Episod 46

Romance Completed 26493

Malam ini, aku bermalam di rumah Alia dan Diana kerana esok awal-awal pagi kami harus bergerak ke Kuala Lumpur. Tepat pukul 1 tengah hari esok semua perserta yang memasuki pertandingan harus berada di tempat yang telah di tetapkan penganjur.

Malam ini terlalu sukar pula mataku ini terpejam. Sedari tadi elok sahaja segar-bugar tanpa sedikit pun rasa mengantuk datang menyinggah. Badan dan segala urat sendi terasa penat dan letih kerana beberapa hari ini bagaikan tiada erti rehat untuk diri aku kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja editing beberapa projek client aku serta membuat persiapan terakhir untuk ke Kuala Lumpur. Dua perkara berbeza namun aku boleh atasi dengan sempurna.

Proses editing untuk client-client aku tidaklah sesukar mana kerana aku sudah mahir mengendalikannya. Setakat design iklan untuk banner, banting dan sebagainya itu adalah perkara mudah bagi aku kerana ianya bagaikan makanan asasi aku setiap hari. Bak kata orang, kacang goreng sahaja kerana memandangkan client-client aku kali ini tidak berapa cerewet dan mereka juga telah memberikan aku perincian bagaimana design iklan yang mereka mahukan. Itu lagi memudahkan kerja aku.

"Huh! Ya Allah.... Mata.. kenapa tak nak lelap ni,"

Aku membebel dengan diri aku sendiri. Jam di meja sisi katil aku kerling. Sudah 1 pagi. Nanti selepas subuh dah nak kena bertolak. Ada lebih kurang empat ke lima jam je masa untuk aku tidur.

Aku mengambil telefon bimbit. Tiba-tiba datang idea tak masuk akal. Teringat cerita Mr. Bean. Di saat beliau tidak dapat tidur malam, lelaki itu membuat kira-kira berapa jumlah kambing di atas sekeping gambar. Dan aku ingin mencuba sendiri tips itu. Google aku buka. Mencari paparan gambar yang ada berekor-ekor kambing. Aku senyum kerana apa yang aku cari sudah aku temui.

"Satu... Dua... Tiga...,"

"Dua puluh lima... Dua puluh enam...,"

Dan akhirnya dunia aku kelam dan gelap.

*****

"Eh! Shah. Tunggu apa lagi. Jom lah gerak,"

Diana sudah bising. Kami semua telah pun berkumpul di hadapan butik pengantin milik Sharil sejak beberapa minit yang lepas.

"Sekejap. Tunggu lagi sorang,"

"Ha? Kan dah cukup ni. Aku, kau, Alia...Mia,".

Aku yang masih bersisa ngantuk hanya membiarkan sahaja. Aku telah mengambil tempat duduk di bahagian penumpang belakang atas permintaan Sharil. Aku hanya menurut sahaja tanpa banyak soal. Aku duduk bersandar sambil memerhatikan keadaan di luar. Pintu kereta sengaja aku biarkan terbuka.

"Sekejap,"

Sharil mengerling jam di pergelangan tangannya. Kemudian dia memandang ke hadapan dan melihat-lihat di sekitar kawasan itu seperti mencari sesuatu.

"Ha! Sampai pun,"

Satu kenderaan yang cukup aku kenali menghampiri kami. Mata kami semua tertumpu ke arah kenderaan tersebut yang berhenti betul-betul di sebelah kereta Sharil.

"Aina??"

Aku, Alia dan Diana berkata serentak.

"Sorry guys. Lambat,"

Aina sudah keluar dari keretanya menghampiri Sharil.

"Oh no! Jangan cakap korang.....,"

Perkataan yang keluar dari mulut Diana sama dengan apa yang terdetik di hati aku ketika ini. Aku nampak wajah Aina sedikit malu-malu kucing.

"Okey. You alls need to explain this later okey. Now, kita semua dah lambat. Apa kata bertolak sekarang,"

Diana mula mengarah. Dan kami hanya menurut sahaja. Beg pakaian dan kelengkapan Aina sudah lama berada di dalam kereta Sharil. Itu pun aku baru tahu tadi setelah Sharil memberitahu kerana aku nampak Aina hanya keluar dari kereta hanya membawa beg clutchnya sahaja.

Tak sampai setengah jam kenderaan kami sudah pun keluar melalui tol Skudai. Aku menarik nafas panjang. Ngantuk yang sedang bermaharajalela tadi sudah pun hilang entah ke mana. Walaupun perjalan masih lagi jauh debaran hebat sudah pun menghentak-hentak dada aku. Dalam diam aku panjatkan doa yang sangat panjang. Sesekali aku jeling juga dua merpati di hadapan aku. Tak sangka Shah dan Aina in relationship. Aku senyum sahaja melihat kemesraan mereka.

Tepat pukul 12.30 tengah hari kami tiba di lokasi. Perjalanan memakan masa berjam-jam kerana kami beberapa kali berhenti di R&R dan hentian sebelah untuk bersarapan dan ke tandas. Sempat juga aku membeli sesuatu untuk aku buat kudapan di dalam kereta.

Aku melihat bangunan tinggi yang ada di hadapan aku. Bangunan ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Megah berdiri mencakar langit. Aku macam pernah sampai ke sini. Tapi aku tidak dapat ingat bila. Puas juga aku korek kembali memori lama yang tersimpan di dalam cakera otak aku, namun tiada satu pun memberi petunjuk. Sharil sudah pun hilang bersama Aina. Katanya untuk daftar di dalam dan aku, Diana serta Alia hanya menunggu di dalam kereta sahaja.

Setelah kami sepakat, Diana dan Alia akan berkongsi bilik dengan aku memandangkan aku juga di beri sebuah bilik apartment sepanjang berada di sini. Lagi pun bolehlah Diana dan Alia membantu apa yang patut nanti jika diperlukan. Dan mungkin sekarang akan tambah lagi seorang iaitu Aina. Kami tidak kisah. Janji free!

"Beb! Jom selfie,"

Alia mengajak aku dan Diana bergambar bersama. Moment-moment seperti ini perlu diabadikan. Tambahan pula kami sekarang berada di hadapan sebuah bangunan yang gah berdiri mencakar langit. Entah bila lagi dapat menjejak kaki ke sini.

Beberapa keping gambar kami snap dengan pelbagai gaya dan latar belakang. Mujur ada Diana dan Alia. Tidaklah aku bosan sorang-sorang.

Suasana di sekitar bangunan tinggi itu memang kelihatan sibuk. Pelbagai jenis orang keluar masuk sedari tadi. Bangunan yang tinggi dan nampak gah itu aku pandang berkali-kali. Kedudukan yang sangat cantik kerana disekitarnya dikelilingi beberapa bangunan yang tinggi juga.

"Okey dah settle. Ni kunci bilik korang,"

Sharil datang menghampiri aku, Diana dan Alia.

"Barang-barang boleh bawa masuk sekarang. Nanti kalau nak makan kat bawah ada cafe. So kita semua boleh makan kat situ. Kalau malas turun boleh call je sebab kat setiap bilik ada telefon.,"

Sharil menerangkan segala terperinci.

"Nanti kalau ada apa-apa aku call korang,"

Sharil terus sahaja meninggalkan kami selepas itu kerana sebagai peserta pelbagai perkara lagi yang perlu dia lakukan bersama-sama peserta yang lain. Mesti pihak penganjur akan mengadakan sesi taklimat sebentar nanti. Aku memang tidak terlibat secara langsung. Cukuplah hanya Sharil sahaja terlibat.

"Waaahhh. Besar juga bilik ni,"

Aku dengar Alia bersuara setelah kami berada di dalam bilik yang agak luas itu. Seperti sebuah rumah pula. Sebab di dalamnya ada beberapa bilik, ruang tamu dan dapur. Sangat luas. Kenalah dengan bangunan yang nampak gah itu.

Berapalah harga satu malam kat sini? Mesti mahal sebab tengok gaya macam hotel bertaraf sepuluh bintang. Selain itu turut di sediakan iron dan iron board, pengering rambut, penyangkut baju, TV dan penghawa dingin. Malah arah kiblat juga ada di sediakan bagi memudahkan orang Muslim menunaikan kewajipan terhadap Yang Maha Esa.

Yang paling menarik bangunan ini menggunakan dinding kaca di beberapa sudut dimana pengunjung dapat melihat sendiri suasana bandaraya Kuala Lumpur dengan sepuas-puasnya. Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas boleh dilihat dengan jelas dari bangunan ini. Mesti lagi seronok pemandangan diwaktu malamkan? Tidak sabar rasanya menunggu hari gelap kerana pastinya pemandangan jadi lebih menakjubkan.

Setelah meletakkan segala barang di dalam bilik, aku duduk di ruang tamu. Remote TV aku tekan. Memilih siaran yang best untuk di tonton. Tidak lama kemudian Alia, Diana dan Aina datang menghampiri. Kami semua duduk di atas sofa yang disediakan.

"Korang tak lapar?"

Alia bertanya.

"Lapar juga,"

Aku menjawab.

"Jom turun. Mesti kat bawah dah ada makanan tengah hari,"

Diana pula mencadangkan. Dan kami bersetuju. Aku masuk ke bilik semula untuk memakai selendang. Diana dan Alia berkongsi satu bilik. Manakala aku dan Aina bilik asing-asing. Aku tidak kisah. Asalkan selesa.

"Wahhh! Banyaknya makanan. Sedap-sedap pula tu,"

Diana bersuara sebaik kami memasuki cafe. Hidangan di hidangkan secara buffet dan kami boleh memilih apa sahaja makanan. Hidangan yang disediakan kebanyakkan jenis masakan tempatan. Sangat kenalah dengan selera kami yang lebih suka masakan melayu. Selain lauk pauk ada juga kuih muih, buah-buahan dan kek-kek serta pastri. Memang buat rambang mata untuk memilih makanan di sini.

Aku sedari tadi tidak berasa enak. Seolah-olah diri aku sedang di perhatikan seseorang. Namun bila aku lihat sekeliling tiada pula sesiapa yang aku nampak atau kenal. Kemudian aku hanya membiarkan sahaja.

*****

Keesokkannya.

"Mia jap lagi ikut aku. Kita pergi rehearsal,"

Sharil berkata ketika kami bertembung untuk sarapan pagi.

"Okey,"

Aku hanya jawab sepatah. Hati aku semakin berdebar-debar kerana pertandingan itu akan berjalan beberapa jam sahaja lagi dari sekarang.

Setelah selesai menjamu selera aku mengikut Sharil untuk pergi ke Ballroom di mana acara yang bakal diadakan di sana nanti malam.

Saat tiba, hati aku sekali lagi merasa kagum. Dinding-dinding ballroom ini sepenuhnya diperbuat dari kaca. Jadi kita boleh melihat sekitar bandaraya Kuala Lumpur tanpa halangan. Ballroom itu juga sangat besar dan luas dan sudah pun di hias cantik. Aku tidak tahu bagaimana nak gambarkan betapa indahnya pemandangan dihadapan aku ketika ini. Mesti majlis ini bukan majlis yang biasa-biasa dan berprestij.

Rehearsal itu berjalan dengan baik. Malah aku tidak sedikit pun berasa kekok. Para peserta lain juga turut sama melakukan rehearsal. Setiap peserta akan diberikan nombor giliran untuk naik kepentas nanti. Aku melihat rata-rata peragawati di sini kebanyakkan cantik-cantik dan tinggi lampai dan bermacam-macam ton warna kulit mungkin ada diantaranya bukan berasal dari Malaysia kerana rupa mereka juga tidak nampak wajah Asia. Aku rasa kerdil pula berdiri di antara mereka. Lihat sahaja cara mereka berjalan dan penuh dengan gaya pastinya mereka bukan model biasa-biasa.

"Seramnya beb! Harapan macam tipis je nak sampai ke final. Kau tengoklah diorang tu dah lah cantik, tinggi lampai. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni. Huh! Jauh beza,"

Aku berbisik perlahan ke arah Sharil.

"Kau relaks je. Kau pun setanding apa dengan diorang. Cuma pengalaman je belum cukup luas. Kau jangan risau. Kau abaikan je mereka. Kalau kau fikir-fikir sangat tentang pesaing kau, kau akan down. Apa yang kau perlu buat sekarang, kau kena yakin kau boleh. Pandang depan je. Jangan hiraukan sekeliling. Mesti kau boleh buat yang terbaik. Aku yakin. Tapi kalau dah bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Aku tak kisah. Janji kita dah cuba,"

Sharil memberikan kata-kata semangat kepada aku membuat aku terasa begitu terharu. Kata-kata motivasinya sedikit sebanyak terkesan juga di hati aku.

Untuk pementasan nanti, mula-mula para model akan naik dahulu di atas pentas melakukan gaya bebas untuk sesi peragaan baju-baju dari designer mereka. Setelah membuat catwalk dan melakukan beberapa pusingan, setelah selesai semuanya barulah peragawati akan naik bersama designer mereka. Di sini barulah pereka-pereka diperkenalkan di hadapan tetamu. Walaupun berdebar namun aku tidak sabar menunggu majlis sebenar malam nanti. Pasti lagi gah. Semoga semuanya dipermudahkan. Aku berdoa di dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience