PROLOG

Romance Completed 26493

Ribuan manusia di hadapanku, aku pandang sepi. Kilauan dari cahaya lensa kamera silih berganti kadang-kala menyilaukan mataku. Sesekali mataku tekerdip-kerdip. Mungkin ketika ini, jika dirakam mata hitamku pasti terlihat ianya sekejap kecil dan sekejap besar kerana kerlipan lensa kamera di sana di sini membuat mataku sedikit berpinar. Suasana ketika itu riuh rendah kerana meraikan diriku dan dia.

Tidak pernah dalam seumur hidup aku bermimpi atau memasang impian untuk diraikan seperti ini. Ya! Tidak pernah.

Tetapi siapa aku untuk menolak takdir. Jika ini yang sudah tertulis untuk aku, siapa aku untuk menolaknya.

Tidak sangka. Begitu hebat takdir yang tertulis untuk aku. Aku redha. Malah aku sangat bersyukur dengan takdir diriku. Mengeluh? Ya! Memang pernah. Berputus asa? Juga pernah. Malah kadang-kala lebih dari itu.

Tetapi aku percaya dengan kata-kata ini. Jika Allah mampu merubah malam menjadi siang, nescaya Allah juga mampu merubah lelahmu menjadi barakah. Ya! Aku tahu. Setiap makhluk dibumi sentiasa di uji. Termasuk aku. Ya. Aku juga diuji. Ujian ini aku rasakan begitu hebat untuk yang bergelar aku, Arissa Damia.

Di saat langkah aku semakin lemah dan hampir menyerah, dia hadir. Ya! Dia yang sedang berdiri di sisiku. Aku menoleh sisi kananku. Dia memang tampan. Segak. Aku tidak pernah mengimpikan yang akan Allah hadirkan seseorang tempat untuk aku berpaut. Kerana jiwa ini sudah lama kosong. Jiwa sudah lama sepi. Jiwaku juga sudah lama rapuh. Malah jiwaku ini juga sudah acap kali jatuh dan rebah.

Dan aku menoleh pula ke sisi kiriku.

Anak kecil yang tidak tahu apa-apa sedang elok menggenggam erat jari telunjukku. Hanya satu jari yang mampu digenggam oleh tangan comel itu. Elok tersenyum. Perlahan air mata menitis. Satu persatu. Adakah akan ada cahaya terang yang akan menerangi setiap perjalananku selepas ini? Aku tidak tahu. Kuatkah lagi aku? Aku juga tiada jawapan untuk itu.

Setiap orang ada kisah hidup sendiri. Sama ada pengakhirannya bahagia. Ataupun derita? Tidak tahu. Hanya DIA tempat kita mengadu dan berserah. Hanya DIA yang MAHA mengetahui.

Ini kisahku.

yeayy.. jom support.. mini love untuk semua.. jangan ada silent reader okey.. komen je ape-ape.. emoji pun tak apa. sebab itulah cara kita berinteraksi. betul tak.. awak suka? komenlah.. okeysss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience