Episod 9

Romance Completed 26493

Kenderaan yang di pandu ayah Dahlia terus sahaja bergerak setelah kami semua berada di dalamnya.

"Sape nama kawan baby ni? Tak nak kenalkan kat abang ke?"

Alamak! Dahlia menepuk dahinya. Lupa.

"Damia. Ni abang saya. Danish Iskandar tapi awak boleh panggil abang Danish,"

Abang Danish senyum pada aku. Aku yang menoleh kebelakang sejurus diperkenalkan turut membalas senyuman abang Danish.

"Oh! Damia. Sedap nama!"

"Umur berapa?"

"Sama umur baby," Dahlia tolong jawabkan untuk aku.

"Abang tanya Damia. Bukan baby,"

Aku hanya senyum.

"Tak apalah baby tolong jawabkan. Damia ni pemalu orangnya,"

Ya! Memang aku malu. Aku malu berhadapan dengan abang Danish yang bagi aku sangat kacak, tinggi lampai, putih, tak gemuk dan tak juga kurus sedang-sedang, yang penting kulit dia bersih. Rambutnya pun kemas. Lagi pula aku baru pertama kali bertemu abang Danish.

"Kalau macam ni, macam mana abang nak dengar suara kawan baby ni. Dari tadi senyap je abang tengok,"

Dahlia memandang aku. Aku pula membalas pandangan Dahlia. Kami berdua tersenyum.

"Aikkk! Senyum pula,"

"Abang Danish tanya je apa-apa. Damia jawab,"

Akhirnya aku bersuara juga. Amat payah aku rasakan untuk mengeluarkan sepotong ayat itu. Seperti ada batu besar tersekat dikerongkong.

"Haa.. dengar pun suara,"

"Damia satu kelas dengan Dahlia?"

"Ya," aku jawab sepatah.

"Dahlia dalam kelas nakal tak,"

Saja nak menyakat Dahlia. Aku dengar abang Danish ketawa.

"Abang!!"

Dahlia buat-buat merajuk.

"Dia dalam kelas ada buat perangai macam ni tak?"

Aku tergelak juga melihat mereka berdua. Hurmmm. Aku dengan abang jarang macam ni. Abang banyak habiskan masa di luar. Sesekali je dia ada di rumah waktu cuti sekolah. Itu pun banyak masa di habiskan di dalam bilik. Entah apa yang di buat di dalam bilik, aku pun tidak tahu.

"Taklah. Dahlia baik. Dia selalu bantu Damia,"

Ya! Dahlia memang baik. Dan kawan yang terbaik yang pernah aku ada.

Abang Danish memang pandai jerat aku supaya berbual dengannya. Macam-macam yang kami bualkan. Kadang-kadang sampai aku ketawa tak hingat dunia. Ya! Aku happy. Happy sangat-sangat.

"Okey kita dah sampai," ayah Dahlia.

Punyalah seronok berbual dengan mereka sampai aku tidak sedar yang kami kini berada di dalam satu bangunan. Kereta juga sudah elok diparking. Aku keluar. Aku melihat keadaan sekeliling. Waaah! Besarnya kawasan parking. Lagakku seperti seorang tarzan yang baru keluar dari hutan. Hahaha!

Semua yang ada di hadapanku semua perkara baru dan pemandangan yang baru. Aku mengikut langkah kedua ibu dan ayah Dahlia. Tangan aku seperti biasa elok sahaja digenggam Dahlia. Dan dibelakang kami abang Danish.

Masuk sahaja di dalam bangunan melalui pintu kaca yang automatik terbuka sendiri aku menjadi kagum. Cantik! Besar! Tidak dapat aku nak gambarkan bagaimana keadaan di dalam bagunan itu. Ramai juga pengunjung memandangkan hari ini hari Sabtu.

Tiba-tiba ibu dan ayah Dahlia berhenti. Kami juga ikut berhenti.

"Damia pernah naik escalator?" -ayah Dahlia.

Aku memandang dengan wajah pelik.

"Tangga bergerak. Macam tu?"

Ayah Dahlia menunjukkan aku escalator yang di maksudkan. Pantas aku menggeleng.

"Ok. Tak apa. Damia jangan takut. Boleh cuba. Langkah slow-slow je. Pilih satu anak tangga. Macam diorang tu buat,"

Aku memandang ke arah manusia-manusia yang tidak henti-henti menaiki escalator dari tadi.

"Tak apa. Saya pegang tangan awak. Kita langkah sama-sama," Dahlia memberi aku semangat.

"Abang jaga belakang, manalah tahu...," Abang Dahlia senyum pada aku.

Kemudian kami terus melangkah. Menaiki escalator bukanlah susah mana. Untuk pertama kali memang aku sedikit berdebar. Bila sudah naik beberapa tingkat, aku semakin yakin. Dan paling excited aku melihat pelbagai kedai ada di dalam bangunan tersebut. Dari kedai kasut, baju, accessories dan macam-macam lagi. Aku betul-betul terpesona. Ini kalau ibu dan ayah ada pasti seronok.

Malang tidak berbau. Sewaktu aku ingin melangkah menaiki escalator, aku tersalah pilih tangga. Aku berada di tengah-tengah antara anak tangga pertama dan kedua. Dan aku tahu, nanti tangga itu akan berubah naik tinggi satu persatu. Aku yang terkejut hampir sahaja jatuh ke belakang. Namun sempat badan aku disokong abang Danish. Genggaman tangan aku dipegang kuat oleh Dahlia yang ternyata juga terkejut dengan situasi tersebut.

Cepat-cepat kaki kanan aku memilih anak tangga yang betul. Dada aku berdebar teruk sehingga ada peluh yang keluar di dahi aku. Benar-benar menakutkan. Jika abang Danish tiada, aku tidak tahu apa nasib aku. Aku tidak peduli pada pandangan orang terhadap aku. Mungkin mereka juga perasan situasi tadi.

Sampai saja ke atas, aku terus melangkah. Pegangan tangan Dahlia aku perkemaskan. Aku mengurut dada. Aku menarik nafas sekata.

Ayah dan ibu Dahlia perasan dengan perubahan aku cepat-cepat mendekati.

"Kenapa?" Ibu Dahlia berwajah cemas.

"Damia hampir jatuh dekat escalator tadi," Dahlia juga cemas.

"Ooo. Okey. Damia okey tak? Biy. Kita rehat dulu. Bagi Damia cool,"

Ibu Dahlia dan Dahlia memimpin aku duduk di kerusi yang disediakan di dalam mall tersebut. Aku menarik nafas kelegaan setelah punggung aku di labuhkan. Wajah pucat aku kembali berdarah. Aliran darah di badan aku mungkin sudah kembali normal.

Tiba-tiba abang Danish datang menghulurkan aku dan Dahlia aiskrim.

"Yes! BR waffles cone," Dahlia menjerit kecil.

"Aku yang tidak faham maksud Dahlia hanya mengambil sahaja huluran abang Danish,"

"Terima kasih," ucapku sambil memandang wajah abang Danish.

"Sama-sama kasih,"

Abang Danish senyum sambil mengenyit mata. Aku menjadi malu. Hanya aku yang sedar perbuatan abang Danish.

"Ermm..sedap," luahku spontan.

Nampak gayanya aku sudah tidak segan di hadapan abang Danish dan keluarganya.

Ternyata airkrim tersebut dapat menghilang perasaan gugup aku sebentar tadi.

"Mummy. Kita dekat mana," ibu Dahlia yang sedari tadi memaut bahu aku, aku toleh.

"Inilah Sunway Pyramid Mall," ibu Dahlia senyum.

Dia kemudian mengambil sesuatu di dalam tas tangannya. Satu tisu dikeluarkan.

Dengan spontan dia mengelap bibir aku yang comot. Malah di pipi aku juga ada kesan aiskrim.

"Amboiii! Comotnya makan," ibu Dahlia bersuara.

Kemudian bibir Dahlia juga di lap. Kami akhirnya tersenyum bahagia di layan begitu.

Tepat pukul 11.30 malam kami pun bertolak balik. Sampai di rumah Dahlia waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Aku dan Dahlia yang sudah kepenatan terlebih dahulu tidur di dalam kereta sebaik sahaja enjin di hidupkan. Ye lah. Badan penat. Perut kenyang. Masuk pula dalam kereta yang nyaman. Lepas lelah. Jadi kami ketiduran.

Esok paginya aku sedar aku sudah berada di dalam bilik tidur Dahlia. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh berada di situ, sedangakn semalam aku sedar aku tertidur di dalam kereta.

Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 5.45 minit pagi. Sebentar nanti subuh. Aku gagahkan diri untuk turun dari katil. Susana bilik yang sejuk membuat tubuh aku mengigil.

Setelah selesai solat subuh bersama keluarga Dahlia aku dan Dahlia kembali ke bilik tidur. Aku masih keletihan begitu juga Dahlia.

Akhirnya aku dan Dahlia sambung tidur sehingga pukul 9.30 pagi.

"Anak dara! Bangunlah. Matahari dah tinggi ni?"

Aku menggerakkan biji mata ke kiri dan kanan setelah mendengar suara itu. Mata aku masih aku pejamkan.

"Bangunlah princess!" Suara abang Danish dari arah pintu benar-benar mengejutkan aku. Aku ingatkan aku bermimpi. Seperti terkena renjatan, cepat sahaja aku bangkit dari tidur.

"Awak! Bangun. Hari dah siang ni," Dahlia di sebelahku aku goyangkan badanya.

"Tak apa Damia. Damia pergi mandi dulu. Nanti datang sarapan ye. Mummy dah masak special," sekali lagi abang Danish mengenyitkan matanya ke arah aku. Lalu pintu bilik di tutup. Hilang sudah tubuh abang Danish.

Aku menjadi segan. Namun bibir aku mengukir senyuman.

"Haaa..main mata dengan abang aku ea! Gatal," sejak bila Dahlia bangun aku pun tidak sedar.

"Ish! Mana ada. Dah la. Saya nak pergi mandi,"

Tuala Dahlia yang aku pinjam selama aku di sana aku capai. Tubuh aku menghilang di balik pintu tandas.

Beberapa minit kemudian, aku siap mandi. Aku keluar dari tandas dan aku lihat katil yang tadinya berselerak sudah di kemas rapi. Malah ada juga baju dan seluar di hujung katil. Pasti Dahlia menyuruh aku memakainya.

Setelah siap dan mengikat rambutku dengan tocang satu, aku melangkah keluar dari bilik menuju ke meja makan.

"Ha.. macam nilah anak dara. Awal-awal bangun pagi terus mandi. Baby bila nak mandi?"

"Sekejaplah mummy. Lapar ni," rengek Dahlia.

"Ashammm," abang Danish mula menyakat.

"Awak. Terima kasih tau. Kemas katil. Saya baru ingat nak tolong kemas. Keluar bilik air tengok dah kemas,"

Aku malu pula. Sudahlah tidur bilik Dahlia, pakai baju Dahlia, mandipun pakai mandian dia sampai katil pun Dahlia yang tolong kemaskan.

"Eh! Tak apalah. Awakkan tetamu kami. Sini duduk," lengan aku dipeluk Dahlia.

"Ermmm. Mana daddy?" Soalku bila hanya melihat kami berempat sahaja di meja makan.

"Oh! Daddy awal-awal lagi sudah pergi kerja. Biasalah orang penting. Dapat panggilan. Ada kes katanya,"

"Ermmm. Daddy pesan, dalam pukul 5 petang, daddy hantar Damia balik ye. Mesri rindu dengan ibu dan ayahkan?"

Aku senyum tawar. Aku bukan tidak suka balik ke rumah. Tapi rasanya sekejap je rasa aku berada di situ. Namun bila fikir ibu dan ayah. Semakin kuat pula rindu aku pada mereka.

"Dah makanlah. Hari mummy masak mee goreng," abang Danish pula bersuara sambil menghulurkan pinggan yang sudah di isi mee goreng kepada aku.

Aku mengambil.

"Terima kasih,"

"Okey. No problem,"

"Dahlia kata dengan mummy Damia suka mee goreng. Itu yang mummy masak. Makan tau banyak-banyak," -ibu Dahlia .

Aku teringat peristiwa aku mencuba mee goreng yang di bawa Dahlia tempoh hari. Memang sedap.

Aroma mee goreng di hadapan aku ini saling tidak tumpah. Sama! Aku sudah menelan air liur. Abang Danish membaca doa makan. Kemudian kami mula makan dengan penuh berselera. Kerana terlalu sedap, aku makan sampai tiga pinggan mee goreng. Fuhh! Buncit perut aku.

Selesai makan. Aku membantu ibu Dahlia mengemas meja makan. Pinggan mangkuk juga aku cuci. Penuh berhati-hati kerana ke semua perkakas diperbuat dari seramik.

Pada waktu tengah hari aku di jamu dengan sotong sumbat sayur telur. Sedap! Ada juga ikan berlada dan beberapa jenis lauk dan sayur. Selain untuk menjamu aku, menu itu juga untuk meraikan kepulangan abang Danish. Lauk pauk yang di sedikan merupakan makanan kegemaran abang Danish. Dan mungkin menjadi makanan kegemaran aku juga sebab sedap sangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience