Episod 41

Romance Completed 26493

Aku memang tidak menyangka akan bertemu abang Danish malam ini. Ini bermakna kemungkinan mereka semua sudah tahu di mana aku berada. Takkan nak lari lagi? Dah macam pelarian pula. Tapi kenapa aku perlu lari. Aku bukan ada buat apa-apa salah.

Air mata yang mengalir tadi sudah lama reda. Fikiran aku kosong ketika ini. Aku benar-benar pelik. Bermacam-macam soalan pula keluar di minda aku ketika ini.

Suasana terasa sunyi.

Button ON radio aku tekan. Walaupun jarak antara restoran steamboat tadi dengan rumah sewa aku tidaklah jauh, namun aku tiada niat untuk terus pulang. Aku memandu sahaja tanpa ada arah dan tujuan.

'Terluka hati saat kau mendustakan cinta
Teganya dirimu memperlakukan begini
Perih rasaku tak tertahan sebak di dada
Ingin ku luahkan tapi tak berdaya
Engkau diri disampingnya
Senyum seakan bahagia
Tanpa memikirkan aku yang merenung dirimu
Jika kau ingin ku pergi
Bisa ku undurkan diri
Aku hanyalah sandaran cinta
Jangan menangis lagi
Jangan bersedih lagi
Pujuklah hatiku yang sendu resah pilu...'

Lagu ini berkumandang dicorong radio membuat hati aku terus di himpit pilu. Seperti kena pula setiap bait-bait perkataannya dengan keadaan aku sekarang. Putus nyanyian Nabila Razali bagaikan mencarik-carik hati aku di setiap sudut. Air mata yang sudah terhenti tiba-tiba mengalir lagi sekali.

Aku menukar siaran radio kerana aku tidak mahu lagi bersedih. Tidak mahu perasaan ini terus terusik. Aku menyapu sisa baki air mata dengan hujung jari.

'Sungguh aku terluka, ku terluka
Kata hina yang kau lafaz kan
Oh pedihnya ku rasakan
Menikam jiwa.
Hati ku terluka, oh sakitnya
Dipenjara kesuraman
Oh mengapa kau hancurkan
Janji kita.
Kehilangan
Air mata
Perpisahan ini hanya tinggal kenangan..'

Aku tidak tahu kenapa malam ini, rata-rata DJ memutarkan lagu-lagu sedih pula.
Tadi Putus... Sekarang Terluka nyanyian Zack Zakwan.

Aku menukar lagi siaran radio.

'Aku pasti setiap insan
Mendambakan pada kasih suci
Jujur saat menemani
Dan mengisi kekosongan hati
Sukar untuk ungkapkan
Segala yang dijiwa
Tetap setia hinggaku melafazkannya
Cinta bukan sekadar permainan kata
Harus hubungan dibuktikan atas keikhlasan
Cinta akan bersama menjalinkan rasa
Ku kan bersabar menatikan detik itu tiba
Jangan pernah kau dustakan
Dengan nada sejuta alasan
Benar inikah luahan
Atau rindu yang tidak berteman
Sukar untuk ungkapkan
Segala yang dijiwa
Tetap setia hinggaku melafazkannya
Cinta bukan sekadar permainan kata
Harus hubungan dibuktikan atas keikhlasan
Cinta akan bersama menjalinkan rasa
Ku kan bersabar menatikan detik itu tiba
Biar cinta ku akhiri kisah duka ini
Duhai hati kan menanti saat bahagia
Di akhir nanti
Cinta bukan sekadar permainan kata
Harus hubungan dibuktikan atas keikhlasan
Cinta akan bersama menjalinkan rasa
Ku kan bersabar menatikan detik itu tiba..'

Tidak seperti tadi. Kali ini lagu ini aku dengarkan hingga habis. Duhai Hati lagu nyanyian Zazo Maulana.

Huh!

Aku mengeluh berat.

Tidak sedar akhirnya aku sampai di hadapan Pantai Lido. Pantai Lido ni merupakan sebuah tempat menarik yang terletak di bandaraya Johor Bahru. Merupakan tempat yang amat famous kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke sini, suatu ketika dahulu hingga ke tahun 80-an. Nama Pantai Lido tak kurang amat terkenal sebagaimana terkenalnya Pantai Batu Burok, di Bandaraya Kuala Terengganu, dan Pantai Batu Feringghi di bandaraya Pulau Pinang.

Di sini juga terdapat padang bola. Jaraknya cuma 100 meter sahaja dari Pantai Lido.

Jadi ramai pengunjung-pengunjung yang bersiar-siar di Pantai Lido pada waktu malam juga akan berkunjung ke Dataran Bandaraya. Dan yang paling menarik, tempat ini juga membolehkan kita menikmati makanan Steamboat Cocok ( celup-celup ) di kawasan parking dataran ini. Kalau korang nak tahu, di sinilah tempat medan selera Steamboat Cocok terbesar di Malaysia, di mana terdapat lebih daripada 30 peniaga yang kesemuanya meniaga makanan ini ( wajib jual Steamboat Cocok dan lain-lain sebagai sampingan )

Aku mencari parking. Malam ini ramai juga pengunjung di Pantai Lido. Angin laut menyerbu wajahku sebaik cermin kereta aku turunkan. Aku tidak berhasrat untuk turun dari kereta. Kenangan kena serbu di restoran steamboat tadi pun masih lagi segar. Aku takut perkara seperti tadi berlaku lagi kerana video itu sedang viral di Fac, Instagram dan YouTube.

*****

Sudah seminggu perkara itu berlalu. Dan sejak dari malam itu aku tidak bertemu lagi abang Danish. Kawan-kawan aku juga yang berada di Pasir Gudang sudah lama juga aku tidak ketemu. Masa aku banyak aku habiskan di rumah sahaja kerana segala kerja aku hanya memerlukan editing yang boleh buat di rumah secara santai. Hal ini juga aku sudah memaklumkan kepada Sharil. Tak nak lelaki itu fikir bukan-bukan.

Hurm agak lama terperuk dirumah terasa bosan juga. Telefon aku ambil. Nombor telefon Sharil aku dail.

Tutttt... Tuttt..tuttt..
Tutt..tutt
Tutt...tut

Lama aku tunggu.

"Hello! Sorry.. sorry.. aku kat toilet tadi,"

Aku yang sudah mahu mematikan telefon segera membatalkan niat aku. Senyum.

" Assalamualaikum...,"

"Opss sorry ustazah. Waalaikumsalam,"

Aku terdengar ketawa di hujung talian.

"What's up beb,"

Lelaki itu bertanya.

" Bosan..."

Aku jawab lemah.

"Kau tak ada kerja?"

"Semua dah siap. Tinggal nak hantar pakai email je,"

"Oh!"

" Jom jumpa!"

Aku memberi cadangan.

"Ermm. Kau datang sini. Boleh? Kat butik aku. Studio tutup hari ni sebab tak ada apa-apa photoshoot,"

"Ermm.. okey. Kau tunggu ea. Aku nak siap-siap jap. Lepastu aku terus pergi sana,"

Talian dimatikan dan aku segera bersiap.

Mungkin kerana aku terlalu lama, Sharil akhirnya menghantar aku satu lokasi restoran untuk kami bertemu. Dia lapar katanya. Aku pun hanya bersetuju.

"Eh! Na... Tak kerja?"

Aku menyapa Aina sebaik aku keluar dari bilik. Aku melihat Aina sedang santai duduk di atas sofa sambil menonton TV.

"Tak...,"

Dia memandang aku atas bawah.

"Kau nak keluar ke?" Tanya Aina lagi.

"Aah... Kau nak ikut?"

Aku mempelawanya.

"Boleh ke?"

"Boleh je kalau nak join. Aku nak pergi Pasir Gudang sekejap,"

"Waahh.. macam best. Kau tunggu sekejap. Aku bersiap. Lima belas minit,"

Aku mengangguk sambil melihat Aina sudah pun bangkit dari sofa dan aku pula mengambil tempat duduknya tadi. Telefon bimbit aku ambil dari tas aku. Aku membuka aplikasi WhatsApp dan menghantar satu pesanan kepada Sharil.

*****

Memandangkan Aina turut serta, jadi aku malas membawa kereta aku. Aku suruh Aina menggunakan keretanya dan minyak aku tuang penuh. Aina apa lagi, sukalah. Dia memang suka memandu berlainan aku yang lebih suka duduk di sebelah. Mungkin kerana kerjaya aku yang adakalanya memerlukan aku untuk kerap akan berada di luar, maka aku sudah bosan memandu kenderaan. Seronok bila ada yang pandu dan kita jadi penumpang.

Aku membantu Aina melihat GPS memandangkan kami berdua tidak tahu lokasi yang diberitahu Sharil. Beberapa jam kemudian kami tiba di lokasi. Waktu itu Sharil, Diana dan Emma baru sahaja tiba tetapi mereka sudah berada di dalam restoran tersebut. Aku dari awal lagi sudah sedia maklum akan kehadiran Diana dan Emma kerana aku tahu mereka pasti turut serta kerana butik Sharil tidak jauh dari tempat kerja mereka. Alia tidak turut serta kerana dia kerja agak jauh dari mereka bertiga.

"Lama ke kau tunggu?"

Sebaik aku tiba di meja yang sudah duduki mereka.

"Taklah. Aku tahu mesti kau lambat. Ye lah waktu-waktu macam ni jalan jem. Orang baru nak balik kerja kan? Kitorang baju je sampai lebih kurang sepuluh minit macam tu,"

Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Lama tak jumpa Aina. Apa khabar? Hari ni tak kerja?"

Mereka menegur Aina yang sudah duduk di sebelah aku. Mereka juga mengenali Aina kerana ada beberapa kali juga aku bawa Aina setiap kali kalau Aina cuti.

"Tak kerja. Saje amik cuti. Sakit kepala hari-hari tengok nombor,"

Tidak lama waiters datang membawa menu.

"Korang dah oder ke?" Soal aku memandangkan mereka sudah tiba 10 minit lebih awal.

"Belum. Tunggu kau, boleh makan berjemaah,"

Ucap Diana. Aku senyum sambil menggelengkan kepala.

Selesai memilih menu...

"Mia... Aku nak tanya... Tapi kau jangan marah..."

Aku mengangkat kening. Aku memandang Diana. Aku seperti sudah dapat mengagak soalan yang akan di tanya. Namun aku hanya biarkan.

"Apa?"

"Ermmmm... Pasal malam tu. Betul ke?"

"Aah.. aku pun nak tahu. Ni lah.. budak-budak ni sibuk suruh aku korek dari kau. Tapi macam mana nak korek. Hari ni baru jumpakan?"

Sharil turut menyampuk.

Sudah hampir seminggu perkara tu berlaku namun kawan-kawannya bertanya seperti baru semalam pula ianya terjadi.

"Apa yang kau nak tahu,"

"Ada gosip best ke?"

Soal Aina pula. Emma pula hanya jadi pendengar.

"Aah weh! Nantilah aku cerita,"

Diana membalas.

"Kau nak tahu tak? Aku memang terkejut besar tau malam tu. Ye lah. Kitorang duk usha-usha seorang mamat tu, tiba-tiba mamat tu datang... Aku ingat dia nak bagi aku salam perkenalkan ke apa kan. Ye lah. Dia mesti perasan aku dengan Alia duk usha-usha dia. Tapi memang hensem gila ah! Tiba-tiba mamat tu datang cakap dia tu tunang Mia? Tekejut aku. Bukan aku je.. kitorang semua terkejut,"

Aku mahu ketawa pula dengar kata-kata Diana. Tadi cakap nanti nak cerita, ni alih-alih tercerita pula. Walaupun tak secara terperinci aku rasa Aina faham kerana sedari tadi aku nampak dia menganggukkan kepala.

"Oh! Mamat tu ke yang korang cakap hensem-hensem tu?"

Aku melemparkan senyuman.

"Haah la.. betul ke tunang kau? Sejak bila kau bertunang? Kitorang tak tahu pun,"

"Dah lama dah. Sebelum aku datang sini,"

Cukuplah aku. Aku tidak mahu berkongsi dengan mereka.

"So, bila majlis?"

Aku hanya menjungkit bahu. Ya! Aku tidak menipu. Jujur memang aku tak tahu.

"Pulak dah! Oh!"

Diana sudah ketawa besar.

"Jangan-jangan ni kes lari sebab merajuk? Lepastu tunang datang ala-ala hero Malaya datang pujuk. Sweetnyaa. Ye kan?"

Aku ketawa. Pandai-pandai je si Diana ni. Mahu je aku ketuk kepalanya. Aku lihat semua mata sudah fokus terhadap aku menanti jawapan.

"Lebih kuranglah,"

Ayat klise aku beri.

"Haaa.. aku dah agak. Kenapa kau lari?"

Namun kami semua mematikan kata sebaik waiters datang menghantar minuman. Dan tidak berapa lama makanan pula sampai. Namun mungkin dek kerana terlalu lapar, kami semua terus sahaja menjamu selera. Aku waktu itu sudah pastilah menarik nafas lega dan berharap mereka lupa soalan tadi.

"Kenapa kau lari?"

Mahu tersedak aku mendengar soalan yang tiba-tiba. Ingatkan dah lupa. Minuman aku sedut. Makanan aku hampir separuh sudah aku telan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience