Episod 19

Romance Completed 26493

Keesokkannya aku bangun pagi agak lewat. Baby Ikhwan kerap pula terjaga waktu malam hingga tidur aku kerap kali terganggu. Lebih kurang pukul 10 pagi baru aku terjaga. Itupun dek kerana panahan matahari yang menembus celahan langsir.

Aku melihat baby Ikhwan masih lagi nyenyak tidur. Hampir pukul 4 pagi baru baby Ikhwan benar-benar tidur nyenyak. Rasa nak nangis bila di 'buli' baby Ikhwan.

Aku mengambil kesempatan untuk membersihkan diri sementara baby Ikhwan masih lagi tidur. Pelahan sahaja segala perbuatanku. Seperti perompak yang memasuki rumah orang untuk merompak gayanya. Semuanya slow emotion. Tiada sebarang bunyi. Begini ke mak-mak kalau ada anak kecil? Aku ketawa sendiri. Aku ni di kira mak express lah kan?

Selesai mandi dan bersiap, aku turun ke bawah. Sebelum turun sempat aku kalihkan pandangan aku ke bilik kakak. Pintu itu masih tertutup menandakan kakak masih belum bangun. Aku hanya membiarkan. Tiada niat untuk mengejutkannya. Sampai sahaja di bawah aku menutup semua suis lampu. Nampak gayanya memang kakak belum bangun lagi. Kain sliding aku selak untuk beri cahaya masuk ke dalam rumah.

"Aikk?? Kereta kakak tak ada? Malam tadi bukan kakak dah balik ke?"

Ya! Dalam pukul 3 pagi sewaktu baby Ikhwan terjaga. Aku sedar kakak sudah pun pulang kerana aku sendiri dengar bunyi enjin dan tayar kereta kakak memasuki parking kereta. Malah aku juga mendengar pintu bilik kakak di buka dan ditutup. Aku malas keluar waktu itu memandangkan aku benar-benar mengantuk.

"Hurmmm.. kawan kakak pinjam kereta kot. Lepas hantar kakak balik, kereta kakak kawan dia pinjam dan bawa balik,"

Husnuzon sangat pemikiran aku kan?? Waktu itu perut aku pula berkeroncong minta di isi. Tengoklah dah pukul berapa. Mana tidak perut berbunyi lagu ghazal. Aku tersenyum sendiri dengan omelan aku.

"Hurmmm.. nak masak apa ni? Tak boleh lama-lama kat dapur ni. Nanti baby Ikhwan bangun, naya je,"

Akhirnya aku memutuskan untuk memasak mee segera sahaja.

"Mee Maggie cepat di masak, sedap di makan," aku menyanyi riang.

Satu periuk kecil aku ambil. Air penapis aku tadah masuk ke dalam periuk kemudian periuk itu aku tenggek di atas dapur gas. Api dapur aku hidupkan. Setelah air mendidih aku masukkan mee segera kemudian perencah. Telur aku juga aku tidak lupa untuk letak. Tambahkan sedikit protein. Tara! Siap.

Milo sachet aku ambil dan aku koyak kemudian aku masukkan ke dalam satu mug. Sudu kecil aku ambil kemudian air panas yang ada pada penapis aku tekan. Okey ngam! Aku letak keduanya di dalam dulang kecil kemudian aku angkat dan bawa ke bilik.

Langkah aku terhenti. Baru aku perasan. Barang-barang yang kakak beli malam tadi sudah tidak ada di ruang tamu. Aku memusingkan kembali tubuh aku kemudian dulang yang berisi mee segera dan milo aku letakkan di atas meja. Aku melangkah menuju ke bilik store kerana kakak menyuruh aku menyimpan segala jenis barang itu di situ. Pintu bilik store aku buka.

Aku tersenyum. Semua barang sudah elok tersusun. Maknanya ringan kerja aku. Pintu bilik store aku tutup kembali.

"Semalam cakap tak larat nak angkat. Siap susun lagi. Tak larat apanya,"

Dulang di atas meja aku ambil kembali, kemudian langkah aku teruskan menuju ke bilik. Sekali lagi pintu bilik kakak aku jeling.

"Takkan tak bangun lagi. Dah pukul berapa?"

Aku seperti mengesyak sesuatu namun aku berfikiran positif.

"Tulah. Balik lewat lagi. Sampai bangun pagi pun lewat,"

Pintu bilik aku, aku tolak perlahan sehingga tiada satu bunyi pun kedengaran.

"Ni lagi sorang. Anak dengan mak sama je. Tidur lewat. Bangun pun lewat,"

Hanya terluah di dalam hati. Tidak mahu mengganggu tidur baby Ikhwan.

"Baguslah dia bangun lewat. Dapat kau santai-santai makan mee segera ni,"

Aku mengutuk diri aku semula. Hahaha. Macam orang gila. Cakap sorang-sorang.

Aku makan mee segera tersebut dengan perlahan seperti pengantin yang sedang makan beradab. Penuh dengan tata tertib.

Setelah hampir habis segala isi di dalam mangkuk aku makan..

"Ehee..eee..eee,"

Baby Ikhwan merengek sambil bergerak-gerak.

"Hurm. Dah bangunlah tu,"

Aku menghirup air milo dua tiga teguk sebelum perlahan aku hampiri katil yang menempatkan baby Ikhwan. Aku lihat mata baby Ikhwan sudah segar dan bulat.

"Baby mak shu dah bangun ye sayang. Nak shu-shu?"

Baby Ikhwan tersenyum pada aku. Lagi berputik perasaan sayang aku pada baby Ikhwan.

"Jom syayang mandi. Baby busyuk laaa,"

Aku membuat suara manja ke anak-anakkan bila berbual dengan baby Ikhwan. Setiap rekasi yang di pamerkan baby Ikhwan benar-benar membuat aku gembira walaupun malam tadi teruk juga aku 'di buli' baby Ikhwan.

"Malam tadi baby naughty kan. Buli mak shu. Kesian mak shu tau"

Sedang aku membuka pakaian baby Ikhwan aku hidung aku tertangkap bau sesuatu.

"Eee.. baby.. apa bau busyuk ni? Baby yak ea?"

Sisi lampin aku tinjau. Memang betul tekaan aku apabila melihat ada najis bewarna kekuningan.

"Eee.. bila baby buat keje ni ea? Buli mak shu lagi. Tak puas ea buli malam tadi,"

Pipi yang bulat dan gebu aku cium berkali-kali sehingga baby Ikhwan rimas dan menangis.

"Padan muka,"

Aku puas setelah melihat wajah itu kemerah-merahan. Kemudian aku memeluknya.

"Alololo shayang. Jangan nangis ye. Mak shu minta maaf. Mak shu geram lah tengok shayang. Dah lah tembam. Nakal pula tu,"

Aku mengomel seolah-olah baby Ikhwan memahami. Tangisan baby Ikhwan akhirnya berhenti. Aku membawanya masuk ke dalam tandas. Punggungnya aku cuci dahulu kemudian barulah aku memandikannya. Baby Ikhwan memang suka mandi. Setiap kali mandi tidak pernah dia menangis malah sentiasa beri kerjasama.

Selesai mandi aku lapkan baby Ikhwan menggunakan tuala dengan teknik dap-dap. Ini semua aku belajar dari Youtube. Barang-barang keperluan baby Ikhwan telah aku sediakan di atas katil. Aku membaringkan baby Ikhwan di atas katil. Kemudian lotion aku ambil, dan aku urut perlahan tubuh kecil itu menggunakan lotion yang telah aku picit dan ratakan di atas telapak tangan aku.

Setelah aku urut perlahan tubuh kecil itu, aku mencapai lampin pakai buang. Namun belum sempat aku memakaikan baby Ikhwan lampin tersebut satu pancutan air yang hangat keluar. Aku terjerit secara tak sengaja.

"Arghhhh!! Baby!"

Alat sulitnya aku tutup menggunakan tuala mandi.

Namun mungkin kerana terperanjat baby Ikhwan menangis nyaring. Aku dengan pantas memeluknya.

"Ssshhhh! Ala..alaa..syayang. Tak..tak.... Mak shu tak marah. Tak.. tak.. okey..okey.. sorry," aku memujuknya dan tidak lama baby Ikhwan berhenti menangis.

"Kenapa baby nakal sangat hari ni. Buli mak shu cukup-cukup ea. Tunggulah baby besar. Mak shu pula buli baby,"

Aku bawa baby Ikhwan ke tandas semula untuk aku cuci kemaluan dan tangan aku.

Kemudian aku membawanya kembali ke katil. Tuala baru aku ambil kemudian aku lap kering bahagian yang terkena air. Untuk mengelak perkara sama berulang kembali. Aku cepat-cepat sapukan lotion kemudian pakaikan baby Ikhwan dengan lampin pakai buang.

Tuala mandi yang sudah terkena air kencing baby Ikhwan aku asingkan.

Selang beberapa minit.

"Dah syiapp,"

Aku tidak memakaikan baby Ikhwan baby mitten sebaliknya hanya memakaikannya baby booties sahaja. Aku juga sentiasa memastikan kuku baby Ikhwan sentiasa pendek supaya tidak terluka wajahnya yang gebu dan bersih.

Mengikut pada yang aku pelajari di Youtube ramai yang mengesyorkan agar tidak memakaikan baby mitten dan bedung kepada bayi setelah habis pantang supaya baby bebas bergerak dan melatih deria rasa dan sentuh pada tangan bayi.

Setelah segala barang aku kemas, aku mendukung baby Ikhwan.

"Baby mesti laparkan? Jom kita buat syusyu,"

Aku mendukung baby Ikhwan. Sewaktu keluar dari bilik aku, pintu bilik kakak sekali lagi aku kerling.

"Takkan tak bangun lagi,"

"Jom kita kejut mama. Lama betul mama tidur. Hari dah tengah hari. Baby pun dah syiap mandi tapi mama tak bangun-bangun lagi,"

Aku membawa baby Ikhwan dalam dukungan aku menuju ke pintu bilik kakak. Pintu bilik itu aku ketuk perlahan supaya baby Ikhwan tidak terkejut.

"Kak!"

Sepi.

"Kakak...."

Masih tidak bersahut. Pintu bilik aku ketuk sedikit keras.

"Kak! Bangun dah tengah hari ni,"

Namun masih tiada sahutan. Aku sudah tidak sedap hati.

"Kita buat syusyu dulu ea. Nanti baby nangis, mama marah pula,"

Walaupun hati aku tak sedap, baby Ikhwan tetap harus aku utamakan. Aku turun ke bawah, kemudian baby Ikhwan aku letakkan ke dalam baby cot yang sudah kakak sediakan dari awal lagi.

TV aku buka supaya ada suara bising di dalam rumah yang aku rasakan terlalu sunyi. Kemudian aku melangkah ke dapur untuk membuat susu baby Ikhwan.

Setelah siap, aku susukan baby Ikhwan di atas ribaanku supaya mudah aku pantau. Setelah susukan, aku sendawakannya supaya baby Ikhwan tidak muntah susu. Semua aku belajar dari Youtube. Setelah semuanya aku buat. Aku letakkan kembali baby Ikhwan ke dalam baby cot.

"Baby jangan nangis ea. Mak shu pergi panggil mama. Sekejap tau,"

Setelah pastikan baby Ikhwan selesa, aku melangkah laju naik ke atas. Bilik kakak aku tuju. Aku ketuk kembali pintu bilik kakak. Namun masih seperti tadi. Tiada sahutan. Tombol pintu aku pulas.

Aku terkejut. Kakak tiada di dalam biliknya. Biliknya juga cantik, kemas dan tersusun seperti tidak pernah disentuh. Aku panik. Bila kakak keluar? Aku tak dengar pun? Takkan dia keluar semasa aku sedang mandikan baby Ikhwan.

Aku keluar dari bilik kakak. Bilik aku, aku tuju pula. Aku mencari telefon bimbit aku kemudian nombor kakak aku dail. Namun panggilan tidak di sambungkan sepertinya kakak sudah block aku.

Aku benar-benar panik. Air mata aku secara automatik keluar. Apa kakak dah buat?? Aku yakin kakak tiada di dapur ataupun di ruang tamu kerana aku dari situ dan tidak berselisih pun dengan kakak. Dada aku benar-benar berdebar kali ini. Apa yang kakak cuba buat. Sampai hati kakak. Air mata aku yang keluar turun semakin laju. Aku hanya membiarkan. Fikiran aku benar-benar kosong. Tidak boleh berfikir jalan keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience