Episod 40

Romance Completed 26493

"Beb! Macam mana projek kau hari tu? Client ok tak?"

Waktu itu aku bersama Sharil dengan tiga lagi teman aku yang lain sedang duduk santai menikmati makanan di satu restoran steamboat sekitar Skudai. Waktu-waktu malam begini, makanan apa yang layak masuk perut kalau bukan makanan grill.

Pada mulanya aku tolak ajakan mereka, namun apabila mereka sendiri sanggup turun dari Pasir Gudang semata-mata untuk makan bersama-sama aku, tak tergamak pula untuk aku tolak.

Malam itu aku memandu sendiri ke restoran tersebut kerana itu lagi mudah bagi aku kerana restoran steamboat itu tidak jauh dari rumah sewa aku. Aku hanya tinggal send location sahaja kepada mereka.

"Entah! Okeylah kot. Sebab aku dah terima full payment. Then client pun tak ada call atau mesej aku complain ape-ape. So okeylah kot,"

Teringat kembali sebulan yang lepas bagaimana aku terpaksa menjadi 'model terjun' untuk client aku yang ingin mempromosikan busana muslimahnya. Kelakar juga bila diingatkan kembali. Tapi aku sendiri tak sangka dengan diri aku kerana mampu membuat post-post yang aku sendiri tak jangka akan hasilnya. Kalau model antarabangsa tengok, mesti diorang tak dapat cari makan. Hahahaha. Tertawa aku lepas juga.

Terasa aura tu lain macam apabila kita sendiri mengedit diri kita untuk di buat iklan. Feeling dan idea datang mencurah-curah.

"Kau kenapa? Ketawa sendiri?"

Bukan setakat Sharil, tiga lagi kawan kami yang sedang sibuk meng'grill' juga berpaling melihat aku. Eh! Kuat sangat ke aku ketawa?

"Sorry-sorry. Aku teringat moment shoot dengan Shah hari tu,"

Shah singkatan untuk Sharil.

Tiba-tiba Sharil juga ketawa tiba-tiba.

"Betul-betul. Aku tak boleh lah kalau kau ingatkan aku pasal hal tu. Beb! Korang nak tahu tak. Minah ni kayu betul. Penat weh aku ajar dia post macam-macam. Kaku je,"

"Ceh! Sempat pula kutuk aku. Tak guna!"

Aku bangkit mahu mencari ice-cream. Aku suka makan di restoran steamboat kerana pertama makanan di sini banyak. Kedua dari seafood, daging, ayam sampai lah ke sayur-sayuran semua fresh. Dan ketiga macam biasala, mana-mana restoran pun pasti sama. Boleh makan sehingga puas dengan hanya sekali bayaran sahaja.

Setelah dapat apa yang aku cari, aku terus ke meja aku semula. Satu cup ice-cream aku hulur ke arah Sharil.

"Nah! Aku belanja,"

Aku hanya ketawa.

"Ceh! Belanja bendanya. Benda dah bayar kot. Anyway thanks,"

Aku duduk.

"No! Aku yang patut say thanks. Kalau bukan sebab kau, aku rasa sampai sekarang projek tu tak siap. Silap-silap client lari, cari pereka lain. Dah lah bayaran mahal dia offer aku,"

"Oh! Kau tak beritahu aku pun. Rugilah aku belanja kau make-up hari tu,"

"Ceh! Tak ikhlaskan? Tak lah aku pun baru tau. Biasa untuk projek macam ni mula-mula memang client akan bayar aku 10% dari harga yang aku offer. Tapi tak sangka bila projek dah siap, dia masukkan amount yang banyak juga dalam akaun aku,"

Baru hari ini aku sempat cek semula semua payment yang masuk. Alhamdulillah. Income bulan ni memang di luar jangkaan. Aku juga tidak terima apa-apa complain dari semua clients. Itu sudah cukup baik bagi aku. Untuk bayaran saguhati pula, aku memang tidak pernah mengharap apa-apa. Asalkan client bayar tepat pada waktu dan tak tertangguh itu satu bonus.

"Baguslah macam tu. Rezeki kau,"

Aku hanya senyum.

"Lambat lagi ke nak masak tu?"

Aku bertanya kepada Emma dan Alia yang sibuk memasak sedari tadi.

"Oh! Dah ada ni sikit kalau kau nak makan,"

Pinggan yang ada beberapa keping daging di hulurkan ke arah aku. Aku menyambut sambil tersenyum.

"Weh! Korang nampak tak mamat yang duduk kat hujung meja sana?" Diana menyoal.

"Mana?"

Alia sudah cuba memanjangkan lehernya.

"Isshh! Jangan tengok. Nanti dia perasan," - ujar Diana.

Aku pula malas ambil tahu.

"Habistu macam mana nak tengok?"

Alia sudah menarik muka apabila segala tindakannya di larang Diana.

Emma sedari tadi sibuk meng'grill' juga malas ambil pusing kerana faham benar dengan sikap Alia dan Diana. Pantang nampak lelaki, semua nak di trynya.

Sharil pula jangan cakaplah. Sedari tadi sibuk melihat telefon sahaja.

"Kau buat-buat macam nak ambil ice-cream macam Mia tadi. Lepastu kau curi-curi pandang dia,"

Aku tersenyum mendengar idea Diana. Macam-macam lah diorang ni. Aku hanya membiarkan.

Aku nampak Alia hanya mengikut sahaja rancangan Diana namun beberapa minit kemudian dia datang semula.

"Bapak hensome weh!"

"Kan,"

Malas aku masuk campur.

"Weh Mia. Projek hari tu kau dah hantar ea?"

Sharil tiba-tiba bertanya aku.

"Dah. Bukan tadi kau dah tanya ke?"

Aku memandang Sharil dengan wajah pelik.

"Yang ni ke?"

Aku sudah mengerutkan muka. Aku nampak Sharil menghampiri aku. Diana, Alia juga turut merapat ke sisi aku. Tinggal Emma saja yang sentiasa setia dengan tugasnya.

Aku memandang skrin telefon Sharil. Muka aku waktu itu sudah merah dan terasa panas. Video yang tertulis caption 'Alhamdulillah. Berkat dia, jualan laris tak sampai satu hari'

"Mia! Kau ke tu?"

Terasa pekak telinga aku bila Diana tiba-tiba menjerit tepat di telinga aku.

"Ermm.. aku lah tu. Tapi macam mana kau jumpa pula?"

Sharil menekan-nekan telefonnya.

"Kau tengok kat mana?" Soal Alia.

"Fac,"

Sharil menjawab sepatah. Sekali lagi telefon dihulur. Ni kan client kau?

Aku nampak Alia, Diana sudah duduk sambil membuka handphone masing-masing. Mungkin mencari video yang sedang viral itu.

Aku mengangguk.

Emma yang sedari tadi setia membakar akhirnya hilang fokusnya. Aku nampak dia mengecilakan api kemudian dia menghampiri Diana dan Alia.

"Korang buat apa?"

"Ni," Alia dan Diana serentak menunjukkan handphone masing-masing ke arah Emma. Aku nampak Emma terkejut.

"Beb! Kau ke ni?"

Aku hanya tersengeh seperti kerang busuk.

"Sama tak? Kalau sama, ye lah kot,"

Walaupun aku pasti itulah iklan yang aku buat untuk client aku bulan lepas.

"Perhhh! 100k+ like and view beb! 10k orang share video ni. Viral beb kawan aku. Jadi retis lah kau lepas ni,"

Aku hanya membiarkan sahaja. Takkan boleh jadi macm tu.

"Excuse me,"

Kami semua berpaling ke arah satu suara.

"Ini awak ke?"

Seorang wanita datang menghampiri aku sambil menunjukkan handphonenya ke arah aku.

"Aah. Dia lah tu,"

Diana yang sudah merapat ke sisi aku pula beria menjawab.

"Boleh saya nak ambil gambar?"

Ujar wanita itu. Aku pula segan tapi aku turut sahaja.

Dan sejak dari itu. Beberapa wanita datang menghampiri aku untuk bergambar. Aku terasa seperti artis yang diserbu peminat gamaknya.

Apabila keadaan kembali reda.

"Perhh! Tak sangka ada kawan retis. Boleh tumpang popular ni,"

Ujar Diana. Alia dan Emma turut teruja. Aku pula beriak biasa sahaja. Malu beb bila tiba-tiba jadi terkenal.

"Korang! Jom selfie. Aku nak upload kat Fac dengan caption 'kawan aku ni', nak juga tumpang glamour"

Aku sudah ketawa mendengar ayat Sharil namun aku turutkan sahaja. Diana, Emma dan Alia turut sama merapat ke arah aku. Sharil mengambil beberapa keping gambar kemudian dia terus duduk. Mungkin memilih gambar yang terbaik untuk diupload.

"Mia. Jom selfie,"

Diana merapatkan diri ke arah aku. Kemudian Alia dan akhirnya Emma.

"Ehem!"

Aku dengar ada seseorang berdehem dibelakang aku. Namun aku biarkan sahaja.

Diana dan Alia aku nampak sudah melopong mulutnya.

"Excuse me. May I take my fiance back,"

Aku hanya membiarkan sahaja kerana tiada kena-mengena dengan aku. Mungkin tunang Alia, Emma ataupun Diana.

"Fiance?!"

Sharil, Emma, Diana dan Alia berkata serentak dan mereka saling berpandangan sambil menjungkit-jungkit bahu.

"Arissa Damia,"

Aku terus terkedu apabila nama aku di sebut. Air liur aku telan terasa pahit. Takkan lah! Tanpa bangkit aku terus memusingkan badan aku. Aku melihat dari bawah. Kasut, seluar, baju dan akhirnya wajahnya. Aku benar-benar terkejut.

Abang Danish! Aku bangkit dari kerusi. Kehadiran lelaki itu benar-benar membuat mood aku jauh berlari entah ke mana. Memori lama terulang di minda aku membuat perasaan amarah datang kembali menunjal-nunjal pangkal hati aku. Perit!

"Weh korang! Aku balik dulu,"

Mungkin melihat pada reaksi aku yang sedang badmood, mereka semua hanya membiarkan sahaja.

"Hati-hati,"

Sharil sempat memberi nasihat kepada aku. Aku hanya senyum sedikit dan terus berlalu pergi tanpa mempedulikan lelaki itu.

"Damia!"

Aku tahu dia mengekor langkah aku namun aku mempercepatkan langkah. Terasa jauh pula nak sampai kereta.

"Damia! Tunggu,"

Aku berlari-lari anak namun akhirnya terhenti secara mendadak hingga aku terpeluk tubuhnya tanpa sengaja apabila tangan aku ditarik ke belakang.

"Hei! Apa ni,"

Aku menjerit ke arahnya sambil tubuh itu aku tolak kuat. Namun sekuat mana tenaga wanita aku jika setakat menolak tubuh sasa itu. Hanya sedikit sahaja tubuh itu bergerak ke belakang.

"Kenapa awak lari dari saya?"

Aku sudah berpaling ingin melangkah namun terhenti. Kami berhenti betul-betul di bawah lampu jalan. Jadi aku tidak berasa takut kerana suasana cukup terang. Aku dapat lihat, kawan-kawan aku di meja masih lagi memandang ke arah kami. Mungkin ingin menyaksikan drama yang bakal berlangsung.

"Awak siapa?!"

Suasana sedikit tegang. Aku menentang anak matanya.

"Tunang awaklah,"

"Huh! Sejak bila? Kita dah putus kan?"

Aku ingin pergi namun masih lagi di tahan. Kini pergelangan tangan aku pula di tarik.

"Saya minta maaf,"

Aku merentap tangan aku.

Aku menunduk. Satu persatu manik jatuh. Mudah sangatkan? Memori lama kembali berputar. Jika setahun dahulu, dia datang minta maaf. Mungkin aku boleh terima. Mungkin!

Heh! Aku ketawa sinis.

Aku kembali menatap wajahnya. Titisan manik yang gagal untuk berhenti aku biarkan sahaja.

"Mudahkan?"

Senyap

"Bila buat salah, minta maaf. Huh! Kalau setahun dulu awak datang minta maaf. Mungkin saya boleh terima. Sekarang hati saya dah mati untuk lelaki macam awak!"

Kata-kata aku tajam dan berharap lelaki itu akan faham.

"Sayang... Please...,"

Dia tak pernah memanggil aku begitu ketika hanya kami berdua. Tapi kali ini berlainan. Benarkah apa yang aku dengar? Sayangkah lagi dia terhadap aku?

"Go.. please go,"

Aku ingin melangkah namun dia menarik tangan aku kuat sehingga sekali lagi aku terpeluk dirinya. Dan sekali lagi aku menolak dirinya. Kali ini lebih kuat.

"Just go!"

Aku menengkingnya kuat membuat wajah itu memandang aku terkejut. Dan aku terus berlari meninggalkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience