Aku tahu mesej yang aku hantar sudah pun di baca kerana ada bluetick.
"Ermm.. dah sampai ke Kak Mia?
Aku nampak Nana sudah terjaga namun baby Ikhwan masih lagi lena tidurnya. Nana memperbetulkan sedikit kedudukan tudungnya yang sudah tidak terurus.
"Aah. Dah nak sampai. Depan tu je,"
Aku cuba mengawal getaran yang muncul tiba-tiba. Jari-jemari dan tubuh aku berasa sejuk beku. Uisshhh! Takutnya.
Huh! Aku melepaskan nafas berat membuatkan Nana memerhatikan aku namun tidak pula ada soalan yang terbit dari bibir gadis itu.
Kau kena kuat! Apa-apa berlaku benda ni perlu diselesaikan juga.
"Nana doakan Kak Mia ea,"
Walaupun aku tahu gadis itu masih blurr dengan ayat aku, namun aku nampak dia tetap meng'amin'kan doa aku.
Perlahan kereta aku bergerak dan sekejap sahaja sudah tiba di perkarangan rumah ibu.
Aku dapat lihat motorsikal ibu tiada. Pintu utama pula di biarkan terbuka luas. Allah benar-benar mempermudahkan urusan aku. Kereta kakak dan abang aku pandang sekilas. Huh!
"Nana. Nanti masuk je dalam rumah, Nana terus masuk bilik Kak Mia dengan baby Ikh okey. Nanti Kak Mia tunjukkan,"
Aku nampak Nana mengangguk tanda faham. Lebih kurang 10 minit aku sudah berada di tangga rumah. Suasana sepi sahaja. Tiada orang ke? Kalu tak ada orang takkan pintu ni di biarkan terbuka luas.
"Assalamualaikum,"
Tanpa menunggu jawapan aku terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Tempat pertama yang aku tuju adalah bilik aku dan Nana di belakang hanya membontuti aku sambil membawa barang-barang baby Ikhwan. Itu yang penting. Barang-barang yang lain, nanti baru aku keluarkan.
Aku berasa sedikit terharu sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke dalam bilik. Segalanya tidak berubah. Susun atur, wangian tetap sama. Apakah ibu menjaga bilik ini? Tiada sedikit habuk pun terlihat. Segalanya masih tersusun kemas cuma sarung bantal dan alas tilam sahaja berubah kerana menggunakan kain jenis patchwork mengikut trend zaman sekarang. Namun tetap sahaja tnampak cantik dan tenang.
Aku meletakkan perlahan baby Ikhwan di atas katil. Tidurnya tidak sedikit pun terganggu dari tadi. Baby Ikhwan jika tidur memang lama. Kadang-kala perlu di kejutkan bila tiba waktu makan atau waktu untuk mandi. Senang jaga baby Ikhwan jika perutnya selesa dan kenyang.
"Nana duduk sini ye. Apa-apa berlaku Nana jangan keluar okey,"
"Okey. Kak Mia okey tak? Nana takutlah,"
"Tak ada apa-apalah. Jangan risau. Ingat tau pesan Kak Mia,"
Aku nampak dia menganggukkan kepala. Aku keluar dari bilik dan pintu bilik aku tutup rapat.
"Eh! Adik. Bila sampai? Ibu tak dengar pun,"
Aku yang ketika itu tidak perasan ibu sudah berada di belakang aku, sedikit terkejut apabila tiba-tiba ditegur begitu.
"Ibu!"
Aku terus sahaja memeluk tubuh itu. Tubuh ibu aku nampak sedikit susut. Sudah berbulan aku tak jumpa ibu. Aku benar-benar rindu.
Lama kami berpelukan sambil air jernih turun melepasi lekuk-lekuk pipi tanpa di pinta. Aku meregangkan tubuh aku. Wajah ibu aku tatap lama. Air mata yang masih turun di wajah tua itu aku sapu menggunakan tangan aku. Ibu juga turut menyapu wajah aku menggunakan tangan tuanya.
Tangan tua yang masih di pipi aku, aku ambil dan aku cium lama.
"Maafkan adik ibu,"
Aku terus sahaja menangis sekali lagi.
"Dah...dah.. adik tak ada salah apa-apa. Buat apa nak minta maaf,"
Ibu memujuk aku sambil mengusap belakang badan aku.
"Adik sihat? Baby mana? Mesti dah besar ye,"
Ada wajah ceria terpapar.
"Ada dalam bilik. Tengah tidur. Penatlah tu jalan jauh,"
"Adik dah makan,"
Ibu memegang tangan aku.
"Jom duduk kat ruang tamu,"
Aku mengikut sahaja langkah ibu.
"Adik ingat ibu tak ada kat rumah. Sebab motor ibu tak ada pun,"
"Oh! Motor abang guna. Pergi kedai sekejap. Ibu nak bancuh kopi tapi gula pula habis,"
"Kakak mana ibu. Sunyi je rumah,"
"Ka...,"
Belum sempat ibu menjawab, kata-katanya di potong kakak yang aku tidak tahu dari mana dia datang. Tahu-tahu sudah berada di ruang tengah rumah sahaja.
"Aku ada ni. Kenapa?"
Aku dan ibu memandang kakak. Aku bangkit dan terus mendapatkan kakak. Tangannya aku salam dan aku cium. Dan aku mahu bergerak semula duduk di sisi ibu, namun belum sempat kaki aku melangkah suara abang menggegarkan seluruh urat nadi aku.
"Ha.. kenapa kau balik ni? Kau tak ingat ke perjanjian macam mana?"
Bermakna betullah sangkaan aku, keluarga aku belum lagi di beritahu.
"Abang...,"
Aku menghampiri abang yang sudah tegak berdiri tidak jauh dari muka pintu. Tangan aku hulur.
"Kau nak apa? Salam aku? Tak payah la,"
Abang berlalu pergi meninggalkan aku. Bahu aku sedikit di langgarnya.
"Nah. Pergi bancuh kopi,"
Abang menghulurkan sekantung plastik yang di dalamnya ada gula pasir kepada kakak. Kakak menyambutnya dan terus menghilang ke dapur.
Abang pula terus ke ruang tamu dan duduk di sofa berhampiran ibu. Aku tahu matanya sedang tajam memandang aku.
Melihat keadaan itu, aku turut melangkah ke ruang tamu dan mahu duduk semula di sebelah ibu. Namun kata-kata abang membuat langkah aku mati.
"Kau buat apa lagi kat sini? Baliklah!!"
Nada suaranya sudah naik tinggi sedikit dari tadi.
"Abang.. slow sikit suara. Baby tengah tidur tu,"
Muka abang sudah merah padam bila ditegur ibu begitu.
"Oh! Ada anak haram tu? Ish! Berani betul kau bawa balik dia ke sini ea?"
"Kan aku dah cakap kau jangan balik!! Kau nak seluruh orang kampung tahu ke? Kau nak keluarga kita malu ke?!!!"
Bergegar seluruh isi rumah apabila abang sekali lagi menaikkan nada suaranya.
Aku nampak abang sudah bangkit dari duduknya. Langkahnya aku nampak seperti mahu menuju ke arah bilik aku.
"Baby Ikh bukan anak haram!"
Waktu itu juga aku nampak kakak sudah keluar dengan sedulang air. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kopi.
"Eh! Kau nak buat cerita drama tv3 ke kat sini?! Anak haram tetap anak haramlah,"
Aku sudah tidak tahan lagi. Tambahan pula melihat kakak yang sedari tadi seperti tidak berperasaan apabila anak kandungnya dicaci. Ibu jenis apakah dia??
Mata aku tajam memandang kakak.
"Kenapa kakak diam?!"
"Eh! Er... Err..Kenapa aku pula? Masalah kau jangan libatkan aku ye"
"Oiii! Kau dah kenapa?"
Suara abang semakin lantang.
Badan aku ditolak. Terundur sedikit tubuh aku.
"Baby Ikhwan tu anak kakak!"
Aku sudah tersedu-sedu menuturkan kata. Namun getarannya cuba aku kawal sebaik mungkin. Ishhh! Air mata ini, murah sahaja mengalir di pipi.
"Abang! Dah la tu. Bincang elok-elok,"
"Nak bincang apa lagi bu. Ibu tak dengar ke dia cakap anak tu anak Darina? Oiii. Kau nak bodoh-bodohkan aku ke ha?"
Kepala aku pula ditunjal berkali-kali.
"Siapa yang bawa balik budak tu dulu? Bukan kau ke? Asal pulak kau nak tuduh itu anak Darina? Orang luar boleh kau bodoh-bodohkan. Tapi bukan aku lah,"
"Adik tak tipu! Baby Ikhwan anak sah kakak. Adik ada bukti!"
"Ha? Bukti? Okey. Mana bukti. Tunjuk aku sekarang,"
Aku senyap. Aku tahu bukti ada pada Dahlia. Surat kakak!
"Kau mengarut apa ni sial! Bila masa pula Darina tu kawin? Kalau dia kawin, aku sebagai wali takkan tak tahu?!"
Tubuh aku ditolak lebih kuat menyebabkan aku jatuh tersungkur. Hampir sahaja muka aku mencecah lantai.
"Aduh!"
Aku terjerit sedikit. Aku sudah semakin geram. Kakak sedikit pun tidak mahu mempertahankan aku.
"Kakak!!!! Kenapa kakak senyap? Itu anak kakak kan? Tolonglah cerita perkara sebenar kak! Kalau tak sayang adik, kesianlah kat baby Ikhwan. Darah daging kakak sendiri,"
Aku sudah terjerit-jerit geram melihat tingkah kakak yang hanya duduk diam di sisi ibu. Aku nampak ibu cuba bangkit namun di tahan kakak. Tegarnya hati kau kakak!
"Kau ni kan? Tak faham bahasa ke ha?"
Aku nampak abang sudah meluru ke arah aku. Aku secara spontan menangkupkan seluruh wajah aku di atas lantai berlapikkan tangan aku. Aku tidak sanggup di sakiti lagi Ya Allah! Berilah keadilan kepada aku. Tunjukkan lah kebenaran!
"Oiiii!!!"
Aku terkejut mendengar suara garau di muka pintu.
"Kau sentuh Damia sikit je, walaupun kena hujung benang kain baju dia sekalipun. Aku tumbuk muka kau!"
Gerun pula aku mendengar suara itu.
"Damia!!"
Aku tahu gerangan suara itu. Dahlia! Dahlia datang memeluk aku. Dan aku menangis di bahunya. Aku takut!!!
"Kau ni memang tak habis-habis nak jadi herokan?"
Sudah hilangkah rasa hormat abang terhadap lelaki itu? Lelaki yang berjaya menghalang tindakannya untuk memijak aku sebentar tadi.
"Hei! Kau ni tunang dia je lah. Bukan suami dia pun. Jadi biar aku sebagai abang dia yang ajar dia ni,"
Walaupun ada Dahlia di sisi aku, abang tetap berjaya mencengkam kepala aku.
Dan secara tiba-tiba terdengar bunyi....
Buk!!
Cengkaman tangan abang terlepas dan aku nampak abang sudah jatuh di atas lantai. Sebelah bibirnya sudah berdarah.
"Nak ajar adik bukan dengan cara macam ni lah. Kalau betul kau nak lawan. Mari sini! Kena cari lawan yang sepadan lah mat!"
Aku nampak abang Danish sudah membuka kekudanya.
"Ni dengan perempuan! Malu betul. Huh!"
Aku tahu abang Danish sengaja mengapi-apikan abang Shah. Mungkin dia geram melihat aku diperlukan sebegitu. Ye ke?
Aku nampak abang Shah sudah bangkit dan mukanya sudah kemerahan menahan amarah.
Dia kemudian meluru ke arah abang Danish.
"Hei! Cukuplah!!!!"
Dengan segala kekuatan yang ada aku menjerit nyaring membuat kedua-dua lelaki itu menghentikan segala tindakan mereka. Keduanya berpaling ke arah aku.
"Abang nak buktikan?"
"Kau kakak! Kau masih tak nak buka mulut? Betul tak? Aku rasa, walaupun aku mati sekalipun kau masih takkan cerita perkara sebenar betul tak?!"
"Manusia jenis apa ha kau ni?!!!"
Dahlia menghulurkan aku sesuatu. Dan aku genggam lantas aku baling ke arah abang Shah. Aku takut menghampiri dirinya. Takut sekali lagi aku di apa-apakan olehnya.
Abang Shah mengutip kepingan kertas yang jatuh betul-betul di hujung kakinya. Di ambil, di buka dan di baca. Perlahan. Aku nampak raut wajahnya berubah.
Aku nampak ibu bangkit. Sedari tadi ibu sudah mengalirkan air mata melihat keadaan aku. Kakak tidak lagi menghalang ibu. Ibu datang menghampiri aku dan tubuh aku dipeluk erat. Aku terus memeluk tubuh ibu. Mengongoi aku dibahunya.
Share this novel