Episod 10

Romance Completed 26493

"Ewah-ewah! Sedap kau tidur ye. Dua hari kau tak ada. Semua kerja aku kena buat. Ni amik! Aku nak kau lipat semua. Lepastu pinggan mangkuk dekat dapur. Pergi basuh! Dekat luar. Daun-daun tu kau pergi sapu. Aku tahu semua siap!" Aku terkejut ditempik begitu secara tiba-tiba.

Aku yang masih mamai hanya memisat-misatkan mata. Mengingat kembali apa berlaku.

Oh baru aku ingat!

Tepat pukul 5.45 petang keluarga Dahlia beransur pulang setelah menghantar aku. Yang ada di rumah ketika itu hanya ibu dan kakak. Ayah belum pulang dari kerja. Abang pula seperi biasa keluar bermain dengan kawan-kawan.

Aku perasan, sedari tadi kakak memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku tidak peduli. Aku terus sahaja masuk ke dalam bilik dan berehat. Tetapi aku tidak sedar bila aku tertidur.

Jam di dinding aku toleh. Pukul 6.10 petang. Ya Allah aku tertidur waktu Asar. Nasib baik tak jadi apa-apa.

"Oiii!! Apa yang kau menung lagi? Kau dengar tak apa aku cakap tadi?

Selonggok pakaian yang ada di ribaan dan kepala aku, aku tolak ke tepi.

"Apa kakak ni! Tak boleh ke kejut baik-baik ke?"

Aku sudah sayu. Baru sahaja beberapa jam yang lepas aku di layan bak puteri, sekarang aku di layan seperti hamba.

"Ah! Tak gunalah kejut baik-baik dengan kau ni. Kau sedap-sedap berjalan. Aku kat rumah ni jadi hamba. Semua kerja aku kena buat,"

Padahal bukan dia yang buat. Hanya ibu sahaja yang bersusah payah itu dan ini. Dia hanya membantu jika ibu panggil. Selebihnya dia hanya menghabiskan masa di depan televisyen yang kecil itu.

"Aku nak kau lipat ni semua. Lepastu pinggan mangkuk yang banyak dekat dapur kau pergi cuci. Lepastu daun-daun kering bawah pokok kau pergi sapu! Faham!"

"Ishhh! Kakak ni. Agak-agaklah nak kena buat semua tu sorang-sorang. Mana sempat. Tengok jam dah pukul berapa ni?"

"Ah! Aku tak peduli aku tahu siap sebelum ibu dengan ayah balik,"

Ha? Ibu dengan ayah tak ada. Oh! Patutlah dia besar kepala.

"Kakak tolonglah sekali,"

Satu persatu kain aku ambil dan aku lipat. Sedih betul hati aku waktu itu usah di cakap. Air mata yang sedari tadi bertakung di tubir mata, aku tahan supaya tidak jatuh. Jika tidak pasti lagi naik berang kakak.

"Aku dah penatlah buat semua masa kau tak ada!"

Kakak berlalu pergi tinggalkan aku. Melihat sahaja tubuh kakak menghilang, air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya tumpah juga. Ya Allah! Kuatkan aku.

Lebih kurang 10 minit kemudian, segala pakaian sudah siap aku lipat dan susun. Semua aku buat dengan pantas. Kemudian aku terus sahaja ke dapur.

"Ya Allah! Kenapa banyak sangat pinggan mangkuk. Macam sebulan tak cuci. Ni mesti dia sengaja nak kenakan aku,"

Aku melangkah ke ruang tamu. Aku lihat kakak tiada di situ. Hurmmm! Mainlah tu. Dah pukul berapa ni? Main rajin. Nak tolong ibu malas! Bentakku.

Tak sampai sepuluh minit pinggan mangkuk yang bertimbun sudah aku siap cuci.

"Adik buat apa?"

Suara ibu di belakang aku benar-benar membuat aku terkejut.

Terpelanting mangkuk yang ada di tangan aku.

"Ya Allah ibu! Astaghfirullah al a'zim. Nasib baik adik tak ada sakit jantung,"

Ibu yang terkejut juga turut mengurut dadanya.

"Adik ni kuat beranganlah. Ibu dah bagi salam tadi. Takkan adik tak dengar,"

Aku hanya menggelengkan kepala. Dada aku, masih aku usap laju. Sesekali aku ketuk manja. Jantung aku masih berdebar hebat perlahan-lahan reda dan berdetak secara normal kembali.

"Ibu dari mana?"

Aku lihat ibu cantik berbaju kurung dan tudung juga masih elok tersarung di kepalanya. Di tangan kanannya ada pisau yang bilahnya berbalut dengan kertas.

"Ibu baru balik dari rumah Pak Mail. Ada kenduri. Anaknya tunang. Ni ibu tolong masak tengah hari tadi,"

"Dari tadi ibu tanya. Adik buat apa dekat dapur ni. Sampai ibu balik pun tak sedar. Adikkan penat lagi. Pergi je rehat,"

"Tak ada apalah ibu. Adik ingat nak mandi. Tapi nampak ada pinggan mangkuk tak cuci lagi. Tu yang adik tolong ibu,"

Tubuh itu aku peluk. Rindu.

"Adik. Ibu masam ni. Peluh-peluh. Bagi ibu mandi dulu ya,"

Aku tidak peduli. Tubuh itu tetap aku peluk. Aku memejam mata. Ibu pula mengusap belakang kepala aku.

"Kakak mana? Tadi pagi ayah dah pesan suruh sapu laman. Tapi ibu tengok dari ibu pergi sampai ibu balik dari rumah Pak Mail, sampah-sampah tu, tak bergerak pun. Daun-daun masih penuh,"

Aku hanya menjungkit bahu. Setelah puas. Tubuh itu aku lepaskan. Pipinya pula aku cium.

"Ish! Dia ni. Ibu ni berpeluhlah," ibu senyum pada aku.

"Adik sayang ibu,"

"Aiii. Ibu je adik sayang. Ayah tak sayang?" Suara garau itu memeranjatkan aku.

"Eh! Ayah. Bila ayah balik," tubuh tua itu pula menjadi sasaran aku kali ini. Aku peluk lama. Benar-benar rindu.

"Ingat dah puas jalan tak rindu ayah lagi,"

"Apa ayah ni cakap macam tu," aku muncungkan mulut.

"Nanti kita borak ye. Ayah nak pergi mandi. Berpeluh dah ni,"

Perlahan tubuh itu aku lepaskan. Wangi masih tetap sama walaupun berpeluh. Apa ilmu yang di gunakan aku pun tidak tahu. Tapi ayah memang orang yang kuat mengaji. Ayah bersekolah di sekolah pondok. Ayah juga hafal seluruh juzuk al-quran. Aku, kakak dan abang, ayah sendiri yang ajar kami mengaji.

Ayah pernah bercerita bahawa ada orang yang ingin melantik ayah jadi Imam masjid namun ayah tolak dengan berhemah. Ayah takut ayah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut kerana tugas seorang Imam amat berat. Ayah lebih rela kerja di dewan makan asrama dari jadi Imam masjid.

Ada juga di kalangan anak-anak di situ yang memanggil ayah ustaz. Mungkin sebab kerana perwatakan ayah yang selalu memakai kurta serta menyimpan janggut yang panjang. Ayah juga selalu memakai kopiah dikepalanya. Malah sebelum ini, ada beberapa orang anak kampung yang ayah ajar mengaji sampai khatam. Itu semua sebelum ayah mendapat kerja sebagai tukang masak dewan makan.

"Mana kakak?" Aku yang mahu ke halam rumah terhenti.

"Entah. Tadi ada. Lepastu hilang,"

"Budak bertuah tu. Ayah suruh dia kemas depan ni. Dia tak mahu dengar pun ye," ayah dah mula membebel.

"Tak apalah ayah. Adik boleh buat,"

Ayah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kemudian dia berlalu pergi.

*****

Hari demi hari berlalu begitu pantas. Hari ini sudah hari Jumaat. Dalam tempoh seminggu, aku rasa tenang sahaja. Tiada lagi gangguan nakal dari murid-murid kelas aku.

"Nanti balik awak naik dengan saya ea,"

Ucap Dahlia di dalam kelas. Waktu itu sekolah hampir tamat. Dan tidak lama lagi sudah tiba waktu untuk pulang.

"Kenapa?" Aku sedang menyalin soalan dari buku teks memandang Dahlia.

"Mummy nak jumpa awak,"

"Tapi nanti ayah saya jemput,"

"Tak apa. Tadi daddy cakap nanti dia pergi rumah awak, beritahu ibu dan ayah awak,"

"Okey," aku senyum. Aku juga merindui ibu Dahlia.

Seperti yang diberitahu, aku pulang bersama Dahlia menaiki kereta Toyota Vios yang di pandu ayah Dahlia.

Aku seronok. Tidak perlu menghadap muka kakak yang kerap mencari gaduh dengan aku. Aku geram sebab aku tidak mampu melawannya.

"Assalamualaikum," aku dan Dahlia memberi salam serentak.

"Eh! Princess," abang Danish menegur kami.

"Amboi abang Danish ni. Jawablah salam kita orang dulu,"

"Dah la. Jawab dalam hati. Kan Damia,"

Aku pula? Aku hanya mengerutkan dahi dan aku tetap tersenyum melihat ke akraban mereka. Meraka suka bergaduh manja.

"Dah jom Damia. Kita mandi. Jangan layan abang Danish,"

Wajah abang Danish di jeling Dahlia.

"Apalah yang bising-bising ni?"

Ibu Dahlia yang datang dari dapur menghampiri kami. Tangan ibu Dahlia aku salam.

"Dah. Pergi mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama,"

Aku dan Dahlia akhirnya hilang di balik pintu bilik Dahlia.

*****

Setelah siap makan tengah hari, aku duduk di ruang tamu rumah Dahlia. Aku bermain dengan ABU. Sebentar nanti pasti abang Danish dan ayah Dahlia ingin ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sedang aku bermain dengan ABU, tiba-tiba hidungku tertangkap bau yang sangat harum. Wanginya. Bisikku. Pantas aku menoleh ke belakang bila aku rasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan aku.

Aku terpana melihat ketampanan abang Danish yang lengkap berbaju melayu dan sampin serta bersongkok. Mata aku terpaku. Adakah aku juga terpukau? Ya!

"Ehem! Hensem sangat ke abang, sampai tak berkerdip mata tu,"

Aku kembali ke alam realiti.

"Ha?"

Aku malu. Ish kau ni. Tulah. Berangan je! Aku rasa aku mahu menyorokkan seluruh tubuh badan aku dibawah meja kopi di hadapanku ini.

"Dah siap?"

Suara ayah Dahlia menyelamatkan aku dari terus di hambat rasa malu.

"Err.. dah,"

"Amboii! Macam nak pergi nikah," ayah Dahlia berseloroh.

"Kalau daddy izinkan. Apa salahnya,"

Depan-depan ayah Dahlia, abang Danish mengenyit mata ke arahku.

"Amboiii. Habiskan belajar dulu. Dah jom!"

Aku yang masih ada saki baki malu tadi, bertambah malu. Apalah nasib aku hari ni? Muka aku, aku tekup dengan kedua belah tangan.

"Ha! Awak kenapa?"

"Errr.. tak ada apa-apa,"

"Damia. Jom ikut saya,"

"Pergi mana? Habis Si ABU ni macam mana?"

"Tak apa. Biar je. Lagipun dia seekor je,"

Aku terus sahaja mengikut langkah Dahlia. Dia membawa aku ke satu bilik. Mungkin bilik stor sebab aku nampak banyak kotak-kotak yang sudah cantik tersusun.

"Hurmmm. Damia sini,"

Ibu Dahlia menepuk-nepuk sofa disebelahnya menandakan dia menyuruh aku duduk di situ.

Aku hanya menurut. Beberapa plastik hitam di tarik lalu diletakkan di hadapan aku.

"Ni ada banyak baju Dahlia yang masih cantik dan elok. Damia pilih mana berkenan. Damia boleh ambil dan bawa balik,"

Aku terkejut. Lidah aku kelu.

Kemudian satu beg kertas yang sederhana besar pula di berikan kepada aku.

"Okey. Yang ni. Tak perlu pilih. Semua milik Damia dari Mummy dan Daddy,"

Sungguh aku tidak tahu mahu berkata apa. Tubuh gebu dan harum ibu Dahlia aku peluk. Aku menangis di bahu itu. Ya Allah terima kasih kerana kau hadirkan insan-insan yang berhati mulia di saat aku mulai lemah. Engkau muliakanlah mereka seperti mana mereka memuliakan aku ya Allah. Jauh sudut terdalam aku berdoa. Air mata mengalir laju. Aku luahkan segala kesakitan melalui air mata itu. Aku tersedu-sedan.

lagi u allsss.. idea datang bertimpa-timpa... ha! jangan baca je. komen lah sekali.. kalau sudi sedekah lah ncoins... hehehehe.. mini love..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience