Dahlia membawa aku ke tepi rumah. Sangkar hitam yang besar berada di situ. Waaahh! Banyaknya kucing. Aku kagum. Kucing-kucing Dahlia sangat comel.
Kucing-kucing Dahlia ada pelbagai warna. Ada warna kelabu, oren putih, hitam putih, dan ada juga berwarna putih keseluruhan.
"Banyaknya kucing awk Dahlia,"
Dahlia senyum.
"Diorg ni ada nama tau,"
Aku berkerut. Tak sangka kucing pun perlu di beri nama.
"Okey. Yang putih ni nama dia ATEH, yang kelabu tu nama dia ABU, yang oren putih ni, MANJA dan hitam putih ni PANJANG,"
Dia begitu teruja memperkenalkan kucing-kucingnya kepada aku.
"Cuba awak panggil," Dahlia menyuruh aku.
Aku pula yang tercengang. Tahu pula kucing ni nama-nama diorang. Selalu panggil meow je.
"Nak panggil yang mana satu ni?"
"Panggil je mana-mana. Ke nak saya pilih. Okey. Cuba awak panggil ABU. Sebab dia tengah pandang sanakan,"
"Okey. Aku hanya menurut. ABU!" Pantas sahaja kucing yang berwarna kelabu ibu memusingkan kepalanya.
Aku waktu itu gembira bukan kepalang. Terloncat-loncat aku melihat reaksi kucing itu. Pertama kali.
"Jom kita bawa masuk rumah,"
"Eh. Tak apa ke? Nanti diorang ni berak kencing dalam rumah macam mana. Awak kena marah pula nanti,"
"Tak apa. Mereka ni sudah di latih berak dan kencing dekat tandas,"
Wahhh! Lagi aku excited. Biar betul. Advanced betul kucing-kucing Dahlia ni.
Pintu sangkar di buka. Sebaik sahaja di buka terus sahaja kucing-kucing itu keluar. Kucinf tang berwarna putih menggesel-geselkan kepalanya di kaki aku.
"Dia suka awaklah tu. Peganglah. Dia ni manja tau. Mula-mula nak bagi nama manja tapi nama Manja dah ada. Tu bagu nama ATEH,"
Aku mula mengangkat ATEH. Berat! Sebab ATEH ni boleh tahan besar. Tiba-tiba aku merasa kaki aku digesel sekali lagi. Aku melihat ke bawah. Dan kucing Oren putih ingin memanjat aku.
"MANJA!" Garang suara Dahlia.
Terus sahaja kucing itu tak jadi nak panjat aku. Kucing itu memandang wajah Dahlia sambil dikecil-kecilkan matanya. Alololo.. comelnya.
"Dia ni kan. Memang camni. Kuat cemburu. Jealous kalau kita angkat kucing lain. Dia pun nak juga,"
"Oh! Macam tu pun boleh ea. Pandai jelous-jelous,"
"Okey jom masuk," aku dan Dahlia melangkah masuk ke dalam rumah. Kucing-kucing tadi turut mengikut langkah Dahlia.
Aku sangat-sangat excited melihat keletah kucing-kucing ini. Tidak terfikir yang kucing-kucing ini boleh di latih.
"Tak lama lagi. Ramailah cucu awak. Kucing-kucing ni dah besar. Dah boleh bagi baby," sakat aku.
"Eh! Tak lah. Saya dah sunat semua kucing-kucing ni. Maksudnya, ku ah mandulkan mereka. Tu sebab diorang tak gaduh walaupun duduk dalam satu sangkar. Lagi pun tak terdaya tambah lagi. Tengoklah mereka ni. Gemok-gemok. Makan kuat"
"Oh!" Aku menganggukkan kepala. Dan aku garu. Macam-macam perkara baru aku belajar hari ini tentang kucing. Kucing pun boleh sunat. Aku ketawa sendiri.
"Awak cakap kucing awak ni pandai pergi tandas sendiri kan. Dah tu kenapa letak dalam sangkar. Biar je lah bebas,"
"Ermm. Mummy tak bagi sebab diorang ni lasak. Lagi pun bulu lebat macam ni, cepat gugur. Kalau diorang tidur atau lepak kat mana-mana mesti ada banyak bulu kat tempat tu. Mummy tak suka. Pernah dulu masa diorang ni kecil-kecil. Sofa mummy jadi sasaran diorang asah kuku. Start dari situ lah diorang banyak duduk dalam sangkar. Tapi sesekali saya lepaskan juga. Supaya diorang tak stress,"
Aku tekun mendengar Dahlia bercerita.
"Kucing pun boleh stress?" Aiyooo. Lagi buat aku pening.
Hahahaha. Dahlia ketawa melihat kepolosan aku.
"Bolehlah. Ingat manusia je boleh stress?"
Aku juga turut ketawa.
Pon! Pon!!!
Bunyi hon kereta di hadapan. Dahlia belari keluar. Aku juga mengikut Dahlia. Kereta Toyota Vios yang selalu menjemput Dahlia pulang dari sekolah berada di luar pintu pagar. Pintu pagar tiba-tiba terbuka dari luar. Dan kereta Toyota Vios itu pun masuk dan berhenti di sebelah Estima. Enjin kereta dimatikan. Keluar satu lelaki dari bahagian pemandu.
"Ah! Mail. Terima kasih," suara garau ayah Dahlia dari arah belakang aku begitu mengejutkan aku.
"Opss! Sorry," ayah Dahlia perasan bahu aku terhinjut.
"Okey Tuan! No problem," Kunci kereta beralih tangan.
"Kereta ni dah servis. Tip top! Boleh ride lepas ni?" Sengaja dia menyakat ayah Dahlia.
Ayah Dahlia hanya tersenyum.
"Kamu berdua dah mandi belum? Sekejap lagi nak Maghrib," ayah Dahlia bertanya ke arah aku dengan Dahlia.
"Alaa.. lupa lah daddy. Daddy tolong jaga budak bulus dulu ea. Dahlia dengan Damia nak pergi mandi dulu,"
"Okey. Jangan lama-lama. Terlepas Maghrib nanti,"
Aku dah Dahlia terus sahaja lari masuk ke bilik tidur Dahlia. Tuala aku di dalam beg aku cari.
"Eh tak apa. Awak guna tuala saya ni,"
Satu tuala yang gebu dan wangi di beri ke arah aku.
"Eh. Tak apalah. Saya ada tuala,"
"Tak apa. Pakai tuala ni. Tuala awak, awak simpan je," Dahlia bersungguh.
"Okey," akhirnya aku mengalah.
Aku mahu melangkah keluar dari bilik.
"Eh! Awak nak pergi mana?"
"Nak pergi bilik air lah,"
"Tu. Bilik air kat sana,"
Dahlia menunjuk ke arah pintu di sebelah almari besar. Oh! Itu bilik air ke? Aku terus sahaja melangkah.
Namun Dahlia mendahului aku. Suis lampu di tekan. Terang benderang seluruh bilik air yang gelap.
"Kat sini ada air panas. Aku pusing je ni. Lepas tu picit ni. Nanti nak tutup awak pusing ni," dia menunjuk satu persatu ke arah aku. Aku mengangguk.
10 minit kemudian aku pun siap mandi. Wangi satu ruang tandas dengan aroma mandian yang aku guna milik Dahlia. Aku tidak tahu jenama apa. Sebab botol itu lutsinar dan hanya ada tertulis shampoo sahaja. Dan lagi satu botol di tulis gel mandian. Memang seronok mandi di tandas Dahlia. Ada air panas. Rasa segar satu badan. Ada shampoo dan sabun yang wangi. Di rumahnya cuma ada air paip yang sejuk. Terus dari paip. Sabun hanya guna sabun jenama Lux dan shampoo guna shampoo Merit. Itu pun jarang-jarang dapat bershampoo. Biasa jika shampoo habis aku hanya guna sabun buku lux sahaja untuk cuci rambut aku. Itupun aku sudah bersyukur sangat-sangat ada juga tempat untuk membersihkan diri.
"Ni. Awak pakai baju saya," sebaik aku keluar dari bilik mandi. Aku membetulkan kedudukan tuala mandi di badanku. Pakaian kotor aku letak di dalam plastik yang sudah disediakan ibu.
"Eh! Baju awak tu, awak letak je dalam bakul baju kotor saya tu. Nanti kita cuci," dia menghentikan tindakan aku. Aku pula teragak-agak.
Dia dengan pantas mengambil baju-baju aku dan letak di dalam bakul.
"Awak pakai ni tau, saya keluar dulu,"
"Errr.. awak tak mandi ke?"
"Sebelum pergi rumah awak tadi saya dah mandi. Ni saya dah salin pakai baju tidur. Awak pakailah ni. Nanti baju kita sama warna," baju tidur bercorak mini mouse itu aku toleh. Warna pink sama seperti baju Dahlia cuma corak warna kartun sahaja berbeza. Baru aku sedar yang Dahlia sudah menukar bajunya.
*****
Setelah selesai solat Maghrib
Aku menyalami tangan ibu Dahlia, kemudian Dahlia dan terakhir tangan ayah Dahlia.
Walaupun mereka keluarga berada namun tidak lupa syariat Islam. Aku sudah terpaut pada keluarga itu. Selesai solat kami menjamu selera untuk makan malam. Malam itu ibu Dahlia masak ayam masak merah, ayam goreng kunyit dan sayur bayam goreng. Nampak simple tetapi tetap menyelerakan. Dahlia jarang-jarang dapat makan ayam.
Sebulan sekali baru aku dapat makan ayam itupun ketika ayah mendapat gaji. Selebihnya aku banyak makan sambal telur dan ikan bilis. Selalu lauk itulah yang sentiasa diulang-ulang. Nak dapat makan udang, sotong tunggulah hujung tahun jika ayah mendapat bonus. Jika tidak tunggu sahaja tahun depan. Itupun juka ada rezeki.
Namun begitu aku tetap bersyukur. Aku tidak pernah mengeluh. Janji ada makan yang boleh mengalas perut aku.
"Tambah lagi Damia," ibu Dahlia menghulur aku nasi.
"Errr.. cukup auntie. Dah penuh perut Damia ni," aku senyum dan menolak perlawaan dengan berhemah.
"Kat sini Damia jangan malu-malu. Jangan segan-segan okey. Anggap sahaja kami seperti ibu dan ayah Damia," ucap ayah Dahlia pula.
Aku mengangguk senyum. Sungguh aku rasa dihargai.
"Esok bangun awal ye. Lepas subuh jangan tidur pula," ibu Dahlia berkata kemudian.
"Kenapa mummy?" Tanya Dahlia.
"Esok kita nak ambil abang dekat kampus. Tadi abang beritahu dia cuti sebulan. Minggu studyweek katanya,"
"Yes! Abang balik. Damia nanti dapatlah kau kenal dengan abang aku. Abang aku hensem tau," luah Dahlia.
"Damia ikut sekali ye. Nanti kita pergi jalan-jalan sekali,"
"Errr.. err.. tapi...,"
"Tak apa. Baju aku ada. Banyak. Kau pakai baju aku ea," -Dahlia.
Ibu dan ayah Dahlia memandang kami berdua pelik.
"Ermm.. Damia ni risau mummy. Dia tak ada baju untuk jalan-jalan,"
"Oh! Ingat apa tadi," ibu Dahlia senyum.
"Ermm. Betul tu. Baju Dahlia banyak. Kamu pilih je yang mana nak. Jangan risau. Saiz kamu berdua pun lebih kurang je," ibu Dahlia menyokong.
Malam itu aku tidur dengan nyaman. Bilik Dahlia dilengkapi dengan penghawa dingin. Aku kesejukan. Namun comforter yang menutupi badan aku dan Dahlia sangat memberikan rasa nyaman.
Aku terjaga lebih kurang pukul 5.45 pagi. Sudah biasa begitu. Aku turun dari katil. Aku menggigil. Seluruh bilik itu sejuk. Kaki aku mencecah lantai. Aku terkejut. Lantai mozek yang aku jejak seperi ketulan ais. Sejuk betul. Dengan menggigil. Aku bawa diri ke tandas. Rasa nak buang hajat dan kemudian ingin mengambil wudhuk. Sebentar lagi dia ingin menunaikan solat subuh. Masuk saja ke tandas, terus sahaja badan aku mengigil. Lagi sejuk!
Sebaik dia keluar dari tandas, aku rasakan bilik tersbut sudah sedikit berkurangan sejuknya.
"Awak dah bangun. Kenapa tak kejut saya?" Dahlia bersuara di atas katil. Dia masih berselubung.
"Saya ingat baru nak kejutkan awak," luahku.
Dengan bermalas-malasan aku nampak Dahlia turun dari katil. Mungkin dia sudah biasa, relaks sahaja dia melangkah perfi ke tandas.
"Aaminnn," dia mengaminkan doa yang di baca ayah Dahlia.
Ayah Dahlia sudah mengambil cuti selama tiga hari. Jadi hari ini dia tidak perlu ke balai.
"Dahlia, Damia nanti pergi bersiap ye. Kita bertolak pagi ni. Nanti kita singgah sarapan di mana-mana," ayah Dahlia bersuara.
"Nanti pukul 8 kita bertolak,"ibu Dahlia pula bersuara. Aku dan Dahlia mengangguk.
"Okey mummy,"
Lepas sahaja solat subuh aku dan Dahlia masuk semula ke bilik. Aku melabuhkan punggungku di atas katil. Aku melihat Dahlia membuka almari yang besar itu.
Mata aku membulat. Banyak betul baju! Yang cantik tergantung lain. Yang siap tersusun berlipat lain. Hurmm. Aku? Pakaian aku boleh di kira berapa helai sahaja. Selagi tidak koyak. Selagi itu aku pakai.
ada yang setia menanti ke?? tq alls
Share this novel