Hampir empat jam juga perbincangan antara aku dan Encik Rafiq. Segalanya telah terungkai akhirnya. Sekarang terbukti baby Ikhwan bukanlah baby yang lahir seperti yang aku jangka. Maafkan mama sayang. Mama terlalu leka. Aku tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan aku ketika ini. Adakah gembira, sedih, terharu? Entahlah.
Hari ini juga baru aku tahu duit yang setiap bulan yang aku terima bukannya daripada kakak tetapi dari Encik Rafiq sendiri. Aku pula tidak pernah ambil kisah tentang duit itu kerana duit itu tidak sedikit pun terusik sejak aku sudah mempunyai kerjaya sendiri.
Dan hari ini juga aku melihat sendiri surat beranak original yang ditunjukkan kepada aku oleh Encik Rafiq. Itulah yang membuat aku ralat kerana sepanjang tempoh aku menjaga baby Ikhwan, tidak terfikir pula untuk mengambil tahu tentang surat beranak dan mykidnya kerana baby Ikhwan jarang sakit dan seingat aku, sepanjang aku menjaga baby Ikhwan tidak pernah sekali pun anak kecil itu demam atau batuk.
Malah untuk urusan checkupnya setiap bulan aku hanya perlu membawa buku kelahirannya sahaja yang berwarna biru. Dimuka hadapan hanya terdapat nama baby Ikhwan tanpa ada bin dibelakangnya dan siapa yang tulis? Tentulah kakak kerana aku kenal sangat tulisan tangannya.
Sepatutnya perbincangan tersebut habis awal, namun setelah semuanya terungkai aku dan Encik Rafiq mengambil peluang untuk berbual santai sambil disajikan main dishes yang popular di situ. Hari ini sahaja entah berapa kalori sudah masuk dalam badan aku. Huh! Kenapalah aku disajikan dengan hidangan yang lazat-lazat.
Hurmm.. tak sangka. Dalam diam-diam rupanya aku dah ada abang ipar. Hensome, kacak dan bergaya.
Tepat jam 6.30 petang aku tiba di rumah. Waktu itu aku lihat Nana sedang berkemas-kemas untuk pulang kerana sebelum tiba di rumah tadi, aku ada menefonnya terlebih dahulu untuk memberitahu yang aku sudah hampir tiba. Dan dia boleh mengemas barang-barangnya untuk pulang sebaik sahaja aku tiba di rumah. Aku tidak mahu mengambil masa Nana terlalu lama. Ini pun aku rasa serba salah kerana aku tiba di rumah tepat-tepat waktu untuk Nana pulang.
Pada malam harinya setelah aku menimbang segala keputusan yang bakal aku buat, akhirnya aku nekad untuk selesaikan segala kekusutan ini. Sampai bila harus aku tanggung sendiri dan baby Ikhwan yang tak bersalah disangkal kehadirannya. Identiti siapa baby Ikhwan sebenarnya perlu dibongkar. Jika tidak sekarang. Bila lagi. Takkan mahu tunggu sehingga anak kecil itu besar. Itu adalah mustahil.
Nombor telefon seseorang aku cari kemudian aku dail. Waktu itu baby Ikhwan sudah pun tidur. Ini lagi memudahkan urusan aku ketika ini.
Tut..tut...
Talian dihujung berdering lama. Namun tiada pula yang sudi mengangkatnya. Aku mematikan panggilan dan kemudian aku dail semula.
Tutt.. tut..
Lama. Namun belum sempat aku tekan button merah, talian terus disambungkan.
"Hello, Kak Mia. Sorry. Saya caj telefon tadi. Ada apa Kak Mia call malam-malam ni,"
Belum sempat aku memberi salam, suara dihujung sana keluar bagaikan peluru. Aku ketawa mendengar suara itu yang aku rasakan sedikit gelisah. Mungkin rasa serba salah kerana panggilan awal tadi tidak sempat diangkat.
"Assalamualaikum,"
Aku senyum.
"Ha! Waalaikumsalam. Opss! Sorry,"
"Tak apa,"
"Kenapa Kak Mia call? Baby Ikh okey kan?"
Aku dapat dengar suara gelisahnya. Aku ketawa.
"Nana jangan risau. Kak Mia call ni bukan nak cakap pasal baby Ikh tapi ada sikitlah. Baby Ikh pun tengah nyenyak tidur ni ha,"
"Sebenarnya Kak Mia nak minta tolong sikit. Kak Mia ada hal emergency esok. Tapi Kak Mia nak Nana ikut Kak Mia sekali. Rasa-rasa boleh tak? Sebab Kak Mia nak minta Nana tengok-tengokkan baby Ikh,"
Tanpa berbasi-basi lagi, aku terus sahaja ke tujuan utama kenapa aku hubungi dia malam-malam begini.
"Oh! Nanti saya tanyakan mak dulu. Kalau mak izinkan, nanti saya beritahu Kak Mia.Ermm.. kita nak pergi mana Kak Mia dan berapa hari?"
"Kita pergi Negeri Sembilan tapi tak tahu berapa hari. Mungkin tiga hari atau lebih. Tengok keadaan. Tak apa, pasal bayaran jangan risau. Yang tu nanti Kak Mia kira lain. Okey,"
"Okeylah kalau macam tu. Saya tanyakan mak sekarang,"
Talian terus sahaja dimatikan. Di dalam hati aku berdoa agar keluarga Nana memberi keizinan untuk aku membawanya.
Beberapa minit kemudian...
"Assalamualaikum Kak Mia,"
"Waalaikumsalam. Ha! Macam mana?"
"Okey mak izinkan. Mak cakap kalau pasal kerja tak apa,"
"Esok Nana tak perlu datang rumah Kak Mia. Kak Mia sendiri yang akan jemput Nana kat rumah okey,"
"Okey,"
Panggil terus dimatikan selepas itu.
Okey! Urusan pertama selesai. Sekarang yang nombor dua pula. Lagi sekali aku mencari nombor seseorang namun belum sempat nombor itu aku dail, tiba-tiba nama pemanggil dari nombor itu sudah terpapar pada skrin telefon aku. Huh! Macam tahu-tahu je dia ni tau.
"Assalamualaikum,"
Aku menjawab riang.
"Waalaikumsalam. Ha! Dah kenapa suara kau ni riang gembira je? Ada apa-apa berita gembira ke nak share? Hmm,"
Aku senyap seketika.
"Aku sebenarnya baru je nak call kau tau. Tapi tiba-tiba je nombor kau naik. So aku gembiralah sebab kau tau aku sedang memerlukan kau ketika ni,"
Aku ketawa senang.
"Oh! So aku tak ganggu kau lah ni kan?"
"Tak..,"
"So apa yang kau nak share?"
"Tapi sebelum tu, aku nak juga tau, kenapa kau telefon aku,"
Dahlia diam.
"Oiii! Kenapa kau senyap,"
"Ermm.. sorry..sorry. aku kat dapur ni masak mee segera. Lapar,"
"Oh! Kau tak makan lagi ke? Dah pukul berapa ni?"
"Petang tadi dah. Entah. Tiba-tiba malam ni rasa lapar pula. Aku nak period kot. Tu lapar semacam,"
Aku ketawa di hujung talian. Masak benar dengan perangai Dahlia. Dia kalau sedang period mengalahkan orang mengandung. Dengan muntah-muntah,pening, sakit kepalanya. Beberapa hari sebelum period selera mengalahkan orang bela saka. Macam sekaranglah ni.
"So? Kenapa kau call aku?"
"Tak ada apa-apa. Aku bosan. Eh! Ha. Sebenarnya aku nak beritahu kau, aku dah berhenti kerja dekat Johor Bahru tu. Aku dah dapat kerja area key el ni. Tapi tu lah, lagi dua minggu baru aku masuk kerja,"
"Oh! Baguslah macam tu. Senang-senang nanti boleh kita hang out sama-sama,"
"Kau dah siap masak belum? Ko settlekan lah kerja kau dulu. Nanti sekejap lagi kita sambung borak sebab apa yang aku nak cerita dekat kau ni panjang. So aku tak nak lah sangkut-sangkut. Nanti kau tak faham pula,"
"Okey.. okey. Sekejap. Kau jangan matikan talian pula. Aku nak bawa mee segera ni dan ada lagi beberapa barang masuk bilik aku. Borak-borak dalam bilik lagi tenangkan? Kau tunggu sekejap tau. Jangan matikan,"
Aku hanya senyum sahaja. Beberapa minit kemudian.
"Ha.. hello,"
"Hello.. hello.. aku ada lagi ni,"
Sedikit mengah suaranya di hujung talian.
"Teruk betul nafas kau. Kau lari 100 meter ke ape?"
"Ha.. laaa.. aku tak nak kau tunggu lama. Okey.. aku dah sedia. Kau boleh cerita sekarang,"
Aku menarik nafas kemudian aku lepaskan perlahan. Satu persatu aku cerita dari A sampai Z. Bagaimana titik permulaan penyebab aku berjumpa dengan Encik Rafiq sampailah segalanya terungkai. Hampir satu jam juga aku cerita semuanya dan Dahlia faham situasi aku sekarang.
"So? Kau nak buat apa sekarang?"
"Sekarang... Tak ada apa-apa,"
Aku dengar dia ketawa di hujung talian.
"Tapi esok, aku ingat nak balik rumah ibu aku. Aku perlu selesaikan semua ni. Aku rasa, kakak aku sendiri kena settlekan dan clearkan segala masalah,"
"Hmm.. betul.. aku setuju. Pukul berapa kau bertolak esok?"
"Mungkin pukul 8 pagi. Tengok keadaan macam mana nanti,"
"Oh! Okey. Kau nak aku teman tak?"
"Ermm.. tak kot. Sebab aku bawa pengasuh baby Ikh,"
"Waahhh! Budak comel tu dah ada pengasuh?"
Dan aku dan Dahlia terus berborak sehingga pukul 1 pagi. Tak terasa pula masa berlalu. Bermacam-macam pula yang kami bualkan. Di akhir perbualan sempat juga Dahlia berpesan supaya aku mesej dia terlebih dahulu sebelum bertolak.
Mata aku ketika ini masih belum lagi berasa mengantuk. Lalu aku ambil kesempatan yang ada untuk mengemas segala barang-barang yang penting untuk aku bawa bersama esok. Hampir pukul tiga pagi aku selesai kemas semua barang.
*****
Keesokkannya...
Tepat pukul 8.30 pagi aku sudah tiba di perkarangan rumah Nana. Aku nampak dia keluar sambil membawa satu beg sederhana kecil sahaja.
Dia mengambil tempat duduk belakang kerana mudah untuknya mengawasi baby Ikhwan walaupun anak kecil itu duduk di dalam car seatnya.
"Kak Mia nak singgah bank sekejap tau,"
Aku memulakan perbualan sebaik sahaja aku memandu keluar dari perkarangan rumah Nana.
"Okey. Saya tunggu dalam kereta je ea dengan baby Ikh,"
"Aah. Bolehkan? Kak Mia tak lama. In Shaa Allah. Nanti jangan lupa kunci pintu kereta ni ye"
"Okey,"
*****
Aku memandang cheque yang sudah berada di tangan aku dan aku tersenyum. Walaupun aku tahu, aku ada hak namun biarlah aku pulangkan semuanya. Aku tak nak ada perkara-perkara yang akan berbangkit dikemudian hari.
Setelah aku masuk ke dalam kereta, cheque tadi aku masukkan ke dalam satu sampul surat. Di dalam sampul surat itu juga terdapat bukti resit-resit pembayaran yang telah aku gunakan sepanjang aku menjaga baby Ikhwan. Ada juga aku selitkan details pembayaran asuhan untuk Nana. Walaupun aku rasa tidak perlu, namun aku perlu bersedia takut-takut ada sesuatu berlaku di luar jangkaan aku.
"Okey. Kita pergi sarapan dulu, nak tak?"
"Boleh juga,"
Sebelum aku meneruskan perjalanan, aku sempat menghantar mesej kepada Dahlia. Setelah selesai bersarapan dan mengisi minyak full tank serta reload touch n go, lebih kurang pukul 11.30 pagi kami bertolak.
Waktu itu jalan tidak terlalu sibuk. Maka aku boleh memandu secara santai sahaja. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam aku rasakan begitu singkat.
Sekejap sahaja aku sudah tiba di persimpangan jalan untuk masuk ke rumah ibu. Jarak antara simpang itu ke rumah ibu lebih kurang 500 meter sahaja.
Dari simpang aku boleh nampak kereta abang dan kakak di perkarangan rumah. Jantung aku tiba-tiba berdebar-debar. Semoga semuanya berjalan lancar.
Aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Cermin pandang belakang aku toleh. Keduanya sudah terlentok.
Handphone aku keluarkan. Kemudian satu pesanan mesej aku hantar berserta sekeping gambar.
Share this novel