Episod 3

Romance Completed 26493

"Okey mari kita jawab sama-sama. Soalan pertama. Jawapan dia apa?" - Cikgu Jaafar.

"A," jawabku dan beberapa orang murid.
"Okey. Bagus,"
"Nombor dua?"
"C...," Aku dulu menjawab. Semua murid tiba-tiba memandang aku.

Semua sedia maklum. Aku di dalam kelas jarang bersuara. Banyak berdiam diri. Namun hari ini, suara aku sedikit lantang. Cikgu Jaafar tersenyum melihat aku. Perubahan yang bagus! Mungkin kerana subjek ini merupakan subjek kegemaran aku.

"Okey. Bagus! Betul. Ha! Yang lain jawab apa? Tak kan Damia sorang je jawab C,"

Seluruh kelas di pandang.
"Saya jawab C juga cikgu!" Azlan bersuara.

Cikgu Jaafar hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian soalan sudah siap disemak. Kemudian kertas soalan bertukar kembali.
Aku begitu teruja apabila aku dapat menjawab dengan betul semua soalan.
"Okey. Rapatkan kembali meja,"
Seperti tadi. Suasana menjadi hiruk pikuk. Kerusi dan meja berlaga antara satu sama lain. Dan bunyi seretan meja dan kerusi juga kedengaran.
"Kelas ada berbaki lima belas minit sebelum waktu rehat. Siapa kat sini dapat 30/30. Angkat tangan,"

Aku dengan pantas mengangkat tangan.
"Ada lima orang sahaja?"
"Okey tak apa. Lain kali kita buat ujian mengejut lagi. Cikgu nak kamu semua sentiasa bersedia," sambungnya.
Bunyi loceng menandakan sudah masuk waktu rehat. Aku mengemas segala pekakas, kemudian memasukkan ke dalam beg. Beg aku tutup dengan rapi.

"Kelas! Bangun. Terima kasih Cikgu Jaafar," -Suraya.

"Okey." Cikgu Jaafar mula melangkah keluar dari kelas.

Aku mengeluarkan bekas makanan yang aku bawa dari rumah. Hari ini ibu bekalkan aku nasi goreng telur mata kerbau. Botol air juga turut aku keluarkan.

Aku berjalan keluar menuju ke kantin. Murid-murid lain sudah lama keluar. Biasa keadaan seperti ini kerana semua berebut untuk beratur membeli makanan. Jika mereka lambat, terpaksalah beratur panjang. Tapi tidak bagi aku. Aku lebih suka begini. Membawa bekal dan tidak perlu beratur panjang.

Sampai di kantin. Ruang kosong dan agak terpencil aku cari. Aku lebih selesa begitu. Jika makan bersama murid-murid lain, aku tidak berapa selesa. Ini kerana ada antara mereka terlalu menjaga tepi kain. Sibuk meninjau-ninjau menu yang aku bawa di dalam bekal.

"Bismillah," kemudian aku membaca doa makan.

Bekal yang aku bawa aku buka. Alhamdulillah. Sangat menyelerakan. Perlahan suapan pertama aku kunyah. Ibu memang chef terbaik. Nasi goreng yang di masak memang sangat sedap. Walaupun hanya ada telur pecah, itu sudah cuku bagi aku.

Telur goyang pula menjadi sasaran. Aku makan putih telur dahulu. Kemudian baru isi kuningnya yang cair.

Perhhhh!!! Terbaik matt.

Selesai menjamu selera. Bekal aku cuci di sinki. Sudah biasa begitu. Ibu sudah penat memasak untuk aku apa salahnya aku memudahkan kerja ibu.
Waktu rehat masih berbaki sepuluh minit. Dalam waktu ini. Murid-murid tidak di benarkan berada di dalam kelas. Aku seperti biasa akan duduk di pondok wacana iaitu pondok yang disediakan untuk murid-murid berehat sambil membaca buku di situ.

Pondok itu tidak ramai murid-murid kerana ramai antara mereka lebih suka duduk bersidai di tepi longkang. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk duduk di perpustakaan.

*****

Sesi persekolahan tamat tepat pukul 12.30 minit tengah hari kerana hari itu hari Jumaat. Kebiasaanya pada hari Isnin hingga Khamis murid-murid akan dibenarkan pulang da pukul 1.05 minit tengah hari. Tetapi untuk murid-murid yang berada pada tahun 4 hingga 6 tidak dibenarkan pulang kerana pada waktu petang ada kelas KAFA. Untuk murid-murid yang duduk berdekatan sekolah sahaja di benarkan pulang namun perlu berada semula di sekolah tepat pukul 2 petang.

