6 bulan kemudian..
Alhamdulillah. Sekarang aku merupakan free lance bahagian editing graphic design. Karier aku sekarang tidak terikat dengan satu company sahaja. Ada dua atau tiga company aku bekerjasama. Mudah. Kerana aku tidak perlu susah-susah untuk keluar bekerja seperti orang lain.
Jika ada projek, setiap company akan memaklumkan kepada aku dan segala detail customer akan diberikan melalui aplikasi WhatsApp. Malah, segala apa yang customer inginkan juga diberitahu di situ. Mudah sahaja kerja aku. Dan hasil-hasil kerja, aku akan emailkan sahaja tanpa perlu bersua muka. Mudahkan? Projek yang aku dapat juga akan diberi melalui email. Jika ada sebarang pertanyaan, aku boleh terus hubungi mereka melalui panggilan telefon atau pun WhatsApp.
Setiap projek, aku akan di bayar sebanyak rm1k minimum. Dan jika projek itu berat dan perlukan fokus lebih aku akan di bayar lebih dari itu. Bagi aku, aku tidak kisah. Asalkan baby Ikhwan sentiasa ada di hadapan mata aku. Mudah untuk aku pantau.
Setiap projek akan di beri tempoh waktu tertentu untuk aku siapkan. Selama aku bekerja free lance ini, kebanyakkan projek aku siapkan lebih awal dari tempoh yang di beri. Malah tidak pernah pula aku mendapat apa-apa feedback yang negatif dari hasil editing aku. Malah amaun yang aku terima sentiasa lebih dari jumlah minimum RM1k. Dan aku terasa puas.
Tidak perlulah aku menggunakan duit yang kakak beri setiap bulan yang aku sendiri ragui dari mana datangnya duit itu. Apakah pekerjaan kakak? Setahu aku kakak seorang akauntan namun bolehkah seorang akauntan mempunyai gaji melebihi Rm5k setiap bulan? Logik ke? Ya! Kakak memang ada Ijazah kerana setelah habis SPM - Sijil Pelajaran Malaysia, kakak ambil pula STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Kemudian terus sambung Ijazah. Tapi boleh logik ke gaji kakak melebihi Rm5k sebulan?
Kakak seorang yang mementingkan jenama. Dari pakaian yang kecil-kecil hinggalah segala kelengkapan perhiasaannya, semua jenis yang kualiti dan nama. Kadang kala aku sendiri tidak tahu berapa harganya setiap jenama itu. Malas untuk ambil tahu.
Aku pula. Setakat beg pasar malam sahaja yang aku mampu. Itu pun sudah memadai bagi aku. Kualitinya juga tidak mengecewakan. Setakat sling bag yang harganya cuma RM35, sudah hampir setahun aku guna. Keadaan masih baik dan bagus. Bak kata orang yang mahal tidak semestinya bagus dan yang murah tidak semestinya tidak baik. Yang penting cara kita menjaga setiap harta benda itu sendiri, itu yang utama.
Hari itu merupakan hari bermalas-malasan bagi aku kerana aku belum lagi di berikan apa-apa projek yang terkini. Projek-projek yang sedia ada, semua telah aku hantar sebelum tarikh yang di tetapkan.
Aku menghampiri baby Ikhwan yang aku baringkan di atas tilam. Tilam itu aku belikan khas untuk baby Ikhwan bergolek-golek. Baby Ikhwan sekarang genap 9 bulan. Sudah boleh makan bubur nasi. Sudah boleh duduk dan berdiri sendiri cuma perlu di pantau sahaja pergerakkannya. Malah aku juga ada belikan dia baby walker dan juga baby jumper.
Sekarang baby Ikhwan sudah mahir menggunakan walkernya. Segala barang yang tajam atau yang merbahaya jangan tersalah letak. Takut baby Ikhwan ambil dan telan ataupun dia bawa bermain sehingga boleh menyebabkan kecederaan. Barang-barang seperti kaca atau pun kristal aku letak di tempat tinggi. Tempat yang susah untuk baby Ikhwan gapai. Dia sudah semakin lasak sekarang.
Lihat keletah baby Ikhwan tidak sangka, sudah hampir setahun aku menjadi penjaganya. Melihat dia membesar sendiri di depan mata, aku puas.
Mungkin seperti ini aku ketika kecil. Ibu jaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menghisap darahnya. Hurmm. Rindunya. Bilakah aku boleh berjumpa dengan ibu lagi? Memeluk tubuh itu.
Selepas kejadian pedih itu. Sekali-sekala aku ada juga pulang ke rumah ibu. Melihat dari kejauhan sahaja. Tidak berani datang dekat. Aku khuatir kehadiran aku disedari kakak ataupun abang. Lagipun aku tidak mahu orang kampung tahu akan kehadiran baby Ikhwan dalam keluarga kami. Waktu petang aku selalu lihat ibu menyapu laman. Sesekali tubuh tua itu terbongkok-bongkok kerana mencabut rumput-rumput liar. Masih kuat tubuh itu. Malah wajahnya juga seperti dahulu. Sepertinya tidak di mamah usia. Pada perkiraan aku, umur ibu sekarang sudah masuk 54 tahun.
Jika ibu bekerja, tentu lagi 6 tahun akan pencen.
Rengekkan baby Ikhwan di atas tilam menghentikan lamunan aku. Aku memandang ke arahnya.
"Baby Ikh kenapa? Bosan ea? Nak jalan-jalan?"
Tubuh debab itu aku angkat dan aku cium pipinya. Kemudian baby walker aku hampiri. Aku meletakkan baby Ikhwan ke dalam walker dan laju sahaja kaki itu menolak. Sukalah tu. Penat berbaring ea?
Aku sudah beri makan kepada baby Ikhwan sebentar tadi. Untuk buburnya, aku lebih suka memasaknya sendiri dari beli yang sudah siap sedia. Kerana memasak sendiri aku tahu bahan apa yang aku guna dan aku letak. Jika beli yang sudah siap, tidak yakin akan bahan-bahan yang digunakan.
Sekarang, baby Ikhwan makan empat kali sehari. Tiga kali bubur nasi dan sekali puri buah-buahan. Dan sesekali aku juga ada berikan biskut baby organik untuk melatihnya mengunyah. Orang kata melatih baby kuatkan gusi. Entahlah. Aku pun kurang pasti. Yang penting baby Ikhwan suka dan tak meragam. Itu sudah memadai.
Telefon aku berdering tiba-tiba. Melihat nama gerangan pemanggil membuat aku tersenyum lebar.
"Assalamualaikum," sebaik sahaja telefon aku lekapkan di telinga.
"Waalaikumsalam. Kau buat apa?"
Suara di hujung talian aku dengar seperti lemah sahaja.
"Tak ada apa-apa. Layan baby Ikhwan main je. Kenapa suara kau lemah je ni?"
"Aku baru baik demam. Eh! Aku kat rumah mummy ni. Kau tak nak datang sini? Mummy cakap dah dua minggu kau tak datang,"
"Ooo ye ke. Entahlah. Aku rasa macam menyusahkan pula kalau aku datang sana,"
Dahlia dan abang Danish tidak duduk serumah dengan ibubapa mereka. Abang Danish dari dahulu sudah ada rumah sendiri dan hanya sesekali sahaja pulang ke rumah ibubapanya. Dahlia pula, sejak bekerja di Johor Bahru sudah jarang mereka berjumpa. Hanya sekali-sekala sahaja itu pun jika gadis itu pulang ke rumah orang tuanya. Aku pula, sejak Dahlia tak ada, segan pula mahu bertandang ke rumah bakal mertua walaupun jarak dari rumah aku ke rumah mereka kurang dari satu jam jika jalan tidak sesak.
"Lama ke kau cuti?"
"Lama tu tak lah. Dalam tiga hari. Tu yang aku telefon kau. Mana tau kau free. Datanglah sini. Ke kau nak aku datang sana?"
"Eh! Tak apa. Aku datang sana. Mummy pun dah lama tak jumpa baby Ikh kan?"
"Haaa.. tahu pun. Okey see u,"
Talian terus dimatikan sebelum sempat aku bertanya apa-apa. Abang Danish ada sekali ke? Sejak bertunang, aku tidak pernah lagi berjumpa dengan abang Danish. Berdating? Jauh sekali. Mesej? WhatsApp? Lagi jauh! Nombor telefon dia pun aku tak ada. Percaya tak?? Kelakar kan? Malas aku ambil tahu. Kalau ada jodoh. Adalah. Kalau tak ada. Redha je lah.
Aku boleh redha ke? Bukan lelaki itu ke yang buat malam aku tak lena? Ahh!! Kau Damia!
*****
Petang itu juga aku sampai ke rumah ibubapa Dahlia. Hanya ada beberapa kenderaan termasuk kenderaan Dahlia. Suzuki Swift. Kereta abang Danish tiada pula aku nampak. Maknanya empunya badan tiada.
Telefon aku capai. Nombor telefon Dahlia aku dail. Cepat sahaja disambung dan diangkat.
"Assalamualaikum," ucapku perlahan.
Baby Ikhwan yang sedang tidur di dalam baby seat bahagian belakang aku toleh. Baby Ikhwan pantang di bawa berjalan. Pasti mudah sahaja dia tertidur. Ini sungguh menyenangkan pemanduan aku.
"Waalaikumsalam. Kenapa suara kau slow je?"
"Baby Ikh tengah tidur. Aku tak nak ganggu. Kau kat mana?"
"Ooo. Aku kat rumah mummylah. Berapa kali mau bilang daaa,"
"Aku kat depan rumah dah ni,"
"Ha? Ye ke? Kenapa tak beritahu? Dah lama ke sampai. Sorry-sorry aku kat bilik. Mummy dengan daddy tak ada,"
Ha? Mummy dengan daddy tak ada. Tapi kereta ada je ni. Aku hanya berkata sendirian.
"Sekejap-sekejap aku turun,"
Talian terus di matikan. Belum sempat aku meletakkan telefon kembali sebuah kenderaan masuk dan berhenti betul-betul di sebelah kereta Myvi aku.
Glurppphhh! Dia ada ke?
Pintu di bahagian penumpang belakang di buka. Aku juga turut keluar dari kenderaan aku. Enjin tidak aku matikan kerana baby Ikhwan masih ada di dalamnya. Ibu Dahlia menghampiri aku, lantas tubuh aku seperti biasa di peluknya erat.
Pintu di bahagian pemandu dan penumpang hadapan juga turut di buka tidak lama selepas itu. Keluar dua orang lelaki yang bertubuh tegap. Like father like son. Sempat pula fikiran aku menerawang sebentar.
Aku menjeling seketika. Tubuh lelaki itu sepertinya semakin menghampiri aku. Aku cukup berdebar. Sudah lama aku tidak melihat tubuh itu. Tubuh yang aku rindui walaupun kata-katanya sentiasa membuat hati aku sakit.
"Dah lama ke sampai?"
Suara garaunya membuat tubuh aku kembali bernyawa. Terasa sesak nafas aku seketika tadi.
"Hurmm.. baru je,"
"Dah puas tenung aku?"
Ha? Bila masa aku tenung dia. Aku kan tengah pe... Eh! Mana ibu Dahlia bukan tadi aku sedang peluk dia? Aku melihat sekeliling. Yang tinggal hanya aku dan dia. Ya Allah. Kenapa mudah sahaja kau terpukau ni Damia! Wake-up dear! Ingin sahaja aku sepak wajah aku ketika ini.
Aku mulai gelabah. Lama ke aku tenung dia? Ishh! Kenapa dia sering buat aku khayal?
Pintu bahagian penumpang belakang kereta aku, aku buka. Namun baby Ikhwan tiada di situ. Enjin kereta aku tiba-tiba mati. Aku menoleh. Dia sedang menutup pintu kereta aku di bahagian pemandu. Dia menunjukkan aku kunci dan melangkah menghampiri aku.
"Baby Ikh ada pada mummy. Kau ni boleh tak jangan berangan. Nasib baik kat rumah aku. Kalau kat luar, baby Ikh tu kena culik pun kau tak sedar,"
Aku menutup kembali pintu kereta.
Kluck!
Bermakna kereta aku sudah pun di auto lock. Kunci kereta tidak di pulangkan kepada aku. Malah aku nampak dengan slumber dia memasukkan kunci itu ke dalam poket seluarnya.
"Awak!"
Aku mengejarnya dari belakang. Namun tidak tahulah sama ada kaki aku yang pendek atau kaki dia yang terlalu panjang. Aku tidak langsung dapat menyayingi ataupun menghentikan langkahnya.
Buk!
Tanpa sempat brek emergency tubuh itu aku langgar.
Aduh! Aku langgar dinding ke ni? Kerasnya! Aku menggosok-gosok hidung aku yang terasa penyek. Dia menoleh aku.
"Kau ni kan buat aku seram! Ini baru tunang. Kalau dah jadi suami kau, aku rasa entah apa yang kau buat dekat aku!"
Eh! Melampau eh mulut mamat ni. Aku tak sengajakan. Siapa suruh dia berhenti mengejut. Aku lihat dia menanggalkan kasut kemudian stokinnya di hadapan pintu. Kemudian kesemuannya di ambil dan di letakkan di rak kasut kecuali stokin yang di pegang sahaja. Kemudian dia melangkah masuk.
"Damia! Wow! Datang sekali ke?"
Sengajalah tu nak mengusik.
Eh! Jap. Lengan abang Danish di tarik.
"Ish! Baby kenapa main tarik-tarik ni?"
"Tak.. korang ni memang dah janji ke apa?"
Aku memandang wajah Dahlia pelik.
Share this novel