Alhamdulillah akhirnya MEMORI DUKA tiba juga ke penghujungnya. Terima kasih atas sokongan anda dalam penghasilan karya MH kali ini. Walaupun banyak kekangan masa dan mengalami kehilangan 'ilham' beberapa kali, tetapi sebagai pembaca yang selalu menyokong hasil karya MH... Anda sentiasa menunggu dengan penuh sabar. Itu membuatkan MH sentiasa bersemangat dalam menghasilkan karya-karya yang mungkin mampu menjentik sedikit hati dan emosi anda.
Maaf... Jika terdapat kesilapan ejaan atau penggunaan bahasa yang tidak betul atau penyusunan ayat yang tidak teratur.
Maaf juga kerana berkali-kali membuat anda mencuci mata (menangis)... Halalkan setiap titisan air jernih yang sentiasa gugur setiap kali membaca 'MEMORI DUKA'.
Terima kasih juga kepada donater-donater yang sentiasa bermurah hati mendermakan coins. MH appreciate sangat-sangat. Semoga segala derma yang kalian beri untuk karya MH sentiasa diberkati dan di balas oleh Allah SWT dengan rezeki yang tidak putus-putus... Aaminn..
Terima kasih juga untuk semua pembaca yang sudi komen di setiap ruangan komen. Memberi kata-kata semangat dan sentiasa memberi reaksi positif pada hasil karya MH bermula dari Penghujung Rindu dan kini novel ke dua... Memori Duka... Untuk pengikut MH yang sentiasa follow rapat MH... Terima kasih.. semoga Allah mengurniakan kesejahteraan buat kalian dan keluarga kalian.
Untuk kalian yang mungkin berhajat hasil karya MH berada di top 100.. in shaa Allah. Mungkin satu hari nanti ianya termakbul..
Sebagai penulis, mestilah nak yang terbaik untuk setiap hasil karyanya. Betul tak? Sama lah dengan MH. MH pun nak juga umum mengetahui hasil karya MH. Nanti.. senang-senang tolonglah promote karya MH pada kenalan... Sanak saudara... Kawan-kawan serumah...office.. jiran-jiran ye..
Untuk karya yang seterusnya.. in shaa Allah ada kot... Hehehe. Tapi... Korang nak lagi ke? Nak MH keluarkan novel baru?? Betul?? Cuba komen!!
Untuk akhir kata... jadilah Manusia yang sentiasa mempunyai impian yang tinggi tetapi masih mampu merendahkan diri dan sentiasa ambil peduli akan persekitarannya...End!
sedih pula tetiberr..
Share this novel