Aku fokus pada pemaduanku. Sesekali aku toleh Dahlia di sisi aku. Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke keputusan aku?
Cermin pandang belakang pula aku kerling. Baby Ikhwan sedang nyenyak tidur dalam car seatnya. Semua kelengkapan baby Ikhwan sememangnya kakak sudah sediakan dengan lengkap. Dari barang yang sekecil-sekecil seperti cotton buds hinggalah barang yang besar seperti baby cot, stroller. Semua telah kakak sediakan. Memang kakak sudah rancang semuanya dari awal. Kakak licik. Sangat licik. Hingga aku sendiri tidak boleh baca akal fikirannya.
Aku juga pelik. Mana kakak dapat duit sebanyak itu. Setiap bulan pula duit akan masuk dalam akaun aku bukan tiga ribu tetapi lima ribu. Ini kalau aku tak kerja pun okey! Aku menggelengkan kepala aku. Apa kau fikir ni Damia?! Mungkin syaitan sedang menghasut aku.
"Kau okey tak ni?"
"Ermmm okey,"
Aku senyum. Dia nampak ke apa yang aku buat?
Aku kemudian fokus pada pemanduan aku. Setelah seminggu aku berfikir, ini adalah jalan terbaik yang aku rasa.
Flash back!
Seminggu yang lepas.
"Ya Allah Damia! Apa dah jadi dengan kau ni?"
Muka aku yang sembab dan mata yang bengkak serta hidung yang sudah kemerahan di pandang sayu Dahlia. Wajah aku juga di sentuh perlahan.
"Kenapa Damia? Apa yang berlaku?"
Waktu itu dia baru sahaja sampai di hadapan rumah aku dengan menaiki teksi. Aku nampak dia memanjangkan lehernya. Menoleh kiri dan kanan. Mungkin mencari kelibat seseorang.
"Kakak kau mana? Dia keluar ea? Kereta dia pun tak ada ni,"
Soalan itu lagi membuat aku sedih. Lantas tubuh itu aku peluk. Mendengar sahaja perkataan 'kakak' benar-benar membuat jiwa aku meruntun pilu. Aku tak sangka kakak begitu kejam.
"Shhhh.... Shhhh.. dah Damia. Kan aku ada ni,"
Dia mengusap lembut belakang badan aku. Habis basah lencun baju di bahagian bahunya. Dahlia juga turut mengalirkan air mata walaupun dia tidak mengetahui setuasi aku sebenar. Begitulah dia. Jika aku menangis dia juga turut menangis. Jika aku gembira, aku juga pasti dia juga orang yang lebih bahagia. Bak kata pepatah cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.
Suara baby Ikhwan yang tiba-tiba menangis membuat tubuh aku dan Dahlia kaku. Dia menolak tubuh aku supaya dia boleh melihat wajah aku. Aku menunduk. Aku tahu dia sedang merenung aku. Mohon penjelasan.
"Itu suara baby kan?"
Senyap. Yang hanya kedengaran esakan aku yang diselangi dengan sendu.
"Bukan suara baby dari TV. Betul tak?"
"Hei Damia! Jawablah,"
Dia menggoncang-goncang tubuh aku. Melihat sahaja tubuh aku yang masih kaku, pantas sahaja dia berjalan melintasi aku. Masuk ke dalam rumah. Aku juga mengekorinya. Aku sudah tiada kuasa untuk menghalang. Biarlah Dahlia mengetahui perkara sebenar. Aku lihat Dahlia menghampiri baby cot. Baby Ikhwan yang sedang menangis di angkat lalu di peluk.
"Sshhh...ssshhh.. baby syayang.. jangan nangis,"
Sekejap sahaja baby Ikhwan sudah senyap dan kembali tidur. Mungkin tadi baby Ikhwan terkejut. Dahlia meletakkan semula baby Ikhwan di dalam baby cot. Dia menepuk-nepuk tubuh itu lembut sebelum jalan menghampiri aku yang sedang duduk di sofa.
"Itu bukan baby kau kan?"
Aku menggeleng. Air mata aku sudah kering. Hanya sendu sahaja sesekali kedengaran.
Aku nampak Dahlia mengurut dada.
"Habis tu baby siapa? Jangan cakap tu baby kakak kau?"
Perlahan manik-manik jernih turun semula. Aku menghulurkan Dahlia kertas yang sudah aku ronyokkan tadi.
Dahlia mengambil kertas tersebut, lalu melabuhkan punggung di sisi aku. Dia membuka kertas itu dengan berhati-hati supaya tidak terkoyak. Setelah itu, dia mula membaca. Aku nampak raut wajahnya berubah. Setelah habis di baca, kertas itu kemudian dia lipat.
"Sial betul ea perangai kakak kau! Aku tak sangka pula yang dia sekejam ini. Buat kau macam ni. Tinggalakan anak dia macam tu je. Dia ingat itu anak kucing ke?"
Jari jemari Dahlia aku genggam.
"Kau janji dengan aku. Kau takkan bocorkan rahsia ni. Kau simpan sampai mati. Kalau ianya bocor, biarlah bocor dari mulut aku sendiri. Janji?!"
Wajah itu aku renung. Mencari anak matanya. Aku nak dia berjanji dengan aku. Aku bukan tidak percaya Dahlia. Kerana percayalah aku send location rumah ini.
"Ya! Aku janji. Kau janganlah tengok aku macam tu. Mata kau tu dah lah merah. Takut pula aku tengok. Macam tengok orang kena rasuk kau tau tak,"
Wajah aku di tolak lembut. Aku tersenyum akhirnya. Dahlia pandai memujuk aku.
"Haaa. Senyum juga kau. Dari tadi hanya air mata je yang aku nampak. Dah tak payah kau nak nangis pasal kakak kau yang tak guna tu,. Lagi satu. Surat ni biar aku pegang. Kalau ada apa-apa boleh jadi bahan bukti"
Aku hanya mengangguk. Betul juga kata Dahlia. Nasib baik surat itu tidak aku koyakkan. Setelah itu kami duduk berdua, dan berbincang. Apa yang terbaik perlu aku buat.
Flash back end!
Setelah berfikir baik dan buruk akhirnya kami sepakat untuk pulang ke rumah ibu. Dahlia setia menemani aku. Dia kekuatan aku. Dahlia kata, keluarga aku patut tahu dan tengok apa pula cadangan dari keluarga aku. Cara macam mana pula nak selesaikan masalah ini.
Hampir dua jam permanduan aku akhirnya aku tiba juga di kampung halaman aku. Rumah yang dulunya usang telah dibaik pulih oleh kakak dan abang. Mereka berkongsi duit untuk membina satu rumah yang lebih teguh dan selamat untuk di duduki. Cantik. Walaupun sedikit moden namun betuk-bentuk rumah kampung masih di kekalkan.
Suasana sunyi. Ibu tak ada ke? Fikirku. Aku melihat ke sisi. Dahlia sudah tidur dengan lena. Waktu itu aku sampai betul-betul pukul lima petang. Aku keluar dari kereta tanpa mematikan enjin.
"Assalamualaikum. Ibu..ibu,"
Aku memanggil ibu. Namun tiada sahutan. Pintu hadapan aku lihat tertutup rapat. Namun tingkap masih terbuka luas. Mungkin ibu keluar kerana motor ibu tidak ada di parking. Kakak dan abang menghadiahkan ibu sebiji motor supaya senang untuk ibu bergerak ke mana sahaja.
"Assalamualaikum.. ibu.... Ibu!"
Pintu hadapan di buka dari dalam. Aku tersenyum. Namun tiba-tiba senyum aku hilang. Bukan tubuh ibu yang ada di hadapan aku sekarang. Tetapi....
"Kau buat apa balik sini?!"
Kakak menegking aku. Dia juga terperanjat melihat aku. Aku nampak perubahan air mukanya. Perlahan air jernih gugur di pipi aku.
"Hei! Kau tak payah buat drama air matalah kat sini,"
Kakak turun dan menghampiri aku. Namun langkah kakak terhenti. Aku perasan Dahlia membuka pintu kereta di bahagian pemandu.
"Eh! Adik. Dahlia. Masuklah. Dah lama sampai?"
Berlainan pula intonasi suaranya. Mungkin dia tidak mahu orang lain tahu siapa dirinya.
"Assalamualaikum kak Darina,"
Dahlia memberi salam. Kemudian dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan kakak. Aku juga turut kakak hulurkan tangan. Dan aku sambut. Kedua tangan itu aku cium.
"Waalaikumsalam. Jemput masuk! Panas kat luar ni. Ibu tak ada. Keluar sekejap pergi kedai katanya,"
"Okey sekejap. Nak ambil barang,"
Aku perasan wajah kakak berubah. Mesti dia tahu 'barang' yang aku maksudkan. Aku dan Dahlia berpatah semula ke kereta.
"Dahlia. Kau pura-pura tak tahu okey. Aku tak nak kakak aku syak apa-apa,"
Aku berbisik ke arah Dahlia secara sembunyi supaya kakak tidak perasan. Jika tidak pasti aku akan diugut lagi.
Baby Ikhwan yang sedang nyenyak tidur di dalam baby car seat aku angkat perlahan supaya tidak terganggu tidurnya.
"Eh! Ada baby. Baby siapa ni dik?"
Mantap sungguh lakonan kakak. Jika kakak seorang artis pasti sudah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di abad ini.
Aku malas membalas. Aku biarkan sahaja soalan kakak tanpa ada jawapan. Kakak sendiri tahu jawapannya. Buat apa lagi aku mahu menjawab soalan bodoh itu. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Diikuti Dahlia dan juga kakak.
Rumah ibu sudah ada empat bilik. Satu bilik ibu, bilik kakak, bilik abang dan juga bilik aku.
Dahlia duduk di ruang tamu. Aku pula masuk ke dalam bilik aku. Aku tahu kakak mengekori aku. Dada aku berdebar. Aku letakkan baby Ikhwan perlahan di atas katil aku. Baby Ikhwan masih lagi lena.
Kakak menolak tubuh aku rapat ke dinding setelah baby Ikhwan aku letakkan di atas katil. Wajah aku dicengkam kuat oleh kakak.
"Apa niat kau ha?! Kau balik sini sebab nak bagi tahu ibu pasal aku ke?!"
Aku gerun melihat wajah kakak. Wajah kakak sengat bengis. Tangan kakak yang mencengkam wajah aku, aku pegang. Cuba menolak tangan itu dari terus mencengkam wajah aku.
"Sakit kak!"
Dalam susah payah aku sedaya upaya juga bercakap.
"Oh! Tahu kau sakit. Hati aku lagi sakit tengok kau kat sini. Apa niat kau ha?"
Dengan sekuat tenaga tubuh kakak aku tolak. Walaupun tubuh aku kecil sedikit dari tubuh kakak tetapi dengan kudrat yang masih bersisa tubuh itu akhirnya bergerak ke belakang.
"Oh! Berani kau cuba melawan aku. Kau tahu kan apa aku boleh buat,"
"Sudahlah kakak! Cukuplah. Sedarlah apa yang dah kakak buat. Kakak dah sedap-sedap adik pula yang jadi mangsa. Tanggung beban ni?!"
"Hei! Bukan susah pun lah apa yang aku suruh. Kau cuma tolong aku jaga dia je. Duit, perbelanjaan dia semua aku tanggung. Apa yang susah sangat kau nak faham?"
"Okey! Kalau benda ni mudah. Senang. Kenapa tak kakak sendiri yang jaga dia? Dia tu baby kakak tau tak? Darah daging kakak. Kakak tak kesian ke kat dia,"
Wajah kakak bengis aku renung. Aku sudah makin berani menentang kakak.
"Okey. Fine! Kau tak boleh jaga. Biar aku letak dia depan surau atau kat mana-mana je lah. Janji ada orang jumpa dia. Biar orang lain yang jaga dia. Puas hati kau kan!,"
Kakak sudah mula menghampiri baby Ikhwan yang sedang lena. Tidak sedikit pun tidurnya terganggu dengan pertengkaran aku dan kakak.
Laju sahaja aku melangkah. Tubuh kakak aku tolak kuat. Terdorong kakak ke belakang sekali lagi. Nasib sahaja tubuh itu tidak jatuh.
Kakak tersenyum sinis memandang aku. Mungkin dia rasakan dia sudah berjaya!
"Jangan berani kakak sentuh baby Ikhwan. Kakak langkah mayat adik dulu. Sekali kakak dah buang dia. Jangan harap kakak dapat dia semula,"
Mata aku mencerlung memandang tepat ke arah wajah kakak. Sudah tidak ada rasa hormat aku kepadanya lagi. Semakin kuat benci aku kepada kakak.
Share this novel