Episod 11

Romance Completed 26493

-Tahun 2011-

Aku sekarang berada di tingkatan 3. Aku masih lagi berkawan rapat dengan Dahlia. Malah sejak dari tingkatan 1 kawan-kawan aku juga bertambah. Ain, Fifi, Intan dan Nurul. Kami berenam termasuk aku dan Dahlia sejak dari tingkatan satu merupakan rakan sekelas.

Kami memang tidak boleh dipisahkan. Ke mana sahaja kami pergi, pasti bersama. Aku juga tidak terlalu pendiam seperti dahulu. Malah aku juga pandai berjenaka dengan mereka.

Kakak aku berada di tingkatan lima manakala abang mendapat tawaran sambung belajar di UTM dan kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan kerana keputusan SPM abang sangat-sangat memberangsangkan. Abang merupakan bekas pelajar contoh di sekolah menengah yang sekarang merupakan sekolah aku dan juga kakak. Disebabkan abang, aku dan kakak dikenali di sekolah. Adalah terdetik perasaan bangga juga di hati aku. Siapa tak bangga ada abang yang lulus cemerlang dan mendapat gelaran pelajar contoh lagi.

"Nah," sebungkus kotak yang cantik berbalut diberikan Dahlia kepada aku.

Waktu itu kami berada di dalam kelas. Menunggu pertukaran guru untuk waktu PNP seterusnya.

Aku memandang wajah Dahlia di sisi aku pelik. Spontan dengan itu Ain, Fifi, Intan dan Nurul juga mendekati kami.

"Wahhh! Hadiah. Oiii! Hari jadi kau ke? Apesal kita orang tak tahu?"- Fifi.

Menolak bahu aku.

"Sekejap. Aku pun pelik. Aku sendiri pun tak tahu hari ini hari jadi aku," aku ketawa.

"Mana adalah. Hari jadi aku dua bulan lagi. Haaa! Korang jangan lupa," sambungku.

"Dah tu. Ni hadiah," -Nurul.

"Huh! Aku baru nak buat kejutan untuk Damia. Korang ni sibuk je," - Dahlia.

Aku mula memandang wajah Dahlia pelik.

"Ni. Abang Danish bagi. Aku pun tak tahu. Dia suruh sampaikan je," Dahlia berbisik ke telinga aku.

Wajah Fifi, Intan, Ain dan Nurul memandang kami pelik.

"Ooo.. korang nak rahsia ea. Tak apa..," nada merajuk Intan pula.

"Hurmm. Yela-yela. Ni abang aku bagi khas untuk Cik Damia," Dahlia berterus-terang.

Dengan mereka memang sukar berahsia.

"Oooo. Ada apa-apa ke?" Soalan di tuju khas untuk aku.

"Tak ada apa-apalah," aku malas untuk melayan.

Kotak itu aku ambil dan aku simpan. Tidak ada niat untuk buka di hadapan mereka.

Dan...

Hari itu berlalu dengan pantas.

Waktu itu jam menunjukkan tepat pukul 5.30 petang. Aku sedang duduk di dalam bilik sambil menelaah buku.

Teringat tentang kotak yang diberikan Dahlia. Aku pantas bangkit dan kotak yang elok tersimpan di dalam beg aku, aku ambil.

Aku tersenyum. Abang Danish sekarang sudah bekerja sebagai Engineer di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Aku juga sudah beberapa kali juga terserempak dengannya sewaktu aku beberapa kali bermalam di rumah Dahlia.

Ibu dan ayah Dahlia sudah seperti ibu dan ayahku. Kami rapat dan sangat rapat seperti sebuah ahli keluarga.

Namun begitu aku meletakkan jarak antara aku dengan abang Danish. Aku tidak mahu ada yang berfikir aku mahu ambil kesempatan atas kebaikan keluarga itu. Itu kerap kali mengelak jika abang Danish ingin berbual berdua dengan aku. Aku tidak mahu timbulnya fitnah walaupun di dalam rumah keluarganya.

Kotak yang sederhana besar aku ambil. Aku goyang-goyangkan sedikit. Namun tidak dengar apa-apa. Aku membawa kotak itu ke katil. Aku duduk di hujung katil dan perlahan kotak itu aku buka berhati-hati. Namun tindakan aku terhenti.

"Ermm. Kunci pintulah. Sekejap lagi minah tu masuk. Tak pasal-pasal cari gaduh lagi," aku kemudian melangkah kaki ke pintu dan aku kunci dari dalam.

Aku tersenyum dan kotak yang cantik berbalut aku ambil. Perlahan aku buka. Penuh berhati-hati. Sayang pula jika pembalut yang cantik berbunga ros merah itu terkoyak.

"Wah! Jam tangan,"

Jam tangan yang berjenama G-Shock itu aku sentuh. Jam itu berwarna putih dan pada skrinnya ada sedikit berwarna unggu. Cantik! Pandai abang Danish pilih.

Jam yang elok melilit pada satu bantal kecil aku buka. Kemudian aku pakaikan di tangan aku.

Wajah aku mengukir senyuman. Terima kasih. Aku hanya sebut di dalam hati.

Tok! Tok! Tok!

"Oiii! Kau buat apa kat dalam tu? Bukalah pintu ni,"

Macam nak runtuh pintu di ketuknya.

"Sekejaplah,"

Pantas sahaja semua barang-barang tadi aku simpan di dalam beg semula.

Pintu aku buka dan kakak pula dengan tak ada belas kasihan terus sahaja menolak pintu dengan kuat. Hampir sahaja kaki aku terkena bucu pintu. Nasib baik sempat aku elak.

"Masuk tak boleh elok-elok ke?"

Aku merungut padanya.

"Suka hati aku lah. Bilik ni bukan bilik kau seorang,"

Kakak memang begitu. Susah melihat dia menyesal atau mengaku salahnya. Sejak abang duduk di kampus, lagi ligat perangai dia. Jarang lekat di rumah. Ada sahaja tempat yang dia pergi. Waktu cuti sekolah pula, dia sibuk mengikut rakan-rakannya berjalan.

"Kau buat apa ha dalam bilik ni. Siap kunci pintu lagi,"

Kakak memandang aku dengan pandangan yang sukar di mengerti.

"Tak ada apa-apa. Orang tukar baju je tadi," bohong aku.

Aku malas mahu bertekak dengannya.

"Dah..dah! Kau pergi keluar. Aku nak tidur," dia menolak seluruh tubuh badan aku keluar dari bilik.

"Hei kakak! Dah nak dekat pukul 6 petang ni. Dah hampir Maghrib. Takkan nak tidur,"

"Hei! Bisinglah. Dah sana," pantas sahaja pintu di tutup rapat.

*****

Esoknya seperti biasa aku bangun sendiri untuk pergi ke sekolah. Pakaian seragam sekolah yang sudah siap aku gosok aku sarung di tubuhku.

Pagi itu terasa semangat untuk ke sekolah lain macam mungkin kerana aku ingin memakai jam yang baru dihadiahkan untuk aku.

Pantas beg sekolah aku capai. Namun jam yang aku cari tidak ku temui. Seluruh isi beg aku keluarkan. Bukan sahaja jam. Kotak dan pembalut juga aku tidak jumpa. Puas aku cari satu bilik. Bawah katil, bawah tilam, dalam almari pakaian namun tetap tiada. Aku hampir menangis. Jam itu belum lagi aku rasmikan.

Kakak yang ada di ruang tamu aku cari. Langkah kakiku yang tadinya laju semakin perlahan apabila aku dapat menangkap sesuatu dipergelangan kakak. Jam aku!

"Kak! Bagi balik jam tangan adik," aku sebolehnya mahu mengawal emosi.

"Jam tangan kau? Mana?" Dia buat-buat tidak faham.

"Tu yang kakak pakai. Bagilah balik,"

"Ini...ini aku punyalah,"

"Tak payah menipulah. Tu jam adik!" Aku hampir sahaja mahu menitiskan air mata.

Ayah dan ibu mendengar pertengkaran kecil kami menuju ke ruang tamu.

"Apa yang bising-bising pagi-pagi ni?" Intonasi suara ayah sedikit keras.

Ayah tidak suka anak-anaknya bergaduh, terutama di pagi hari.

"Kakak tu..,"

Belum sempat aku menjelaskan, kakak lantas memotong.

"Ni jam kakak. Kawan kakak bagi,"

" Dia tipu ayah. Tu jam tangan adik. Kawan adik beri semalam,"

"Apa bukti ni jam tangan kau?"

Aku terdiam. Ye lah. Kotak jam itu juga sudah hilang.

Kakak mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

"Tengok! Ni bukti. Ada kotak lagi,"

Aku mula meradang. Aku lantas belari ke arah kakak dan tubuhnya aku pukul. Jam di tangan ingin aku rampas. Namun suara tengkingan ayah membuat perlakuan kami terhenti.

"Sudahlah! Apa yang korang gaduhkan ni,"

Aku sudah tertunduk. Kakak menolak aku. Namun aku sempat menstabilkan tubuh aku agar tidak menyembah lantai.

"Ma...maafkan adik ayah,"

"Mana kamu dapat jam tu?"

"Kawan adik beri,"

"Kamu?" Ayah memandang kakak.

"Err...er .. yelah.. yelah,"

Lantas jam itu dilucutkan dari tangan kemudian di baling ke lantai bersama-sama kotak. Kakak terus keluar dari rumah tanpa bersalaman dengan ibu dan ayah.

Aku yang sudah berjuraian air mata tunduk mengutip jam yang di lemparkan. Kotak juga aku ambil.

"Terima kasih ayah.. ibu,"

Aku senyum. Ayah memang tahu perangai kakak yang suka mencari hal dengan aku.

Aku bersalaman dengan ibu dan ayah sebelum keluar ke sekolah.

Jam yang aku ambil tadi aku pakai di pergelangan tangan aku. Seronok bukan kepalang. Satu hari senyuman tidak lekang dari bibir aku.

Aku tahu kakak masih lagi tidak puas hati dengan aku. Mesti dia masih marah dengan peristiwa pagi tadi

*****

Pagi itu, waktu aku sedang enak tidur tiba-tiba telinga aku terdengar suara orang menangis. Mula-mula aku takut. Namun makin lama makin jelas suara itu. Kakak yang sedang lena tidur di sisi aku. Aku kejutkan.

"Kak! Kak! Bangun,"

Bahunya aku tolak perlahan.

"Kak! Bangunlah,"

"Ermm..kau kenapa? Pepagi buta kacau aku,"

"Dengar tak? Ada suara orang menangis,"

Kakak aku tengok malas melayan aku, namun tiba-tiba dia duduk tegak.

"Jom!"

Aku mengikut sahaja langkah kakak. Keluar sahaja dari bilik tangisan itu aku dengar makin kuat. Kami mencari arah suara dan suara itu datang dari bilik ayah dan ibu.

Aku mula-mula takut, namun kakak dengan berani mengetuk pintu bilik ibu.

"Ayah... Ibu," sambil pintu bilik di ketuk.

Tangisan yang tadinya kami dengar hilang tiba-tiba.

"Ibu.. ayah," aku pula memanggil. Dan tidak berapa lama pintu bilik ibu dan ayah terbuka.

Aku lihat mata ibu suda sembab. Mungkin sudah lama ibu menangis.

"Ibu.. kenapa ibu menangis," aku cemas.

Kami hampiri ibu. Ibu memberi ruang aku dan kakak melihat ayah.

"Adik.. kakak.. tolong ibu kejut ayah. Dari tadi ibu kejut. Ayah tak bagi respon,"

Aku sudah mulai cemas. Muka aku tiba-tiba pucat. Kakak dan aku menghampiri ayah. Dan kami mula mengejut ayah.

Aku naik ke katil dan duduk di sisi ayah. Tangan ayah aku sentuh. Suam. Maknanya ayah masih ada. Perlahan aku kejut ayah.

"Ayah.. bangun..ayah,"

Tiada respon. Kakak pun mencuba. Namun masih juga hampa. Aku dekatkan telingaku di dada ayah. Aku dengar detak jantungnya.

"Dik! Jom teman kakak panggil Cik Mat. Kita kena cari bantuan,"

Kakak mengajak aku. Disaat begini kami memang seia dan sekata. Aku menurut sahaja. Cik Mat adalah jiran terdekat kami.

"Ibu tunggu ya. Kami cari bantuan,"

Tidak lama rumah kami dipenuhi orang. Ramai orang berkumpul di halam dan di atas rumah aku. Aku sedari tadi hanya menangis. Aku tidak pernah nampak ayah selemah itu. Dengan bantuan orang ramai ayah di angkat ke ruang tamu. Ayah di baringkan di atas tilam yang telah di bawa keluar.

Jiran-jiran menhulurkan segala bantuan yang diperlukan kami. Ada yang memanggil ayah. Ada yang cuba dudukan ayah. Namun semua cara itu tiada respon.

Dan selang beberapa minit terdengar suara siren ambulan. Ya! Orang ramai menelefon ambulan setelah segala usaha membantu ayah temui jalan buntu.

Aku berpelukan dengan kakak. Air mata kami sedari tadi tidak henti mengalir. Ya Allah! Janganlah ada apa-apa terjadi pada ayah. Aku masih memerlukannya. Kami masih perlukan ayah. Aku merintih.

Ibu menemani ayah di dalam ambulan. Segala kelengkapan ayah sudah aku sedikan di dalam beg dan di hulurkan kepada ibu.

haiii.. lama tunggu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience