Episod 2

Romance Completed 26493

Beberapa pasang mata yang tertumpu ke arahku membuat perasaan aku semakin gementar. Kertas yang aku pegang juga terlihat sedikit bergoyang. Telinga aku juga dapat menangkap beberapa orang sedang mengumpat aku. Menyindir aku juga mungkin ada. Ahhh! Pedulikan. Kau boleh Damia.

"Okey. Boleh mulakan," - Cikgu Jasmin.
Aku menarik nafas perlahan dan melepaskannya.Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Aaminn.
"Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Hai semua. Saya Damia. Ni ahli kumpulan saya...."

Tiba-tiba kata-kataku di potong Hafiz.

"Ahhh. Tak payah lah nak kenalkan. Kita orang semua kenal ahli kumpulan kau tu,"

"Buuuuu...." -semua.

"Kelas!" Cikgu Jasmin menempik.
Terperanjat aku dengan situasi itu. Bukan aku sahaja. Malah aku rasa semua murid turut terperanjat dengan suara jeritan Cikgu Jasmin.

Betul tak aku cakap. Emosi orang mengandung ni lain. Kita sendiri tidak boleh nak jangka.

"Kenapa kamu ni? Dah tak reti nak hormat orang ke?" Merah padam muka Cikgu Jasmin menahan marah.

"Kawan kamu tu nak buat perbentangan. Tugas kamu dengar. Catit mana-mana isi yang penting. Bukan cikgu suruh kamu ejek dia. Buuuu dia," aku lihat dada Cikgu Jasmin sudah turun naik.

"Ishhh! Kamu tak hormat kawan kamu tu, bermakna. Kamu tak hormat saya!" Sedikit bergetar di hujung suaranya.
Cikgu Jasmin melangkah ke meja guru. Dia mengambil beg tangannya. Aku dan kawan-kawan yang lain sedikit terperanjat dengan tindakan Cikgu Jasmin.

"Saya tak ada mood nak ajar kamu hari ni," nampak ada air jernih turun di pipinya.
Aku terkaku.

"Damia!" Tersentak lagi.

"Tolong saya angkat buku-buku ni. Bawa di bilik guru. Letak atas meja saya," arah Cikgu Jasmin.

"Baaa....baaik cikgu," aku menundukkan sedikit kepalaku. Dengan pantas buku-buku di atas meja aku ambil. Kertas perbentangan aku lipat dan masuk ke dalam poket bajuku.
Disebabkan situasi itu, aku mendapat jelingan tajam dari semua murid. Aku pasti, kali ini pasti diri aku di jadikan perbualan hangat untuk mereka kopek bawang.

Langkah aku laju, membontoti langkah Cikgu Jasmin. Namun sebaik melintasi tandas guru, Cikgu Jasmin masuk ke dalamnya. Aku? Takkan masuk sekali. Sudah pasti aku terus ke bilik guru.

Masuk sahaja bilik guru, suasana sunyi. Hanya ada beberapa guru sahaja memandang sekarang adalah waktu PNP iaitu waktu pengajaran dan pembelajaran. Aku tercari-cari meja Cikgu Jasmin. Memandang itu kali pertama aku membantu Cikgu Jasmin, maka aku tidak tahu di mana kedudukan mejanya.

Aku melihat ada Cikgu Jaafar di situ. Cikgu Jaafar merupakan cikgu Matematik aku. Suaranya garau dan besar. Jika dia sedang mengajar, anak murid tidak sempat merasa mengantuk dek kerana suaranya yang garau dan besar itu.
Cikgu Jaafar sedang berdiri di hadapan cermin yang di gantung di dinding bilik guru itu sambil membetulkan ikatan tali lehernya. Cermin itu panjang ke bawah. Oleh itu sangat puas melihat diri sendiri di dalam cermin.

Tengok ya! Bukan sahaja cikgu perempuan gilakan cermin. Cikgu lelaki pun sama. Masing-masing mementingkan keterampilan. Aroma harum dari wangian Cikgu Jaafar menusuk ke alur hidungku. Sedap. Pasti minyak wangi mahal. Terbuai aku seketika.

"Assalamualaikum cikgu. Maaf. Nak tanya,"

"Haaa. Damia. Waalaikumsalam. Terperanjat cikgu," ucapnya sambil ketawa.

Boleh di katakan rata-rata cikgu di sekolah itu, mengenali aku. Pelajar seniorkan. Sudah enam tahun menuntut ilmu di sekolah itu. Pasti dan sudah tentu semua warga sekolah mengenal aku. Lagi pula, pelajar yang kurang berkemampuan macam aku tidak ramai di sekolah itu.

Aku menggigit bibir supaya tidak ketawa. Terhibur melihat tubuh itu seperti terkena renjatan eletrik sewaktu aku menegurnya. Buku-buku yang aku pegang sudah terasa berat. Mata Cikgu Jaafar beralih ke arah tanganku yang sudah penuh dengan buku.

"Ermmm. Cikgu tau mana meja Cikgu Jasmin?"

"Oh! Meja Cikgu Jasmin. Tu. Kat tepi tu," dia menunjuk ke arah satu meja. Aku pun turut sama menoleh ke arah yang ditunjuk.

"Oh. Terima kasih cikgu," ucapku sambil menunduk sedikit kepala.

"Cikgu dah hensem tu," sempat pula aku mengusik.

Aku memang jarang begini. Jarang aku mengusik orang jika dia tidak rapat dengan aku. Ya! Aku suka cara Cikgu Jaafar mengajar aku dan kawan-kawan kelas aku. Dia tidak memilih bulu seperti sesetengah cikgu. Dia juga sering buat kelas aku tidak kering gusi. Ada sahaja perkara atau alat di muka bumi ini dikaitkan dengan Matematik.

Contoh. Untuk tajuk Tolak dalam bentuk lazim. Jika nombor di bawahnya lebih besar, kita perlu meminjam kepada nombor di sebelah. Cikgu Jaafar suka menggambarkan yang nombor sebelah itu adalah jiran.

"Jika kita tak cukup duit, kita pinjam kawan sebelah kita,"

"Kalau dia tak beri cikgu?" Farid.

"Kita paksa juga," dan jawapan itu membuat seluruh kelas tertawa.

"Ini cuma dalam subjek Matematik sahaja tau. Jangan pula kamu buat betul-betul dengan jiran atau kawan kamu," sekali lagi kelas bising dengan suara ketawa.

Aki tersenyum bila teringat kisah itu.

"Haa... Dah kenapa senyum-senyum. Berangan lah tu. Kecik-kecik pandai berangan," giliran Cikgu Jaafar pula mengusikku.

Aku hanya membalas dengan senyuman. Buku-buku di tangan aku letak penuh berhati-hati di atas meja Cikgu Jasmin. Meja itu kemas dan teratur. Cantik. Seperti Cikgu Jasmin juga. Cantik, tinggi dan gebu. Walaupun dia sedang mengandung, tubuhnya itu tetap kelihatan menawan. Mungkin aku boleh jadikan Cikgu Jasmin sebagai mentor aku, apabila aku sudah besar kelak. Ha! Berangan lagi.

Sebaik sahaja buku-buku itu aku letak dan susun, aku mengatur langkah untuk keluar dari bilik guru dan pulang semula ke kelas. Sebaik sahaja aku hampir di pintu bilik guru, Cikgu Jasmin menyapaku dari belakang.

"Damia,"

Eh! Dari mana Cikgu Jasmin muncul. Aku tidak perasan sejak bila dia masuk ke bilik guru.

"Ya cikgu,"

"Terima kasih tolong cikgu," Cikgu Jasmin tersenyum memandang aku. Aku tidak pelik melihat senyuman itu. Malah aku sudah beberapa kali melihat senyuman manis Cikgu Jasmin.

"Nah. Upah!"

Cikgu Jasmin menghulur aku dua keping duit kertas seringgit. Jika dulu aku seboleh-boleh menolak, tetapi kini aku dengan rela hati menerima. Jika dulu, setiap kali aku menolak pemberian Cikgu Jasmin, Cikgu Jasmin sendiri akan belikan aku makanan di kantin. Tetapi kadang-kala duit tersebut di masuk terus di dalam poket baju sekolah aku.

Sudah kerap kali begitu. Ada sahaja ideanya supaya aku menerima setiap pemberiannya. Cikgu Jasmin selalu cakap.

"Setakat beri awak seringgit dua ni, tak jadi papa lah saya. Jangan takut. Malah Allah lagi melipat kali gandakan rezeki saya, sebab saya berkongsi rezeki dengan awak,"

Aku senyum setiap kali teringat kata-kata itu.

"Terima kasih cikgu,"

Aku kemudian berlalu pergi. Suasana hiruk pikuk kelas aku, dari jauh sudah kedengaran. Aku hanya membuat tidak peduli. Aku masuk ke kelas melalui pintu belakang kerana berdekatan dengan meja aku.

Waktu PNP Cikgu Jasmin berbaki setengah jam lagi. Aku menarik kerusi lalu duduk. Kerusi di sebelah aku kosong. Mata aku melilau di dalam kelas. Mencari kelibat Fatihah Husna.

Dia ada bersama Suraya, Diana, Nabila, Anita, Hafiz, Emy dan Azlan. Mereka seperti sedang membincangkan sesuatu. Sesekali mata mereka memandang aku. Kemudian mereka ketawa. Apa yang mereka bincangkan aku malas ambil tahu. Mata aku larikan memandang luar tingkap. Jauh termenung.

Tukkk!! Tukk!

"Asyik termenung je lah kau ni ea. Tak ada kerja lain? Berangan je," jerkah Emy tiba-tiba. Entah sejak bila dia duduk di sebelah aku, aku pun tak tahu.

Aku hanya menoleh sebentar. Kerusi aku tarik rapat ke dinding. Meletakkan sedikit jarak antara aku dengan Emy. Kemudian mataku kembali melihat di luar tingkap.

"Wehh! Diana! Suraya! Sini jap," Emy memanggil.

"Kenapa?" Diana bersura. Suraya hanya memerhati.

"Jom lepak sini. Sana tak best. Sini baru best," dia menjeling aku di sisinya.

Aku hanya membiarkan. Malas ambil pusing. Putaran masa aku rasakan begitu lama. Tidak betah duduk lama seperti itu di dalam kelas.

Kerusi yang kosong di hadapan aku di ambil dan mereka melabuhkan punggung di situ.

"Weh. Aku nak tanya korang lah. Pernah tak korang rasa benci sesuatu tanpa sebab?" Emy bersuara.

Aku hanya memasang telinga.

"Ermmm. Entah lah. Maksud kau ape?" Suraya bertanya.

"Ye lah. Macam kau tak suka sesuatu," Emy menjeling aku. Aku tak tahu apa masalah dia dengan aku.

"Oh! Ada. Aku tak tahu kenapa sejak dulu aku benci tengok dia ni," Diana bersuara. Jari telunjuk menghala ke arah aku.

"Kann. Aku pun sama. Padahal dia tak ada pun buat apa-apa kat aku," sinis sahaja Emy pula membalas.

Aku hanya menjadi pendengar. Apa salah alu Ya Allah.

"Weh. Kau dengar tak?" Emy menolak kerusi aku menggunakan kakinya.

Terhuyung-hayang sedikit tubuh aku. Dirinya di sisi hanya aku jeling. Kemudian aku kembali menatap luar tingkap. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Aku ingin menangis. Meraung. Tapi mana mungkin. Mereka pasti tidak peduli.

Sekali lagi kerusi aku di tolak kasar. Tergerak sedikit tubuh aku. Aku sebenarnya memang malas mahu melayan mereka. Ada sahaja idea nakal untuk mengusik aku.

"Kelas! Cikgu Jaafar dah nak sampai. Ambil tempat duduk masing-masing," Hafiz menjerit lantang.

"Cis! Time ni pula Cikgu ni nak sampai. Kau tunggu ea. Aku belum habis dengan kau,"

Aku tak tahu apa salah aku. Kenapa dia benci sangat dengan aku. Muka aku tekup dengan kedua belah tangan. Menarik nafas kuat. Mengosongkan dada yang sesak. Kemudian aku lepas kasar.

Fatihah di sisi aku menoleh kerana mendengar aku mengeluh. Kemudian dia kembali memandang ke hadapan.

"Kelas! Bangunnn. Selamat pagi Cikgu Jaafar," ucap Suraya.

"Selamat pagi Cikgu Jaafar!" -semua.

"Selamat pagi. Semua boleh duduk,"

"Ermmm. Hari ni saya nak adakan ujian Matematik berkaitan apa yang kita belajar semalam. Soalan tak banyak. Dalam tiga puluh soalan je,"

"Haa??"- satu kelas.

"Cikgu tak bagi tahu pun. Kitorang mana ada buat ulang kaji," Hafiz bersuara.

Cikgu Jaafar memang suka buat ujian mengejut seperti ini. Namun bagi aku ini lebih seronok dari membuat aktiviti dalam kumpulan.

"Baguslah kamu tak buat ulang kaji. Cikgu nak uji minda dan daya ingatan kamu. Soalan kacang je. Saya yakin kamu boleh buat. Lagi pun soalan banyak keluar tentang apa yang kita belajar semalam. Tak kan dah lupa,"

Kelas kembali bising.

"Suraya. Ambil kertas ni. Kemudian agihkan setiap seorang,"

"Baik cikgu," Suraya bangun dan mengambil kertas ujian di tangan Cikgu Jaafar.

Dia mula mengagihkan setiap seorang satu kertas. Kertas ada di tanganku, aku renung. Soalan objektif. Oh! Mudah ni.

Subjek Matematik adalah subjek kegemaran aku. Aku suka buat kira-kira. Aku tersenyum memandang kertas ujian itu.

"Okey. Semua tolong jarakkan meja masing-masing. Saya tak nak ada yang meniru,"

Kelas menjadi sangat bising apabila semua mula mengambil jarak. Bunyi kerusi meja berlaga dan terseret lantai sangat memekakkan telinga.

"Okey. Semua dah sedia?"

"Sudah!"

"Kamu ada masa setengah jam dari sekarang,"

"Apa???" Semua ternganga.

"Soalan senang je. Lagi pun tiga puluh soalan je. Cepat. Jangan lengah masa,"

"Huh!" Semua mengeluh.

Suasana yang hingar bingar sedari tadi sekelip mata berubah menjadi sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing dan sekali sekala bunyi pintu bergerak kerana di tiup angin.

Benar kata Cikgu Jaafar. Soalan ini semua kacang. Tak sampai sepuluh minit aku siap jawab semua soalan. Aku tersenyum. Jawapan aku sudah semak beberapa kali. Dan aku sangat berpuas hati.

Pensil dan pemadam aku simpan di dalam pensil box yang ibu jahit sendiri. Sangat unik bukan. Limited edition. Dekat kedai pun tak ada jual. Ibu menjahit pencil box menggunakan lebihan kain perca. Sangat cantik bagi aku. Ini membuat aku lebih bersemangat ingin terus belajar.

"Okey. Masa dah tamat. Saya nak kamu tukar kertas soalan kamu dengan kawan sebelah,"

Seperti biasa. Setiap kali ujian seperti ini. Cikgu Jaafar terus akan menyuruh kami menyemak jawapan dengan menukar kertas soalan yang sudah di jawab dengan kawan sebelah. Jadi kami dengan tidak sengaja mengambil tugas cikgu. Seronok juga sekali sekala dapat menanda kertas seperti itu.

haiii... best tak citer ni? korang suka tak?? cer komen..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience