Episod 43

Romance Completed 26493

"Abang minta maaf,"

Satu ayat keluar juga dari bibir lelaki itu setelah beberapa ketika suasana dihantui rasa sunyi.

Aku mengalih ke sisi.

"Abang minta maaf,"

Sekali lagi ayat itu di tuturkan. Kepalanya di tundukkan mencecah stereng.

"Katalah sesuatu Damia... Please. Jangan senyap,"

Aku nampak bahunya terhinjut-hunjut sedikit. Adakah abang Danish menangis? Tapi untuk apa?

Aku mengalih pandangan aku keluar tingkap. Memori lama berputar kembali.

Sebetulnya aku sudah lama memaafkannya.. namun untuk melupakan.. bukan mudah..

Perlahan manik jernih itu turun juga. Aku sakit. Luka mungkin sudah sembuh namun parutnya masih ada.

"Saya dah lama maafkan awak..,"

Perlahan saja aku tuturkan ayat itu. Aku pasti abang Danish mendengarnya kerana di dalam kereta hanya kedengaran penghawa dingin sahaja. Enjin memang sedari tadi tidak di matikan.

Huh! Aku dengar dia mengeluh.

"Jom kawin dengan abang. Jadi isteri abang, please...,"

Dia berpaling menghadap aku. Aku nampak wajahnya merona merah. Dia menahan tangis ke?

Aku ingin ketawa mendengar ayat itu.

"Kalau dulu mungkin saya akan terima... Sekarang... Hmmm,"

"Kenapa? Damia dah ada orang lain?"

Mudahkah aku mencari pengganti?

"Huh! Kenapa bila lamaran ditolak pasti dikaitkan dengan orang ketiga?"

Aku memandang abang Danish. Abang Danish juga memandang aku. Dan mata kami bersatu. Aku larikan pandangan aku keluar semula. Seperti biasa aku kalah pada panahan mata itu. Cinta itu bukan tiada... Cuma ianya berkurang. Aku tidak mahu ia kembali bercambah kerana takut akan keperitan yang akan sekali tumbuh.

"Kenapa abang sendiri tidak cari pengganti? Hubungan kita sudah lama berakhir. Beri peluang itu kepada orang lain pula,"

Aku menggenggam jari jemari aku. Perit ayat yang aku tuturkan. Namun aku harus kuat.

"Abang tau... Abang salah. Abang berkasar dengan Damia. Abang tak bermaksud...,"

"Saya tak bersedia.."

Ringkas sahaja aku jawab bagi memotong ayatnya.

"Hubungan kita tak pernah berakhir. Family abang tak pernah bertemu keluarga Damia untuk memutuskan hubungan kita. Cuma majlis sahaja ditangguhkan sehingga kami jumpa Damia ataupun Damia pulang,"

Baru aku faham. Ini bermakna aku masih tunangan abang Danish. Huh! Aku tidak tahu kenapa aku mengeluh.

"Macam mana saya nak yakin yang saya tak akan disakiti... Abang sendiri pernah letak saya dikedudukan paling terendah,"

Aku memandangnya dengan pandangan sayu. Dulu aku tidak pernah di beri kesempatan untuk berterus terang. Abang Danish juga tidak pernah terima aku seikhlas hatinya. Setelah kebenaran terbongkar baru dia mahu mempertahankan hubungan ini? Untuk apa?

"Untuk apa awak nak tunggu saya lagi. Bukankah saya jijik di mata awak...?"

"Sshhh... ,"

Abang Danish menunjukkan isyarat jari telunjuknya di bibir.

"Cukup! Abang tahu abang salah. Abang salah tafsirkan diri Damia tanpa abang cuba siasat. Abang tuduh Damia macam-macam. Maafkan abang Damia. Setahun Damia pergi benar-benar memberi impak besar pada diri abang. Baru abang sedar, abang tak boleh hidup tanpa Damia,"

Aku hanya senyap. Aku pasti ada banyak yang ingin dia luahkan. Aku beri dia peluang. Setahun pasti bermacam perkara berlaku.

Abang Danish ternyata seorang yang pembersih. Lihat sahaja keadaan kenderaannya ini. Tiada satu habuk pun. Kemas dan teratur serta berbau wangi seperti wangian lelaki itu yang sedari dulu sentiasa melemahkan jiwa aku. Haruman yang sama. Tak pernah berubah. Sempat pula aku melihat sekitar keretanya. Apalah kau ni Damia!

"Macam mana awak tau saya ada kat sini?"

Sengaja aku menyoalnya. Sebetulnya soalan itu sudah lama mahu aku tanyakan.

"Ingat tak hari tu Damia ada call ibu?"

Dia memandang aku. Aku pula hanya membatu. Tidak mengiyakan. Menidakkan juga tidak. Mungkin dia sedang menanti jawapan aku. Namun sikap mambatu aku membuat dia kembali memalingkan wajah memandang ke hadapan.

"Waktu sayang...,"

Dia terhenti seketika. Mungkin menanti reaksi aku. Aku memang suka panggilan itu. Lagi-lagi bila perkataan itu keluar dari mulut dia. Ah! Apa kau ni Damia. Tak! Jangan cepat mengalah.

"Ehem..,"

Dia berdehem.

"Waktu sayang call ibu... Masa tu kami.. maksud abang... Shah, Darina, Rafiq dan Dahlia ada masa tu. Cepat-cepat kami ambil nombor sayang dan check location,"

Aku mendengar dia menarik nafas kemudian menghembusnya perlahan.

"Bukan susah pun nak jejak. Sekarang semua di hujung jari,"

Dia memandang aku. Senyum terukir di bibirnya. Aku hanya melihat dari ekor mata sahaja kerana waktu itu aku hanya membuang pandang ke hadapan sahaja. Tidak sanggup menentang dua mata itu.

"Sayang. Jom ikut abang balik. Kita bina semuanya semula. Abang janji abang tak akan sakitkan hati sayang lagi. Beri abang peluang untuk kali ini sahaja,"

Aku mengeluh berat. Sudah lama aku berada di negeri orang. Aku akui, memang ada ketika aku ingin balik ke kampung berjumpa keluarga aku. Aku rindu mereka.

Tapi entah. Seperti ada menghalang. Mungkin kerjaya. Hurmmm...

"Beri saya masa,"

Itu ayat yang cukup bagi aku untuk menjawab semua pertanyaannya. Dan selepas itu abang Danish tidak bertanya lagi. Dan suasana menjadi hening semula sehingga dia mengahantar aku pulang ke rumah sewa aku. Dan seperti yang aku duga. Dia tahu di mana rumah sewa aku. Siap hantar depan pintu pagar lagi.

*****

Hari ini aku berasa di studio photo milik Sharil. Aku cuti hari ini namun aku perlu berada di studio photo ini kerana membantu Sharil untuk wedding studio photo shoot.

Sharil tidak menang tangan memandangkan dia perlu touch-up dan make-up kedua pasangan pengantin memandangkan cliennya itu mengambil pakej perkahwinan di butik milik Sharil juga.

Kedua pasangan itu akan mengenakan tiga pasang persalinan. Pertama baju songket, kedua baju blazer dan gaun kembang, ketiga persalinan baju ala-ala Bollywood. Sesi photoshoot hari ini mungkin mengambil masa berjam-jam kerana setiap persalinan perlu di tata rias dan makeup juga perlu di tukar mengikut tema.

Seperti biasa aku melakukan kerja aku. Set studio photo tersebut mengikut tema pertama. Backdrop, lighting mesti kena on point.

"Ehemm....,"

Aku sedikit terperanjat kerana suara itu benar-benar dekat dengan aku. Aku menoleh.

"Sorry tak perasan,"

Ucapku perlahan sambil mengorak senyuman. Aku tidak mengenali lelaki itu. Namun aku tahu dia client Sharil kerana busana yang di kenakan lelaki itu adalah baju songket. Aku meneruskan kerja aku. Bukan client aku. Jadi aku tidak perlu beramah mesra. Mamadai sahaja aku menguntum senyuman sebentar tadi.

"Awak dah lama ke buat kerja ni,"

Mungkin lelaki itu bosan. Biasalah. Makeup dan tukar pakaian untuk wanita mungkin mengambil masa satu atau ke dua jam. Huh! Penatkan.

"Aah...,"

Sepatah sahaja aku membalas. Aku sebenarnya tidak suka berbual dengan orang yang tidak aku kenal. Tambahan pula ini bukan client aku. Aku di sini hanya melakukan kerja aku.

"Dah kawin?"

Apa jenis soalanlah. Aku malas menjawab. Aku hanya senyum sahaja.

"Belum ea? Dah ada calon?"

Ish! Kenapalah sibuk sahaja nak tahu tentang aku. Gatal! Cukup-cukuplah kau kenal pasangan kau je! Aku mengamuk dalam diam.

Aku tidak mempedulikan lelaki itu. Aku teruskan sahaja kerja aku. Aku perlu menguji lighting dan alat-alat yang lain sama ada berfungsi atau tidak.

"Sombong ea awak. Patutlah tiada siapa nak,"

Aku hanya membatu.

"Tapi awak cantik... Rugilah siapa yang tak nak awak,"

Meremang sudah bulu roma aku. Sharil ni mana. Berjam-jam sudah aku tunggu.

"Ehem... Sorry lama tunggu,"

Akhir aku mampu menarik nafas lega apabila mendengar suara Sharil. Aku memandang ke arah Sharil dan pengantin perempuan. Cantik! Tetapi kenapa dia pandang aku tajam. Oh! Baru aku perasan, suaminya berdiri betul-betul di sebelah aku. Mampus!

"Banyak pula nak kena alter baju ni,"

Sharil sudah berada di sisi aku. Manakala kedua pengantin tadi sudah berada di atas backdrop. Namun pandangan wanita itu tetap sama. Tajam dan wajah mencuka. Eleh! Tak payahlah nak salahkan aku. Laki kau yang gatal! Aku hanya membalas di dalam hati. Harap sampailah ke hati wanita itu. Boleh ke?

"Lelaki tu memang gatal! Kalau tak sebab dia amik pakej yang mahal aku pun malas nak layan,"

Sempat pula Sharil berbisik ke telinga aku. Ha! Mengumpat. Siapa kata lelaki tak mengumpat ye. Aku hanya senyum.

"Nasib baik kau datang cepat. Aku dah hampir lemas tadi,"

Aku melihat kedua pasangan di hadapan. Mereka sedang berbual dan wanita itu tidak lepas memeluk lengan suaminya. Sengajalah tu, nak romantik depan aku. Tahulah baru seminggu bernikah.

"Ok standby ye. Saya nak shoot ni,"

Aku memberi arahan.

"Shah. Kau tolong diorang buat post,"

Aku memberi arahan kepada Sharil dan lelaki itu hanya menurut sahaja.

Beberapa minit kemudian selesai sudah photoshoot untuk persalinan pertama. Ada dua lagi. Huh! Terasa lama pula masa berjalan. Matilah aku macam ni. Dengan client gatal lagi.

Tiba-tiba bell pintu berbunyi beberapa kali menandakan ada orang di luar. Tanpa menunggu Sharil segera ke depan untuk membuka pintu kerana pintu itu di lock dari dalam. Dan untuk masuk dari luar ada nombor pin yang diperlukan. Maka tinggallah aku dengan dua pasangan pengantin tadi. Sangat-sangat janggal aku rasakan. Dengan pengantin lelaki tidak habis-habis mencuri pandang kearah aku. Perempuan pula tak habis merenung tajam sekali pakej jelingan.

Ingat laki kau tu hensome sangat ke ha?! Ingin sahaja aku lepaskan ayat itu. Namun kerana akal aku masih waras aku telan sahaja.

"Mia. See who's coming,"

Nada suara Sharil riang lain dari yang lain. Aku menoleh. Aku terkejut melihat tubuh sasa itu.

"Biy!"

Aku sengaja menjerit supaya kedua pasangan itu mendengar. Nada pula sengaja aku lenggokkan manja.

"Tadi cakap tak nak datang temankan sayang. Tiba-tiba je muncul ea,"

Aku nampak wajah abang Danish berubah pelik. Aku hampir katawa di saat itu melihat reaksi bingungnya. Aku memaut lengan abang Danish dan dengan sengaja kepala aku, aku lentokkan sedikit di atas bahunya. Hanya beberapa detik sahaja namun cukup membuat kedua pasangan tadi menjeling tajam. Aku tahu kerana sejak dari tadi aku melihat mereka dari ekor mata.

"U alls tak kisahkan kalau tunang I ada kat sini?"

Sengaja perkataan 'tunang' aku tekankan. Aku memandang kedua pasangan tadi. Menunggu jawapan mereka.

"Eh! Tak apa. I okey je. Kan yang,"

Wanita tadi bersuara. Reaksi mukanya sudah tidak kelat seperti tadi. Namun wajah suaminya pula berubah seperti tidak suka. Aku peduli apa!

Aku menyuruh abang Danish duduk di atas sofa berdekatan yang telah Sharil sediakan dari awal untuk tetamu ataupun client jika ada yang perlu menunggu sambil duduk santai.

Aku tidak tahu kenapa sejak dari dulu abang Danish sentiasa jadi penyelamat aku di kala aku berada di dalam kesusahan. Hurmm! Adakah ianya kebetulan ataupun Allah telah mentakdirkan abang Danish untuk menjadi perlindung aku?

Sesi photoshoot itu akhirnya berakhir tepat pukul 6.30 petang.

sorry! slow update... ilham sekejap ada..sekejap hilang.. main hide and seek gamaknya... hahahaha.. hope korang bersabar ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience