Aku buntu dengan permintaan kakak. Exam aku dah nak dekat dengan pemintaan kakak lagi. Ishhh! Serabut betul.
Flash back!
Petang itu kakak menceritakan semua apa yang terjadi kepada dirinya.
Malam kejadian kakak mendapat undangan birthday party kawannya. Dan kakak tidak menolak. Kakak turut sama sertai birthday party tersebut yang rata-rata hanya kenalan rapat atau lebih tepat lagi orang-orang tertentu sahaja yang boleh hadiri majlis tersebut. Birth party tersebut adalah birthday party tertutup.
Dan malam itu kakak hanya berseorangan. Malam itu juga kakak dikenalkan dengan seorang lelaki yang kakak kenali sebagai Zarul. Zarul sangat kacak, kulit putih bersih macam kulit orang cina, dan tinggi serta berbadan tegap. Pertama kali melihat lelaki itu hati kakak sudah terpesona. Apa tidaknya lelaki itu pandai mengambil hati kakak. Lelaki tersebut juga selalu membuat kakak tidak kering gusi. Ada sahaja akalnya membuat kakak ketawa.
Namun tidak kakak duga malam itu juga, merupakan malam terburuk dalam hidupnya apabila lelaki tersebut memasukkan sesuatu ke dalam minumannya dan kakak tidak ingat apa berlaku. Keesokkannya kakak sedar-sedar kakak sudah berada diatas katil rumah lelaki tersebut tanpa seurat benang. Kakak meraung. Namun nasi sudah menjadi bubur. Kakak tidak sangka yang malam itu mahkota kakak diragut.
Selepas menghantar kakak pulang, kakak tidak lagi berjumpa dengan lelaki tersebut. Dan kakak mula tidak sedap hati bila kakak sedar yang sudah empat bulan kakak tidak period. Mula-mula kakak ingat ianya perubahan hormon kerana selera makan kakak bertambah malah kakak juga cepat berasa lapar. Kakak juga kerap pening kepala seperti migrain. Malah kakak juga mudah sahaja tertidur tidak kira waktu.
Entah macam mana kawan kakak yang buat birthday party perasan akan perubahan kakak dan menyuruh kakak membuat ujian UPT dan barulah kakak tahu yang kakak mengandung. Kawan kakak juga mengajak kakak membuat check-up di klinik swasta kerana di sana lebih terjamin berbanding kerajaan yang terlalu mengambil tahu hal seperti ini.
Setelah check-up doktor sahkan kakak mengandung empat bulan. Dan lelaki yang sudah merosakkan kakak tidak muncul-muncul hingga sekarang. Malah kawan kakak yang membuat birthday party tersebut juga tidak mengenali lelaki tersebut.
Flash back end!
Huh! Aku melepaskan sesak dada dengan keras. Tak tahu benar atau tidak cerita kakak tetapi semua telah pun berlaku. Tetapi yang buat aku gelisah adalah permintaan kakak.
Kakak meminta aku duduk bersamanya sehingga kakak habis pantang. Ini bermakna aku harus keluar dari hostel. Kakak menyuruh aku mengambil lesen yang seratus peratus kakak bayar kerana itu akan memudahkan aku untuk pergi balik dari rumah ke universiti. Semua kakak rancang untuk aku lakukan dalam waktu terdekat kerana lagi dua bulan dia sudah mahu melahirkan. Ini lagi buat aku pening. Mana nak study, mana lagi nak pindah dari hostel ke rumah sewa kakak. Banyak perkara perlu di fikirkan dan untuk pindah dari hostel ke rumah kakak bukan suatu perkara yang mudah. Untuk keluar dari hostel pun bermacam borang perlu di isi. Lagi pula nak ambil segala macam barang keperluannya di dalam hostel. Siapa yang akan uruskan??
Lagi buat kepala aku serabut!! Kenapa kakak babitkan aku dalam masalah dia? Pandai buat pandailah tanggung. Kenapa aku juga harus terlibat sama?? Arghhhh! Pening.
Jika aku bersetuju ada syarat-syarat yang perlu aku ikut.
Pertama.
Dalam tempoh dari sekarang hingga kakak habis berpantang, aku boleh balik rumah ibu tetapi tidak boleh lama kerana kakak tak nak aku terlepas cakap. Lagi pula kakak tak nak ibu syak sesuatu jika aku dan kakak lama tidak pulang ke kampung. Biar dia sahaja yang tidak pulang menjenguk ibu kerana ibu faham kerjayanya yang terlalu sibuk.
Kedua.
Kakak nak aku yang menjaganya di dalam pantang. Jika ada kuliah, aku boleh pergi kuliah seperti biasa, namun perlu uruskan semua keperluan kakak dan baby sebelum keluar dan selepas habis kuliah aku perlu terus pulang ke rumah. Tidak boleh singgah mana-mana.
Ketiga.
Jika aku bersetuju dengan syarat-syaratnya, kakak akan membayar aku sebanyak tiga ribu setiap bulan sebagai upah menjaganya dan sebagai tanda balasan kerana aku sudah pun menyimpan rahsia terbesarnya.
Keempat.
Jika aku berjaya menjaganya sehingga habis pantang kakak akan menghadiahkan aku sebuah kereta memandangkan aku sudah ada lesen waktu itu.
Fuh!! Memang lumayan ganjaran yang kakak bagi. Tetapi aku tidak tahu pula yang kakak sekaya itu. Mampu membayar dan menghadiahkan aku kereta. Mana kakak dapat duit sebanyak itu?? Semakin berat kepala aku kerana memikirkan masalah kakak serta permintaan yang tak masuk akal.
Aku bingung. Aku juga buntu. Fikiran aku serabut. Aku juga tidak boleh membuat ulangkaji dengan tenang. Setelah aku memikirkan baik buruknya, malam itu aku beranikan diri berjumpa kakak. Waktu itu kakak berada di dalam biliknya. Dia sakit kepala dan mulai kesian melihatnya. Wajah kakak nampak pucat dan hilang serinya. Kakak hanya terbaring lesu. Makan dan minum hanya di atas katil. Aku yang sediakan semuanya memandangkan kakak hampir sahaja jatuh sewaktu turun dari katil. Nasib baik aku sempat memegangnya.
Perkara itu membuat aku jatuh kesian. Pada mulanya memang aku nekad untuk menolak permintaan kakak walaupun ganjaranya lumayan. Tetapi apabila melihat keadaan diri kakak malam itu, aku rasa belas padanya. Dia mengharap pada aku. Jika aku tidak membantunya siapa lagi. Abang? Huh! Abang dan ibu tidak harus tahu perkara ini. Hal ini biar aku dan kakak sahaja pikul. Itu sudah memadai bagi aku.
Aku duduk di sisi kakak. Tangan itu aku urut perlahan. Kakak aku lihat hanya memejamkan mata. Aku tidak tahu sama ada dia tidur atau tidak. Di kesempatan itu, aku mencuri pandang keadaan bilik kakak. Semua tersusun cantik. Tidak seperti bilik kami di kampung dahulu yang selalu bersepah gara-gara kakak yang malas menyimpan barang-barangnya.
Bilik kakak juga berbau harum seperti haruman lavender. Nyaman. Pilihan warna dinding juga cantik. Gabungan warna dark purple dan soft pink. Warna cadar katil juga sedondon. Pandai kakak pilih tona warna.
Aku hanya senyum apabila teringat kembali zaman kanak-kanak. Tidak sangka aku kini duduk rapat dengan kakak sambil mengurut tubuh itu. Jika dahulu sentuh sedikit pun tidak boleh. Jika tidak pasti berperang kami adik beradik.
"Kenapa kau senyum,"
Senyuman di bibir aku tiba-tiba mati. Oh! Tak tidur rupanya.
"Tak ada apa-apa,"
Aku cuba mengelak.
"Ye ke? Jangan tipu," suara kakak lemah sahaja di perdengaranku.
Aku hanya diam. Aku masih urut tubuh itu. Namun tangan aku, aku alihkan ke kepalanya pula. Aku sapukan sedikit minyak angin supaya kakak berasa lega.
"Hurrmmm. Sedap kau picit. Kalau kau tak ada. Tak tahulah macam mana nasib kakak,"
Sayu sahaja suaranya. Sedikit sebanyak terpukul juga aku dengan kata-katanya.
"Kau dah fikir? Apa keputusan kau?"
Ehem! Aku melegakan tekak kemudian memperbetulkan sedikit kedudukan aku di sisi kakak supaya lebih selesa.
"Adik boleh jaga kakak sampai habis pantang,"
Habis sahaja ayat aku tu, kakak terus berubah.
"Yes! Terima kasih adik. Kakak tahu adik mesti boleh tolong kakak. Dah yang lain adik jangan risau. Semua kakak dah plan. Adik ikut je ye,"
Ceria pula suara kakak. Bukan tadi kakak lemah macam nak mati dah?? Aku kerutkan dahi aku sambil memandangnya.
"Okey. Adik mesti letihkan. Adik boleh masuk tidur. Kakak dah rasa okey sikit ni. Jangan risau,"
Tubuh aku di tolak keluar dari biliknya. Lagi aku buntu. Bukan tadi nak jalan pun tak mampu sekarang kuat pula tolak aku keluar?? Apakah aku sudah salah membuat keputusan? Aaahhh! Kakak!!! Kakak sengaja nak kenakan adik ke?? Aku geram. Mahu sahaja pintu yang sudah tertutup itu aku tendang.
Aku melangkah ke bilik dengan perasaan sebal. Takkan aku nak tarik balik keputusan aku. Nanti apa pula kakak cakap. Silap-silap gaduh besar aku dengan kakak nanti. Aku seboleh-boleh mahu mengelak bertengkar dengan kakak. Tambahan dengan keadaan kakak sekarang, seboleh-boleh aku cuba elak.
"Hurm.. tak apalah. Jaga sampai habis pantang je. Okey kot,"
Aku memujuk hati aku. Perlahan mata aku, aku pejamkan. Harap-harap esok urusan aku dipermudahkan. Tidak lama lepas itu aku pun tertidur.
Share this novel