Pap!
Aku terpisat-pisat. Aku menoleh ke sisi. Dia sudah tiada. Aku memandang ke hadapan. Kemudian ke semua arah.
"Aku kat mana ni?"
Seat belt aku lepaskan. Kemudian pintu aku buka dan aku keluar. Pintu kereta aku tutup kembali.
Kluck!
Pintu auto lock.
Pandang aku halakan keseluruh bangunan di hadapan aku. Banyak kenderaan di bahagian parking. Mata aku terhenti pada satu bangunan yang tidak jauh dari tempat abang Danish parking kereta.
Butik Pengantin Cahaya Bridal. Itu nama yang tertulis pada papan tanda bangunan tersebut. Di lengkapi dengan dinding cermin yang mengayakan beberapa patung lilin memakai beberapa koleksi pakaian pengantin. Cantik! Dan aku tertarik. Hilang segala kekusutan tadi. Aku menghampiri abang Danish yang sudah berada di hadapan pintu kaca.
Melihat sahaja aku semakin menghampiri, bell pintu di tekan. Dan kemudian pintu di unlock. Aku dan abang Danish melangkah masuk. Aku terpegun melihat koleksi pakaian pengantin yang pelbagai design dan warna. Koleksi baju pengantin yang di kenakan pada patung lilin juga nampak cantik. Kedai itu cukup besar dan memanjang ke belakang. Di satu ruang, terdapat mini pelamin serta beberapa pelamin lain yang indah dan besar.
Aku terpaku.
"Hai Danish!"
Sapa satu suara lembut. Mata aku beralih pada wanita yang menegur abang Danish. Cantik. Putih. Tinggi. Mengenakan baju kebaya nyonya berwarna krim. Kain batik lepas yang dikenakan sedikit singkat menampakkan betisnya yang putih bersih. Rambutnya yang beralun keperangan di sanggul tinggi. Cantik! Ini mesti pemilik butik.
"Hai Cahaya,"
Aku nampak mereka seperti sudah kenal lama. Nampak mesra. Pandangan wanita itu juga berlainan. Hampir seluruh tubuh abang Danish di jamah oleh mata nakal wanita tersebut. Aku hanya memerhati dari kejauhan. Ya! Aku berada agak jauh sedikit dari abang Danish kerana ralit melihat koleksi-koleksi yang di pamerkan.
"Oh! Sah lah dia pemilik butik mewah ni. Nama pun Cahaya. Rupa pun bercahaya dan anggun. Cantik macam ni pun abang Danish tak jatuh cinta? Pelik. Eh! Ke wanita tu dah kawin? Entah-entah bini orang. Kau kan.. memandai je serkap jarang orang,"
Aku berperang dengan perasaan sendiri. Gila!
"Tapi... Kenapa mata dia liar semacam. Satu tubuh abang Danish dia ratah. Huh! Seram,"
"Sampai juga U dekat butik I ni ea. Puas I pujuk. Akhirnya...,"
Ehem!
"Sayang!"
Aku terkejut. Tu suara abang Danish kan? Dia panggil sayang?? Aku ke?? Ke perempuan tu? Ah! Aku bingung.
"Sayang....,"
Suaranya di lembutkan. Dan dia memandang wajah aku tepat. Matanya dikerdipkan. Main isyarat mata pula dia! Aku yang faham, menghampiri abang Danish. Lengan lelaki itu aku paut.
"Kenalkan. My future wife,"
Aku? Sudah tentu terharu wehh! Mahu sahaja aku peluk tubuh lelaki itu. Dalam kereta tadi punyalah garang. Sekarang. Romantik habis! Ah! Aku cair. Wajah aku, aku maniskan. Tidak sangka dia akan perkenalkan aku sedemikian rupa di hadapan kenalannya.
"Oh! I ingat you datang sorang. Bawa pasangan rupanya. Patutlah U tolak I mentah-mentah. Hurmmm... Dah berpunya rupanya. Pandai U simpankan?"
Ini cemburu ke? Atau sekadar usikan? Aku tidak faham bahasa orang-orang dewasa ni.
Aku lihat abang Danish hanya tersenyum.
"Mana ada simpan. I busy kerja. U pun tahu kan? Mana sempat nak dating-dating ni. Lain lah macam U,"
"Okey. U nak i tolong apa ni?"
"Hujung bulan ni kami akan bertunang. You tolong pilihkan baju yang sesuai. I nak pekej lengkap. Perfect!"
Wahh! Pandai juga abang Danish. Aku pun tidak tahu pakej-pakej bagai ni. Aku hanya menurut sahaja. Tidak mahu banyak komplain. Mana yang abag Danish rasa terbaik aku akan ikut sahaja.
"U ni dari dulu memang tak berubah ea. Nak perfect. Tengoklah. Pilih future wife pun cantik macam Miss Asian. Padanlah you all berdua,"
Aku?? Miss Asian? Kena buat pembedahan mata dia ni.
"By the way! Kita belum berkenalan lagi kan?"
Dia tersenyum pada aku. Aku membalas mesra.
"I'm Cahaya. Cik Cahaya. And U?"
"Saya Damia,"
Pendek sahaja. Dan kami berjabat tangan serta berlaga pipi. Fuh! Harum. Dari rambut hingga ke tubuh badan. Wangi.
"Mari I tunjukkan koleksi-koleksi yang I ada. U pun Danish. Jom join sama. Sama-sama pilih. Baru sweet!"
Aku tidak sangka aku duduk serapat itu dengan abang Danish. Semakin aku jarakkan. Semakin dia dekat menghampiri aku. Dan kedudukan aku terkunci apabila tiba-tiba tangannya memaut bahu aku. Aku kaku! Dia? Muka tiada riak.
Kami ambil kesempatan duduk di sofa yang disediakan sambil membelek album-album pelamin serta koleksi baju yang sedia ada. Budget dari yang ciput harganya hingga.... Aku sendiri berpeluh melihat senarai harga dan pakej yang disediakan.
Aku sebenarnya tidak begitu fokus pada album di hadapan aku. Masakan tidak! Lelaki di sebelah aku ni membuat jiwa aku memberontak. Aku tidak faham karakter dia sebenar. Di dalam kereta punyalah emosi. Tiba di sini. Sweet mengalahkan pengantin baru. Tengok jarak antara kami. Fuh! Seperti baru semalam diijab kabulkan. Aku sedaya upaya cuba mengelak. Tetapi dia? Makin aku elak. Makin kuat pula cengkaman di bahu aku. Sakit weh! Tangan lelaki kan. Apalah daya aku sebagai wanita yang lemah untuk melawan. Akhirnya aku berserah sahaja. Asalkan dia tak buat benda-benda haram. Contoh. Menyentuh aku di bahagian tut!! Korang pun faham kan?
"Amboiii... Bersemut kedai I ni sekejap lagi,"
Malu weh!
"Sini. I pinjam future wife U sekejap,"
Akhirnya! Aku boleh bernafas dengan tenang. Terima kasih Cik Cahaya. Hanya mampu berkata-kata di dalam hati. Pasti ramai yang menempelak aku jika melihat keadaan aku yang serapat itu dengan abang Danish. Bukan aku tidak cuba lari. Fuh! Biarlah. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.
"Beruntung U sebab Danish pilih U,"
Ah! Tiba-tiba pula. Aku tak ada cakap apa-apa pun sebab ralit melihat baju yang cantik di hadapan aku ini.
"Kenapa?"
Tak salahkan kalau aku layan. Nak tahu juga apa pandangan mereka terhadap abang Danish.
"Kalau U nak tahu. I dengan Danish satu universiti. Walaupun tak sama course tapi ada subjek yang kami akan duduk di kelas yang sama. Danish ni terkenal dekat universiti yang I belajar,"
Aku sedikit tertarik dengan cerita Cik Cahaya. Sedikit sebanyak aku tahu juga macam mana sosial abang Danish dekat luar sana.
"Ye lah. Dia anak pegawai poliskan? Papa Danish tu selalu keluar masuk televisyen. Siapa tak kenal. Pegawai polis yang sentiasa aktif membenteras jenayah. Anak pula hensome. Tinggi. Macam model. Ramai betul tergila-gilakan Danish. Tapi Danish tak pernah ambil kesempatan atas anugerah yang Tuhan dah beri padanya. Mungkin dia nak jaga imej papa dia. Who knows,"
Tak lah. Cara didikan ayahnya yang berbeza. Ayahnya mengajar Danish untuk sentiasa mempertahankan wanita. Berlembut dengan wanita. Hormat kaum yang lemah. Tengok sahaja cara layanan abang Danish terhadap ibu dan adiknya. Tidak semua lelaki boleh melayan baik sebegitu. Aku hanya meluahkan di dalam hati.
"U all dah lama kenal ke? Sebab sejak I kenal di zaman kampus lagi sampai sekarang, I tak pernah pun nampak Danish keluar dengan mana-mana wanita. Padahal jika tengok pada gayanya, kariernya. Dia boleh je jadi playboykan. Tapi dia tak. I nak try dia pun payah. Tapi cara I tengok dia layan U, macam something je. Korang memang dah lama kenal ea?"
Sempat pula dia nak mengorek rahsia aku. Aku hanya mengangguk.
"Lama tu tak lah lama mana. Since saya sekolah rendah lagi kami dah kenal. Tapi tak lah rapat,"
"Oh! Ya? Patutlah susah nak tambat hati dia. Rupanya hati dia dah pun di ambil orang dari awal lagi,"
Cik Cahaya ketawa. Aku pula hanya tersenyum. Tidak faham maksud yang cuba di sampaikan. Orang dewasa ni, memang susah untuk di fahami ke?
"Sayang dah siap pilih?"
Bahu aku di sentuh kembali. Kali ini lebih lembut. Suka pula aku dengar panggilan itu. Terbuai seketika.
"Ermm.. ada dua ni. Tak tahu nak pilih mana satu," ucapku.
Dua baju yang masih di tangan aku, aku tunjukkan ke arah Danish. Satu warna soft brown. Lagi satu warna krim. Dua-dua mempunyai corak minimal dan cantik. Tunang je kan? Tak perlu over!
"U rasa? Mana better?"
Cik Cahaya yang sejak dari tadi jadi pemerhati sedikit terkejut bila di soal begitu. Berangan ke cik kak? Bukan aku tak nampak. Sedari tadi mata liarnya memerhati aku dan abang Danish dengan pandangan yang aku sendiri susah nak faham.
"Memandangkan U all hari ni pakai warna brown. I rasa brown okey,"
"Okey. I pilih krim ni?"
Haiyoooo! Tadi dia suruh Cik Cahaya pilihkan. Bila orang tu dah pilih. Lain pula jadinya. Eh! Tak fahamlah aku. Aku nampak wajah cemberut Cik Cahaya. Kalau aku di tempat Cik Cahaya pun aku memberi reaksi yang sama.
"Okey. Untuk design pelamin I suka konsep yang ni,"
Album yang berada di tangannya di letakkan di atas meja berdekatan. Dan kami memanjangkan leher melihat design yang di pilih abang Danish. Sikit pun tak tanya aku eh? Hurmmm.. tapi cantik pilihan abang Danish.
"Okey yang ni memang design tengah letop sekarang. Pandai U pilih,"
Tak habis-habis memuji. Aku dah naik jelak pula mendengar.
"Untuk hantaran pula. I pilih yang ni. Ni untuk pihak I. Pihak perempuan... Ermm sayang pilihlah. Abang tak tahu. Takut sayang tak bekenan,"
Wow! Betul-betul full pakej. Berapalah duit abang Danish habis ni. Bertunang je kot. Tapi betul ke guna duit abang Danish? Bukan duit ayah dan ibu dia ke?
"Ermmm... Abanglah pilihkan. Damia tak tahu mana nak pilih. Semua cantik-cantik,"
Bahu aku diusap lembut. Eh! Eh! Mamat ni. Dah kenapa usap-usap aku? Kita belum halal lagi tau!
"I rasa yang ni okey. Warna gold,"
Citarsa abang Danish memang terbaik. Mengalahkan aku yang perempuan ni. Aku sendiri tidak pandai memilih bab-bab sebegini.
"Berapa dulang hantaran korang?"
"Lima berbalas tujuh,"
"Oh! Okey. Nanti seminggu sebelum majlis U bagi I barang-barang hantarannya. Senang I nak design,"
Aku hanya diam. Tidak tahu bab-bab ini. Tapi abang Danish memang terbaik. Serba serbi tahu.
"So total berapa?"
"Sekejap I kira-kira,"
Cik Cahaya menghilangkan diri. Mungkin mencari kalkulator atau apa-apa sahaja yang berkenaan. Aku sendiri kurang pasti. Dan tangan abang Danish masih di bahu aku.
"Tolong behave boleh?"
Abang Danish serta merta memandang aku.
"Siapa? Aku?"
"Ya... Siapa lagi. Awaklah. Tak kan patung tu,"
Abang Danish ketawa. Aku tidak tahu apa yang lucu.
"Kenapa? Apa yang aku buat dekat kau?"
Soalan sakit hati namanya.
"Tangan tu. Tak payah letak dekat situ,"
Aku menjeling jari jemarinya yang masih erat memaut kemas bahu aku.
"Kenapa? Tak boleh? Lelaki... Bapak si baby tu dah pegang kau lebih dari ni kot kan. Aku baru nak sentuh sikit. Dah marah?"
Muka aku bagai terkena pisau belati. Sampai begitu sekali hinanya pandangan abang Danish terhadap aku? Aku menolak keras tangan itu dengan menarik keras bahu aku. Aku bangkit meninggalkan abang Danish sendirian. Aku dengar dia ketawa sinis.
Air mata aku sudah berada di hujung-hujung kelopak mata. Bila-bila sahaja pasti akan tumpah. Demi menjaga air muka abang Danish baik aku keluar mencari ketenangan.
Share this novel