuti. Namun tiada pula cikgu ganti. Guru Besar berpesan kepada ketua kelas untuk memantau kelas supaya tidak bising dan murid-murid membuat aktiviti sendiri.
Sungguh bosan! Aku mengeluh. Sisi kiri aku pandang. Dahlia di kerumuni murid-murid perempuan. Malah Suraya, Diana dan Nabila pun turut serta. Ni mesti nak ajak Dahlia tu join kumpulan dioranglah tu. Getusku. Aku akui Dahlia mempunyai perwatakan menarik. Cakap pun lemah lembut serta senang terhibur. Beberapa kali aku mendengar dia tertawa. Comel!
Dahlia boleh aku katakan cantik. Kulit halus, putih mulus. Mesti dia datang dari orang yang ada-ada. Tak macam aku. Aku rasa aku tak layak jadi kawannya.
"Awak tak nak rehat ke?" suara Dahlia mengembalikan aku ke alam realiti.
Berapa lama aku berangan daaa. Aku melihat kelas mulai kosong. Huh! Cepat betul masa berlalu. Sudah tiba waktu rehat rupanya. Kenapa aku tak dengar bunyi loceng? Betul-betul teruk aku berkhayal kali ini.
"Dia ni memang macam ni Dahlia. Kuat berangan. Dah lah pendiam," aku ingat hari ini aku tidak lagi di sakiti. Namun aku salah.
Wajah Diana aku toleh sekilas. Malas aku ambil pusing kata-katanya. Yang aku tahu perut aku lapar dan minta di isi.
"Jom," ajak Diana. Dan tentulah ajakan itu bukan ditujukan untuk aku. Suraya dan Nabila di sisi memberi senyuman terhadap Dahlia.
Eleh. Sajalah tu nak mengipas. Biasa diorang orang yang paling awal keluar kelas. Takut beratur panjang.
"Saya pergi dulu," sapa Dahlia lembut ke arah aku. Aku hanya senyum dan mengagguk perlahan.
Bekal yang sudah aku keluarkan aku pegang. Hari ini ibu bekalkan aku nasi goreng. Cuma kali ini tiada telur. Ibu cakap telur sudah habis. Aku tidak kisah. Janji ada sesuatu untuk aku makan.
Seperti biasa, aku memilih untuk duduk di kawasan yang terpencil. Bekal aku buka.
"Bismillah," dan doa makan aku baca.
Belum sempat aku menyuap makanan ke mulut tiba-tiba aku di sua dengan satu piring kecil yang di dalamnya ada ayam goreng tepung dua ketul. Wajah di hadapan aku pandang dengan penuh persoalan.
Bukan tadi dia join kumpulan Suraya ke? Tetiba duduk dengan aku dah kenapa. Hati aku berdetik.
"Saya belanja," ucapnya. Tanpa bertanya dia duduk bertentangan dengan aku.
"Errr.. tak apa. Saya ada makanan ni," aku menolak. Ibu selalu berpesan jangan terlalu makan budi. Wajah aku, aku tundukkan.
Sungguh aku benar-benar malu!
kejutan untuk korang!! silent reader. pls komen! aipppp biasa dia tu. hehehe gurau je. aci tak kalo MH minta gift... emot muka blushing..
Share this novel