"Eh kau ni! Kalau ye pun tunggulah member habis makan dulu,"
Ternyata kata-kata Sharil itu membuat aku menarik nafas lega kerana perut aku masih lapar lagi.
"Opss! Sorry-sorry. Aku excited sangat,"
Aku hanya membalas dengan senyuman dan terus sahaja menghabiskan makanan aku hingga licin pinggan yang aku makan.
Mereka semua setia menantikan jawapan aku dengan sabar. Aku sengaja mahu menyakat mereka. Sengaja aku makan secara perlahan-lahan sambil berpura-pura makanan aku masih panas. Padahal sudah lama sejuk kerana restoran yang kami makan memasang penghawa dingin.
Mahu sahaja aku ketawa berguling-guling ketika itu.
Aku menarik perlahan nafas aku kemudian aku juga menghembusnya perlahan keluar. Aku merenung satu persatu wajah dihadapan aku. Masing-masing menanti dengan sabar.
"Hurmm.. aku pun tak tahu status hubungan aku dengan dia. Tak tahu masih tunangan atau pun entah. Sepatutnya aku kawin setahun yang lepas,"
Hurmm.. aku menarik nafas panjang.
"Malaslah aku nak fikir. Biarlah waktu je yang menentukan,"
"Korang sudah-sudahlah tu. Aku rasa, Mia nak keep it personal. Rasanya kalau dia nak cerita awal-awal lagi dia dah cerita. Betul tak Mia? So kita end-up sampai sini je ea. So yang penting sekarang kita dah tahu, Mia is not available,"
Akhirnya aku mampu menarik nafas lega mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Sharil. Penyelamat aku. Dada aku sebenarnya sesak mendengar pelbagai soalan yang keluar tambahan lagi bila ianya berkaitan dengan kehidupan peribadi aku.
Aku nampak wajah mereka semua sedikit berubah. Namun tetap sahaja menerima pendapat Sharil. Antara kami Sharil lebih tua umurnya. Walaupun dia jarang serius, namun bila ada kata-kata 'matangnya' keluar, tiada siapa berani menentang. Itu aku suka.
"Sorry miss!"
Seorang waiters wanita menghampiri kami atau lebih tepat menghampiri aku.
"This is for you,"
Satu jambak bunga ros merah bersama satu kotak Coklat Ferrero Rocher yang diikat riben diberikan kepada aku.
Semua mata terarah kepada aku dan hadiah yang aku perolehi.
"Err.. siapa yang bagi ye?"
Aku sedikit ragu untuk menerima.
Waiters itu menunjukkan satu arah dan kami semua memandang ke arah tersebut dan alangkah terkejut aku apabila melihat abang Danish sedang duduk di satu meja tidak jauh dari kami sambil mengangkat tangan dan tersenyum pada kami.
"Eeee.. romantiknya...,"
Aku mendengar Emma berkata-kata dan semua memandang ke arah Emma yang sedang membaca sekeping kad.
"Ok. Thaks miss,"
Waiters wanita tadi terus sahaja pergi sebaik sahaja aku mengucapkan terima kasih.
"Bukan kau punyalah,"
Sharil menarik kad dari tangan Emma.
"Alah. Nak baca pun tak boleh?"
"Nope! Apa-apa pun kena minta izin Mia dulu,"
Sharil sudah menjeling tajam Emma.
Bunga dan kotak coklat aku tolak ke arah Emma. Semua terkejut.
"Kau ambillah,"
"Serius?!"
Aku nampak Emma terkejut.
"Ye! Aku tahu kau suka hadiah-hadiah macam ni kan?"
"Betul ke Mia? Aku tak nak sekejap lagi ada yang marah aku lagi,"
Matanya menjeling tajam Sharil sambil menjelir lidah.
" Yup! Aku serius. Ambillah,"
"Thanks Mia,"
Aku mengangguk. Satu ayat buat aku lagi terkejut.
"Kalau Mamat tu pun kau tak nak. Pas kat aku,"
Eh..Eh! Minah ni gatal betul.
" Trylah.. kalau dapat,"
" Kau jangan cabar aku Mia...,"
Emma sudah berkata sungguh-sungguh.
"Hei! Stop it. Apa ni,"
Aku dan Emma memandang Sharil.
"Taklah yang kau sibuk dengan tunang Mia tu kenapa? Macam dah tak ada lelaki lain pula dalam dunia ni sampai tunang dia juga kau nak try,"
Sharil makin panas dengan situasi aku dan Emma. Sebenarnya aku memang serius dengan kata-kata aku. Aku sudah tidak ada perasaan terhadap abang Danish. Tidak sama seperti dahulu.
"Sharil. Tak apalah. Mana tau memang rezeki Alia. Aku tak kisahlah,"
Aku cuba mengawal keadaan yang aku rasakan sudah sedikit tegang. Aina dan Diana hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Masing-masing sibuk dengan telefon mungkin tidak perasan atau malas masuk campur.
"Kau sendiri cakap kau tak tahu apa status hubungan kau dengan dia kan? Dah terang-teranglah dia masih tunang kau Mia. Kalau tak.. takkan dia berani admit depan kitorang hari tu yang kau tunang dia. Betul tak? Memang betul kau tak kisah. Tapi aku taknak disebabkan kata-kata kau nanti akan buat ada hati yang terluka. Dan hubungan kita tak macam sekarang. Kau faham kan?"
Kata-kata Sharil ada benarnya. Dan aku baru tersedar tentang itu.
"Kalau macam tu, aku ambil baliklah semua ni,"
Aku memandang Emma. Wajahnya nampaknya kecewa.
"Dan kau. Takkan tunang kawan sendiri pun nak try.. aku yang masih single ni tak nak pula kau try,"
Aku tahu Sharil sengaja mengusik.
Aku bangkit dan segala pemberian abang Danish tadi aku ambil dan aku bawa terus ke arahnya yang masih lagi duduk. Dia terkejut aku melangkah ke arahnya kerana aku nampak wajah itu berubah. Dan dengan santai dia mengukir senyuman. Jika dahulu mungkin aku akan cair dengan pandangan itu tapi tidak kini.
Aku meletakkan semua di atas meja.
"Saya tak perlukan ini.."
Tanpa menunggu jawapan balas aku terus sahaja pergi meninggalkannya.
"Beb! Jomlah pergi tempat lain,"
Aku mengambil tas tangan yang aku tinggalkan di atas kerusi. Kawan-kawan aku yang lain turut bersetuju dan semua mula bangkit. Kami menuju ke kuanter bayaran untuk membayar.
"Bil,"
Sharil berkata kepada salah seorang staff yang sentiasa berada di kuanter casher.
"Abang duduk dekat meja 14 kan?"
Soalnya.
"Ya," - jawab Sharil.
"Ermmm.. bil dah settle. Abang tadi bayarkan,"
"Abang tadi?" -Sharil menyoal.
Aku faham maksud cashier tersebut. Yang di maksudkan tentulah abang Danish.
"Aa...,"
"Dah lah Shah. Jom,"
Aku mengajak Sharil pergi. Aku nampak wajah bingungnya.
"Nak pergi mana?"
"Aku dengan Diana kena balik. Waktu keje lagi ni. Kang makan maki pula kitorang,"
Aku, Aina dan Sharil mengangguk faham.
"So kita nak pergi mana ni?"
Soal Aina pula setelah Diana dan Emma sudah hilang dari pandangan.
"Ehem.. awak pergi ke hati saya je lah,"
Suara lelaki itu begitu dekat di telinga aku membuat bahu aku terhinjut sedikit tanda terkejut. Kedudukan aku dan abang Danish begitu dekat. Aku cuba menjarakkan sedikit tubuh aku, namun tangan lelaki itu memegang lengan aku membuat aku payah untuk bergerak.
"Ermm.. Mia.. aku dengan Shah pergi dulu ea. Nanti kita jumpa dekat mana-mana,"
Belum sempat aku berkata apa-apa Aina pantas sahaja berlalu pergi sambil menarik lengan Sharil. Sharil yang nampak keliru menurut sahaja.
Aku menarik kasar tangan aku kemudian aku menjarakkan sedikit tubuh aku supaya ada jarak memisahkan kedudukan kami.
"Awak ni.. mana-mana saya pergi, ada je awak. Awak intip saya?"
Jari telunjuk aku angkat selaras kedudukan dadanya.
Dia hanya senyum.
Huh!
Aku malas berada di situ lama-lama. Aku terus sahaja berlalu meninggalkan lelaki itu.
"Damia!"
Aku tidak peduli.
"Damia!!!"
"Apa jerit-jerit ni?!"
Aku berhenti mendadak. Tidak suka namaku di jerit-jerit begitu tambahan pula kami berada di tempat awam.
"We need to talk,"
"Nak bicang apa lagi? Tak ada benda nak bincang...,"
"Banyak benda...,"
Aku merasa jari jemari aku di pegang. Pantas aku menarik.
"Awak buat apa ni?!"
Aku memukul bahunya namun terasa pejal. Sakit pula tangan aku.
"Awak jangan sesuka hati pegang-pegang saya ye. Awak tu bukan suami saya. Kita tak ada ikatan yang sah pun untuk menghalalkan awak menyentuh saya sesuka hati,"
Geram betul hati aku. Dia ingat aku ni Kak Nel ke? Boleh pegang sesuka hati.
"Ok.. sorry. Tak sengaja... Sorry. Saya nak awak pakai ni,"
Kotak kecil di tangannya aku lihat. Sebentuk cincin. Tetapi kenapa nampak lain.
"Apa ni?"
"Awakkan masih tunang saya. Saya tengok jari jemari awak kosong,"
"Huh! Kita dah lama putus...,"
Aku beredar tapi tidak tahu mahu ke mana kerana tadi aku naik satu kereta dengan Aina. Tetapi tadi Aina sudah pergi bersama Sharil. Semua kerana lelaki itu.
"Awak nak ke mana?"
Lelaki itu menyayingi langkah kaki aku. Aku senyap.
Langkah kaki aku lajukan. Sebetulnya aku tidak suka lelaki ini berada di samping aku. Dekat dengan aku.
Lelaki itu kemudian block jalan aku dengan berdiri betul-betul di hadapan aku. Nasib baik kawasan lengang. Mungkin kerana sekarang bukan hari minggu.
Aku memandangnya tajam.
"Saya tak suka macam ni! Awak boleh tak ketepi,"
Aku nampak lelaki itu menggelengkan kepala.
"Saya akan tetap di sini teman awak,"
Aku memandangnya pelik.
"Awak datang tadi tumpang kawan kan? Kawan awak tu pun dah tak ada,"
Lelaki itu senyum setelah habis bicaranya.
Aku terkejut. Sejak bila aku di ekori? Aku penat! Penat melarikan diri. Penat diekori. Penat mental. Penat juga fizikal. Akhirnya aku mengalah.
Aku menaiki kereta abang Danish untuk pergi satu tempat yang sesuai untuk kami berbincang. Dan akhirnya kami tiba di Taman Hutan Bandar yang terletak di Johor Bahru. Ia adalah sebuah kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru. Ia juga merupakan pusat rekreasi yang mengekalkan fauna dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.
Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Kolam mandi awam ini dibuka untuk kanak-kanak pada hujung minggu dan cuti umum. Anda juga boleh berjogging di sini meliliingi sekitar taman dan 7 buah tasik yang berada di seluruh taman ini.
Selain itu aktiviti lain juga disediakan seperti jungle trekking dan kawasan beriadah yang terbuka untuk seisi keluarga. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Dan kepada yang ingin berkhemah di sini, kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan meliputi kemudahan awam yang lain seperti surau, bilik air, dan lain-lain.
Aku menoleh ke sisi. Aku lihat abang Danish hanya memandang tegak ke hadapan. Seat belt sudah lama di buka sejak kereta ini diparking lagi. Aku memandang ke hadapan semula.
Share this novel