Aku sudah lali begini. Solat dan makan di sekolah. Namun untuk makan tengah hari biasanya ayah akan datang menghantar bekal untuk aku. Kemudian ayah akan pulang semula ke rumah dan datang kembali ke sekolah pada pukul 5 petang untuk mengambil aku pulang ke rumah.

Tahun ini, adalah tahun mencabar bagi aku kerana akan menduduki peperiksaan UPSR- Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Abang dan kakak aku sangat pandai. Untuk ujian ini mereka mendapat 5A. Aku juga ingin ikut jejak mereka.

Tetapi hari ini adalah hari yang bahagia bagi aku kerana hari ini hari Jumaat. Esok dan Ahad adalah cuti persekolahan. Walaupun hari ini merupakan hari lelah juga bagi aku, kerana di ganggu kawan-kawan namun apabila di akhir persekolahan begini segala masalah itu hilang begitu sahaja.

Langkahku panjang melewati pintu pagar. Mataku melilau mencari ayah. Namun tiada. Aku tunggu sebentar di luar pagar sekolah. Waktu itu tidak begitu panas. Tidak berapa lama kemudian ayah sampai dengan menaiki motor.

Ayah tersenyum pada aku. Aku pula membalas senyum ayah. Ayah memberhentikan motornya betul-betul di hadapan aku. Beg yang tersangkut pada bahuku ayah ambil. Di letakkan di bahagian bakul hadapan. Kemudian ayah memakaikan aku topi keledar kanak-kanak.

Aku suka di layan begitu. Sentiasa dimanjai ayah. Setelah tali keselamatan di pasang. Aku mula membonceng di belakang. Tubuh ayah yang sedikit berisi aku peluk. Ya. Aku suka peluk ayah sebab ayah ada satu bau yang aku suka. Ayah tidak memakai apa-apa wangian namun setiap peluh yang keluar dari tubuh itu aku rasa sangat wangi. Aku sayang ayah.

Setelah ayah lihat aku sudah selesa di tempat duduk belakang, ayah mula membawa motor. Di atas motor ayah tanya aku macam-macam. Aku seronok berbual dengan ayah sambil menikmati angin yang melanggar tudung dan mukaku.

Selang beberapa minit aku dan ayah tiba di perkarangan rumah. Aku turun dari motor dengan penuh berhati-hati. Ayah menanggalkan topi keledar aku. Kemudian ayah juga turun dari motor sambil membawa beg sekolah aku masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum," ayah memberi salam.

"Waalaikumsalam," ibu menjawab dari dalam. Wajah ibu ceria menyambut ayah. Tangan ayah di salam ibu.

Ayah aku bekerja sebagai sebagai tukang masak di dewan makan sekolah asrama dekat pekan. Gajinya tidaklah terlalu besar namun cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Rumah yang aku duduk sekarang adalah rumah kampung. Rumah pusaka peninggalan datuk dan nenekku sebelah ayah. Ayah merupakan anak tunggal. Jadi dialah yang bertanggujawab menjaga rumah itu.

Rumah itu sudah terlalu uzur. Atap juga banyak yang sudah berkarat. Malah ada di antara tiang sudah di makan anai-anai. Ayah tidak mampu baiki rumah itu kerana ayah tidak mampu. Aku faham keadaan itu. Aku selesa sahaja asalkan ada tempat berteduh.

Kebiasaanya, hari-hari selain hari Jumaat, selepas sahaja ayah akan pergi semula kerja dan akan pulang sekitar pukul 6.30 petang. Tetapi untuk hari Jumaat seperti hari ini, ayah akan berada di rumah lebih lama, kerana sebentar nanti ayah ingin menunaikan solat Jumaat.

"Assalamualaikum," aku juga memberi salam.

"Anak ibu dah balik," ibu juga menyambut aku dengan ceria. Tubuh ibu aku peluk. Ibu berkulit kuning langsat dan tidak terlalu tinggi tidak juga terlalu rendah. Rambut ibu ikal dan bewarna sedikit keperangan. Ibu tidak mewarnakan rambut. Itu adalah warna asli rambutnya. Dan aku mewarisi kecantikan ibu. Mungkin sebab itu kakak aku sedikit cemburu.

Kulit kakak aku tidak terlalu putih, tidak juga terlalu hitam. Biasa-biasa sahaja. Rambutnya halus dan nipis tidak seperti aku yang berambut tebal. Kakak banyak mewarisi kecantikan arwah nenek. Keluarga nenek berasal dari keturunan mamak. Sudah beberapa keturunan. Keluarga aku hanya dapat tempias sahaja dari keturunan itu. Seperti berkening lebat dan hitam, hidung mancung dan paling aku tak suka bulu romaku panjang-panjang. Penuh tangan nasib baik kaki tiada bulu roma. Jika tidak sudah seperti kaki lelaki seperti kakak aku.

Aku tidak tahu kenapa tempias mamak lebih banyak terkena pada kakak aku. Kakak aku bukan tidak cantik. Dia memang sangat cantik. Kulit halus. Juga tidak terlalu tinggi. Tubuhnya juga tidak terlalu gempal. Bagi aku kakak sangat cantik. Muka ala-ala pelakon hindustan. Tetapi tidak tahu kenapa dia selalu membandingkan dirinya dengan aku. Dia selalu beritahu yang dia tidak suka warna kulitnya. Dia suka kulit seperti aku yang kuning langsat.

"Ehemmm. Ibu bau ashaammm lah," ibu memicit hidungnya sambil mukanya dikerutkan.

Aku tersenyum melihat keletah ibu. Aku tahu ibu hanya bergurau.

"Baik ibu. Adik pergi mandi. Lepas mandi ibu kena peluk adik kuat-kuat," aku duduk di lantai. Beg sekolah yang ayah letak di kusyen aku ambil. Aku buka zip depan. Bekal yang sudah siap cuci aku keluar.

Ibu datang menghampiri aku. Bekal yang sudah kosong di ambil.

"Waahhh. Alhamdulillah. Habis anak ibu makan ye hari ni,"

Aku senyum sambil mengangguk kepala. Zip beg sekolah aku tutup kembali. Ibu sudah hilang ke dapur sambil membawa bekas makanan aku. Aku mengangkat beg sekolah dan terus bawa ke bilik.

Belum sempat aku masuk bilik, aku mendengar ada bunyi orang berjalan di halaman rumah. Itu pasti kakak dan abangku. Mereka menaiki bas sekolah yang disediakan oleh ketua kampung. Ayah hanya perlu membayar tambang secara bulanan. Sekolah kakak dan abang terletak jauh di pekan. Oleh itu mereka perlu menaiki bas sekolah tidak seperti aku, sekolah rendah berada di kawasan kampung sebelah sahaja.

"Assalamualaikum," kakak dan abang memberi salam serentak.

"Ibu! Ibu!" Begitulah kakak. Jika dia ada di rumah, rumah menjadi riuh.

Aku hanya menggelengkan kepala melihat keletahnya.

"Ibu ada kat dapur," laung ku.

"Senyap ah kau! Aku tak tanya kau pun," kakak menghempas badannya di atas kusyen.

Mukanya kelihatan letih. Aku yang malas melayan, terus sahaja masuk ke bilik. Tubuhku harus segera dibersihkan. Tudung sekolah aku buka dan masukkan ke dalam bakul kotor. Aku cepat-cepat mengambil tuala dan baju tukar dan terus sahaja menuju ke bilik air. Aku harus pantas jika tidak nanti berebut dengan abang, ayah dan kakak.

"Apalah yang bising-bising ni. Pantang jumpa. Nak gaduh je,"

Kakak memuncungkan mulutnya bila di bebel ibu.

"Penatlah bu hari ni. Boleh pula tadi cikgu minta tolong kemas dewan," dia mengadu.

"Baguslah tu. Hari ni kan hari Jumaat. Dapat pahala tolong cikgu," ibu tersenyum. Begitulah ibu. Sentiasa lemah lembut melayan anak-anaknya.

"Oh! Korang lah yang susun meja kat ewan tadi ea?" Abang pula bersuara.

"Haaa laa. Penat tau tak. Tak pasal-pasal busuk dah baju aku ni sebab peluh banyak sangat," merungut lagi.

Abang hanya ketawa.

"Peluh macam jantan!" Abang pula menyakat.

"Ibu!" Kakak merengek memohon simpati ibu.

Abang tidak duduk di kusyen. Dia terus membawa masuk beg masuk ke dalam biliknya.

Rumah itu mempunyai tiga bilik dan satu bilik air. Aku berkongsi bilik dengan kakak. Abang satu bilik dan ibu dan ayah satu bilik.

kenapa view naik. tapi komen tak naik pun. macam mana MH nak borak dengan korang ni??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience