Pagi itu aku ke sekolah seperti biasa. Namun mata sembabku mendapat perhatian rakan-rakan terutama Dahlia.
"Awak kenapa?"
Aku hanya senyap. Aku takut. Aku takut aku akan kehilangan ayah.
"Awak beritahulah saya,"
Cikgu yang sepatutnya mengajar Subjek Sains belum tiba. Dan kesempatan itu rakan-rakan aku duduk mengelilingi aku.
"Kau kena kuat. Doa banyak-banyak semoga ayah kau tak apa-apa,"
Suara Azlan yang tiba-tiba membuat tubuhnya kini menjadi tatapan rakan-rakanku.
Dan kerana itu aku kembali menangis. Meraung semahu aku.
"Aa..aakuu..aaku..ta..taa.kut," dalam esakan aku luahkan apa yang aku rasa.
Dan rakan-rakanku menenangkanku.
"Lan.. kenapa?"
Dahlia meyoal.
"Ayah dia kena serangan stroke awal pagi tadi. Sekarang ada kat hospital. Storke 1 badan,"
Azlan merupakan jiran aku tetapi dia duduk jauh sedikit dari rumah aku. Sudah pasti dia mengetahui hal itu.
Esakan aku masih kedengaran.
"Bangun! Selamat pagi cikgu,"
Cikgu Saat masuk ke kelas aku. Dan aku tidak mampu berdiri di waktu itu. Hilang segala daya upaya aku hari ini.
Dan Cikgu Saat perasan akan keadaan aku.
"Okey. Selamat pagi. Semua boleh duduk,"
Matanya sedari tadi memerhatikan aku yang sedang duduk sambil menangkupkan kepala di atas meja.
Perlahan kakinya melangkah ke arah aku.
"Damia. Awak okey?"
Cikgu Saat menghampiri aku.
Menyedari Cikgu Saat ada di sisi aku. Perlahan aku usap air mata yang masih bersisa. Dan dengan kudrat yang ada aku bangkit. Ya! Aku harus bangkit melawan perasaan ini. Aku harus kuat demi ayah.
Namun pandangan aku berpinar. Aku rasa bumi berputar dan lantai yang aku pijak menjadi tidak sekata. Serta-merta tubuh aku lemah dan hampir menyembah lantai namun sempat Cikgu Saat menyelamatkan aku.
"Astaghfirullah al a'zim. Pelajar perempuan bantu saya!" arah Cikgu Saat.
Pelajar perempuan beramai-ramai memghampiri aku. Mereka membaringkan aku di atas lantai. Dahlia meletakkan kepala aku diribaannya. Manakala pelajar lain membetulkan kedudukan kaki dan pakaianku agar terjaga segala auratku. Aku benar-benar lemah. Namun aku sedar apa yang berlaku.
"Adik!"
Ya! Itu suara kakak. Aku pasti ada yang memberitahunya. Perlahan tanpa suara, air mataku mengalir deras. Kakak mengambil tempat Dahlia. Kepala aku diribaan kakak. Lantas tubuh itu aku peluk. Aku meraung sekuatnya. Aku tidak sanggup jika ayah pergi meninggalkan aku.
*****
Sudah seminggu ayah di rumah. Ayah hanya berbaring di atas tilam yang diletakkan di ruang tamu. Tubuh ayah sudah tidak kuat seperti dahulu. Makan minumnya perlu bersuap. Kencing berak perlu di tadah. Jika dulu aku lihat ayah seorang yang kuat dan bertenaga, kini tubuh itu terbaring lemah.
"Ayah okey hari ini?"
Walaupun ayah tidak mampu berkata-kata namun reaksi matanya memberi tindak balas. Dikerdip perlahan kelopak mata. Aku lihat ada air yang mengalir dari mata redup itu. Aku kesat perlahan.
"Ayah kuat! Adik yakin ayah kuat dan mampu lalui ujian ini,"
Tangannya aku genggam dan aku cium. Aku tidak mahu menangis di hadapan ayah. Aku mahu tunjuk yang diri aku kuat. Ayah perlukan semangat kami.
"Adik pergi salin pakaian dulu ea. Nanti adik teman ayah berbual,"
Aku melepaskan genggaman tangan aku dan berlalu pergi. Sebenarnya aku tidak sanggup berhadapan situasi ini. Aku tidak kuat. Di dalam bilik, aku meraung lagi. Namun aku tekup mulutku dengan bantal agar tidak kedengaran.
Abang tidak dapat balik kerana dia sedang menghadapai ujian di universiti. Minggu hadapan baru dia boleh pulang kerana minggu hadapan baru ujian habis.
Sewaktu aku keluar dari bilik, aku lihat ibu sedang menyuap ayah bubur. Hanya itu yang mampu ayah makan sebab ayah tidak mampu mengunyah seperti dahulu. Ibu layan ayah sebaik mungkin. Sesekali ibu mengelap bibir ayah bila ada bubur yang jatuh di sekitar bibir. Aku tahu jika aku sedih, ibu lagi sedih. Ibu pura-pura kuat di hadapan kami anak-anaknya dan ayah. Jika aku seringkali menangis, ibu pula entah berapa gelen air mata yang sudah keluar dari mata itu.
Ya Allah! Sembuhkanlah ayah. Kembalikanlah kesihatannya seperti sedia kala. Sedang aku merenung ibu di balik pintu bilik, tiba-tiba..
"Assalamualaikum...,"
Sejak ayah sakit, rumah aku tidak henti-henti akan ada kunjungan dari penduduk sekitar mahupun kenalan ayah. Guru-guru sekolah aku juga tidak melepaskan peluang untuk ziarah ayah dan bertanya khabar keadaan kami sekeluarga.
"Waalaikumsalam," aku menjawab. Ibu pantas mencapai tudung sarung yang sentiasa ada di bahunya.
Aku melangkah menuju ke pintu hadapan untuk melihat siapa gerangan yang memberi salam. Ibu masih di sisi ayah. Menyuap ayah makan.
"Oh! Mummy.. daddy,"
Aku gembira melihat wajah-wajah dihadapanku. Tubuh ibu Dahlia aku peluk.
"Damia apa khabar?"
Tubuhku di pegang.
"Alhamdulillah. Mummy dengan daddy sihat? Dahlia mana? Tak datang sekali?"
Aku memanjangkan leher melihat jika ada tubuh yang aku cari.
"Ada dalam kereta tu, sekajap lagi turunlah tu,"
"Oh! Mummy daddy jemput masuk. Ibu ada kat dalam,"
Aku mengajak keduanya masuk. Kemudian aku terus ke dapur untuk menghidang apa yang patut untuk tetamu. Kakak sedari tadi sudah menghilang. Ingatkan ayah sakit dia akan duduk di rumah. Hmmm. Aku menarik nafas perlahan dan melepaskannya.
Serbuk teh aku rendam di dalam sebiji cawan. Satu teko aku ambil. Kemudian dulang. Beberapa biji cawan teh aku ambil. Kemudian piring alas pun aku ambil. Aku susun kesemuanya dibdalam dulang. Ibu dari awal memang ada sediakan teko satu set siap cawan untuk tetamu jika ada yang datang berkunjung ke teratak kami.
Apila semua sudah siap, aku keluarkan sebiji lagi piring yang saiz sederhana untuk meletakkan biskut kering. Itu sahaja yang ada untuk di hidang. Perlahan dulang yang sudah siap aku angkat dan bawa ke hadapan.
Sebaik aku meletakkan dulang dihadapan tetamu tiba-tiba ada suara lelaki memberi salam.
"Assalamualaikum," aku menoleh. Glurrpp!
Aku malu. Kenapa dia ada sekali?
"Waalaikumsalam. Masuklah Danish. Dahlia mana? Tak ikut sekali," sapa ibu ramah.
Aku cuba mengawal perasaanku ketika ini. Tanganku yang agak menggigil aku kawal sebaik mungkin.
"Ada ni," suara garau itu betul-betul menggegarkan seluruh jasadku.
"Ni mak cik. Pak cik. Ada sedikit buah tangan dari kami,"
Aku lihat ada beberapa beg di tangan Dahlia manakala di tangan abang Danish ada satu kotak yang sederhana besar saiznya.
"Oh! Terima kasih buat susah-susah je. Letakkan je di tepi tu Danish.. Dahlia," ibu berkata dengan lemah lembut.
Danish dan Dahlia melangkah masuk. Aku yang sudah siap menghidang untuk tetamu mengundurkan diri.
Tidak elok jika mendengar orang tua bersembang.
"Jemput minum. Air bujang je. Yang sediakan pun masih bujang," sempat pula ibu mengusikku.
"Ibu. Adik kat bawah ea. Kalau ada apa-apa ibu panggil adik," aku berbisik di sisi ibu.
Ibu senyum sambil menunduk kepalanya. Dia begitu faham dengan perangai ku yang tidak suka memasang telinga ketika orang tua berbual.
Aku perasan Dahlia mengikut aku di belakang. Punggung aku labuhkan di atas bangku. Dahlia pun begitu.
"Awak okey?" Soalnya.
"Eemm. Okey. Mana boleh tak okey. Saya kena kuat untuk ayah.. untuk ibu juga," aku menggenggam jari-jemari aku. Hanya Allah sahaja yang faham perasaan aku.
"Terima kasih datang," jari jemari Dahlia pula aku genggam.
Aku nak dia tahu bahawa aku sangat menghargai kedatangan dia dan keluarganya. Aku senyum.
"Kalau ada apa-apa awak boleh cerita dengan saya. Saya boleh jadi pendengar. Jangan pendam sorang-sorang. Takut nanti makan diri," Dahlia membalas genggaman tangan aku.
Kehadiran Dahlia sedikit sebanyak mengurangkan sedikit kesedihan di hati aku. Banyak yang kami bualkan. Sampai tidak perasan sejak bila abang Danish ada di situ.
Ehem!
Dia berdehem mungkin untuk memberitahu kehadirannya.
"Eh! Abang Danish ni. Ni kan kawasan perempuan. Abang pergilah duduk dengan mummy..daddy," -Dahlia.
Aku juga mengaharapkan begitu. Segan jika ada abang Danish di antara kami.
"Ermmm. Tak elokkan dengar orang tua-tua bersembang," Abang Danish mencari alasan.
Aku pula hanya senyum. Tidak tahu mahu berkata apa lagi.
"Bolehlah baby. Abang join korang. Lagipun dah lama tak borak-borak dengan Damia,"
Wajah aku di pandang. Aku melarikan pandangan ke arah lain. Aku benar-benar malu bila di pandang begitu.
"Tengok. Damia malu abang ada kat sini. Tadi dia okey je. Bila abang datang tengok dia dah senyap," aku tahu Dahlia sengaja mahu mengusik aku.
"Eh! Tak adalah. Saya okey je. Lagi pun betul lah cakap abang Danish tu. Tak baik pasang telinga dengar orang tua-tua berbual,"
Aku genggam tangan Dahlia kuat tanpa sengaja.
"Awww!" Tiba-tiba dia menjerit perlahan.
Aku menggelabah. Tangannya aku ambil dan aku tiup perlahan. Namun aku menepuk bahunya apabila melihat dia ketawa.
"Sayang juga awak kat saya ea?"
"Apalah awak ni. Main-main. Tak baik tau," tangannya masih aku usap perlahan.
"Sakit lagi?" Aku memandang wajahnya yang masih tersenyum.
"Tak lah. Saja je tadi,"
Aku tahu sedari tadi abang Danish hanya memerhati kan sahaja kelakuan kami. Adakalanya aku lihat dia tersenyum. Bagai nak gugur jantung aku melihat senyuman itu.
Kami berbual panjang tanpa sedar. Abang Danish sekali-sekala ada juga menyampuk perbualan kami. Keluarga Dahlia beransur pulang tidak lama selepas itu. Sempat juga ayah Dahlia memberi sesuatu kepada ibu di dalam sampul. Sedikit sumbangan katanya.
Pada awalnya ibu menolak. Ialah banyak benar pemberiannya. Barang-barang di dalam beg, kotak kemudian di dalam sampul pula.
sikit je untuk chapter ni
Share this novel