Seperti yang di janjikan.
Setelah aku bersiap, aku menunggu ketibaan abang Danish di ruang tamu. Waktu itu rumah ibu dan ayah Dahlia sedikit sunyi kerana beberapa orang tiada di rumah. Ayah Dahlia awal pagi sudah keluar. Dahlia pula keluar entah pergi mana. Ibu Dahlia mungkin ada di bilik sedang melayan baby Ikhwan. Aku pula tiada niat hendak mengganggu. Biarlah. Sekurangnya baby Ikhwan dapat merasa kasih sayang orang lain juga.
Hanya kelihatan beberapa bibik sahaja yang mundar-mandir membuat kerja mereka. Rumah ibu dan ayah Dahlia cukup besar. Jenis banglo dua tingkat siap kolam renang. Banglo ini berinspirasi ciri-ciri banglo yang mempunyai gabungan tropical dan rumah melayu tradisonal. Dari segi rekabentuk dan design pula terdiri daripada pelbagai ukiran kayu. Rumah banglo ini dibina dengan spesifikasi mewah yang menggunakan lantai jenis marmar dan laminated timber flooring. Pintu-pintu rumah pula diperbuat daripada kayu jenis nyatoh. Rumah banglo ini mempunyai beberapa bilik. Aku pun kurang pasti tetapi mesti banyak sebab rumah banglo ini sangat besar dan luas. Jika main sorok-sorok mesti memakan masa berjam-jam untuk jumpa.
Beberapa detik kemudian aku terdengar bunyi seretan tayar menandakan ada kenderaan baru masuk ke halaman rumah. Aku bangkit dan membuka pintu utama. Kereta BMW X5 SUV bewarna hitam elok di parking di tempat letak kereta. Aku nampak pintu di bahagian pemandu di buka luas dan keluar sosok tubuh seseorang yang sentiasa menjadikan jantung aku berdetak laju. Dan kini jantung aku berdetak kembali. Melihat tubuhnya di kejauhan sahaja membuat jiwa aku tidak keruan apatah lagi jika tubuh itu benar-benar menjadi milik aku kelak.
"Uissshh!! Jauh benar fikiran kau ni Damia!"
Aku menampar pipi aku sendiri. Jangan berangan lebih-lebih okey. Sekadar memberi pesanan untuk diri sendiri.
"Abang Danish dah balik,"
Suara yang benar-benar dekat di telinga aku membuat aku sedikit terkejut.
"Sorry... Sorry,"
Bahu aku diusap lembut.
"Mana baby Ikh mummy,"
Ah! Sudah terbiasa pula memanggil baby Ikhwan dengan panggilan itu.
"Tidur dah. Senang betul jaga dia. Tak banyak ragam. Manja pula tu. Badan montel. Sedap peluk,"
Begitu teruja ibu Dahlia bercerita sampai kami tidak sedar abang Danish sudah berada di hadapan kami.
Ehemm...!
"Eh... Tak perasan..,"
Kata-kata ibu Dahlia tiba-tiba terhenti.
"Eh. Sama pula warna pakaian kamu berdua ea. Berjanji ke?"
Usikan ibu Dahlia membuat aku menoleh ke arah tubuh di hadapan aku. Perhh! Mahu jatuh jantung aku macam ni. Bapak hensem weh! Baju meron jenama Polo sama macam aku! Cuma berlengan pendek dan ada jalur berwarna kelabu. Seluar pula warna brown. Sedikit pekat dari seluar aku yang soft brown. Tapi tak apalah. Tetap sama! Dah macam berjanji pula. Aroma dari wangian lelaki itu usah di cakap. Jika dia sudah sah menjadi suami aku, tentu sahaja tubuh itu aku peluk erat. Astaghfirullah!
Kluck! Kluck!
Dua jari di petik di hadapan muka aku. Aku malu. Boleh pula aku kaku merenung dia. Aishhh! Di hadapan ibunya pula tu.
"Dah puas pandang?"
Begitu dekat pada pendengaran aku. Aku toleh ke sisi. Sedikit sahaja lagi bibir aku menjamah pipinya. Ishhh!! Dia ni kan? Tak malu ke depan mummy dia perangai macam tu! Aku memasamkan muka. Entah sejak bila dia sudah ada di sisi aku.
Dia kemudian menyalami tangan ibu Dahlia. Aku juga turut sama.
Oh! Patutlah. Dia nak salam ibu dia. Tentulah dia kena dekat dengan aku! Kau ni kan.. tak habis-habis berangan! Aku menempelak diri aku sendiri.
"Damia pergi dulu mummy. Kalau ada apa-apa telefon Damia ea. Mana tau baby Ikh meragam ke,"
Ucapku sambil tangan masih lagi menggenggam jari jemari lembut ibu Dahlia.
"Tak apa. Take your time. Baby Ikh tu jangan risau. Mummy kan pakar,"
Aku dan ibu Dahlia ketawa. Aku menoleh ke sisi melihat susuk tubuh yang masih dekat berdiri di sebelah aku. Kakunya! Tiada riak senyum atau apa-apa yang di pamerkan.
"Danish pergi dulu. Kalau ada apa-apa call okey,"
Macam sama je pesanan aku dengan dia! Ah kau! Kalau dah angau. Apa-apa je kau rasa sama!
Melihat abang Danish sudah mengorak langkah, aku juga turut membontotinya. Pintu hadapan bahagian penumpang aku buka dan aku duduk. Kemudian pintu aku tutup perlahan. Setelah selesai semua aku duduk tegak. Pandangan mata aku halakan ke hadapan. Berada berdekatan, tambahan pula berdua-duan di dalam kereta membuat nafas aku sedikit tersekat. Sesak benar nafas aku! Dengan jantung berdebar! Sungguh! Aku benar-benar tidak pernah serapat ini dengan mana-mana lelaki kecuali arwah ayah!
Tiba-tiba aku rasa pipi aku membahang. Seperti ada seseorang sedang merenung aku. Dengan drastik wajah aku kalihkan ke sisi dan mata kami bersatu! Ah! Kenapa dia renung aku macam tu?
Sekali lagi...
Kluck! Kluck!
Dua jari dipetik betul-betul di hadapan muka aku. Malu! Kenapa dengan kau ni Damia! Mudah terpukau.
"Aku tahu aku ni hensem. Segak bergaya. Jadi tak perlulah kau nak tenung aku macam tu. Macam orang tak makan setahun. Uishh! Seram!,"
Fuh! Pertama kali aku dengar lelaki itu bersuara setelah beberapa hari aku sah menjadi tunangannya. Namun apa yang membuat aku sedikit sedih. Cara perbualannya tidak seperti dahulu. Tiada perkataan 'abang'. Yang ada hanya 'kau'... 'aku'.
Aku terkejut sekali lagi apabila tubuh itu sekali lagi rapat ke tubuh aku. Beberapa inchi sahaja lagi kami akan bersentuhan dan aku dapat rasakan hembusan nafasnya di muka aku. Aku memejam mata. Aku rasa sesuatu melingkari tubuh aku.
Klick!
Aku membuka mata.
Oh! Seat belt. Mahu sahaja aku mengetuk kepala aku. Kau dah kenapa Damia! Fikir bukan-bukan ni??
Setelah beberapa minit perjalanan...
Suasana senyap sunyi. Yang kedengaran hanya suara dari penghawa dingin sahaja. Tubuh di sebelah aku. Diam. Kaku. Bisu. Itulah yang mampu aku ungkapkan. Tanpa segan silu, radio aku tekan button ON. Terdengar celoteh DJ sedikit sebanyak menghangat suasana di dalam kereta. Wajah aku palingkan keluar tingkap.
Klick!
Sunyi...
Eh! Bukan tadi ada suara DJ. Kenapa senyap pula ni. Aku menoleh semula ke arah radio. Takkan rosak. Aku tekan semula. Namun belum sempat aku tekan button ON....
"Tak payah ON kan radio tu. Bisinglah,"
Dia yang hanya senyap sedari tadi tiba-tiba bersuara kasar. Kenapa abang Danish berubah? Sebab baby Ikhwan ke? Atau status aku? Kalau betul. Kenapa dia sudi terima aku?
Aku membuang pandang ke luar tingkap semula. Aku bermain-main dengan perasaan aku sendiri. Tidak! Aku tak akan memungkiri janji. Jika benar abang Danish ikhlas, dia mesti terima baik buruk aku. No! Aku kena kuat. Bertahan. Walaupun maruah aku di injak-injak.
"Dah lama kau buat kerja ni?"
Aku memandang wajah sejuk beku itu. Aku tidak faham soalan yang dia tanya. Aku hanya senyap.
"Kau pekak ke?"
Mudah sahaja air mata aku jatuh. Aku tidak sangka abang Danish akan layan aku sebegitu.
"Abang... Kalau rasa terpaksa buat semua ni. Baik abang hentikan sahaja. Damia tak pernah paksa abang. Damia tak pernah merayu dekat abang... Minta abang terima Damia,"
Aku berkata sayu. Benar apa yang aku fikirkan selama ini. Sejak malam itu. Renungan mata lelaki itu sudah lain. Tidak sama seperti dahulu. Mana pergi renungan yang sentiasa buat jiwa aku goyah. Yang sentiasa buat jantung aku bergetar hebat? Semua sudah tidak ada sejak malam itu. Malam di mana aku hilang segala-galanya.
Anggapan aku selama ini salah! Aku ingat seluruh keluarga Dahlia dengan berbesar hati boleh terima aku. Namun aku silap. Lelaki ini terpaksa sebenarnya. Baru aku tahu.
"Hentikan? Senang je kau cakap. Aku tak sangka perangai kau seteruk ini Damia. Patutlah aku tengok kau ni nampak bergaya. Ada kereta. Ada rumah. Siapa yang bela kau ha? Siapa lelaki tu. Siapa bapak kepada budak tu,"
Aku memandang wajah disebelah aku.
"Berhenti!"
Aku menjerit.
"Damia cakap berhenti!"
"Oiii.. kau agak-agaklah nak berhenti tengah-tengah jalan sibuk ni?"
"Berhenti je lah,"
Kereta yang di pandu abang Danish berhenti juga akhirnya. Aku menaggalkan seat belt. Tubuh aku, aku palingkan menghadap abang Danish. Wajah itu aku tatap. Wajah yang tiada perasaan.
"Apa yang abang dapat kalau buat semua ni? Huh! Siapa paksa abang buat semua ni? Bagi tahu! Damia tak suruh pun abang datang. Damia tak pernah pun minta tolong abang,"
Dengan linangan air mata aku bersuara keras.
"Siapa abang kau? Sejak bila aku jadi abang kau? Setahu aku abang kau dah halau kau keluar kan dari rumah tu. Kau mana ada abang dah. Aku pun tak ada adik macam kau lah,"
Aku sudah malas mendengar kata-kata cacian. Makian lelaki ini. Pantas sahaja pintu aku buka. Aku keluar dan pintu aku hempas kuat. Tak sangka dia akan dapat layanan seperti ini.
Aku terus berjalan tanpa melihat ke belakang lagi. Pandai-pandailah aku nak balik nanti macam mana. Untuk waktu ini, aku harus segera pergi dari lelaki itu. Kata-katanya sangat-sangat membuat aku pedih. Aku tidak sanggup mendengar.
Dan tiba-tiba ada suatu kenderaan betul-betul berhenti di hadapan aku. Bukan kereta abang Danish. Aku sudah ketakutan. Baru aku sedar keadaan sekeliling yang sunyi. Kiri dan kanan hanya ada pokok-pokok, belukar dan semak-samun. Aku menoleh belakang.
Aku tidak sangka. Sudah jauh aku berjalan. Kereta abang Danish juga tidak kelihatan. Semakin deras air mata aku. Ya Allah! Dari kenderaan tersebut keluar dua lelaki yang aku tidak kenali. Tubuh aku semakin menggigil. Apa yang perlu aku buat sekarang? Aku benar-benar takut.
Dan tiba-tiba satu kenderaan betul-betul berhenti di sisi aku. Dan pintu bahagian penumpang di buka dari dalam.
"Masuk!"
Aku tanpa berfikir panjang terus sahaja meloloskan diri dalam kenderaan tersebut. Dua lelaki yang hampir mendekati aku tadi nampak begitu kecewa. Aku menghela nafas lega. Debaran di dada kian beransur hilang.
"Te...terima.. kasih," ucapku walaupun tiada balasan.
Lelaki itu tetap seperti tadi. Keras. Bisu. Dan itu lebih baik dari kata-kata hinaan yang keluar dari bibirnya bagai peluru sesat. Seat belt aku tarik. Kemudian aku duduk tegak. Tiada niat untuk mengajaknya berbual. Masing-masing melayan perasaan masing-masing.
Aku membuang pandang keluar tingkap. Entah macam mana tiba-tiba pandangan aku lama-lama menjadi gelap. Hitam. Dan aku tidak ingat apa-apa.
Share this novel