"Damia!"
Langkah kaki aku, aku lajukan. Waktu itu aku baru sahaja habis menjawab kertas ujian Reka Bentuk dan Aplikasi Visual.
"Damia!!! Tunggu,"
Aku tahu dia mengejar aku. Aku seboleh-bolehnya mahu mengelak bertembung dengannya.
"Hei! Awak. Kenapa ni?"
Dia block jalan aku. Aku berhenti mengejut. Apa alasan aku? Aku tunduk.
"Ermm.. tak ada apa-apa. Dah la Dahlia. Aku dah lambat ni,"
Aku mulai melangkah. Namun bahu aku pula di tarik supaya memandangnya.
"Kenapa awak cuba mengelakkan diri dari saya? Saya ada buat salah?"
Begitulah Dahlia. Jika kami ada perselisihan faham dia pasti akan menggunakan perkataan 'saya' dan 'awak' supaya kami saling mengingati memori pertemuan pertama kami. Di saat aku di pulaukan rakan sekelas dan hanya Dahlia yang sudi menjadi kawan aku sehingga sekarang.
"Tak... Awak tak ada buat salah apa-apa,"
"Dah tu. Kenapa awak keluar hostel tak beritahu saya. Mesej dan call saya pun, awak tak pernah angkat,"
"Saya ada masalah sedikit. Tapi ini berkaitan masalah peribadi. Tak ada kena mengena dengan kita,"
Aku sebolehnya tidak mahu berkongsi dengan Dahlia.
"Sejak bila jika ada masalah kita tak boleh kongsi? Awak kenal saya kan? Macam-macam cerita macam-macam benda juga kita dah kongsi, macam-macam masalah juga kita dah hadap bersama. Tapi kali ni, kenapa awak nak elak dari saya?"
"Kali ni lain Dahlia,"
Sorry Dahlia. Saya tak nak susahkan awak lagi.. hati aku berkata sayu.
"Lain macam mana? Cuba cerita. Kalau awak tak cerita. Macam mana saya nak faham,"
Setiap kali aku cuba melangkah, setiap kali itu dia memegang bahu aku. Dia menahan aku lagi.
"Hurmmm. Maaf Dahlia. Saya kena pergi,"
Aku menarik kasar bahu aku dan aku terus sahaja berlari. Aku tidak mahu dia mengekori aku lagi.
Kakak sudah sedia menanti di bustop universiti. Selagi aku belum lulus lesen kereta, kakak yang akan ambil dan hantar aku ke universiti.
"Kau kena kejar dengan anjing ke? Laju betul lari,"
Kakak memecah kesunyian di dalam kereta.
"Tak lah. Kesian kakak tunggu lama,"
"Ermm..,"
Kakak senyum.
"Kau nak bungkus apa-apa makanan tak? Kakak tak masak hari ni,"
"Ermm. Tak apalah.
*****
"Bawa kereta hati-hati,"
Kakak memesan kepadaku. Keadaan kakak yang semakin sarat menyukarkan dirinya untuk pergi dan menghantar aku ke universiti.
Sudah beberapa kali aku memandu kereta kakak setelah mendapat lesen dan hari ini merupakan hari pertama aku memandu sendiri ke universiti. Semoga semuanya berjalan lancar.
"Damia!"
Aku hanya memandangnya sepi. Ketika itu aku sudah berada di kampus. Kebetulan pula Dahlia juga baru tiba.
Aku menghentikan langkah. Kesian pada sahabat aku yang seorang ini. Dia tidak salah apa-apa. Tetapi kenapa aku menghukumnya. Sudah berbulan aku mengelak dari Dahlia.
Aku menunjukkan isyarat jari telunjuk ke bibir. Dan Dahlia membalas dengan menunjukkan isyarat okey.
Aku menarik nafas. Kemudian aku mengukir senyuman kepadanya.
"Saya tak nak awak tanya apa-apa tentang diri saya. Kenapa saya pindah, kenapa tak beritahu awak dan blaa..blaaa..blaaa. okey. Kalau awak tanya saya lari dari awak," aku mengugutnya pula.
Aku kembali tersenyum. Dan dia membalas.
"Okey. Tapi kenapa....,"
"Aikk! Kan dah janji. Saya tak ada jawapan untuk pertanyaan awak tu. Jadi awak jangan tanya saya apa-apa okey,"
Dahlia yang masih bingung dan akhirnya mengalah.
"Okey. Fine. Tapi boleh tak saya nak tahu awak tinggal dekat mana?"
"Nope! Tapi..."
Aku menunjukkan kunci kereta padanya. Dia tercengan memandang aku.
"Serius Damia! Awak memandu kereta? Oh my gad!"
Kami lupa kami berada di mana. Orang sekeliling memandang kami pelik. Kami hanya biarkan sahaja. Dahlia sudah meloncat-loncat kegirangan seperti kanak-kanak yang mahu mendapat ice-cream.
"Tapi... Jap..jap.. awak ada lesen tak? Jangan cakap... Ini Kuala Lumpur tau, bukan kampung awak.,"
Dahlia sudah bercekak pinggang memandang aku.
"See the leg lah,"
Aku berlagak di hadapannya. Namun dia tahu aku bergurau.
"Wahhh bestnya. Bolehlah bawa saya jalan-jalan lepas ni,"
"Ermmm. Yang tu may be tak boleh. Sebab aku kena balik awal,"
Dahlia sudah membuat muka monyok. Aku hanya senyum padanya. Lengannya aku peluk.
"Next time may be,"
Tapi aku sendiri tidak tahu bila akan tiba next time itu. Keadaan kakak aku harus rahsiakan dari pengetahuan sesiapa pun termasuk Dahlia. Aib kakak maknanya aib keluarga aku juga.
"Okey,"
Lega sekurangnya dia tidak banyak soal. Kami berjalan menuju ke kelas masing-masing.
*****
Sudah seminggu kakak pulang dari hospital bermakna sudah seminggu dia selamat melahirkan. Baby kakak sangat comel. Kakak selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat gebu dan kulitnya juga putih bersih. Pertama kali melihat bayi kakak, aku sudah jatuh sayang.
Semua proses bersalin diuruskan kakak sendiri dan di bantu kawannya yang aku tidak kenali. Beberapa kali sahaja aku bertembung dengan kawan kakak itu. Namun kami tidak pernah bertegur sapa. Kakak melahirkan bayi lelaki itu di sebuah hospital swasta dan dalam tempoh itu aku tidak dibenarkan datang melawat. Mungkin kakak tak nak susahkan aku. Kakak melahirkan bayi tersebut dengan cara pembedahan. Itu permintaan kakak. Aku tiada halangan untuk itu. Malah aku juga tidak mempersoalkan tindakannya. Biarlah. Badan dia.
Waktu itu aku di bilik kakak, sedang bermain-main dengan bayinya di atas katil.
"Aku tengok kau suka sangat dengan baby ni,"
Aku hanya mendengar namun mata aku tertumpu pada tubuh kecil di hadapanku.
"Mestilah suka. Tengok ni. Comelkan dia. Kecik je tangan dia. Ni bibir dia. Merah. Geramnya,"
Aku bercakap tanpa melihat wajah kakak. Beberapa kali wajah yang comel itu aku cium. Dia senang enak di buai mimpi. Mungkin sudah kekenyangan. Aku cium pun bayi itu tetap tidur. Lagi membuat aku bertambah geram.
"Kau nak namakan dia apa?"
Serta merta wajah itu aku pandang. Di dahi kakak ada serbuk herba. Aku kurang pasti namanya. Rambut kakak di ikat tinggi. Kakak sentiasa mengenakan pakaian yang tebal dan berlengan panjang serta berkain batik. Aku tengok kadang kala kakak memegang perutnya. Pasti tempat bedah itu terasa sakit. Aku tidak mahu bertanya kerana khuatir emosi kakak terganggu.
"Adik boleh beri nama untuk bayi ni?"
Kakak mengerutkan sedikit wajahnya sewaktu dia memperbetulkan kedudukan punggungnya. Dia duduk bersandar di kepala katil.
Hari ini hari minggu dan hari minggu adalah hari cuti aku. Jadi aku boleh berikan sepenuh perhatian pada kakak dan bayinya walaupun aku tahu ada yang yang akan uruskan. Namun peduli apa aku!
"Ermm. Kau bagilah dia nama. Kakak tak ada idea. Tak tahu nak bagi nama apa. Tak pernah terfikir,"
Dalam tempoh kakak berpantang aku hanya uruskan bayi sehaja. Segala urusan penjagaan semasa berpantang kakak, ada orang yang datang uruskan. Setiap hari orang itu akan datang uruskan kakak dan bayi serta masakkan makanan berpantang untuk kakak. Dalam tempoh ini, kerja aku menjadi mudah. Aku boleh pergi dan balik ke universiti tanpa perlu tergesa-gesa. Orang itu akan balik tepat pukul 6 petang. Kemudian datang semula pada pukul 7 pagi esoknya. Dan kemudian aku pula ambil alih uruskan bayi pada waktu malam. Begitulah kitarannya sehingga kakak habis pantang selama 44 hari. Itu yang kakak beritahu aku. Semua telah kakak rancang dan aku mengikut sahaja tanpa perlu banyak bantahan.
"Oh! Kalau macam tu kita bagi nama dia Ikhwan nak tak? Muhammad Afiq Ikhwan,"
Aku senyum memandang kakak.
"Ermmmm. Suka hatilah. Nanti kau tulis nama tu dekat kertas. Sebab esok kawan kakak datang nak daftar nama bayi,"
Aku hanya mengangguk.
"Baby Ikhwan," aku sambung bermain dengan bayi tersebut tanpa pedulikan pandangan kakak pada aku.
"Kau cuti kan?"
"Aah,"
Aku menjawab sambil segala perhatian aku tertumpu pada bayi dihadapan aku.
"Malam ni kau bawalah dia tidur dengan kau,"
Aku pelik memandang kakak.
"Nanti dia nangis nak susu macam mana?"
"Kau buatkanlah dia susu,"
"Dia dah tak...,"
"Tak.. kakak dah ajar dia minum susu formula. Semua ada dekat dapur. Tinggal kau nak bancuhkan je," pantas sahaja kakak memotong cakap aku.
Walaupun aku sedikit sedih mendengar ucapan kakak namun aku tidak kuat untuk bertanya. Seperti yang aku beritahu. Segalanya kakak sudah rancang dan aku hanya perlu ikut sahaja.
"Malam ni baby tidur dengan mak shu ea.. nanti baby jangan nakal-nakal,"
Wajah comel itu aku cium beberapa kali. Bau yang harum dari bayi itu membuat seluruh penat hilang serta merta.
"Kak. Boleh tak adik nak bawa baby ni masuk bilik adik sekarang. Kakak mesti nak rehatkan?"
Aku memandang wajah kakak.
"Errrrmm. Eloklah,"
"Errmmm. Kak. Minggu depan adik nak balik rumah ibu,"
Aku nampak ada perubahan pada wajah kakak.
"Ermm. Ye lah. Nanti pandai-pandailah kakak uruskan baby ni. Kau jangan balik lama-lama pula. Ingat perjanjian,"
Walaupun aku tidak pernah menanda tangani sebarang kertas sebagai bukti perjanjian tersebut namun aku harus ikut segala arahan kakak.
"Okey,"
Aku mengangkat bayi tersebut dan membawanya terus ke bilik. Wajah kakak aku pandang sekilas sebelum pintu bilik tersebut aku tutup rapat.
Aku pelik. Kakak seperi tidak gembira dengan kehadiran bayi ini. Aku tidak pernah nampak kakak bermain-main dengan bayinya melainkan hanya waktu-waktu tertentu sahaja baru kakak menyentuh bayi tersebut contohnya ketika mahu menukar lampin dan menyusukan. Selepas itu kakak hanya membiarkan bayi tersebut. Memandang wajahnya juga kakak tak nak.
Tidak sayangkah kakak pada bayinya??
*****
Tiga bulan berlalu.
Akhirnya hari ini merupakan hari terakhir aku berada di kampus tersebut. Setelah beberapa tahun aku berhempas pulas menuntut ilmu, hari ini aku telah pun secara rasmi menamatkan pengajian aku dalam jurusan Diploma Teknologi Multimedia. Lagi dua bulan majlis konvo kesyen akan di adakan. Aku tidak sabar. Pasti ibu, abang dan kakak bangga dengan aku.
Alhamdulillah. Aku juga telah dihadiahkan kakak kereta Myvi seperti yang kakak janjikan pada aku. Dan setiap bulan juga duit sebanyak rm3k dimasukkan ke dalam akaun aku tanpa gagal.
"Apa rancangan kau lepas ni?"
Dahlia menyoal aku. Waktu itu aku dan Dahlia menghabiskan masa berjalan-jalan di mall. Kakak sudah aku beritahu. Dan dia mengizinkan aku. Seperti biasa dia tidak mahu aku pulang lewat.
"Kerja kot. Tak sabar nak pegang duit,"
Aku senyum.
"Ermm. Abang Danish kirim salam,"
Glurrpp! Sudah lama aku tidak dengar nama tersebut.
"Alaika Waalaihissalam. Abang Danish buat apa sekarang ea? Mesti kau tak lama lagi dah nak dapat kakak ipar kan,"
Aku pura-pura teruja. Namun perasan dalam hati bergelora hanya tuhan je yang tahu.
Tit!
Bunyi mesej menandakan ada pesanan baru masuk. Aku mengambil telefon bimbit di dalam beg kemudian aku membaca mesej tersebut. Aku yang fokus membaca mesej tidak menoleh kiri dan kanan. Tangan Dahlia aku gapai, kemudian berjalan seperti biasa.
Setelah mesej aku baca, telefon bimbit aku simpan. Pandangan mata aku, aku halakan ke hadapan. Namun langkah aku terhenti tiba-tiba apabila melihat Dahlia keluar dari kedai setelah membeli minuman. Kalau Dahlia ada kat situ, tangan siapa aku pegang???
jeng jeng jeng..tangan siapa yang damia pegang?? korang pernah tak kene mcm situasi damia?? MH pernah. masa nak tengok wayang dengan kakak. mse tu berebut nak masuk wayang. ingat pegang tgn kakak.. sekali kakak jerit.. oiii kau pegang tangan sape tu?? hahahaha sekali tengok terpegang tangan auntie cina.. nasib baik tgn auntie cina kan.. kalo tgn abang hensem acaner??
Share this novel