"Wahhhh! Ini ke pasar malam? Ramainya orang,"
Aku lihat wajah teruja Dahlia. Di sisinya berdiri Kak Nel dengan wajah cemberutnya. Kerana takut bosan berada di rumah ibu Dahlia, dia juga terpaksa ikut serta misi terjah pasar malam.
"Errmmm.. sedapnya bau. Uishh! Terus lapar perut aku,"
Waktu itu kami masih di dalam kereta kerana abang Danish masih tercari-cari parking kereta yang kosong. Cermin kereta diturunkan kerana Dahlia sudah begitu teruja.
"Lambatnya.. abang Danish turunkan kitorang dululah. Baby tak sabar ni,"
Abang Danish memandang aku yang duduk di kerusi penumpang hadapan. Bermakna di sisinya. Daripada tatapan matanya aku tahu dia mahukan pendapat aku.
"Saya okey je. Kak Nel nak join sekali tak,"
"Oh. Tak apelah. Kak Nel teman abang Danish cari parking,"
Terdengar suara abang Danish mengeluh.
"Kalau macamtu, kita sama-sama cari parking. Then turun sama-sama. Ada ni. Sekejap lagi mesti jumpa," putus abang Danish akhirnya dan kami tiada bantahan.
Selang beberapa minit, abang Danish dapat juga parking kereta betul-betul bersebelahan pintu masuk untuk ke pasar malam.
"Okey let's go!" Lengan Kak Nel dipaut.
Dahlia benar-benar memberi peluang untuk aku dan abang Danish jalan berdua-duan. Kerana dek jalan yang terlalu sesak secara tak sengaja aku menggenggam baju t-shirt abang Danish kerana takut aku akan kehilangan jejaknya.
Abang Danish yang perasan dengan perbuatan aku akhirnya memaut bahu aku. Walaupun aku tidak selesa keadaan seperti itu, namun di kala waktu kritikal seperti ini apa lagi pilihan yang aku ada. Takkan nak pimpin tangan! Dosa!
Adakala aku di hadapan dan abang Danish di belakang tetapi tangannya tetap setia dibahu aku.
Dan adakalanya abang Danish di bahagian hadapan membuatkan aku sekali lagi terpaksa menggenggam belakang bajunya di bahagian pinggang.
"Jagung bakar,"
Aku dengar Dahlia bersuara. Jarak antara aku dan Dahlia tidak berapa jauh. Jadi, jika dia berhenti di mana-mana stall jual beli, aku akan perasan.
Aku dan abang Danish hanya mengikut sahaja. Aku menghampiri Dahlia.
"Kau nak tak?" Tanya Dahlia setelah aku berada di sisinya.
"Boleh juga,"
"Aa..," aku berpaling ke belakang untuk bertanya abang Danish sama ada lelaki itu mahu jagung bakar atau tidak, namun apabila melihat kedudukan abang Danish dan Kak Nel yang begitu rapat malah gadis itu sedang elok memaut lengan abang Danish aku tidak jadi untuk meneruskan hajat.
"Berapa bang?" Dahlia sudah siap untuk membayar.
"Adik cantik berdua ni dari mana? Orang sini ke?" Penjual jagung sengaja mencari jalan untuk berbual dengan kami.
"Mana ada cantik. Biasa je. Aah kami duduk area sini je. Berapa?" Soal Dahlia sekali lagi.
"Hari ni abang belanja. Nak nombor telefon boleh?"
Penjual bukan sahaja jual jagung malah ambil kesempatan jual minyak.
Aku dan Dahlia malas melayan lalu menghulurkan sekeping note lima ringgit.
"Keep the change,"
Walaupun tidak tahu berapa jumlah yang harus di bayar, kami terus berlalu pergi.
Aku memaut lengan Dahlia. Dahlia sedikit pelik dan turut menoleh kebelakang tercari-cari Kak Nel dan abangnya sudah pasti.
"Oh! Patutlah. Kau sabar ea. Malam ni kita belanja puas-puas. Abaikan dua ekor itu,"
Dua ekor yang di maksudkan semestinya abang Danish dan Kak Nel. Lelaki. Biasalah. Jika ada ikan menggelitik di sisi, takkan nak pandang je kan. Hati aku berbicara geram. Huh!
"Hai awak! Marilah singgah,"
Setiap kali kami lalu di hadapan beberapa stall pasti ayat yang sama digunakan.
"Kau nak cari apa lagi?" Soal aku kepada Dahlia kerana aku dan Dahlia tidak merancang apa-apa untuk dibeli.
"Entahlah. Kita jalan-jalan je lah. Tengok-tengok mana tau ada yang berkenan. Kita belilah,"
Waktu pantas berlalu dan tidak terasa sudah tiga jam kami berada di dalam pasar malam tersebut sehingga banyak stall yang sudah mahu berkemas pulang. Benar-benar menikmati suasana pasar malam gamaknya. Kiri dan kanan tangan aku dan Dahlia sudah penuh dengan pelbagai barangan. Tidak lupa juga aku turut membeli buah tangan untuk ibu dan ayah Dahlia serta mainan dan pakaian untuk baby Ikhwan.
Hampir pukul dua belas tengah malam baru kami tiba di rumah family Dahlia. Terasa letih seluruh badan apabila berjam-jam berjalan-jalan tadi.
Aku tidak menghiraukan pandangan abang Danish yang sedari tadi asyik mencuri pandang aku di bahagian tempat duduk belakang. Biarlah.
Keluar sahaja dari kereta aku terus melangkah laju masuk ke dalam rumah. Malas berlama-lama di situ kerana pasti banyak soalan bakal abang Danish sembur ke arah aku. Aku penat! Dan aku letih! Aku nak rehat. Itu sahaja yang bermain di minda aku saat ini.
*****
Keesokkannya...
Pagi itu aku bangun seperti biasa. Walaupun masih letih dan badan terasa sakit-sakit namun perlu juga bangun awal waktu untuk tunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa.
Baby Ikhwan masih lagi tidur bersama ibu Dahlia. Aku benar-benar beri peluang untuk ibu Dahlia melepaskan rindunya kerana mungkin petang nanti aku sudah mahu pulang ke rumah. Tidak manis pula berlama-lama di rumah tunang walaupun aku sudah biasa sejak dahulu lagi.
Selepas sahaja sarapan pagi Dahlia sudah memaklumkan aktivitinya pada hari itu kepada orang tuanya. Dia mahu keluar berjumpa kawan katanya. Dia mengajak aku, namun aku tolak kerana aku ingin berehat sahaja di rumah.
Ibu dan ayah Dahlia juga turut sama ingin keluar kerana ingin menemani Kak Nel dan ibunya ke airport. Tiket penerbangan sudah di beli dan waktu berlepas sekitar jam tiga petang. Ibu Dahlia turut membawa baby Ikhwan bersama.
Kini tinggal aku sendirian di rumah yang besar dan gah itu ditemani bibik-bibik. Abang Danish sejak dari sarapan pagi sampai sekarang tidak nampak batang hidungnya. Keretanya juga tidak ada di bahagian parking. Mungkin dia sudah balik ke rumahnya. Merajuk ke? Hmmm. Malas aku nak fikir.
Aku ambil peluang yang ada untuk duduk santai di tepi kolam. Menghirup udara segar. Menikmati pemandangan yang ada. Lanskap dan dekorasi ruang kolam sangat-sangat cantik. Tidak jemu mata memandang. Kolam itu sangat luas dan besar. Mungkin ada bahagian yang cetek dan bahagian yang dalam. Dan di ruang tengah ada pancuran air. Di sekeliling kolam ada taman-taman yang di jaga rapi oleh tulang kebun.
Aku tersenyum. Dan waktu-waktu begini pasti memori-memori lama terimbas kembali. Dan satu-persatu berputar dan berlegar-legar. Ada manis. Ada pahit. Aturan yang Allah telah tetapkan dan aku hanya mengikut sahaja aturannya.
"Kat sini rupanya kau. Puas aku cari satu rumah,"
Suara garau itu menyentak lamunan aku dan terus menghilang segala memori-memori tadi. Aku hanya membiarkan. Entah dari mana dia datang tiba-tiba in sergah sahaja. Eh! Bukan tadi dia keluar ke?
Hmmm! Apa lagi yang dia tidak puas hati. Dari cara gaya percakapan aku tahu, sekejap lagi pasti akan ada perang dingin. Letih!
Dia sudah berada di sisi aku. Aku tahu ketika ini pasti dia sedang memandang aku tepat. Dan aku seperti biasa hanya duduk santai. Malas melayan.
"Aku ni dari malam tadi geram betul tengok perangai kau!"
"Apa lagi yang tak kena?"
Aku melihat dia melangkah ke hadapan dan berhenti betul-betul dipinggir bibir kolam. Jika dia melangkah lagi sedikit pasti tubuh itu sudah jatuh ke dalam kolam. Dia bercekak pinggang. Walaupun dalam keadaan yang bengang dan emosi seperti itu, lelaki itu tetap tampan di mata aku. Kacak habis beb! Perfumenya jangan cakaplah. Menunjal-nunjal lubang hidung aku sedari tadi.
Dia berpaling. Amboii! Macam gaya hero remaja buat pusingan atas stage! Penuh bergaya! Orang tengah marah-marah kau boleh pula berangan ye. Aku mengutuk diri aku yang mudah sahaja terpesona dengan tubuh tampan itu.
Satu tangan masih di pinggang dan lagi satu di dalam poket seluar. Dia berjalan perlahan ke arah aku dan berhenti betul-betul sejajar dengan tubuh aku yang sedang duduk menghadap kolam. Dia menghalang pemandangan mata aku. Ishh! Dia ni nak suruh aku tatap tubuh badan dia yang tegap tu ke?
Glurrppp!
"Kau ni. Kalau dah buat salah memang tak akan mengaku ea?"
Aku memeluk tubuh. Menatapnya santai.
"Apa lagi yang saya buat salah?"
Huh! Dia tersenyum sinis. Perli aku ke ape?
"Kau sengaja tak nak berjalan dengan aku dekat pasar malam tadi. Sebab ape? Sebab kau nak lelaki-lelaki yang ada dekat situ beri perhatian dekat kau kan?"
Ini sudah lebih! Main tuduh-tuduh pula.
Aku bangkit dan berjalan menghampiri dia.
"Apa masalah awak nak tuduh saya bukan-bukan?"
"Hei! Aku tak tuduhlah. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri," dia masih seperti tadi. Menengking- nengking aku.
"Apa yang aku buat? Aku peluk diorang ke? Aku cium diorang ke? Takkan? Yang kau nak marah sangat kenapa? Lagi satu tak payah nak jerit-jeritlah bila bercakap. Aku ada kat sebelah kau ni je. Cakap slow pun aku boleh dengar,"
"Hmm.. bukan kau ke yang sedang syok di peluk malam tadi. Aku beri peluang je. Ye lah. Lepas ni dah tak ada siapa nak peluk kau macam tu. So. Siapa yang menggatal semalam? Kau yang tak nak jalan dengan aku, takkan aku nak paksa. Orang tengah syokkan? Mana sedar buat salah,"
Berdas-das aku melancarkan peluru. Mana boleh asyik-asyik aku sahaja yang nampak salah. Dia? Macam malaikat.
Sudah hilang rasa hormat aku ketika ini. Sampai bila aku ingin bertahan! Dihenyak. Dipijak sesuka hati. Aku nampak air mukanya berubah. Biarlah. Jika hari ini penamatnya. Aku redha!
"Kalau dapat peluk. Lagilah kau suka kan? Depan mata aku kau boleh buat perangai macam tu. Belakang aku. Entah-entah lagi teruk perangai kau,"
Aku merenung dia tajam. Air mata sudah bertakung di bibir mata aku. Tangan aku, aku genggam kuat.
"Kenapa? Tak betul apa yang aku cakap? Kalau tak. Takkan boleh keluar budak kecil tu. Betul tak?"
Panggg!
Satu tamparan betul-betul singgah di pipinya. Aku sudah tidak tahan. Turun naik nafas aku ketika itu.
Dan dia juga sudah mengangkat tangan untuk membalas. Dan aku secara automatik menutup kelopak mata dan cuba menahan apa jua serangan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
"Sial! Berani kau tampar aku,"
"Danish!!!!"
Aku dan dia terkejut dan kami berpaling ke arah datangnya suara itu.
Share this novel