Episod 24

Romance Completed 26493

Seperti yang dirancang, aku mengikut keluarga Dahlia pulang ke rumah mereka setelah aku merasakan tubuh aku sedikit segar.

Pada aku, mungkin itu keputusan yang terbaik memandangkan keadaan aku yang tidak berapa mengizinkan. Emosi dan fizikal aku tidak berapa memberi kerjasama. Peristiwa tersebut benar-benar memberi impak yang besar pada aku. Masakan tidak! Orang gila sahaja yang tidak ada perasaan jika di halau keluar oleh keluarga sendiri.

Dan aku harus kembalikan semula semangat aku yang sudah hilang demi baby Ikhwan. Ya! Hanya dia dan keluarga Dahlia yang aku ada sekarang. Sedih! Orang luar lagi memahami aku lebih dari keluarga sendiri. Apalah nasib aku seterusnya.

Aku waktu itu sedang bermain dengan baby Ikhwan di atas katil di dalam bilik tetamu. Jika dahulu aku berkongsi bilik dengan Dahlia setiap kali bermalam di sana, kini tidak boleh lagi demi keselesaan baby Ikhwan.

Anak kecil seperti baby Ikhwan, sangat sensitif. Emosi dan persekitarannya juga perlu diberi perhatian agar baby tidak stress. Jangan tak tahu. Baby sekecil baby Ikhwan pun boleh stress juga. Itu yang menyebabkan mereka kerap meragam dan menangis kerana tidak selesa akan sesuatu. Jadi kita sebagai orang dewasa perlu prihatin dalam semua keadaan. Itu yang diberitahu ibu Dahlia. Dan aku hanya senyum. Sedikit sebanyak ada juga yang sudi mengajar aku cara pengurusan bayi.

Sepanjang aku menjaga baby Ikhwan, alhamdulillah baby Ikhwan tidak pernah lagi meragam. Setakat menangis biasa itu adalah normal sebangai isyarat perut lapar, pampers penuh. Yang lain? Tiada. Meragam teruk? Belum pernah dan harap ianya tidak akan berlaku.

Tok!! Tok! Tok..

Pintu bilik diketuk dari luar. Aku bangkit. Tudung sarung yang elok tersangkut aku ambil dan aku sarung di kepalaku. Kemudian aku merapati pintu bilik. Tombol pintu aku pulas. Pintu bilik aku tidak buka terlalu luas. Cukup sekadar muat-muat kepalaku sahaja.

"Oh! Mummy,"

Kataku sebaik melihat tubuh anggun dihadapan bilik.

"Baby Ikh mana? Tidur?"

"Taklah. Ada tu. Baru je lepas menyusu,"

"Boleh mummy masuk?"

Soalnya kemudian apabila melihat aku hanya membuka sedikit sahaja pintu bilik.

"Eh! Masuklah,"

Aku agak malu pula apabila disoal sebegitu. Aku melihat juga di belakang ibu Dahlia. Mana tahu ada gadis tersebut.

"Dahlia keluar. Ada hal katanya,"

Seperti tahu sahaja apa yang bermain di minda aku. Aku menutup kembali pintu bilik.

Ibu Dahlia menghampiri baby Ikhwan yang berbaring di atas katil. Aku lihat dia mengagah-agah baby Ikhwan dan baby Ikhwan membalas dengan senyuman. Amboiii gedik ea? Hanya terluah di dalam hati.

"Eh! Damia. Kenapa berdiri kat situ je. Mari sini. Duduk sini,"

Ibu Dahlia menepuk-nepuk ruang kosong di sisinya.

"Mummy sebenarnya ada benda nak bincang dengan kamu. Dari hari tu lagi. Tapi di sebabkan kamu sakit. Mummy pendamkan dulu. Jadi hari ni, mummy ingat nak tanya kamu,"

Berubah sedikit riak air muka aku. Soalan apa yang ingin di tanya. Aku sedikit berdebar. Sebetulnya, sejak dari malam itu ibu dan ayah Dahlia tidak pernah mempersoalakan apa-apa kepadaku. Malah aku juga tidak menjelaskan apa-apa kepada mereka selagi mereka tidak bertanya. Mungkin memahami perubahan air muka aku. Ibu Dahlia tersenyum sahaja.

"Soal Damia dengan baby Ikhwan mummy tak nak masuk campur. Mungkin belum masa untuk Damia bercerita dengan mummy mahupun daddy. Tak apa. Kami faham. Dan kami tidak mendesak. Mungkin satu hari nanti kamu akan cerita,"

Ibu Dahlia senyum memandang aku. Benarkah? Tidak sedikit pun mereka berfikiran negatif terhadap aku?? Macam tidak percaya. Keluarga sendiri pun tidak melayan aku sebaik ini. Aku sayu. Benar-benar sayu.

"Dahlia juga tidak ceritakan apa-apa kepada mummy. Tapi satu mummy nak beritahu. Mummy dari dulu memang nak sangat Damia jadi anak mummy. Walaupun dari dulu Damia dengan Dahlia rapat tapi mummy tahu Damia tetap tidak selesa kan? Tapi bila abang Danish beritahu mummy peristiwa malam itu. Dan Damia sah menjadi tunangan abang Danish. Mummy bahagia sangat,"

Wajah aku direnung dalam.

"Sungguh! Mummy dengan daddy tiada halangan. Malah kami dah lama terima Damia,"

"Cuma....,"

Ibu Dahlia berjeda.

"Mummy harap Damia setuju jika kami ingin membuat sedikit majlis. Bolehkan? Majlis pertunangan kamu dengan abang Danish. Boleh?"

Aku terpegun seketika. Tidak terfikir mereka akan meraikan aku sedemikian rupa. Aku tahu. Pertunangan aku dengan abang Danish dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa waktu itu. Tiada majlis rasmi. Tiada kenduri. Tiada cincin mahupun apa-apa tanda. Yang ada hanyalah kata-kata penerimaan abang Shah terhadap niat abang Danish.

"Maknanya mummy dah tahu peristiwa malam itu,"

Aku nampak ibu Dahlia menganggukan kepalanya.

"Damia sabar ye. Beri mereka ruang. Mungkin satu hari mereka beri peluang untuk Damia jelaskan semuanya,"

"Mummy dan daddy pun tak mahu tanya apa-apa selagi Damia belum bersedia untuk bercerita. Jangan risau. Selagi mummy dan daddy ada. Kita sama-sama jaga baby Ikh ya. Mummy pun dah lama tak rasa ada anak kecil. Nak harapkan abang Danish kamu tu kawin, baru sekarang dia nak. Itu pun kalau tak disebabkan malam tu. Rasa mummy, sampai sekarang dia tu membujang sahaja,"

Ibu Dahlia mengambil baby Ikhwan kemudian memeluknya erat ke dada. Sungguh aku terharu atas penerimaan keluarga ini.

"Damia setuju ye. Mummy dengan daddy nak buat majlis pertunangan kamu berdua. Kita buat kecil-kecil je. Ajak saudara mara yang dekat-dekat. Tentang kos. Jangan risau. Mummy dengan daddy sponsor semua,"

Aku senyum dan mengangguk. Apalah dayaku untuk menolak jika begini layanan mereka terhadap aku. Tidak terbalas rasanya jasa mereka.

"Abang Danish dah tahu ke mummy,"

Ibu Dahlia ketawa. Aku pula mengerutkan dahi. Aku salah tanya soalan ke?? Aku menggaru dahi yang tidak gatal.

"Abang Danish lah yang beria suruh mummy buat majlis ni. Dia yang beria. Tapi kalau bukan kerana dia pun, mummy dengan daddy memang nak buat. Cuma nak persetujuan kamu je. Sebab nikan majlis kamu juga,"

Lagi aku terkejut. Abang Danish yang suruh? Hurmm. Macam tak percaya.

Aku masih ingat tatapan mata abang Danish dulu sewaktu di rumah aku sewaktu aku sakit. Tidak nampak pun seperti lelaki itu kisah akan diri aku. Pandangan mata kosong. Macam tiada perasaan.

"Abang Danish tu memang macam tu. Susah sikit nak tunjuk perasaan dia. Ye lah. Orang tak pernah bercinta,"

Ibu Dahlia ni macam tahu-tahu je apa yang ada dalam hati aku ni. Kata-kata itu membuat aku malu sendiri.

"Okey. Mummy dengan daddy rancang nak buat majlis tu hujung bulan ni. Sempat lagi kamu nak pilih baju. Nanti bab hantaran dan semua tu. Kamu pergi sendiri dengan abang Danish. Budak tecik demok-demok ni. Biar nenek yang jaga ye sayang,"

Ibu Dahlia menggomol baby Ikhwan menyebabkan anak kecil itu ketawa. Pertama kali aku melihat baby Ikhwan ketawa seperti itu. Seperti faham perasaan aku yang bahagia sekarang.

Untuk pengetahuan korang. Sejak malam kejadian yang abang Shah halau aku keluar dari rumah ibu, aku tidak lagi membahasakan diri aku Mak Shu kepada baby Ikhwan. Tetapi panggilan itu aku ubah kepada mama. Biar terasa lebih rapat. Malah bukankah itu yang sepatutnya kerana mungkin bukan aku yang melahirkan baby Ikhwan namun aku yang telah membesarkannya dari sejak dia lahir hingga ke hari ini. Malah sewaktu baby Ikhwan di dalam perut kakak lagi, aku juga telah menjaga dan merawat kakak. Jadi, tidak salah jika aku menukar panggilan tersebut. Betul tak? Lagi pun aku tidak mahu rahsia ini terbongkar jika aku terus menggunakan panggilan 'Mak Shu' itu.

"Sekejap lagi abang Danish balik. Damia siap-siaplah. Pergi fitting baju tunang dengan abang Danish ye. Baby demok ni. Biar mummy jaga. Jangan lupa. Cari sekali barang hantaran,"

Ha?? Secepat ini ke? Aku ingat minggu depan ke baru cari. Aku sedikit cuak.

Ibu Dahlia hanya tersenyum ke arah aku. Baby Ikhwan di dukungnya kemudian di berlalu meninggalkan aku. Aku pula termanggu sendiri. Mimipi ke?? Aku cubit sedikit peha aku.

"Awww!!"

Hanya aku yang dengar. Aku menarik nafas kemudian menghembusnya perlahan. Ibu Dahlia kata sekejap lagi abang Danish balik. Maknanya aku kena bersiap sekarang.

Aku bangkit. Almari pakaian aku buka. Melihat-lihat pakaian apa yang sesuai untuk di kenakan. Baju t-shirt lengan panjang bewarna meron aku ambil. Tudung pula aku suka shawl warna kelabu. Seluar?? Okey. Warna soft brown. Tuala aku capai. Aku perlu membersihakn diri dahulu. Pakaian yang sudah siap aku pilih, aku letakkan di hujung katil. Kemudian tubuh aku menghilang di balik pintu tandas.

Share this novel

Mrs. Hati
2022-08-09 12:50:26 

Rimatanti Rasyid
2022-08-09 12:32:16 

semoga bahagia milik Damia..


NovelPlus Premium

The best ads free experience