Aku tidak tahu sejak bila Dahlia tiada di sisi aku. Dan agak lama juga aku menggenggam tangan yang aku genggam sekarang ni. Dahlia juga terhenti di hadapan aku. Dengan segala kudrat yang ada. Pandangan aku, aku kalihkan ke sisi.
"Abang Danish?"
Tangan aku yang elok menggenggam tangannya dengan pantas aku tarik. Malu weh!!
"Abang Danish!"
Dahlia sudah menjerit sambil belari anak mendapatkan abangnya yang masih berdiri di sisi aku.
"Asal kau tinggalkan aku tak bagi tau,"
Aku menepuk bahu Dahlia yang sudah berada di sisi aku berdiri di antara aku dan abang Danish.
"Aku dah bagi tahu tadi. Kau yang tak dengar. Ralit sangat dengan telefon,"
Oh! Yeke? Asal aku tak dengar.
"Tadi cakap tak nak datang. Tiba-tiba sampai sini je,"
Dahlia bertanyakan kepada abangnya dan aku di sisi mati kutu. Sekadar memasang telinga.
"Bosan pula dekat office. Lagi pun tadi abang jumpa klient area sini. Tu nampak korang, abang ingat nak tegur. Baru je nak tegur dah kene 'tarik',"
Perkataan 'tarik' sengaja di perlahankan sebutannya. Ingat aku tak dengar??
Aku yang malu dengan situasi itu pantas sahaja melajukan langkah.
"Eh! Damia. Tunggulah. Laju-laju nak pergi mana?"
"Aku laparlah. Nak cari kedai makan," alasanku. Sebenarnya aku malu dengan abang Danish.
"Ermm. Baguslah. Abang pun lapar ni. Dari tadi tak makan lagi. Jom! Abang belanja,"
"Ye ke? Weh! Bukan senang orang kedekut ni nak keluarkan duit tau,"
Dahlia mengusik abangnya. Aku hanya senyum. Rindunya dekat abang Shah.
"Pandai je nak kenakan abang ea,"
Rambut Dahlia di gosok abang Danish membuatkan sebahagian rambut Dahlia kusut.
"Arghh! Apa abang ni. Habislah kusut rambut baby,"
Dahlia menjerit ke arah abangnya dan cuba menggapai tangan lelaki itu namun tidak sempat kerana abang Danish lebih pantas menarik tangannya. Aksi mereka membuat aku rasa tercuit. Mereka kemudian kemudian lari bekejaran di dalam mall tersebut mengalahkan kanak-kanak ribena. Aku hanya tersenyum.
Rindunya dekat abang Shah, ibu. Langkah aku hayunkan perlahan. Aku melihat dua beradik tersebut masih lagi seperti tadi. Dahlia masih cuba untuk mencapai tangan abangnya, manakala abang Danish cuba mengelak sepantas mungkin.
Tanpa sengaja aku yang semakin hampir dengan mereka di langgar abang Danish. Tubuh aku yang belum bersedia dengan perlanggaran itu melayang. Aku pasti seluruh tubuh aku akan menyembah bumi. Mata aku tertutup secara automatik. Namun aku terasa ada sesuatu melingkar di pinggang aku dan aku membuka mata. Ya Allah! Tubuh aku dan abang Danish terlalu dekat dan wajah aku dan dia hanya jarak beberapa inci sahaja. Aku dapat rasakan hembusan nafasnya yang menampar-nampar wajah aku. Anak mata kami bersatu.
"Ya Allah! Sweetnya..,"
Kata-kata Dahlia menyedarkan aku. Aku dengan pantas meluruskan badan aku berdiri dengan di bantu abang Danish. Tudung aku yang elok tersarung di kepala aku perbetulkan.
Tadi dah malu sekali. Ni malu lagi! Berapa kali nak malu hari ni?? Aku mengutuk diri aku dalam diam.
"Kau sengaja nak kenakan aku kan,"
Aku bisik keras ke telinga Dahlia.
"Aku pula. Korang yang sibuk buat drama Hindustan, aku pula kena,"
Dahlia ketawa sambil melangkah pergi meninggalkan aku. Abang Danish masih berdiri tegak dan aku tahu dia sedang menatap wajah aku. Aku jadi tidak selesa.
"Ermm. Damia. Abang minta maaf. Abang tak sengaja. Ermmm.. err...ermm, jom pergi makan,"
Aku tahu abang Danish serba salah. Ye lah memeluk aku, gadis bertudung pula tu di hadapan khalayak ramai. Walaupun secara tak sengaja.
"Ermm. Tak apalah. Saya balik dululah. Lagi pun takut kakak bising,"
Aku sengaja memberi alasan. Sebenarnya aku takut entah apa lagi yang akan berlaku yang akan membuat aku malu.
"Eh! Janganlah macam tu. Sorry. Abang betul-betul tak sengaja,"
Abang Danish sudah merapatkan kedua-dua tangannya sebagai tanda minta maaf. Aku pula jadi serba salah.
"Aishhh! Kat sini lagi korang. Dahlia dah jalan sampai depan sana tau. Ingat korang ada dekat belakang,"
Lega Dahlia datang jadi penyelamat.
"Okey jom,"
Lengan Dahlia aku peluk dan aku menarik tubuhnya memaksa dia berjalan dengan aku.
Setelah memesan makanan aku dan Dahlia memilih tempat duduk manakala abang Danish menunggu menu yang di pesan di hadapan kuanter. Kami sepakat untuk makan di Restoran Kentucky Fried Chicken - KFC sahaja.
"Bukan main ea kau dengan abang aku. Ada apa-apa ke?"
Dahlia sudah mula dengan soalan mautnya. Kalah wartawan Melodi.
"Mana adalah. Tak sengaja okey,"
"Ye lah tu. Siap buat renungan mata lagi. Sweet je aku tengok korang. Kau je lah jadi kakak ipar aku,"
"Choiii! Pandai je kau ni. Entah-entah abang Danish tu dah ada pilihan hati dia sendiri,"
"Mana ada. Aku berani kerat jari. Aku tak tahulah sama ada dia tu memilih atau dia tunggu someone,"
"Abang Danish datang,"
Kami senyap setelah Abang Danish tiba di meja sambil membawa makanan.
"Aikk. Tadi bukan main rancak abang tengok korang berbual. Ni tiba-tiba senyap bila abang sampai. Mengumpat abang ke?"
Abang Danish duduk di sebelah Dahlia. Kemudian makanan di dalam tray di agih-agihkan.
"Korang ngumpat abang kan?"
Sekali lagi dia bertanya.
"Ishhh! Mana ada. Buat apa ngumpat abang. Bukan best pun. Macam tak da benda yang seronok nak cerita pasal abang kan Damia"
Aku dan Dahlia ketawa. Seronok pula dengar Dahlia kenakan abangnya lagi-lagi di depan aku. Tak boleh cover betul minah ni.
"Kita orang citer pasal hal perempuan. Abang mana boleh tahu. Secret. Kalau nak tahu. Kena kawin dulu,"
Hampir tersembur air yang di minum Abang Danish apabila Dahlia sekali lagi mengusiknya.
Tisu segera aku ambil kemudian aku hulurkan kepada abang Danish.
"Kawin?? Dah tak ada benda ke nak cakap tetiba suruh abang kawin pula,"
"Abang bukan muda lagi tau. Dah nak masuk angka tiga kosong-an,"
Aku hanya diamkan diri melihat aksi dua beradik yang tidak habis-habis. Makanan yang ada di hadapan aku makan tanpa mempedulikan mereka. Aku lapar! Layankan mereka bukan boleh kenyangkan perut aku.
"Cuba baby tanya Damia. Dia nak ke kawin dengan abang,"
Hampir sahaja aku tercekik daging ayam. Air cepat-cepat di hulur. Aku meneguk dengan rakus. Kenapa aku pula terbabit dengan drama diorang ni. Aku menepuk dada perlahan agar daging ayam turun dengan lancar.
Air mata bergenang di kelopak mata aku. Uishhh! Hampir sahaja putus nyawa.
"Abang ni kan. Nak bergurau tak bertempat,"
Dahlia memarahi abangnya prihatin melihat keadaan aku.
"Abang jangan nak main-mainkan perasaan perempuan. Lagi-lagi kawan baik baby ni,"
Amaran keras dari Dahlia di tuju khas untuk abang kesayangannya.
"Sorry Damia,"
Aku hanya membalas dengan senyuman. Serius aku benar-benar terkejut dengan pertanyaan abang Danish yang dalam diam telah mencuri hati aku. Gurau rupanya. Ingat betul-betul. Aku sedih tiba-tiba.
Tapi kalau betul soalan itu. Aku boleh terima ke??
*****
Hampir pukul 6 petang baru aku sampai rumah. Rumah kakak sunyi sahaja waktu aku tiba. Malah keretanya juga tiada di garaj.
"Keluarlah kot,"
Aku mengeluarkan kunci kemudian aku memasukkan anak kunci. Pintu grill aku buka kemudian pintu sliding.
Keadaan dalam rumah agak gelap kerana waktu menghampiri senja. Suis lampu aku buka. Kemudian pintu aku tutup kembali. Aku melangkah malas terus ke bilik aku. Badan penat dan letih.
"Nasib baik hari ni ABC -Allah Bagi Cuti," bolehlah bermalas-malasan.
Pukul 8 aku dengar bunyi bising di bawah. Mesti kakak sudah balik. Aku rindu baby Ikhwan. Satu hari tak jumpa dengannya.
Aku waktu itu sedang berehat di dalam bilik dengan pantas keluar dan menuruni tangga.
"Kakak dah balik. Banyaknya barang kakak beli,"
Aku tengok pelbagai barangan kakak bawa. Stroller, pampers, susu dan macam-macam barang lagi keperluan baby ikhwan. Aku tersenyum. Mungkin kakak sudah berubah. Mahu menyayangi bayinya itu seperti yang sepatutnya dia lakukan.
Sejak dari hari yang aku bawa baby Ikhwan tidur bersamaku, sejak itu setiap malam baby Ikhwan sentiasa tidur dengan aku. Malah pantang aku cuti, pasti kakak menyuruh aku menjaga bayinya. Sewaktu dia dalam pantang, masa banyak di habiskan di dalam bilik. Apabila sudah habis pantang, dia mula buat perangai lama. Keluar sampai lewat malam. Tak rindukah dia pada bayinya.
Pernah dulu sewaktu aku pulang ke kampung, terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur dengan tergesa-gesa kerana kakak tidak mahu menjaga bayinya yang kerap menangis. Aku waktu itu baru dua hari di rumah ibu terpaksa memberi alasan terpaksa hantar assignment kepada pensyarah. Ibu hanya akur. Ibu sememangnya sangat memahami anaknya. Namun aku tahu ibu sedih. Aku jauh. Abang jauh. Kakak lagi pula. Sudah jarang benar mahu pulang menjenguk ibu. Waktu itu aku sudah merancang untuk duduk bersama ibu lebih kurang dua minggu tetapi hanya dapat dua hari sahaja. Aku sedih namun apa perlu buat. Kakak sudah mengugut aku dengan pelbagai ugutan. Itulah kakak.
"Ermm. Nanti kau tolong simpankan barang-barang ni dekat store ea. Berat. Kakak tak larat nak angkat,"
"Aikk?? Berat? Habis tadi siapa yang...."
"Baby cepatlah!!"
Kata-kataku mati setelah mendengar suara lelaki di luar. Aku yang terkejut lantas sahaja sembunyi di belakang langsir sliding. Mana sempat mahu ambil tudung. Semua ada di dalam bilik.
"Bie! You jangan masuk! Adik I ada kat dalam ni,"
Laung kakak pula dari dalam. Siapa lelaki itu? Itu ke lelaki yang buat kakak mengandung?? Aku merenung kakak. Namun kakak buat-buat tidak faham. Baby Ikhwan yang sedang nyenyak tidur di dalam baby cot di ambil kemudian di serahkan kepada aku.
"Dah. Kau pergi naik. Tolong jagakan dia. Kakak nak keluar,".
Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut kakak sudah pun melangkah pergi.
comelnye baby ikhwan.. teringat kat boss kecik.. tp boss kecik MH gegirl.. hehehe
Share this novel