Episod 34

Romance Completed 26493

Setelah sejam lebih sedikit aku memandu akhirnya aku tiba di lokasi yang telah dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Pada mulanya aku tidak yakin, namun apabila melihat papan tanda yang diletakkan di salah satu petak parking tertulis nombor flat kereta aku, aku menarik nafas lega.

Mungkin staff di situ sudah sedia menunggu ketibaan aku kerana sebaik sahaja aku tiba beberapa staff sudah datang menghampiri aku dan mengalihkan papan tanda tersebut tanpa perlu aku turun dari kereta. Aku tersenyum. Layanan mengalahkan orang VVIP padahal bawa kereta Myvi je. Rasa ingin ketawa pula bila di ingatkan kembali.

Walaupun waktu aku tiba di situ sudah lewat setengah jam kerana jalan jem, tetapi aku tetap di layan baik.

Bangunan tinggi di hadapan aku, aku tatap. Biar betul jumpa kat sini. Hati aku berdetik.

Aku tidak tahu bangunan ini ada berapa tingkat tetapi sakit jugalah tengkuk aku kerana terpaksa mendongak ke atas untuk melihat betapa tingginya bangunan itu.

Tok! Tok!Tok!

Cermin kereta aku diketuk dari luar. Aku nampak staff yang tadinya mengalihkan papan tanda sudah berdiri tegak di sebelah pintu aku. Dia mengisyarat kepada aku untuk menurunkan cermin kereta. Aku hanya mengikut.

"Cik Damia kan?"

Kereta sudah elok parking baru nak tanya ke?

"Haa.. ye saya,"

"Oh! Sorry. Saya ingatkan saya salah orang sebab saya tunggu-tunggu dari tadi Cik Damia tak turun-turun pun dari kereta,"

Oh! Dia tunggu aku ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Walaupun sebetulnya aku memang sudah terlewat kerana gugup punya pasal, aku terlupa segalanya. Aku menaikkan semula cermin kereta dan aku terus mematikan enjin kereta. Beg yang sudah aku sediakan di sebelah tempat duduk penumpang hadapan aku ambil.

Beg itu tidak terlalu besar. Cukup-cukup memuatkan buku sketch dan beberapa album yang di dalamnya terdapat beberapa koleksi hasil air tangan aku.

Jika sebelum ini, aku hanya berurusan dengan pihak syarikat yang mengambil aku sebagai freelance tetapi hari ini, buat pertama kali aku sendiri kena berurusan dengan client. Menurut Syarikat Digital Studio iaitu syarikat yang ambil aku sebagai freelance, client ini sangat demand dan cerewet. Oleh sebab itu client ini ingin sendiri berjumpa dengan aku sebagai grafik design agar senang untuk berurusan.

Aku benar-benar gugup. First time berjumpa orang luar. Bercakap. Fuh! Perkara luar biasa Cik Damia buat hari ini.

Aku keluar dari kereta kemudian pintu kereta aku tutup. Aku menatap penampilan diri aku pada cermin kereta, perbetulkan kedudukan selendang, baju dan apabila aku berpuas hati aku terus melangkah. Staff yang tadinya setia menunggu aku, masih sama. Tetap menunggu aku dan memerhati segala perlakuan aku. Lantaklah dia nak tengok pun. Amik mood Damia.

Sampai sahaja di muka pintu utama angin sejuk beku terus sahaja menyapa lembut tubuh aku. Haruman yang keluar usah di cakap.

Jika tengok dari luar, bangunan sudahlah tinggi. Tiba di dalam. Wah! Lagi cantik. Mungkin client yang aku jumpa kali ini bukan biasa-biasa jadi aku harus buat yang terbaik.

"Cik Damia. Sila ikut saya,"

Aku perasan nama staff itu Azizul. Sempat pula aku mencuri pandang.

Azizul membawa aku ke sebuah restoran yang ada di dalam bangunan itu. Aku di bawa terus ke satu kuanter penyambut tetamu.

"Nita. Ni client yang nak jumpa Encik Rafiq pukul satu tadi,"

"Oh! Ya. Dah sampai ea? Okey. Cik Damia kan? Encik Rafiq dah reserve one table for you and him. Jom ikut saya,"

Aku hanya mengangguk. Fuh! Betul-betul layanan tip top ni. Parking kereta ala-ala VVIP walaupun bawa kereta Myvi, layanan pun sama. Hebat kau Damia.

"Cik sila duduk. Nanti pelayan akan bawakan makanan yang sudah ditempah khas untuk Cik Damia. Kalau Cik Damia tidak suka dengan menu tersebut, Cik Damia boleh tukar dan senarai menu Cik Damia boleh minta pada pelayan,"

Aku sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Tidak pernah aku bayangkan dapat layanan sehebat begini. Wow! Amazing.

"Encik Rafiq maybe little bit late. Tapi tak apa, Cik Damia boleh nikmati hidangan yang kami sediakan dahulu,"

Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Dan wanita yang berpakaian kemas yang dipanggil Nita tadi berlalu pergi meninggalkan aku. Fuh! Barulah aku boleh bernafas seia dan sekata. Jumpa staff je dah gugup. Belum lagi jumpa tuan badan. Tapi kau yakin ke yang bakal kau jumpa nanti adalah owner bangunan ini? Huh! Biarlah. Malas nak fikir.

Aku sudah meletakkan beg yang aku bawa tadi di sebelah kerusi yang aku sedang duduk. Sungguh aku tidak tahu bagaimana gaya formal apabila berada di tempat-tempat high class seperti ini.

Aku membuat lagak biasa sahaja seperti duduk di kedai mamak. Biarlah orang nak kata apa. Bukan ada orang yang kenal aku pun. Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir aku akan menjejak kaki di tempat ini.

Aku mengambil telefon bimbit di dalam tas tangan aku. Perkara pertama yang aku nak buat adalah tengok rakaman CCTV di rumah aku. Sudah tentulah! Aku nak pastikan baby Ikhwan selamat. Walaupun kita percaya 99% kepada seseorang itu, letakkan juga 1% sifat ragu-ragu dan was-was supaya kita sentiasa berjaga-jaga.

Beberapa minit aku perhatikan skrin telefon aku, seorang pelayan datang membawa hidangan Coffe Latte. Haruman kopi menerjah rongga hidung aku.

"Cik nak air sejuk? Jus?"

Pelayan itu mempelawa aku.

"No. It's okey,"

"Ni ada gula dan coffe mate. Boleh tambah ikut citarasa cik,"

Aku memandang pack-pack yang berwarna putih berbentuk sachet itu dan aku mengangguk perlahan.

"Okey. Terima kasih,"

Pelayan tadi berlalu meninggalkan aku. Coffee Latte yang terhidang di hadapan aku, aku perhatikan. Cantik pula hiasan di atasnya. Ada lukisan berbentuk bunga. Sayang pula nak minum.

Aku kembali menatap skrin telefon aku. Setelah aku pastikan semua selamat, aku meletakkan telefon bimbit ke sisi meja. Cawan kopi aku tarik. Aroma kopi yang keluar menyengat hidung aku. Tidak tertahan rasanya bagi pecinta kopi seperti aku. Perlahan aku mengacau kopi tersebut menggunakan satu sudu yang agak kecil. Perlahan aku merasa kopi tersebut menggunakan sudu kecil itu.

Hurm! Sedap. Perfect. Tak perlu tambah apa-apa.

Beberapa minit kemudian pelayan tadi datang semula namun dia tidak membawa apa-apa hidangan.

"Cik Damia. Maaf. Saya nak tanya. Untuk main dish, Cik Damia nak sekarang atau nanti?"

Wahh! Boleh tentukan masa ea? Hebat.

"Ermm.. nantilah. Perut penuh lagi. Tapi kalau ada pencuci mulut, okey juga,"

Tanpa segan aku meminta.

"Okey. Cik nak kek or buah-buahan?"

"Hurmm.. kalau nak dua-dua boleh?"

Tak malukan kau Damia. Aku ketawa sendiri di dalam hati. Ye lah. Tadi diorang beritahu segala menu sudah di pilih bermakna ada orang yang bayarkan. Betul tak? So! Dapat makan free. Kita bedal sahaja ma. Enjoy your life okey. Aku berkata senang di dalam hati.

"Of course boleh,"

Dan pelayan itu pun berlalu.

Ting!

Bunyi meaej dari telefon aku. Aku capai dan aku buka. Mesej dari Encik Rafiq.

Encik Rafiq : Cik Damia dah sampai?

Aku senyum.

Aku : Dah.

Encik Rafiq : Sorry saya lambat sikit. Give me 10 minutes and I'll be there.

Aku : Okey. Tyt - take your time. Anyway thanks for the dishes.

Encik Rafiq : Np - no problems. Kalau tak cukup oder lagi. Okey. Get to go. See you soon.

Pelayan tadi datang semula membawa hidangan seperti yang aku minta. Dan aku menundukkan sedikit wajah aku tanda ucapan terima kasih.

Beberapa minit kemudian.

"Sorry. Cik Damia right?"

Aku yang sedang leka dengan telefon bimbit terkejut seketika apabila ditegur begitu. Wajah aku, aku naikkan untuk melihat siapa gerangan yang menegur. Kacak habis beb! Kalah abang Danish. Ish! Kenapa nama mamat tu pula yang bermain di minda aku.

Wanginya!

"Opss. Ya saya,"

Aku berdiri. Telefon bimbit aku letakkan di sisi meja.

"No. It's okey. Duduk. Duduk. Jangan terlalu formal. Saya suka kita santai-santai,"

Dia mengambil tempat di hadapan aku. Aku menatap wajahnya. Kenapa macam pernah jumpa ye. Aku macam kenal. Namun bila aku cuba ingat kembali, hilang. Aku tidak pasti di mana. Namun aku yakin, aku pernah nampak lelaki ini.

"Encik Rafiq?"

"Ya. Saya,"

"Kita pernah berjumpa ke sebelum ni? Sebab saya macam pernah nampak,"

"No. Ni first time. Mungkin yang tu pelanduk dua serupa,"

Dia ketawa. Ketawa pun smart. Gilalah. SubhanAllah. Maha suci engkau yang mencipta keindahan.

Encik Rafiq mengeluarkan sesuatu di dalam poket seluarnya.

"This is my card. Cik Damia boleh simpan,"

Macam biasa. Orang yang ada karier sepertinya sudah pasti ada business card.

Aku mengambil kad yang ditolak dan memandang sekilas kemudian aku simpan di dalam tas aku.

Beg di kerusi sebelah aku, aku capai. Kerana aku juga mengejar waktu, kenapa mahu berlengah-lengah lagi. Sekarang jam sudah hampir menginjak ke angka dua. Jika lambat-lambat, lambatlah aku pulang ke rumah.

"Tunggu. Sebenarnya saya ada hal lain nak berbincang dengan Cik Damia. Jika cik tak keberatan,"

Aku tidak jadi membuka beg. Zip aku tutup semula. Aku memandang tepat ke wajah lelaki itu.

"Oh! Ye ke? Saya ingat Encik Rafiq nak buat business dengan saya,"

"Jangan salah anggap. Betul saya memang sedang mencari pereka grafik. Tapi itu soal nombor dua. Ada hal lain yang lebih penting,"

Aku nampak wajahnya serius. Encik Rafiq ni aku boleh kategorikan lelaki yang muda dalam lingkungan umur-umur abang Danish. Dalam tiga puluhan. Tinggi. Berbadan sasa. Berkarisma cuma dia berkumis sedikit tetapi di jaga rapi. Penampilan hebat. Seperti businessman yang ada dalam drama tv3. Kulit kuning langsat. Sama macam aku. Rambut pula sedikit panjang style slick back dan berwarna Brown Beige sangat sesuai dengan raut wajahnya.

"Hurm.. saya tak tahu ada hal yang lagi penting dari ni. Jika encik berniat untuk bercakap soal personal, saya rasa encik dah salah orang. Maaf encik. Saya rasa saya dah buang masa yang banyak di sini. Encik kena tahu. Saya ada tanggungjawab yang lain dan perlu diberikan perhatian,"

Aku tidak tahu kenapa kata-kata itu lancar sahaja keluar dari bibir mungil aku. Benar ke lelaki ini ingin bercakap soal personal atau itu cuma andaian aku sahaja.

Aku sudah berkira-kira untuk membuka langkah pergi dari situ namun ayat yang keluar dari bibir lelaki itu membuat tubuh aku kaku.

"Cik Damia adik kepada Darina kan?"

Aku yang ketika itu sudah berdiri akhirnya terduduk kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience