Episod 35

Romance Completed 26493

Aku terus terduduk semula di atas kerusi yang aku duduk tadi. Beg juga aku letakkan ditempat yang sama seperti mula-mula tadi.

Aku nampak Encik Rafiq mengeluarkan sesuatu dari beg kecilnya.

"Darina Fariha binti Hussin,"

Dia menolak ke arah aku sekeping gambar dan aku hanya melihat. Sekeping gambar kakak berada betul-betul di hadapan mata aku.

"Betul?"

Dia menyoal aku. Dan aku...

"Err...ta..tapi,"

Eh! Kenapa gagap pula tiba-tiba ni.

Lagi sekali dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg yang di bawanya bersama. Satu lagi sekeping gambar di tolak dan diletakkan bersebelahan gambar kakak.

Aku sudah membuntangkan mata. Mata aku silih berganti melihat ke hadapan dan ke bawah. Gambar seorang bayi yang sangat-sangat aku kenali. Baby Ikhwan! Tapi ini mesti waktu hari pertama dilahirkan kerana aku nampak baby Ikhwan masih berbalut dengan kain hospital berwarna hijau.

Tidak seperti gambar kakak yang aku hanya biarkan, gambar baby Ikhwan aku ambil. Dan aku angkat gambar tersebut lantas aku letakkan sebaris dengan wajah di hadapan aku. Alangkah terkejutnya aku.

"Sama,"

Perlahan namun masih dapat ditangkap oleh lelaki dihadapan aku ini. Dia tersenyum menampakkan sebaris gigi yang tersusun cantik dan putih bersih.

"Mestilah sama. Itu anak I,"

Haaa??? Lagi aku terkejut.

Melihat sahaja dari reaksi aku, lelaki itu tetap beriak tenang. Aku hanya merenungnya kosong.

"Ceritanya panjang. Maaf kerana kakak awak sudah membabitkan awak dalam hal ini. Saya minta maaf sekali lagi,"

Aku hanya diam. Aku tidak tahu apa ayat yang terbaik di kala ini yang patut aku keluarkan. Aku bingung.

"Waiters,"

Seorang pelayan datang mendekati kami.

"Air?"

Aku yang bagai terjaga dari tidur.

"Haaa?"

"Cik Damia nak oder air dulu? Atau apa-apa makanan?"

"Oh! Ha... Air saya ma.."

Namun bila melihat cawan kopi aku sudah kosong aku mematikan sahaja ayat aku itu tanpa sempat menghabiskannya. Bila masa aku minum sampai habis kopi ni? Aku bingung sendiri.

"Okey tak apa. Saya nak coffee yang sama macam ni satu and bagi saya hot Mocha. Pluss saya nak sedikit pencuci mulut. Kuih or whatever yang hot stuff. Please bring hear. Bagi Cik Damia rasa kuih kita yang mendapat top oder. May be our discussion will be long today,"

"Okey. Baik tuan,"

Aku hanya membiarkan sahaja lelaki itu memesan makanan untuk aku. Aku tidak membantah kerana bukan itu yang penting ketika ini.

Aku sudah duduk bersandar dan tangan aku sudah memeluk tubuh. Mata aku tepat merenung wajah lelaki di hadapanku. Kalau tadi hati aku beria memuji-muji ketampanannya tetapi kini hati aku sedang rancak mengeluarkan pelbagai jenis soalan. Dan setiap soalan bagaikan berperang dengan sel-sel otak aku. Amat menyesakkan dada.

"Hurmm.. please.. ja...,"

Kenapalah ada sahaja gangguan di kala ini.

Lelaki itu tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila telefon bimbit tiba-tiba berbunyi.

"Sorry. I have to answer this,"

Dia bangun meninggalkan aku. Sama seperti dalam drama tv3. Setiap kali ada orang call, mesti nak larikan diri. Pergi jauh sedikit. Macamlah aku nak sangat dengar perbualan diorang tu. Huh! Realiti dengan drama, sama je ea?

Beberapa minit kemudian dia menghampiri aku.

"Sorry again. Okey I dah switch off my phone. And now nobody can disturb our discussion,"

Walaupun tidak diminta, lelaki itu dengan slumber menerangkan. Macamlah aku kisah!

Wajah aku tidak seperti tadi. Sudah sedikit tenang. Pelayan tadi datang semula dengan membawa dua cawan hidangan air dan beberapa jenis kuih-muih. Hurmm! Nampak sedap. Aku tertelan air liur.

"Okey thanks,"

Dan pelayan itu terus berlalu tanpa bertanya apa-apa lagi.

"Jemput Cik Damia. Yang ni tart yang menjadi kegilaan regular customer dekat sini. Setiap kali dikeluarkan, pasti tidak sampai beberapa minit, habis terjual. Hari ni kiranya hari bertuah Cik Damia lah sebab dapat rasa barang hot stuff ni,"

Ada tawa sedikit dihujung ayatnya. Hurmm! Macam ada double meaning. Ke aku je yang fikir keterlaluan.

Sedari tadi mata aku tidak dapat lari dari melihat kuih tart yang sangat gebu dan mengiurkan. Entah berapa kali aku sudah tertelan air liur. Perlahan kuih itu aku ambil. Dan dengan ucapan bismillah aku menggigit sedikit. Tingkah laku harus di jaga tambahan aku kini berada di hadapan lelaki yang aku rasakan ada menyimpan satu rahsia terbesar.

"Ermmmm. Sedap,"

Aku bersuara setelah habis kunyahan. Baki kuih tart aku letakkan semula di atas piring. Sayang pula nak habiskan kerana terlalu nikmat di anak tekakku.

"Okey. Saya dah sedia. Dan Encik Rafiq boleh teruskan. Saya sedia mendengar,"

Aku nampak dia menarik nafas sedikit dan memperbetulkan kedudukan blazernya. Kaki kanan pula disilangkan. Kemudian kedua tangannya diletakkan bertindih di atas meja membuatkan tubuh itu sedikit ke depan.

"Darina Fariha, isteri saya. Dan baby yang awak jaga sekarang anak kami,"

Satu ayat yang keluar itu bagai menusuk-nusuk ke jantung aku. Apa benar?

Aku masih diam. Hanya isyarat dua mata sahaja yang sentiasa berinteraksi dengan anak mata lelaki di hadapan aku. Mencari kejujuran dari anak matanya.

Sekali lagi beg yang di bawa di buka. Kali ini dia mengeluarkan sesuatu yang kecil seperti kad.

Dan seperti tadi, kad itu juga di tolak. Aku memerhati penuh debaran. Kad seperti kad pengenalan itu, aku ambil dan aku perhatikan. Kad perakuan nikah. Jelas terpampanh wajah kakak dan lelaki dihadapan aku di atas kad itu.

Pemainan jenis apa ni? Dan aku jadi sasarannya?

"Aa..,"

Ayat aku terus di potong dengan hanya menggunakan isyarat jari telunjuk di bibir lelaki itu.

"Saya nak Cik Damia dengar dulu. Kemudian baru kita fikirkan tindakan seterusnya,"

Aku hanya diam. Memberinya ruang untuk menjelaskan segalanya. Ketika ini walaupun satu persatu kejutan aku terima, aku masih boleh santai dan tenang.

Menurut cerita lelaki yang bernama Encik Rafiq. Lelaki yang kini berada di hadapan aku ini, kakak sebenarnya dulu pernah bekerja di bawahnya di dalam bangunan yang gah besar dan tinggi ini sebagai akauntan. Pada mulanya hubungan hanyalah sekadar bos dan pekerja. Tidak lebih. Namun daya penarik diri kakak benar-benar membuatnya sedikit demi sedikit jatuh hati pada kakak.

Kakak pada waktu itu, pada pandangan mata lelakinya seorang wanita yang cukup matang. Fokus dalam kerjayanya. Apa sahaja yang di tugaskan, semua dapat di selesaikan dengan mudah. Aku terasa bangga bila dia memuji kakak begitu. Perlahan bibir aku mengukir segaris senyuman.

Dia perlahan masuk dalam dunia kakak dan mereka mula menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk keluarga aku. Di pejabat mereka berlakon seperti biasa. Hanya bos dan pekerja. Dan tiada siapa pun menghidu sehinggalah satu ketika dia menyampaikan hasratnya kepada kedua orang tuanya.

Namun oleh kerana mereka datang dari keluarga berpengaruh, seperti dalam drama tv3 juga anak-anak orang berpengaruh seperti mereka kebiasaanya sudah diaturkan jodoh mereka oleh keluarga. Namun lelaki itu menolak keras. Nasib baik ketika itu, dia belum lagi membawa kakak berjumpa dengan keluarganya. Jika tidak dia tidak pasti apa yang keluarganya lakukan demi memutuskan hubungan mereka.

Perkara itu diceritakan pada kakak tanpa ada satu pun terselindung. Dan lelaki itu dapat lihat sendiri bagaimana penerimaan kakak ketika itu. Kakak jadi emosi dan perwatakannya juga berubah. Selalu pergi club dan pakaiannya juga turut berubah. Betul! Yang ini memang aku tak sangkal. Kakak benar-benar berubah.

Oleh kerana terlalu sayang dan sifat tanggungjawab yang ada untuk kakak akhirnya secara senyap-senyap mereka bernikah di Thailand. Ramai orang Malaysia bernikah di Thailand kerana proses di sana sangat mudah. Hanya perlu sediakan wang yang cukup serta saksi dan pernikahan berlaku seperti biasa. Ada Ijab dan qabul.

Namun sejauh mana perkara ini dapat di sorokkan. Akhirnya keluarga lelaki itu dapat hidu tetapi mereka tidak tahu tentang pernikahan ini. Yang keluarganya tahu hanyalah hubungan mereka sahaja. Malah siapa gerangan kekasihnya waktu itu, juga keluarganya juga tidak tahu.

Hebatkan kakak dan lelaki ini menyimpan rahsia terbesar mereka.

Setelah mereka mendaftarkan pernikahan di Malaysia, lelaki ini membelikan rumah dan segala kelengkapan yang lengkap untuk kakak. Semua harta yang dibeli itu, dinamakan atas nama kakak. Proses jual beli itu tidak sedikit pun melibatkan nama lelaki itu. Mudah! Ada duit, segala rahsia tetap menjadi rahsia. Kita cuma bayar sahaja.

Sampailah satu tahap hubungan mereka menjadi masalah apabila kakak di sahkan hamil. Ini memang mereka tidak menduga dan pada waktu yang sama lelaki itu dipaksa oleh keluarga untuk bernikah sekali lagi. Namun seperti biasa dia tetap menolak berkali-kali.

Kakak tidak tahu hal ini kerana waktu ini hubungan mereka sudah semakin renggang.

Walaupun ketika itu dia sangat-sangat mahu bersama-sama kakak, ye lah. Kakak kan sedang berbadan dua, dia mahu merasai moment indah itu. Namun kakak sikit-sikit menjarakkan hubungan mereka. Kakak tidak dapat terima apabila berkali-kali keluarga lelaki itu memaksa untuk terima jodoh yang keluarga telah aturkan.

Tanpa bertanya, tanpa sebarang perbincangan kakak pergi meninggalkannya begitu sahaja.

Huh! Sangat complicated hubungan kakak ni. Tapi pandai juga kakak menyimpan rahsianya.

Wanita yang bakal dijodohkan dengan lelaki itu, bukanlah dari orang yang dia tidak kenal. Malah bapa kepada wanita itu adalah merupakan pemegang share syarikat ayah lelaki itu. Senang cerita sahabat baik ayah kepada lelaki di hadapan aku ini. Oleh kerana lelaki ini menolak rancangan kedua belah pihak, akhirnya sahabat ayahnya ini berpaling tadah dan hampir sahaja syarikat ayahnya muflis.

Namun oleh kerana ayahnya dikelilingi orang-orang yang hebat. Maka syarikat ini akhirnya berjaya diselamatkan. Namun proses ini memakan masa yang agak lama. Dan kerana lelaki ini juga ada menyalurkan sumbangan dari segi tenaga, masa dan sharenya juga pernah hampir digadaikan dalam memulihkan syarikat ayahnya, dengan senang hati mereka mula menerima hubungan lelaki ini dengan kakak.

Namun segalanya sudah terlambat apabila dia dapat tahu kakak sudah berpindah dari rumah yang mereka beli, yang sekarangnya merupakan rumah yang aku duduk.

Waktu itu, dia ingat kakak telah menjual rumah itu kepada orang lain. Yelah. Mana-mana orang yang tidak mengenali kami, semua tidak percaya yang aku dan kakak adalah adik beradik.

Awal-awal aku ada ceritakan bagaimana sosok tubuh kami berdua. Malas nak cerita panjang-panjang. Kalau lupa boleh baca semula pada awal episod. Hehehe.

Waktu itu dia tidak tahu bahawa aku adalah adik kepada Darina. Kan? Dan dia juga ada mengupah seseorang untuk menyiasat. Namun siasatan ini tidak berjalan dengan baik apabila bermacam-macam masalah yang timbul hinggalah satu hari dia sendiri nampak aku keluar dari rumah itu, membawa baby Ikhwan bermain di taman. Dan nalurinya ketika itu sangat yakin bahawa baby Ikhwan adalah anaknya.

Dan siasatan demi siasatan di lakukan hinggalah membawa pada perjumpaan hari ini. Sungguh dia tidak pernah tahu dimana keluarga aku tinggal kerana kakak tidak pernah menceritakan. Malah dalam resume kakak untuk alamat dan surat menyurat di tulis adalah alamat rumah sewanya sahaja. Malah alamat di dalam kad pengenalan kakak juga turut di tukar. Oleh sebab itu, penyiasat yang diupah sukar untuk membuat kerja.

Kakak juga telah menukar nombor telefon beberapa kali hingga dia sendiri tidak tahu nombor telefon terkini kakak.

Oh! Maknanya kakak bukan block aku. Tetapi kakak dah tukar nombor telefon baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience