"Assalamualaikum...,"
Satu suara garau tiba-tiba muncul dimuka pintu memberi salam. Semua mata tertumpu ke arah pintu utama.
Wajah asing yang sedang tersenyum di muka pintu itu membuat semua yang ada di dalam rumah tertanya-tanya tetapi tidak bagi aku dan juga kakak. Aku nampak wajah kakak terus sahaja berubah dan ada riak terkejut. Aku pula hanya mengukir segaris senyuman. Sudah aku agak, lelaki itu pasti datang kerana pesanan aku tadi dia sudah baca dan di blue tick. Walaupun tiada balasan dari lelaki itu, tetapi aku yakin setelah mendapat mesej aku dia pasti memunculkan dirinya.
Aku menarik nafas lega. Tugas aku kini sudah hampir selesai.
Walaupun untuk merungkai segala kekusutan memerlukan pengorbanan, aku puas kerana nasib baby Ikhwan sekarang pasti terbela. Kini, aku sudah mampu menarik nafas lega dan merasa bebas? Bebaskah aku? Setelah berbulan-bulan aku melihat sendiri segala perkembangan tumbesaran baby Ikhwan, mampukah aku hidup tanpa dirinya di sisi? Tak. Aku harus kuat. Baby Ikhwan masih mempunyai orang tua. Dia memang layak mendapat dan merasa kasih sayang dari kedua-duanya.
Satu persatu wajah di hadapan aku, aku pandang silih berganti. Wajah-wajah yang pernah buat aku menangis. Wajah yang pernah buat aku terluka berkali-kali, dan ada juga wajah yang selalu disamping aku tidak kira dalam apa juga situasi.
Aku penat. Aku letih. Walaupun pengorbanan aku ini nampak seperti sia-sia kerana tiada siapa pun hargai, aku pasrah. Tiada kata maaf. Tiada kata-kata memujuk. Perlukah semua itu? Berbaloikah? Mana harga diri aku yang sebenar? Merekakah yang salah menilai atau aku yang terlalu prejudice.
Dikala waktu ini, semua orang sedang berkumpul diruang tamu rumah ibu. Sepertinya ada rundingan kekeluargaan di sana. Semua mahukan penjelasan dari kedua pasangan itu.
Namun tiada seorang pun yang datang kepada aku. Tiada seorang pun datang memujuk aku. Tiada sorang pun yang datang melihat kesan luka ditubuh aku.
Aku sedih. Aku hampa. Aku juga merasa kecewa. Ya! Aku memang sedang bersedih.
Perit akibat terjatuh hasil tolakan abang tadi pun masih lagi dapat aku rasakan. Tetapi perit di hati??
Biarlah... Biarlah mereka sendiri selesaikan masalah nereka. Rasanya aku tidak perlu lagi masuk campur dalam urusan ini. Bahagian aku sudah pun selesai.
Saat ini aku sudah semakin jauh dari rumah pusaka itu. Tiada siapa menghalang? Ya! Tiada. Malah mereka tidak perasan pun sewaktu aku keluar. Semua mata tertumpu pada kedua pasangan itu. Aku? Hmmm.
Air mata berjujuran jatuh aku biarkan. Apa yang aku harapkan? Kata-kata maaf? Dengan kata maaf mampukah menyembuh segala luka di hati aku. Aku di hina. Dicaci malah dipukul tanpa usul periksa. Kenapa menghukum aku dengan membuta tuli. Adilkah? Seorang abang sepatutnya mengadili seadilnya. Bukan ambil tindakan dan membuat keputusan dengan emosi sahaja. Kakak? Ada kakak pun tidak guna jika tega melihat adiknya sendiri di siksa dan dipukul tanpa berusaha untuk meleraikan ataupun menghalang.
Sudah hampir sejam aku memandu. Telefon bimbit aku yang berulang kali berbunyi, aku biarkan. Baru sekarang mereka sedar aku tiada? Aku ketawa sedikit namun perit yang aku rasa.
Maafkan adik ibu. Maafkan adik ayah. Adik tak kuat. Adik lemah. Izinkan adik mencari kebahagiaan adik sendiri. Jika dahulu adik ada ayah, kini adik tiada sesiapa. Adik sendiri. Sendiri mengubat luka yang adik sendiri tidak tahu bila akan sembuh. Mampukah ianya sembuh? Hmmm... Entahlah.
Aku memandu membelah malam seorang diri. Nana aku tinggalkan di rumah ibu. Aku sempat menghantar pesanan ringkas kepada Dahlia melalui aplikasi WhatsApp.
Aku : Assalamualaikum. Dahlia. Maaf. Mungkin ketika kau baca mesej aku ni, aku dah pun jauh tinggalkan rumah ibu. Maafkan aku tinggalkan semua secara tiba-tiba. Aku rasa, bahagian aku sudah pun selesai. Sampaikan kata-kata maaf aku pada ibu. Sampaikan peluk cium aku untuk baby Ikhwan. Aku serahkan segala tanggungjawab ini kepada yang lebih berhak. Oh ya! Nana, kau jangan lupa untuk hantarnya pulang. Aku beri seluruh kepercayaan aku kepada kau. Di dalam bantal baby Ikhwan ada sampul surat. Kau tolong serahkan kepada kakak aku, okey. Tolong gantikan tempat aku malam ni sebagai saksi bahawasanya segala masalah telah pun selesai. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku. Terima kasih kerana setia di sisi aku. Selamat tinggal. Panjang umur kita pasti berjumpa lagi.
Mungkin dia baru sahaja membaca mesej aku, dan dia baru menyedari ketiadaan aku. Aku tak salahkan Dahlia. Dia sudah banyak bekorban demi aku. Kehadirannya hari ini bersama-sama abang Danish juga dirancangnya sebagai back-up katanya. Benar seperti apa dia jangka. Mereka mahukan bukti dan kehadiran Dahlia membawa bukti. Bukti yang sangat-sangat kukuh. Malah bukti itu diperkuatkan lagi dengan kehadiran Encik Rafiq.
Huh! Encik Rafiq. Ada daya tarikan tersendiri. Mungkin kerana itu, semuanya bagaikan dipukau dengan kehadirannya. Suasana yang tegang menjadi tenang setelah kemunculannya.
*****
Setahun berlalu.
Dahlia : Waalaikumsalam, Damia. Kenapa kau pergi cepat sangat. Semua orang cari kau. Kakak Darina, ibu kau, abang Danish, abang Shah semua cari kau. Dan baby Ikhwan juga cari kau. Aku tak sanggup mendengar tangisannya, mungkin dia juga tahu kau telah pergi tinggalkannya. Berkali-kali kami cuba memujuk, namun tiada satu pun berhasil. Damia! Bukan ini yang kita rancangkan. Bukan! Kenapa kau tega tinggalkan aku? Tinggalakan baby Ikhwan. Aku tak sanggup melihatnya menangis sampai hilang suaranya. Dia mencari mamanya. Bukan Kak Darina, tapi kau Damia. Aku tak boleh nak kata apa lagi. Mesej aku kau tak balas. Aku call juga kau tak angkat. Nak sesalkan pun semua sudah pun berlaku. Segala amanah kau telah pun aku selesaikan. Jangan risau. Aku doakan semoga kau sentiasa diberi perlindungan. Aku tak ada di sisi kau tau. Pandai-pandailah kau jaga diri kau sendiri. Huh! Kita baru sahaja merancang untuk hangout bersama kan? Tapi kau hangout tanpa aku. Hahahaha. Jaga diri baik-baik tau. Satu hari pasti kita akan jumpa. Itu aku pasti.
Entah untuk kali ke berapa aku mengulang baca mesej panjang dari Dahlia yang di hantar setahun lalu. Mesej itu tidak pernah aku padam. Dan mesej-mesej sebelumnya juga turut aku simpan.
Aku kini berada di bandar Johor Bahru. Bandar metropolitan yang sedang gah membangun setanding Kuala Lumpur. Walaupun hidup di sini agak sukar, kerana jauh dari keluarga. Namun apa bezanya dulu dan sekarang. Jika dulu aku ada baby Ikhwan bersama, tetapi kini aku hanya keseorangan. Jika dahulu apa yang aku lakukan, mesti akan dahulu baby Ikhwan. Kini, aku boleh melakukan apa sahaja sesuka hati.
Alhamdulillah, segala perancangan aku Allah permudahkan. Tanpa sesiapa mengetahui, aku mendapat tawaran pekerjaan di bandar metropolitan itu setahun yang lalu. Oleh kerana itu, aku tekad untuk pergi. Pergi membawa perubahan. Pergi untuk mengubat luka.
Aku kini bukan sahaja bergelar pereka grafik malah aku juga seorang fotografi. Aku masih lagi freelance seperti dahulu. Tidak mahu terikat dengan mana-mana company. Aku lebih suka bekerja ikut waktu aku serta tidak terikat pada satu lokasi sahaja. Aku rasa, kerja sebagai freelance lebih masyuk berbanding jika aku hanya terikat dengan satu company sahaja. Dunia sekarang sudah berubah. Zaman semakin maju dan taraf hidup juga semakin tinggi. Jadi, gunakan mana-mana peluang yang ada mengikut kemampuan diri kita.
Waktu itu aku berada di Pasir Gudang untuk sesi photoshoot studio fotografi. Client aku, baru sahaja membuka butik pakaian muslimah. Dia ingin aku membuat iklan pakaian muslimah melalui billboard, banting, banner dan sebagainya termasuklah iklan di media massa. Walaupun kerjanya agak rumit namun aku suka kerja yang mencabar seperti ini.
Kenapa aku memilih kerjaya fotografi? Kerana melalui pengalaman aku sendiri, banyak gambar-gambar yang aku terima untuk sesi editing dari mana-mana fotografi sebelum ini banyak kelemahan dan kekurangan. Ada gambar yang angernya tidak tepat, pencahayaannya kurang, perspektif serta ideanya tidak ada dan bermacam-macam masalah lagi sehinggakan terlalu sukar untuk aku melakukan proses editing.
Oleh sebab itu, secara perlahan-lahan aku sendiri belajar menceburi bidang fotografi kerana bidang ini tidak lari jauh dari kerjaya aku. Seperti aur dengan tebing yang sama-sama saling memerlukan. Apabila aku sendiri menjadi juru foto dan aku juga editingnya, maka idea datang mencurah-curah waktu itu kerana aku tahu apa yang aku nak dan aku juga tahu apa kehendak client aku sendiri.
"Beb! Mana model kau ni?"
Sejak setengah jam yang lalu aku sudah terpacak di dalam studio milik Sharil. Lighting, lampu, photo kanvas, backdrop semua sudah aku susun atur dan setkan siap-siap. Namun gerangan orang yang ditunggu-tunggu tidak juga kunjung tiba.
Seperti yang dijanjikan hari ini aku akan shoot beberapa keping gambar seorang model yang memakai koleksi busana muslimah milik client aku. Namun sudah lebih setengah jam, sesi fotografi ini tidak juga berjalan seperti yang dijadualkan. Nasib baiklah hari ini, hanya ada satu sesi sahaja.
"Entah. Semalam kata nak datang pukul 9, sekarang dah nak pukul sepuluh pun batang hidung tak nampak,"
Sharil juga turut merungut. Walaupun studio ini miliknya, namun kadang-kala aku juga turut membantunya malah dia sendiri tanpa segan silu memberi aku clientnya jika mereka suka cara kerja aku. Aku juga ada meletakkan beberapa album contoh hasil air tangan aku di situ. Dengan Sharil tiada sifat kawan makan kawan atau tutup periuk nasi member sebab kami saling bantu membantu.
Sharil bukan sahaja memiliki studio photo, malah dia juga mempunyai butik pengantin. Class tak? Jadi korang boleh bayangkan perwatakan Sharil ni bagaimana.
"Batalkan je lah. Penatlah tunggu macam ni. Aku ni bukan datang dari area dekat-dekat,"
Aku sudah mula membebel.
"Sekejap. Aku cuba call dia,"
Aku melihat Sharil mengambil telefon bimbitnya. Dia menekan-nekan pada skrin telefonnya, kemudian telefon itu di 'ON' kan speakernya. Bunyi ada, tapi tidak berangkat. Dia mencuba beberapa kali, namun tetap tidak berangkat.
"Kau tak ada model lain ke?"
Dia hanya menggelengkan kepalanya.
"Diorang semua hari ni busy. Biasalah hari minggu. Banyak job! Masyuk,"
"Hmmm. Takkan tak ada satu orang pun yang free,"
"Ada... Tapi aku call tak berangkat dari tadi,"
"Ish! Kau ni. Main-mainlah. Aku cakap yang lain. Bukan dia. Lepas ni, kalalu aku kena berkerjasama dengan dia lagi, awal-awal aku tolak. Tak punctual langsung. Orang call pun tak nak angkat. Attitude zero! Sekurangnya, kalau ada apa-apa masalah beritahulah. Mesej ke. Call ke. Ini tak. Senyap. Kalau dia beritahu, senanglah kita cari solusi, betul tak,"
"Tak apalah. Cancel je lah photoshoot hari ni. Apa-apa esok aku beritahu,"
Sharil akhirnya memutuskan. Aku juga tidak membantah memandangkan aku sendiri sudah letih menunggu. Nasib baik aku tidak perlu membayar sewa studio photo ini, jika tidak sudah panjang berjela makian aku terhadap model tersebut.
Aku sudah memuncungkan bibir.
"Jom lepak,"
Aku mengukir senyuman.
"Mana?"
"Mana-mana je. Mamak pun okey,"
"Naik kereta kau," aku memutuskan pula. Sebetulnya aku sudah malas memandu. Dari Skudai nak ke Pasir Gudang bukan dekat. Hampir satu jam perjalanan juga. Nasib baik tidak jem. Jika kena waktu pick hour, masak!
Share this novel