Setelah berjam-jam berada di belakang pentas, akhirnya kami semua yang berada di belakang pentas boleh menyertai semua para penonton yang berada di dalam dewan. Hati aku benar-benar lega.
Saat kaki aku melangkah masuk ke dalam dewan The Ballroom, mata aku terpaku dengan kilauan lampu chandelier yang berkilauan apabila dilimpahi dengan cahaya dari lampu LED. Memang nampak exclusive sangat. Dari segi ruang, aku suka dengan keluasan The Ballroom yang besar dan mampu memuatkan sehingga mungkin beribu orang dalam satu-satu masa. Lagi satu yang aku suka, bahagian dalam dewan langsung tak ada tiang. Aku teringat dahulu, aku pernah pergi ke satu majlis perkahwinan yang diadakan di dalam dewan dan terdapat beberapa tiang di dalamnya. Memang agak mengganggu juga sebab ada yang terpaksa duduk di sebalik tiang.
"Mia! Kau memang superb,"
Diana berbisik di telinga aku setelah aku dan Sharil berada di meja kami.
"Mana ada. Biasa je lah. Kau je yang over!"
Aku membalas. Diana membalas dengan renungan tidak puas hati. Bibirnya sedikit di kemamkan sebagai tanda geram. Aku akui apa yang diperkatakan mereka benar namun aku tidak mahu terus hanyut dek kerana menerima pujian yang tidak henti-henti sedari tadi. Bukan mereka sahaja, malah boleh di katakan semua model dan kesemua peserta mengkagumi aku. Aku tidak mahu timbul rasa riak pula kerana bagi aku kesemua model serta busana yang diperagakan malam ini cantik-cantik dan hebat-hebat belaka. Semua ada citarasa, sentuhan dan rekaan tersendiri.
Pujian yang tidak henti-henti aku terima ini sedikit sebanyak mempengaruhi Sharil juga kerana semua yang ada padaku hari ini adalah milik Sharil. Jika tidak kerana lelaki itu, aku tidak akan berada di sini. Aku akui, design serta rekaan Sharil kali ini benar-benar superb dan kerana itu jugalah aku terlihat sangat-sangat elegant dan anggun.
"Bagi seorang pereka, fesyen bukan sekadar memakai baju untuk kelihatan cantik. Ia sebenarnya adalah satu cabang seni. Ramai pereka fesyen kreatif ingin membina 'seni arca' yang tersendiri melalui fesyen. Jadi jalan terbaik untuk mereka menunjukkan hasil kreativiti dan hasil air tangan mereka hanyalah melalui pertunjukan fesyen,"
Terdengar suara pengacara majlis di atas pentas. Baru kini aku dapat melihat wajah pengacara majlis itu dengan jelas. Nampak bersahaja dan setiap kata-kata dan ucapannya ada sahaja yang diselitkan dengan usikan serta gurauan membuatkan suasana dewan sekali-sekala bergema dengan derai tawa penonton.
Kedudukan kerusi aku betul-betul menghadap pentas. Ianya memang menyenangkan pemandangan mata aku kerana mudah untuk aku melihat apa yang berlaku di atas pentas.
Aku melihat sekitar dewan yang terhiasa indah. Malah sekali sekala mata aku turut memandang setiap wajah-wajah penonton yang ada di situ. Ada ruang VVIP, red karpet serta dihias indah dengan beberapa jenis bunga-bungaan di beberapa sudut.
Seperti ada yang tersedar mereka diperhatikan, setiap kali mata aku bertembung antara mereka, ada yang mempamerkan senyuman, ada juga menghadiahkan aku mini love, flying kiss dan tidak kurang juga ada yang membuat isyarat seperti meminta nombor telefon aku. Semua aku tidak layan. Bukan itu yang aku cari.
Aku melihat di segenap ruang, jika ada wajah-wajah yang aku kenal, namun tiada. Aku kembali memandang di atas dewan. Perasaan sedih tiba-tiba hadir. Aku tidak tahu kenapa. Bukankah itu yang aku doakan? Kenapa kini aku seperti berharap sebaliknya pula? Hati! Benar-benar dibolak-balikkan.
Di atas dewan terlihat sedikit riuh rendah namun dapat di kawal dengan baik oleh pengacara majlis. Nampak ada seseorang sedang berbisik sesuatu kepada pengacara majlis. Seperti ada sesuatu yang berlaku diluar jangkaan mereka. Entah! Aku hanya menebak sahaja. Namun tiba-tiba...suasana menjadi gelap-gelita. Seluruh lampu yang ada di dalam dewan terpadam. Aku terkejut. Malah bukan aku sahaja, kawan-kawan aku juga sama. Suasana menjadi riuh-rendah seketika.
"Tak bayar bil ke oiii,"
Terdengar satu suara nakal yang tanpa segan silu mengkritik penganjur atau lebih tepat pemilik bangunan kerana dapat dilihat dengan jelas, hanya bangunan ini sahaja terputus bekalan eletrik. Bangunan bersebelahan masih elok terang benderang dengan cahaya lampu yang pelbagai warna dan bentuk. Dan malam ini terasa cantik teramat sangat. Dalam waktu kegelapan ini penonton boleh menonton KL tower sedang bertukar-tukar warna kerana keseluruhan dinding di ballroom itu majoriti terdiri daripada dinding cermin. Oleh itu semua mata boleh melihat pemandangan di luar bangunan tanpa halangan. Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam sangat-sangat berbeza. Sangat-sangat menakjubkan.
Dangggg!
Bunyi kuat dan nyaring yang keluar secara tiba-tiba dari speaker dewan membuat suasana yang sedikit tegang dan kecoh tadi beransur tenang dan sunyi. Semua mata tertumpu ke arah paparan skrin. Mata aku juga tertumpu pada paparan skrin tersebut.
Pada skrin yang sangat-sangat besar itu terpapar suasana sebuah kampung yang sangat indah dan cantik. Bunyi kicauan burung dan anggin sepoi-sepoi bahasa jelas kedengaran. Sepertinya waktu ini semua penonton berada di kawasan tersebut. Aku terpegun. Malah aku juga dapat mengagak seluruh dewan ini juga turut terpegun. Para penonton di bawa melihat-lihat pemandangan dari segi bentuk jalan raya, sungai, pokok-pokok dan akhirnya paparan skrin terhenti pada sebuah rumah lama.
Rumah tu! Jantung aku berdetak hebat. Aku kenal rumah tu. Rumah yang diperbuat dari papan dan kayu-kayu itu tidak pernah hilang dari memori aku dari dulu sehingga sekarang. Ada cecair yang mula bergenang di hujung tubir mata aku.
Apa semua ni?? Hati aku sudah bercelaru dengan perasaan yang kian berkecamuk.
Dari situ, paparan skrin berubah kepada paparan gambar yang keluar silih berganti secara slide show. Kawan-kawan aku mesti tidak tahu apa yang ditayangkan kerana paparan tersebut adalah gambaran ketika arwah ayah masih ada dan sudah tentu waktu itu adalah zaman aku masih bersekolah dahulu. Gambar ayah...ibu...abang..kakak dan aku keluar silih berganti.
Bila gambar ini di ambil? Seingat aku, keluarga aku tidak memiliki apa-apa jenis album gambar.
Dari gambar family akhirnya paparan skrin fokus pada satu gambar seorang kanak-kanak perempuan. Gambar dia tersenyum. Gelak. Sedih. Menangis dan tidak kurang juga gambar ketika mengemas rumah juga turut diselitkan dan keluar silih berganti.
Cara gaya persembahan tersebut sepertinya mahu memperkenalkan para penonton kepada seorang tokoh negarawati pula. Aku sudah kaku di atas kerusi yang aku duduk. Aku tidak faham namun aku masih mahu menonton apa yang bakal terjadi selanjutnya.
"Beliau bukan siapa-siapa namun kehadiran beliau sebenarnya seperti seorang bidadari dan pelindung di dalam keluarga,"
Terdengar suara garau di sebalik paparan gambar yang keluar secara slow motion. Aku tidak kenal pemilik suara tersebut. Dan aku pasti itu bukan suara pengacara majlis keranan suaranya kedengaran sangat-sangat berbeza. Begitu asing dipendengaran aku. Keadaan di dalam dewan masih seperti tadi. Gelap dan bantuan cahaya hanya datang dari paparan skrin sahaja yang sentiasa bertukar warna mengikut paparan yang keluar. Kadang-kala cerah, kadang-kala bertukar malap dan adakalanya berwarna-warni.
"Beliau berasal dari salah satu daerah di Negeri Sembilan. Mempunyai tiga orang adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu,"
"Jika dirumah, dia seorang yang ceria namun siapa tahu, di sekolah dia pernah menjadi mangsa buli,"
"Beliau tidak pernah bercerita. Sifat yang pendiam membuat tiada siapa pun tahu kisah sedihnya hatta keluarganya sendiri. Jika dilihat luaran nampak seperti dia seorang yang bahagia, ceria namun siapa tahu jauh disudut hatinya yang terdalam dia pernah dilukai berkali-kali,"
Air mata aku sudah merembes keluar. Apa makna ini semua? Aku ingin pergi, namun seperti ada sesuatu menahan aku dari meneruskan hajat aku. Lagi pula dengan keadaan dewan sekarang, agak sukar juga untuk aku meloloskan diri kerana tiada cahaya yang dapat membantu setiap langkah aku. Sudahlah aku memakai high heels setinggi tujuh inchi. Sudahnya, aku mematikan sahaja hasrat aku.
"Kisah sedihnya tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebaik umurnya mencecah limah belas tahun, beliau dan seluruh keluarganya di uji dengan kematian bapanya. Setelah kematian bapanya, keadaan hidupnya kian menjadi suram. Hari-hari yang dilalui terasa sukar kerana antara tiga beradik, beliau adalah yang paling rapat dengan arwah ayahnya,"
Aku cuba mengawal sendu aku agar tidak di dengari kawan-kawan aku yang lain. Aku sedar rata-rata semua penonton sedang bersedih kerana dapat aku dengari tangisan dan sendu mereka termasuklah kawan-kawan aku.
Satu persatu gambar aku dengan ayah keluar dengan slow motion. Aku tidak tahu berapa banyak air mata yang tumpah kali ini. Gambar aku tersenyum riang menatap wajah ayah, gambar ayah menyentuh kepala aku, gambar aku menaiki motor sewaktu pulang dari sekolah sambil memeluk ayah dan banyak lagi gambar keluar silih berganti membuat hati aku terasa seperti di siat-siat. Pedih! Ayah... rindunya...
Tiba-tiba gambar kaku di ganti dengan paparan video. Video aku yang pernah viral dulu keluar di paparan skrin besar.
"What??! Mia!!"
Diana, Sharil, Alia dan Aina berkata serentak. Aku pasti mereka sedang merenung aku. Hanya mereka sahaja mengenal siapa aku melalui paparan video tersebut.
"Saya pasti ada antara anda tahu tentang video viral ini. Apa perasaan anda jika saya katakan susuk tubuh ini ada di dalam dewan ini sekarang. Bersama-sama kita,"
Suasana menjadi hingar-bingar semula. Pelbagai reaksi aku dengar. Namun aku tetap mematikan diri. Aku terima sahaja apa yang bakal terjadi selepas ini.
"Satu Malaysia gempar dengan susuk tubuh ini. Betul?"
"Betul!!!!"
Seluruh dewan bergema.
"Dia bukan model. Dia bukan artis. Malah dia bukan siapa-siapa. Dia hanya seorang gadis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu kawan-kawan yang kesusahan,"
"Nilai persahabatan itu tinggi di mata beliau. Malah dia juga pernah membuat satu pengorbanan yang paling besar dalam keluarga namun kerana kealpaan keluarga, dia akhirnya pergi menjauh...hilang..tanpa dapat kami jejak,"
Suara yang kedengaran seperti bergetar.
"Dan sehingga saat ini ramai yang tidak dapat menjejaki beliau. Betul???"
"Betul!!!"
"Dan bukan anda sahaja. Malah keluarganya juga sukar menjejaki beliau. Pelbagai cara dilakukan dan akhirnya malam ini, dengan rendah diri dan rasa bangga kami perkenalkan kepada anda.....,"
Bulu roma aku sudah tegak berdiri dan akhirnya tubuh aku benar-benar kaku apabila satu cahaya besar yang berasal dari satu sport light benar-benar menghala tepat ke arah tubuh aku. Aku menunduk kaku memandang lantai. Sekian lama aku cuba sembunyikan identiti, akhirnya malam ini identiti aku terbongkar. Adakah aku marah? Sedih? Kecewa? Entah.... Aku tidak faham perasaan aku sekarang. Pertama kali, aku tidak faham perasaan diri aku sendiri. Tidak faham apa jenis perasaan yang aku rasakan sekarang ini.
Seluruh dewan bergema dengan tepukan membuat aku bagaikan bernyawa semula. Perlahan aku bangkit dari kerusi. Berdiri. Dan mata aku, aku halakan terus di atas pentas walaupun pandangan mata aku ketika ini sangat terhat. Aku nampak dengan jelas, paparan skrin sekarang penuh dengan seluruh tubuh aku. Nampak jelas. Aku cuba mengukir senyuman, namun kelat yang aku rasakan. Kesan air mata ternampak jelas. Ada juga sendu yang keluar membuat bahu aku sedikit terhinjut-hinjut.
"Adik.....,"
Aku tergamam.
Share this novel