Gelak tawa itu sedari tadi telah mengganggu halwa telinga aku. Tercuit sedikit perasaan aku di kala itu. Dua merpati sejoli yang sedang duduk rapat berdua-duan seperti sepasang kekasih di gazebo begitu asyik bergelak tawa tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Walaupun terpalit sedikit perasaan cemburu namun aku cuba hapuskan. Aku dan Abang Danish tidak pernah semesra itu sejak kami bergelar tunangan. Kadang-kala aku ingin juga dilayan selayaknya namun aku rasakan hubungan ini semakin dingin. Seperti tiada hala tuju.
Waktu itu aku sedang duduk santai di hadapan kolam sendirian. Merenung terus ke dasarnya. Seperti kata orang bijak pandai, jadilah seperti air yang mengalir kerana sebesar apa pun halangan pasti akan ada jalan keluar.
Nafas aku tarik perlahan kemudian aku lepaskan perlahan.
"Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan sedangkan bersyukur membawa kita ke jalan kemudahan," kata-kata arwah ayah yang sentiasa bermain diminda aku di kala aku dilanda keresahan.
Bukannya aku tidak nampak. Bagaimana abang Danish sepertinya tersenyum bahagia di sisi sang gadis yang aku yakin adalah sepupunya, anak mak long. Aku tidak mahu mengganggu mereka, walaupun aku rasa aku layak berada di antara mereka. Biar abang Danish ingat siapa dirinya. Walaupun cuma sepupu namun perlu juga ada batasnyakan?
Ibu Dahlia dan Mak Long sedang rancak berbual di ruang tamu. Aku tidak berhasrat mengganggu atau menyertai perbualan mereka. Aku masih ingat akan pesanan ibu dan ayah yang sangat melarang anak-anaknya mencuri dengar perbualan orang tua-tua apatah lagi mencelah.
"Jauh kau termenung,"
Aku tahu siapa gerangan pemilik suara lunak itu. Aku hanya senyum memandangnya yang juga turut duduk di kerusi di hadapan aku.
Ditangannya ada dua cawan air oren yang membuat aku tertelan air liur beberapa kali. Tadi tidak pula terasa dahaga. Mungkin kerana bahang perasaan membuat aku terlupa apa yang aku rasa.
"Nah. Sejukkan hati kau. Aku tahu kau jealous kan?"
Satu cawan dihulur ke arah aku.
"Huh! Pandai je kau ea main teka-teka. Tak ada maknanya aku nak jealous-jealous ni,"
Hanya dekat bibir sahaja tapi hati benar tidak mampu menipu.
"Kalau betul tak jealous kenapa tak join diorang? Aku rasa abang Danish pun tak kisah kau ganggu diorang tu,"
"Biarlah Dahlia. Lagi pun aku tengok diorang tengah syok berborak. Kalau aku ada takut ganggu pula. Jadi awkward tiba-tiba,"
"Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan abang aku tu. Dengan orang lain boleh pula layan baik-baik..de..,"
"Dah lah Dahlia. Aku malas nak fikir,"
Laju sahaja aku memotong ayatnya. Aku tahu apa yang bakal diperkatakan.
"Waahh! Borak apa ni? Macam serius je,"
Aku mengalihkan pandangan aku ke arah suara lunak merdu. Bau perfumenya benar-benar menyegarkan. Patutlah abang Danish suka. Dengar intonasi suaranya sahaja benar mampu menggoyah jiwa. Apatah lagi dengan haruman yang terbit dari tubuh itu. Jauh beza sungguh dengan diri aku. Terasa kerdil pula.
"Tak adalah Kak Nel. Borak biasa-biasa je,"
Aku melihat gadis yang Dahlia gelarkan Kak Nel melabuhkan punggung di kerusi sebelah aku dan juga Dahlia.
"Damia. Ini Kak Nel. Anak Mak Long,"
Dahlia memperkenalkan aku. Dan aku senyum menatapnya dan menundukkan sedikit wajah aku tanda hormat.
Berapalah umur gadis ini ya. Nampak muda. Tinggi lampai, kulit putih bersih sama seperti Mak Long. Bibirnya yang dioles lipstik menaikkan seri wajah itu.
Makeup yang simple dan sederhana kerana wajah itu jika tidak ditata rias pun pasti sudah cantik. Natural beauty. Seperi Mak Long, Kak Nel juga free hair. Warna rambut aslinya yang berwarna hitam pekat benar-benar cantik dan menawan.
Tiba-tiba dada aku berdetak hebat. Haruman ini benar-benar menganggu penafasan aku. Boleh luruh segala organ dalaman aku rasakan di saat ini. Tanpa sapaan dia menarik satu kerusi dan duduk rapat di sebelah aku. Aku sedikit bingung dengan tindakannya.
"Borak apa? Rancak je dengar,"
Aku di sisinya hanya diam membisu. Aku sedang berusaha mengawal gelora jiwa yang semakin menyentak-menyentak jantung aku ketika ini. Abang Danish benar-benar duduk rapat dengan aku kerana aku boleh merasa geseran bahunya yang menyentuh lembut bahu aku setiap kali lelaki itu bergerak. Aku tidak berani menoleh.
"Borak biasa-biasa je. Baby baru je perkenalkan tunang abang dekat Kak Nel. Mungkin Kak Nel belum kenal,"
Perkataan tunang sengaja ditekankan.
"Kenapa turun lambat sangat?"
Terasa bahang tiba-tiba menyapa pipi aku apabila suaranya aku rasakan benar-benar dekat menyapa halwa telinga aku. Aku menoleh ke arahnya.
"How's sweet you guys. Main bisik-bisik pula tu. Takkan rindu kot Abang Danish. Kan dah duduk satu rumah,"
Kak Nel menegur tindakan Abang Danish. Aku juga terasa berlainan sedikit intonasi suara wanita itu.
Wajah aku terasa bahang. Tadi abang Danish. Sekarang Kak Nel pula.
"Kan.. Sweet diorang ni. Kalau Kak Nel nak tahu, diorang ni start dari jadi tunang pakaian asyik nak sama je. Jelous Dahlia tau,"
Oh ya! Betul. Aku baru perasan warna baju aku dan abang Danish sama. Tak mungkin kebetulan lagi. Adakah ini jodoh? Oh mai gad!
Aku mengenakan baju t-shirt long sleeve berwarna dark purple dan tudung pula aku kenakan selendang soft gray. Manakala abang Danish mengenakan baju t-shirt body fit brand Polo sama warna dengan aku dan seluar juga berwarna soft gray. Aku pula mengenakan seluar panjang jenis chiffon yang berwarna soft pink.
"Oh really? Ni yang buat I jealous. U know Damia. I dengan abang Danish memang rapat since kitorang kecil lagi. Membesar sama-sama. Ingat dulu. Kami pernah main kawin-kawin. Oh mai gad! Tak boleh nak imagine time tu. Tapi tu lah. Ingat dah besar dia akan kawin dengan I. Tapi..."
"Zaman kecilkan Kak Nel. Kita pun tak tahu apa yang kita buat. Janji happy je,"
Dahlia semestinya faham perasaan aku ketika ini.
"Betul. Happy je masa tu,"
Aku dapat melihat Kak Nel memandang wajah abang Danish.
Aku seperti biasa. Jika ada orang yang baru dikalangan kami, aku lebih bersifat diam diri. Susah untuk aku masuk dengan perbualan yang aku rasakan tidak kena dengan jiwa aku.
Tiba-tiba tindakan abang Danish yang memperbetulkan kedudukan selendang aku yang hampir melorot jatuh menjadi tumpuan. Aku juga kaku. Tidak suka jika diri aku dijadikan bahan tontonan.
Aku melirik pandangan ke arahnya. Abang Danish hanya tersenyum pada aku. Benar ikhlaskah senyuman itu? Atau hanya berpura-pura. Kenapa setiap kali berhadapan dengan orang, lain benar karakter yang di pamerkan. Aku benci dengan lakonan ini.
Aku nampak Kak Nel sudah memuncungkan wajahnya. Namun tindakannya itu tidak diendahkan sesiapa.
"Sayang. Kenapa turun lambat sangat?"
Sekali lagi soalan itu diberikan tetapi nadanya sedikit berlainan. Mungkin geram kerana soalan tadi aku hanya biarkan sahaja.
"Saya dah lama turun. Abang je yang tak perasan,"
"Ye lah abang ni. Damia siap hidangkan mummy dengan Mak Long makanan lagi,"
Dahlia membela aku. Aku gembira.
"Mana nak perasan. Asyik sangat berborakkan dengan Kak Nelkan. Ye lah. Lama tak jumpa. Sampai ketawa korang tembus ke bilik baby. Ganggu tidur orang je,"
"Aah. Baguslah anak dara tidur sampai tengah hari buta,"
"Mana ada tengah hari. Pagi lagi ni kan?"
Dahlia tidak mahu mengalah.
"Dekat area sini tak ada pasar malam ke?"
Aku mengaju soalan yang benar-benar luar dari topik. Sengaja untuk mengelak dua beradik itu terus bercakaran.
"Pasar malam? What's that?" Kak Nel memandang aku pelik.
Dan semua mata tertumpu ke arah aku. Dan sekali lagi aku menjadi tumpuan.
"Errr.. korang tak tau pasar malam ke?"
Aku memandang Dahlia. Lebih kepada meminta backup sebenarnya namun apa yang keluar dari mulut gadis itu benar-benar menghenyakku.
"Aku pun baru first time dengar," Dahlia bersuara.
"Takkan orang-orang kaya berjalan di mall je? Begini ke gaya hidup orang ada-ada?" Soalan yang hanya bermain di minda aku.
"Night marketlah baby. Itu pun tak tahu. Cuma nama je di melayukan,"
Nasib baik ada juga yang tahu.
"Abang pernah pergi ke? Best tak?"
Begitu teruja Dahlia bertanya.
"Once. Masa belajar dulu. Ikut kawan-kawan. Tapi itulah first and last. Sesak. Ramai orang. Entah apa yang diorang cari abang pun tak faham,"
"Itu baru jalan kaki. Kalau bawa kenderaan, parking pun susah nak dapat. Ramai betul. Entah dari corok mana orang datang,"
"Hurmm... Pasar malam banyak jual barang-barang yang murah harganya berbanding diluar. Itu sebabnya ramai orang datang. Banyak jual makanan yang kadang-kadang susah nak dapat. Bukan itu sahaja, sayur-sayur kampung contoh seperti ulam-ulaman yang susah nak dapat pun boleh jumpa kat pasar malam. Harga pun jauh lebih murah. Banyak lagilah yang ada. Pakaian, beg, perkakasan dapur macam-macam lagi lah. Pergi dulu baru tau"
Aku menjelaskan makna sebenar pasar malam itu bagi golongan bawahan seperti aku. Mungkin mereka sudah terbiasa semua benda terhidang di depan mata, maka tidak tahu nilai sebenar sesuatu yang begitu bermakna.
Mereka semua mendengar hujah aku dengan tekun. Tidak seorang pun membantah.
"Sayang nak pergi ke? Abang boleh bawakan. Area-area sini ada juga pasar malam hari tu abang perasan,"
"Jom Damia! Aku nak rasalah. Serius! Kau tak pernah pun ajar aku,"
Macam mana nak ajar. Belajar pun berapa semester sahaja duduk bersama lepastu aku pindah duduk dengan kakak. Lupa kot Dahlia ni.
"Tapi macam abang Danish beritahu tadi. Kawasan sesak dan ramai orang. Kau boleh ke?"
Tak pasal-pasal ada yang sesat nanti. Aku menghabiskan ayat yang aku sendiri je boleh dengar.
"Ala. Kau ada. Abang Danish ada. Kak Nel nak ikut?"
"Euwww! Kawasan macam tu? Tak nak lah I. I lebih rela duduk rumah dari pergi tempat-tempat macam tu,"
"So malam ni. On?"
"Masalahnya ada ke pasar malam, malam ni?"
"Oh! Dia hanya ada hari-hari tertentu je ea?"
Aku mengangguk. Nampak sangat dia memang tidak tahu. Nampak gayanya aku sendiri menjerat diri aku. Sepatutnya malam ini, aku harus pulang ke rumah namun dek kerana idea yang mengarut tiba-tiba terpacul, bermakna aku perlu bermalam lagi di sini. Terlajak perahu boleh di undur. Telajak kata, sendiri fikirlah Damia oiii.
mungkin last untuk malam ni.. siapa dh dengar lagu memori duka??? sedih tak? ralate tak dengan cerita ni korang rasa? bagi MH kalau dengar lagu tu then baca karya MH ni, lagi masuk aura tu kan?? korang bole feel tak macam MH? ke MH je SS? hahahaha.. happy reading guys!
Share this novel